CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15563|Reply: 82

[Pelbagai] Pengkajian Minda Dan Tingkahlaku Manusia

  [Copy link]
Post time 26-11-2018 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by meklalala at 3-12-2018 05:02 PM

*semua yang mek share dalam thread ini adalah perkongsian daripada twitter @AimanPsikologis
jika ada pertanyaan yang mek boleh jawab, mek akan jawab..jika mek tak boleh jawab sila la jengah twitter aiman*


topik 1
Tip Psikologi mencuri hati manusia untuk buat dia jatuh hati pada kita.

Kau nak buat orang jatuh hati pada kau? Orang jadi sayang pada kau? Tulang rusuk dia bergetar untuk kau?Insya Allah aku akan kongsikan tip-tip psikologi untuk buat orang jatuh hati pada kau.Follow #PsychologyWithAiman

Tip 1:
Jadikan diri kau sama personaliti macam parents lain jantina dia.Nak pikat perempuan, jadi macam ayah dia.Nak pikat lelaki, jadi macam mak dia.Sebab manusia ini separa sedar mencari seseorang macam parents dia (tetapi ini hanya kalau dia hubungan baik dengan parents)

Tip 2:
Belajar pasal Psikologi Keperluan seseorang (baca sikit pasal Maslow Hierarchy). Kalau kau boleh provide apa dia nak (walaupun benda tu kecil), lama-lama dia akan suka pada kau.Tolong ambilkan tisu bila dia minta,Bagi peluang dia bercakap dalam perbualan,dan sebagainya

Tip 3:
Jadi misteri sikit.Jangan tunjuk/beritahu semua benda pasal kau kat dia. Simpan sikit, supaya dia jadi curious nak tahu pasal kau. Bila dia curious, tu tanda minda dia tengah terbuka.Dan petanda dia sedang membina hubungan hati ke arah kau.

Tip 4:
Kalau kau perempuan, banyakkan senyum. Kalau kau lelaki, kurangkan senyum.Sebab kajian dah buktikan, lelaki suka pada perempuan yang nampak mesra, perempuan pula suka lelaki yang nampak cool dan tegas (bukan terlalu happy go lucky).

Tip 5:
Tonjolkan apa-apa persamaan kau dengan dia (yang betul, bukan buat-buat). Sameness attract. Manusia ini cepat mesra dengan seseorang yang dia ada persamaan.Sama orang Kelantan.Sama suka jadi fasilitator.Sama minat pelakon Korea.Semoga sama-sama nak buat masjid la ye.

Tip 6:
Manusia mudah kaitkan Excitement dengan Love.Jadi kau buat la apa-apa aktiviti menyeronokkan dan ada dopamine (daki gunung, main ice skating dll) waktu dia ada sekali. Nanti dia akan kaitkan keseronokan aktiviti tu dengan kehadiran kau (teori of associated conditioning).

Tip 7:
Kau boleh menunjuk sesuatu kau ada, tapi jangan secara direct. Jangan terang-terang cakap "aku datang kerja naik ferari" atau "aku hormat orang tua". Tapi biar benda itu nampak secara halus (asalkan kau tak riak dan takbur la)Mengurat mengurat juga, agama jangan lupa.

Tip 8:
Bila nak tonjol sifat positif kau, jangan sekaligus. Tapi biar berperingkat (satu-satu). Dia akan lagi seronok nak mengenali kau dan nak tahu apa sifat baik kau yang seterusnya.Ala macam kau main Pokemon la. Start dengan tangkap ulat dulu, baru belajar masuk gym.

Tip 9:
Mahalkan dirimu, dan Yakin Dirimu Mahal.Bila kau yakin diri kau mahal, baru orang akan yakin kau mahal. Jangan humble sangat sampai orang nampak ko ni tak bernilai, jangan pula confident sangat sampai nampak kau ini show off. Ber-wasatiyyah la ye (bersederhana).

Tip 10:
Selalu tonjolkan diri kau pada diaSains dah cakap, orang yang selalu muncul/hadir depan mata biasanya akan lebih disayangi. Bila berjauhan, cepat dilupakan.Sebab itu long distance relationship ini sebenarnya mencabar gila.

Tip Terakhir:
Jangan berharap sangat pada tip kat internet, termasuklah thread ini. Psikologi manusia ini bukan macam mesin - satu formula terpakai untuk semua.Yang penting jujur mahu membina masjid dan percayalah, apa-apa tindakan dari hati kita, akan sampai ke hati dia jua


TOPIK SETAKAT INI;

1.Tip Psikologi mencuri hati manusia untuk buat dia jatuh hati pada kita #1
2. Autisme 101 - Apa Yang Patut Anda Tahu #2
3. Perbezaan Psikologi Lelaki dan Perempuan - Daripada Perspektif Psikologi Evolusi #4
4. Salah Faham Mengenai Jurusan Psikologi #5
5. Topik 5: Kesihatan Mental 101 - Asas Yang Anda Perlu Faham #6
6. Hoarding Disorder - Penyakit Tak Boleh Buang Barang #22
7. Pedofilia: Kecelaruan Mental Yang Anda Perlu Tahu #24
8. Sembang Introvert - Siapa Mereka dan Apa Kekuatan Mereka #28
9. Golongan Extravert - Jenis Dan Kelebihan Mereka Tersendiri #3510.Mengenali Golongan Ambivert - Pertengahan Antara Dua Personaliti #58




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2018 02:47 PM | Show all posts
Topik 2: Autisme 101 - Apa Yang Patut Anda Tahu

Korang pernah dengar pasal Autisme? Viral sekarang, popular betul. 5-6 tahun lepas tak popular macam ni pasal Autisme, sekarang tiba-tiba semua ambil tahu. Jadi malam ini, aku nak kongsi pasal Autisme.Aku kerja sebagai Terapis Autisme..

Autisme asal perkataan dari Autos. Bahasa Greek bermaksud "Self". Sebab penghidap Autisme biasanya dia dengan dunia dia sendiri je.So tambah -ism, sebagai pelengkap keadaan. Ala, ism ism, biasa dengar kan? Liberalism, Secularism dll. Tapi bukan Isma.

Penghidap Autism ada 3 benda dia tak berkembang. Skil interaksi sosial, skil komunikasi bahasa dan kemahiran berimaginasi. Semua ini dipanggil sebagai Triad of Impairments (ketidakupayaan).Boleh jadi dia kena 2/3 je, boleh jadi dia kena semua 3/3. Bila gabung, jadilah Autism.

Skil interaksi sosial = Dia tak pandang mata bila orang bercakap (dia tak tahu itu cara berkomunikasi), dia tak menyahut bila orang panggil nama dia (dalam dunia sendiri), dia tak faham pelukan tu tanda sayang. Dia rimas atau gatal/sakit (tetapi bukan semua).

Komunikasi bahasa = Dia tak faham sarcasm, humour (dia faham literal), tak tahu bahasa badan. Jadi dia tak tahu pandang mata tu asas bercakap.Biologinya begitu, bukan sebab dia tak nak. Jangan pula kau cop kawan kau Autism pula sebab tak faham lawak. Itu lawak kau yang tak jadi

Imaginasi terbatas = Dia tak pandai main mainan dengan betul. Kereta mainan dia hentak-hentak, lego dia baling-baling. Dia tak pandai pretend play, macam berlakon jadi polis kejar pencuri. Kanak-kanak normal, dia automatik boleh buat semua tu.

Nama rasmi dia Autism Spectrum Disorder (ASD). Spektrum, sebab kondisi dia berbeza-beza setiap budak. Macam warna pelangi la, dari paling merah sampai ungu. Lain orang lain tahap dan context dia. Tetapi konsep Triad tadi tetap sama (content). Asal faham 3 konsep tu, setel.

Ikut statistik KKM 2014, 47000 rakyat Malaysia ada Autism (bawah umur 20 tahun). Ramai! Setiap tahun, meningkat 3 peratus. Sebab apa? Awareness semakin meluas.Aku tak nak masuk bab punca Autism, nanti muncul isu vaksin pula, panjang cerita.

Orang dulu-dulu, nampak budak lain sikit, kita panggil "terencat akal" je. Sekarang, zaman kajian semakin berkembang, baru kita tahu, "terencat akal" tu terlalu generalise dan sempit. Terbahagi kepada Intelectual Disability (ID), Autism (ASD), GDD dan macam-macam lagi.

Antara pantang besar dalam dunia kanak-kanak istimewa, jangan sesekali kita guna istilah "retard". Itu kurang ajar, biadap dan over-generalise. Mental Retardation pun sekarang dah ditukar jadi Intelectual Disability (ID). Nak tahu contohnya, Forest Gump. Tu ID la tu.

Simptom Autism = Tak peka bila dipanggil, tak pandang mata, ada stimming (nanti explain), tak pandai main mainan, boleh berseronok sorang-sorang, speech delay, echolalia, rigid dengan jadual seharian (tak boleh berubah sikit pun).Banyak lagi, dan tak semestinya mesti macam ni.

Orang Autistik biasanya ada stimming, iaitu satu benda yang dia cakap/buat/tengok sebagai self-stimulatory.  Tu cara dia ekspres excitement, stress, nervous, penat dll. Ala macam kita la, main tekan pen waktu boring, atau main tali mikrofon waktu nervous atas pentas.

Stimming verbal: ulang-ulang cakap sesuatu (bukan perkataan betul). Stimming physical: kipas-kipaskan tangan atau goyang-goyangkan badanStiming visual: suka tengok lampu, kristal, langit tanpa boring. Banyak lagi contoh lain.

Ada stimming yang kita biar dia buat, ada stimming yang kita ubah supaya dia dah tak buat. Sebab stimming tu tanda ekspresi diri. Kalau kita halang semua jenis stimming, macam kita pun stress kalau tak dapat ekspresikan hati kita kan?

Orang Autistik juga biasanya dia rigid pada sesuatu yang sama. Dia tak suka perubahan.Tempat duduk meja makan semua orang mesti sama, mainan dia susun jangan ubah, jadual setiap hari sama je dll. Macam mana nak berhadapan? Kita kena pandai guna konsep Social Story.

Special Story ialah teknik penceritaan guna buku yang banyak gambar, untuk sediakan individu Autism dengan perubahan yang akan berlaku.Akan jumpa doktor gigi.Minggu depan gunting rambut.Bulan ini ada kenduri kahwin.Apa-apa saja jenis perubahan dari jadual biasa sehari dia.




Waktu buat buku Social Story:- Banyakkan gambar dari tulisan- Gambar mesti kemas, bersih dan tak banyak distraction- Lain warna tulisan lain mesej dia- Font kena jelas dan guna bold, italic dan underline sebaiknya. Siap, print!

Social Story kena kerap bacakan pada individu Autistik. Kalau dia jenis faham perbualan, boleh jelaskan lagi mendalam. Atau baca sama-sama dengan dia. Kalau jenis non-verbal, kena banyak main nada suara, gambar dan straight to the point.

Speech delay (lambat bercakap) biasanya simptom Autism. Milestone dia, biasanya umur 2 tahun dah boleh bercakap 3 patah perkataan. “Aiman nak nasi.”“Abah pergi mana.”Tapi, BUKAN SEMUA speech delay itu Autism. Ia hanya simptom.

Di Malaysia, Autism dapat dikesan seawal usia 18 bulan. Tetapi, ikut mazhab CP, umur 3 tahun baru kita bagi diagnosis ASD. Sebabnya, nak bagi peluang budak tu “outgrow” simptom dia. Maksudnya, mungkin lepas dia tu okay bercakap. Atau hand flapping tu bukan stimming pun.

Diagnosis ASD hanya boleh diberi oleh Development Paedritician atau Clinical Psychologist (CP)Yang lebih pakar ialah CP, sebab neurodevelopmental disorder ialah fortè dia.Paeds lebih kepada physical and emotional development, bukan Psychological.

Pihak yang terlibat dengan budak ASD ialah:
- CP (rancang intervention plan dia)
- Speech Therapist (bantu dia bercakap)
- Occupational Therapist (perbaiki skil sosial, sensori dan skil psikomotor)
- Behaviour Therapist (supaya tahu behaviour yang betul)

Simptom lain dia ialah masalah pada sensori. Dia jadi terlebih atau terkurang sensitif dari normal. Dengar bunyi kipas macam helikopter. Pijak rumput macam jarum.Nampak lampu macam pandang matahari. Seksa tau, kasihan dia. Benda ini dipanggil Sensory Processing Disorder.

Untuk pulihkan masalah sensori, hanya melalui Sensory Integration Therapy (SIT). Hanya OT je yang ada kepakaran untuk jalankan. Dia akan tune kan balik hyper/hyposensitive tu kepada normal. Macam kita calibrate balik measurement tools untuk jadi neutral (0)Ambil masa berbulan

Tangan atau jari selalu tutup telinga. Sebab oversensitive, dia bingit.Jalan selalu jengket, sebab kaki rasa geli, deria kat tapak kaki dia oversensitive. Mata selalu hampir tutup rapat (macam orang rabun tu) sebab deria penglihatan hypersensitive. Ini semua simptom Autism.

Boleh belajar pasal simptom Autism, tapi jangan jadikan tu sebagai diagnosis. Hanya Paeds dan CP yang boleh buat diagnosis tu. Aku yang tweet lebat kat sini pun tak ada kepakaran untuk buat diagnosis. Hanya mampu educate.

Having said that, kena hentikan tanya aku dan explain pasal sesetengah budak dan tanya itu Autism ke tak. Korang tak tweet mana-mana doktor, ceritakan sakit korang dan tanya, itu kanser ke tak. Tapi kena jumpa, buat test bagai, baru tahu diagnosis. Sama je dengan Autism.

Jadi, Autism sebenarnya boleh dirawat dan sembuh tak?Jawapan pendek, tak boleh.Jawapan panjang, taaakkk boooolleeeeehhhh...

Tak boleh dirawat sebab Autism in the first place bukan penyakit. Tetapi sejenis neurodevelopmental disorder. Kondisi minda yang jadi sejak dari perut mak. Tapi, kita boleh bantu dia untuk adapt dengan dunia ‘normal’ melalui intervensi seperti terapi (ada banyak jenis).

Terapi apa yang sesuai untuk dia? Bergantung apa yang dia perlukan dan apa yang parents nak dia capai.

1. Occupational Therapy. Bantu dari segi tumbesaran psikomotor halus dan kasar, sensori, patuh arahan resepsi, skil imitasi dll.Orang yang buat terapi tu kita panggil OT.

2. Terapi Pertuturan. Sangat penting untuk yang ada speech delay. Akan bantu untuk dia praktis otot mulut, lidah, bibir, pipi dll. Sebab setiap huruf ada otot tertentu untuk kuatkan supaya boleh sebut. Budak Autism, benda ini delay, tak automatik macam budak normal.

3. Terapi tingkahlaku.Ini sangat berguna bagi budak yang ada masalah tingkahlaku macam kerap tantrum, menangis tak berhenti, tak tahu macam mana cara nak panggil mak ayah, dll. Pendek kata, melibatkan cara berlakuan macam kanak-kanak normal.

Antara terapi tingkahlaku yang aku tahu ialah Applied Behaviour Therapy (ABA).ABA guna konsep operant conditioning, iaitu rewards bila berkelakuan baik (positive reinforcement) dan ignore/minimise negative behaviour (tapi tak guna konsep Punishment)

Konsep asas dia mudah.Tahu kajian Pavlov dan anjing? Dia bunyikan loceng setiap kali bagi makan kat anjing, dan air liur anjing mengalir sebab makanan depan mata. Dia buat banyak kali, sampai satu masa, dia bunyikan loceng (tapi tak ada makanan) air liur anjing terus mengalir

Petanda anjing tu dah associate bunyi loceng dengan makanan yang bakal dimakan, walaupun makanan tak ada pun kat situ. Ini Classical Conditioning. ABA pakai Operant Conditioning yang lebih kompleks. Susah nak cerita kat sini je. Cukup faham asas konsep ini, setel.

Bila handle tingkahlaku budak Autism, mana-mana benda baik dia buat, kita rewards (pujian, dapat main mainan dll).Motivasi luaran macam ni penting supaya dia ada minat untuk belajar pandang mata bila cakap, menyahut bila dipanggil dll. Kita panggil, Extrinsic Motivation.

Bila budak tu dah master sesuatu skil/kemahiran, slowly kita kurangkan reward.Sebab kita nak dia buat secara natural, bukan lagi sebab nak pujian/mainan semata-mata. ABA secara ringkas guna konsep macam ni la. 1 tahun menuntut pun belum tentu kau akan pakar. Kompleks ilmu dia

Ada banyak jalan nak dapatkan intervensi untuk budak Autism. First, mesti diagnosis dulu. Second, baru rancang pelan intervensi. Macam kau sakitlah. Mesti tahu penyakit apa dulu, baru cari jalan nak rawat, ubat apa pembedahan apa. Tapi kalau sakit hati aku tak pakar sangat..

Keturunan adalah faktor risiko untuk Autism tetapi bukan faktor penyebab. Contohnya, merokok adalah faktor risiko untuk mendapat kanser paru-paru tetapi bukan semua perokok akan dapat kanser.

Okay kali ini last thread pasal Autism. Lepas ini nak masuk topik lain dah. Sebab aku percaya asas-asas Autism semua dah cover dalam thread ini. Kali ini, aku nak cerita pasal tantrum dia. Kenapa terjadi, apa jenis-jenis yang ada, macam mana nak handle dll. Follow tau..

bersambung nanti pasal tantrum di bawah..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 02:59 PM | Show all posts
Kena tahu beza Tantrum dan Meltdown.
Tantrum, sebab dia nak/tak nak sesuatu dan dia cuba bagitahu kita. Dia nak in control. Tak nak buat kerja, tak nak pergi sekolah, mengamuk sebab tak bagi main gajet, itu semua tantrum namanya. Mudah faham, dia mengada-ngada & lepaskan emosi..

Meltdown pula berbeza. Antara penyebab, over-stimulation. Bunyi sekeliling terlalu bising (audio), terlalu banyak pergerakan depan mata (visual), sakit dengan air shower rasa tajam (sentuhan). Ini bukan salah budak tu. Memang dah sampai breaking point dan had dia.

Kedua-duanya berkait dengan emosi. Tantrum - dia melepaskan marah, sedih, geram atau apa saja, sebab dia nak in control berbanding kita. Meltdown - dia ‘break’ sebab dah tak tahan dengan sesuatu. Macam kita lah, stress gila dengan kerja sampai satu tahap macam nak nangis.

Dua-dua perlu diurus dengan ilmu dan kasih sayang. Sebelum aku share tip nak handle:
1. Aku cerita campur teori dan praktikal. Walaupun tak ada anak, tapi kena gigit cakar tumbuk tu dah biasa dah.
2. Dekati mereka dengan hati. Cuba untuk faham apa mereka nak sampaikan.

Tantrum biasanya lagi banyak jadi kat budak Autism yang non-verbal. Sebab dia tak boleh bercakap, jadi cara nak ekspresikan diri tu sangat terhad. Kalau kita marah, kita boleh tengking, tinggi suara, pandang tajam dll. Kalau yang tak boleh bercakap? Macam mana nak luahkan?

Sifat agresif gigit cakar tumbuk semua tu, cara dia nak luahkan rasa emosi dia. Kau jangan marah sangat kalau kena teruk dengan dorang. Aku faham perasaan tu. Simpan marah tu, bila kau faham, automatik kau jadi kesian sebenarnya. Respect kat parents yang lalui hari-hari.

Bila-bila dia tantrum, kalau kau nak handle dia, cuba ingat formula emas ni, ikut flow:
1. M - Masa sebelum tantrum, apa jadi
2. R - Reaksi dan tingkahlaku dia
3. T - Tindakan kita sebagai responsStyle kan? On the spot je fikir ni, sekarang dalam MRT, on the way balik kerja

M - Masa sebelum tantrum, apa dia buat? Apa jadi? Apa yang berlaku?Cuba kenal pasti apa trigger. Adakah dia mula berbunyi “ehmmmmm” macam orang tengah geram?Atau dia nampak asyik tak fokus dan macam nak tidur (mengantuk).Cari indicator yang jadi trigger kepada tantrum dia

R - Reaksi dan tingkahlaku dia. Apa perbuatan dia waktu tantrum? Menjerit? Baring guling atas lantai? Cuba nak cakar orang lain? Tingkahlaku dia biasanya menggambarkan sesuatu mesej. Memukul diri, nak perhatian.Mencakar, sebab marah dengan orang. Dan macam-macam lagi.

T - Tindakan kita sebagai respons. Lepas dah tahu penyebab, dah perhati tingkahlaku dia, kita beri respons selari dengan mesej dia sampaikan. Dia nak perhatian, kita berilah perhatian. Dia nak rehat? Kita berilah rehat. Yang penting, bila bagi ni jangan sampai manjakan.

Konsep MRT ini cuma untuk MEMAHAMI apa yang nak disampaikan melalui tantrum dia. Lepas dah faham, baru kita tahu macam mana nak MENGENDALI.

Itu formula lain pula:
Hiraukan,Alih Perhatian,Teruskan. Atau HAT

Konsep HAT ialah CARA untuk kendali tantrum dia. Waktu dia mengamuk tu, kita mesti nak dia jadi okay dan kembali macam biasa kan?
H - HiraukanBuat tak nampak je tingkahlaku negatif dia tu. Cakar, gigit, pukul diri sendiri. Bukan hiraukan dia. Hiraukan tingkahlaku.

Kalau nampak macam tantrum dia berbahaya sangat, kita masuk campur la bagi dia selamat. Letak bantal ke, jauhkan dia dari orang ramai ke. Apa-apa. Yang penting buat dengan poker face. Muka neutral. Sebab kita tengah hiraukan tindakan negatif dia.

A - Alih Perhatian. Distract dia dengan benda yang neutral pada dia. Yang tak benci juga bukan yang dia suka.Tujuan nak alih perhatian dia dari tantrum kepada benda neutral. Jangan bagi benda dia suka, nanti dia faham “kalau aku tantrum lagi nanti aku akan dapat mainan tu.”

Selalu kita silap cara.Budak tantrum kita pujuk dengan bagi aiskrim contohnya. Bahaya, sebab nanti dia akan faham, lepas ini nak tantrum lagi lah. Baru la ayah aku bagi aiskrim. Kecuali kalau dia benci aiskrim la, so itu jadi denda pada dia. Kah kah kah.

T - TeruskanApa yang dia tengah buat sebelum tantrum tadi?Proceed macam biasa. Kalau tengah buat kerja sekolah, teruskan buat kerja. Bagi dia faham yang tantrum macam mana pun, dia takkan dapat lari dari kerja. Tapi kalau dia tantrum sebab tak dapat buat, bantulah dia.

Kalau dah memang dia tak nak buat sangat, kita kurangkan demand. Kerja tu ringkaskan, mudahkan, supaya akhirnya dia boleh buat juga akhirnya. Tapi jangan buat selalu, sebab kita manjakan dia pula. Kita taknak dia belajar,“Asal tantrum je, kerja aku dipermudah.”

Nak handle tantrum bukan kerja mudah. Kalau yang agresif, kau kena kuat fizikal dan mental nak lawan stress tu. Kalau yang jenis kuat menangis, kau kena banyak sabar. Respect pada mak ayah budak Autism ni. Korang lah permata syurga yang sebenar.

Macam mana pula dengan meltdown?Haaa.. Dia ada dua jenis. Pertama, externalised. Dia keluar sebagai amukan macam tantrum. Dia menjerit, mencakar, menangis dll.Kedua, internalised. Dia asingkan diri, diam tak nak cakap. Nampak macam merajuk lah sebenarnya, tapi bukan.

Macam mana nak kendalikan meltdown?Kalau itu anak kau, kau bagi dia masa untuk cool down. Sebab bukan salah dia. Dah terlalu stress dan sampai breaking point. Kalau dia boleh faham, tanya dia okay tak (lepas dah cool down). Bagi dia ruang. Biar dia kendalikan emosi dia.

Kalau tu bukan anak kau, ko nampak kat mall? Contohnya nampak Adam Autism Family. 1. Jangan judge. Family dia lagi tahu dia macam mana.2. Tanya family dia, ada perlukan pertolongan tak? Kalau tak ada, takpe. Buat macam biasa. Tak payah tunjuk-tunjuk, ambil gambar dll.

Aku percaya kata kunci dalam semua hal ni, ialah MEMAHAMI. Once we have compassion but not stigma towards them, then we will be open for any learning of the knowledge about it. Ilmu tu penting. Teruskan menuntut, agar kita dapat memahami budak Autism ini lagi mendalam.

Buat para ibu bapa, terapis, Psikologis, guru-guru dan semualah. Jangan menyerah kalah dalam membantu budak istimewa ni, tak kisah diagnosis apa pun. Pasti ada sweet and sour dalam kerja ni. Tapi, bayangkan betapa banyak pahala Allah bagi bila budak tu berjaya sebab kau. Fuh!

Sometimes we don’t have the capacity to change the world. And it is okay. That’s when you will realise, changing someone’s world is already more than enough. You will feel satisfied more than anything in this world. Ini motivasi aku terus bertahan dalam kerjaya ‘pelik’ ni.

Untuk orang luar, banyakkan membaca, tuntut ilmu untuk faham mereka yang ada “hidden disability” ini. Sekarang zaman Google. Bila dah baca banyak, jangan pula jadi tiket untuk label sana sini. Dia Autism, itu Autism. Semua pelik je kata Autism. Dah jadi over-awareness pula!

With that, kita dah sampai penghujung thread mengenai Autism Spectrum Disorder (ASD).Thank you so much for reading, loving, commenting and retweet. I appreciate it. Working with kids is my passion. Doakan aku berjaya jadi Psikologis okay?- Aiman Amri,Special Needs Educator



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 04:02 PM | Show all posts
Topik 3: Perbezaan Psikologi Lelaki dan Perempuan - Daripada Perspektif Psikologi Evolusi

Lelaki dan Perempuan itu berbeza. Bukan sekadar tubuh badan, tetapi juga psikologi dan cara pemikiran. Thread kali ini, kita sembang sikit pasal beza dua jantina ni. Tapi ingat, ini bukan:

1. Generalisasi
2. Stereotaip
3. Sexist

Ini cuma populasi umum saja, okay? Kita chill.
.
.
.
Untuk faham beza Psikologi lelaki dan perempuan, penting untuk faham dari perspektif Evolutionary Psychology. Maksudnya psikologi, biologi dan fisiologi otak manusia yang berubah sejak awal zaman.

Lelaki - Pemburu keluar cari binatang
Perempuan - Duduk kat gua berjaga

1. Perempuan lagi banyak berfikir/tak fokus? Betul, sebab informasi dalam otak dia bergerak antara otak kiri dan kanan dengan laju! Berbeza dengan lelaki, banyak fokus dalam satu sisi sahaja.No wonder sembang dengan perempuan, banyak betul point dia melompat haha

2. Corpus callosum ialah tisu panjang penyambung otak kiri dan kanan. Perempuan punya lagi tebal daripada lelaki, maka transfer rate dia lagi cepat berbanding lelaki. Sebab itu perempuan power task-switching.Tetapi lelaki power bab fokus.

3. Parietal Lobe lelaki lebih luas permukaan berbanding perempuan. Fungsi dia, untuk Spatial Intelligence, kefahaman ruang 3D, jarak, navigasi dll.Sebab itu lelaki lagi bagus baca peta, boleh parking lagi cepat berbanding otak perempuan (Google: Mental rotation test).

4. Lelaki pandang dengan “bird-eye” view. Lebih menyeluruh (globally). Perempuan pandang dengan spesifik (itemised).Dulu aku pernah organise program, geng lelaki sibuk discuss pasal flow majlis perasmian. Yang perempuan duk bincang apa warna bunga nak letak kat pentas.

5. Kulit lelaki lagi banyak saraf sentuhan, jadi lagi sensitif/geli. Sebab itu lelaki cepat geli kalau jalan pegang tangan (cepat terangsang juga).Perempuan deria lagi kurang sensitif, so kalau dia jalan dengan kawan 10 orang semua pegang tangan pun takda hal.

6. Cone cells kat mata perempuan lagi sensitif (part kenal warna). Zaman purba waktu berjaga gua, mudah kenal buah, tumbuhan, beracun or tak.Kalau lelaki nampak semua oren je, perempuan akan nampak papaya, peach, apricot, carrot, tangerine dan macam-macam lagi bahasa alien dia.

7. Lelaki ada kelebihan dia. Receptor kat mata lelaki lagi sensitif pergerakan dan pandangan jarak jauh, sesuai dengan konsep pemburu memburu.Tapi kalau kau (perempuan) sembang dengan lelaki dan dia macam pandang jauh, itu sebenarnya dia mengelamun, malas dengar kau cakap.

8. Dalam Parietal Lobe otak kita ada grey matter. Antara fungsinya, untuk proses bahasa, emosi dan perasaan.Parietal lobe kat otak perempuan lagi besar daripada lelaki.Korang dah boleh agak dah apa aku nak sampaikan kan?

9. Otak kita ada protein nama Foxp2, dikenali sebagai “language protein.” Perempuan ada lagi banyak protein ni dalam otak dia. Dianggarkan, kuota perkataan harian dia 13k-20k lagi banyak dari lelaki. Jangan salahkan perempuan kenapa banyak sangat cakap. It Is Science!

10. Lelaki tunnel vision, dia fokus ke depan dan nampak jauh. Perempuan peripheral vision, dia nampak dekat tapi sekeliling. Sebab tu lelaki pandu kereta, boleh sandar rileks tangan straight. Perempuan mesti dada dan lengan dia rapat ke stereng, paksa fokus kat depan

11. Manusia associate informasi dengan emosi, cuma perempuan lagi kuat (faktor grey matter dia lagi banyak). Warna baju suami minggu lepas, harga makanan first date, semua dia ingat. Tapi kod parking kat mall, nauzubillah. Tulis atas kertas pun kertas tak ingat letak mana.

12. Timezone dua jantina ni lain. 5 minit bagi perempuan belum tentu sama 5 minit untuk lelaki. Okay gurau. Ini bukan sumber kajian sahih. Saja mengarut, mengantuk baru balik kerja. Ada dalam MRT ni.

13. Waktu nak faham bahasa badan, lagi banyak darah mengalir ke frontal lobe otak lelaki dari perempuan, sebab kena proses banyak untuk faham benda-benda indirect ni. Perempuan rileks je, otak tak perlu kerja keras untuk faham.Sebab tu dia laju betul nak detect orang menipu.

14. Aktiviti kat Hippocampus perempuan lagi aktif (tempat simpan memori), jadi memori dia lagi kuat.Pantang larang nenek moyang, jangan gaduh sangat dengan perempuan.Habis 5 tahun berlalu pun dia akan ungkit balik nanti.Tapi pelik, kereta parking kat mana dia tak ingat pula

15. Ingat lagi tak Corpus Callosum (penyambung otak kiri dan kanan) perempuan lagi tebal? Proses transfer info kat otak perempuan lagi laju, dia jadi power multi-tasking. Tengah masak dia boleh dukung anak, rebus telur, cakap telefon, dengar radio, menari dan macam-macam lagi.

16. Lelaki pula, informasi dia banyak bergerak pada side otak yang sama, jadi dia power betul bab fokus. Daya tumpuan dia tinggi. Tak fikir benda lain dah.Kalau datang tegur dia tengah masak kat dapur, "Jangan kacau abang boleh tak? Tengah goreng telur ni."

17. Otak kita ada limbic system, fungsi untuk proses emosi dan perasaan. Dalam otak perempuan, limbic system dia lagi besar.That's why bila berfikir, perempuan lagi emosi, empati dan menyeluruh (banyak fikir). Tapi ingat, emosi tak semestinya tak bagus. Buktinya, naluri ibu :')

18. Otak lelaki ada Inferior-Parietal Lobule (IPL) yang lagi besar berbanding perempuan. Fungsi dia untuk proses matematik dan logik. Sebab itu kita nampak lelaki lagi rasional dalam sesuatu keputusan, tak emosi.Tapi biasanya dia kalah juga dengan air mata perempuan kah kah kah

19. Perempuan anggap toilet time itu macam waktu sosial. Sebab tu suka pergi ramai-ramai. Yang tak nak buang air pun nak ikut rombongan. Waktu itu dia sembang, pinjam mekap, tumpang bedak dll. Lelaki tak. Tandas untuk buang air kecil, besar, hingus dll fungsi sebenar tandas.

20. Bila bercakap pasal masalah, lelaki berfikiran rasional. Dia akan fokus cari solusi, nak tahu pendapat dll. Bila dah jumpa jawapan dia rasa lega (walaupun tak buat lagi)Beza dengan perempuan, dia just nak luahkan. Cerita punya cerita, asalkan ada orang sudi dengar, dia lega


*tambahan
Aku cerita beza Psikologi Lelaki dan Perempuan bukan niat nak perendah mana-mana jantina. Tak ada siapa lagi baik atau buruk. Yang ada, hanya berbeza. Setiap kita ada sukses tersendiri.Yang perempuan tak perlu bandingkan dengan lelaki sebagai kayu ukur "sukses", dan sebaliknya.

Dan bukan maksud kalau cakap Perempuan pandai multi-tasking, lelaki tak pandai langsung. It only means, perempuan significantly better in that.Same goes kepada skil baca peta, faham emosi, kemahiran parking dll.Dan sudah tentu, ini merujuk kepada populasi general (p>0.05).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 04:16 PM | Show all posts
Topik 4: Salah Faham Mengenai Jurusan Psikologi

1. Belajar Psikologi boleh baca fikiran orangFuh ini paling famous. Ramai ingat kami ini macam Charles Xavier / Professor X.Boleh baca fikiran. Kami belajar Psikologi, bukan telepati. Kami juga bukan ahli nujum

2. Belajar Psikologi? So jadi kaunselor la nanti ye?Kah kah kah. Paling kelakar. Kaunselor itu bawah sub-bidang Psikologi. Tak sama.Psikologi banyak. Klinikal, sukan, kanak-kanak, organisasi industri, kaunseling Kaunselor tahu Psikologi,Tapi Psikologis tak tahu kaunseling.

3. Ambil jurusan Psikologi boleh belajar Body LanguageHaha. Famous juga. Jangan tertipu dengan filem. Bila masuk bab akademik, tak ada nya kau nak belajar benda macam tu.Nanti kau akan sibuk belajar statistik je sebenarnya hahahaha. Nama pun sains sosial.

4. Belajar Psikologi tak ada masa depan kerjaya. Paling sentap setakat ni, daripada orang dewasa biasanya. Ya kami akui, bidang kami ini “pelik”. Tak famous macam doktor, engineer, banker, lawyer dll. Tapi percaya atau tidak, Malaysia now needs Psychologists more than ever.

5. Projek Psikologi banyak buat survey je kan?Hahaha. Itu kata-kata orang yang tak biasa dengan sains sosial. Survey tu cuma percent kecil je dari research method.Bidang kami ini sains, jadi of course ada proper research, empirical evidence, data analysis, hypothesis dll.

6. Psychology ada masuk lab juga ke?Ya ada. Kalau tak, macam mana kami nak test teori-teori tertentu pasal minda manusia. Lab tak semestinya cecair dalam balang tu. Nak tengok gelombang otak, aliran darah, masa reaksi dalam eksperimen tertentu, semua tu buat kat lab.

7. Psikologi ada banyak Bio?Ya dan tak sebenarnya. Bergantung kepada subjek kau. Bio ada sentuh tapi tak deep. Sentuh asas (part otak, hormon dll)Sebenarnya kau akan lagi pening dengan statistik. Pelajar Psikologi yang grad biasanya happy sebab dah bebas SPSS.

8. Belajar Psikologi pun boleh ada masalah mental? Bukan ke korang lagi pandai manage?Amboi. Macam kami ini Tuhan. Kalau doktor pun ada sakit demam, diabetes, sakit jantung, selsema atau apa-apa sakit fizikal lain, Takkan kami belajar Psikologi tak boleh ada masalah mental?

9. Oh jurusan Psikologi. Lepas ini kerja dengan orang gila la ya? Tanjung Rambutan?Tu dia. Kalau aku listkan semua jenis Psikologi yang ada, mau ternganga dia nanti.Yang dengan orang gila tu cuma Psikologi Klinikal. Itu pun sebenarnya masalah kecelaruan mental BUKAN GILA!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 05:04 PM | Show all posts
Edited by meklalala at 26-11-2018 08:28 PM

Topik 5: Kesihatan Mental 101 - Asas Yang Anda Perlu Faham

''1 daripada 4 rakyat Malaysia akan mengalami masalah kesihatan mental, bila-bila dalam jangka hayat mereka.”Laporan National Health & Morbidity Survey 2015. Statistik yang merisaukan. Masalah kesihatan mental tak semestinya gila, sewel dll. It’s more common than we think.

Ikut ramalan World Health Organisation, masalah kemurungan/depression bakal jadi masalah kesihatan kedua tertinggi sedunia menjelang 2025. Depression bukan setakat perasaan sedih. Tetapi sedih melampau, sekali dengan tekanan kronik. Dan ia bukan daripada lemah iman.

Kesihatan mental tu sama penting macam kesihatan fizikal.Kalau ada orang kena kanser, kita tak cakap dia lemah iman, kena banyak berzikir dan ingat Tuhan, kan?Tapi kita bawa jumpa doktor untuk rawat dia.Kenapa kita tak buat macam tu untuk orang ada masalah kesihatan mental?



Pengarah pertama WHO pernah cakap, “Takkan sempurna kesihatan seseorang tanpa kesihatan mental.” Kesihatan seseorang bukan setakat sihat tubuh badan, tetapi pada minda dan pemikiran. Dan tak, mereka bukan gila, tak beriman atau mencari perhatian. Mereka sakit. Sangat sakit.



Depression ada beberapa simptom penting.


1. Kemurungan berlarutan lebih dari 2 minggu


2. Hilang nikmat dengan benda yang selama ni dia suka (dah tak suka movie, baca buku etc)


3. Hilang fungsi seharian dia. Dah tak boleh kerja/belajar/masak dll.

It’s a serious health issue.



Faktor agama memang bantu dalam isu kesihatan mental. Tapi bukan sebagai perawat. Contohnya pesakit kanser tengah struggling. Dengan ingat tuhan, tak tinggal sembahyang, zikir dll, sangat bantu untuk dia jadi kuat. Tapi itu bukan sebagai ubat. Tetap kena chemotherapy bagai tu



Ada jauh beza Depression dengan sedih. Setakat sedih, itu emosi biasa manusia. Semua orang ada. Tapi Clinical Depression, dia effect sampai otak. Hormon jadi tak balance, saiz certain part otak mengecut dll. They LITERALLY not able to be happy.



Dah la tengah struggle, sakit, seksa dan perlu bantuan.Kalau kita cop dia manusia tak bersyukur, tak ingat tuhan, tak zikir semua tu, agak-agak membantu ke dia untuk sembuh? Atau jadi lagi melarat? You can be a true muslim and still suffer from depression. Sebab bukan isu iman



Kalau ikut logik makcik pakcik bawang yang kata “Depression sebab lemah iman”, Sekarang pakcik makcik tu tak kena depression, sihat walafiat. In a way dia nak kata dia tu beriman? Kuat agama? Tak terpisah dengan tuhan?These people make me sick.



Let me tell you a story. I have a friend yang kena rogol waktu sekolah dengan cikgu dia, more than 10 years ago. Tak seorang pun percaya report dia, siap gelakkan lagi. Sebab cikgu tu ‘baik’, ‘alim’ dll. Dia trauma teruk sampai sekarang depression dia semakin melarat.



Dia membesar dengan emosi yang tercalar, minda yang trauma, dan jadi sangat anti sosial.Dalam diam, depression dia develop sekali dengan anxiety. Tapi dia tak pernah tinggal sembahyang, baca Quran etc. Agak-agak, depression tu sebab dia tak beriman ke? Atau dia yang lemah?



There’s a reason kenapa dipanggil,“Mental illness” Not “Mental Weakness.” Bukan salah penghidap tu untuk ada masalah kesihatan mental. Sama macam orang ada tumour otak. Itu bukan sebab dia lemah. Dah nama pun penyakit. Illness

Depression dulu dikaitkan dengan kimia yang tak stabil dalam otak manusia. Kajian terbaru, lebih kepada berlaku sel otak mati dan hilang fungsi. Peranan genetik juga faktor besar, dan logik lah kenapa ada yang boleh diwarisi. Ini faktor risiko, bukan penyebab utama.



Dalam otak kita ada hippocampus yang berfungsi untuk memori dan emosi. Orang yang depression, hippocampus literally mengecut daripada kebiasaan.Maka dia literally tak boleh rasa happy.Keadaan biologi macam ni bukan boleh diubati dengan hanya “Think positive” “Get over it”



Genetik orang depressed berbeza. Let’s say Ahmad dan Ali kehilangan ibu pada masa yang sama. Ahmad ada genetik depression, dan Ali tak. Ahmad lebih berpotensi untuk jatuh ke Depression teruk sebab sedih ibu dia meninggal. Berbeza dengan Ali, sedih juga, tapi dia tak depress.



Lepas 2 tahun, Ali belajar untuk move on. Dia redha dan terima ketentuan Allah. Ahmad pun, dia redha dan terima ujian ni. Tapi sebab otak dia literally tak dapat rasa happy, sebab dia ada genetik depression tu, dia jadi murung teruk. Ini bukan lagi soal iman.Tapi kesihatan.



Depression ialah penyakit yang ada biological basis, sehingga memberi kesan kepada psikologi dan sosial seseorang. Ia bukan isu iman, isu lemah, isu cari perhatian dll. Tapi tak dinafikan memang ada orang buat-buat depressed untuk dapat perhatian. Yang sebenarnya dia cuma sedih



Orang yang berlakon/self diagnosed depression ni ada masalah pada sosial. Mungkin dia nampak macam ada masalah mental ini cool, unik dan dapat perhatian orang ramai. Tak cukup kasih sayang maybe. Sedangkan dia tak tahu, penghidap ni semua sanggup buat apa saja untuk sembuh.



Kadang-kadang, ada yang menjurus ke arah niat membunuh diri. First of all, elakkan judgement “ahli neraka”, “tak bersyukur hidup” semua tu. Orang yang nak bunuh diri selalunya bukan nak mati sangat, tapi dia nak kesakitan dia berakhir. Dan kita boleh bantu dia sebenarnya.



Faktor agama amat membantu dalam menghentikan seseorang daripada BERTINDAK membunuh diri. Tetapi tak menghalang daripada muncul NIAT untuk membunuh diri. They are desperately asking for help. Don’t make it worse by labelling them negatively. Help them.



Bagaimana nak membantu?



1. Be there for them. Talk with them. Listen attentively. Let them vent out all the negative feeling through talking.Jangan sesekali guna hujah,



“Aku pun pernah dulu bla bla.”


“Semua orang rasa apa ko rasa.

“Benda ni dalam kepala ko je.”


Please jangan



2. Persuade them to get professional help. Either meeting with counselor, psychologist or doctor. If they are afraid, it’s normal. I was afraid too. The first step is always the hardest. If they are scared, then accompany them to go get treatment. Be beside them no matter what



3. Be a supporter or a friend. Don’t be a counselor or therapist for them. It is not within our power to help them professionally. Google is not the answer.

But be there to support them no matter what. They need it more than ever.



The words that they always want to hear from us:


“I don’t know how much you suffer and how can I be of help for you. But if you ever need anything or someone to talk to, I am here.”  Trust me. They will break into tears hearing that.



Just like any person who are suffering from a pain, what they really need is for the pain to stop.

Labelling them negatively such as



“Kau tak cukup beriman”,

“Perlu ingat Tuhan”,

“Banyakkan berzikir”.



These label do not help in any way. In fact, it can make matter worsen.





Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-11-2018 05:08 PM | Show all posts
Edited by meklalala at 26-11-2018 09:18 PM

Take a look how different
It is the brain of someone who has depression  with who isn't. The depressed brain activity reduced significantly, making them unable to be happy or to enjoy simple thing in our life.

Now look at someone who has Anxiety Disorder. Their electrical brain activity goes haywire and over active, making them to be overthink, anxious, over concern to the point them everthing feels overhelmed.


Bipolar is a disorder when someone has two extreme mood. Too happy (mania) or too sad (depress). Living with this is a nightmare.  It's tiring and really effect one's everyday life. Ther brain shows overflow of blood (red) and really low (yellow) making their moods extreme.


Borderline personality disorder  (BPD) is really scary. The brain that process negative emotion (anger or sadness) are so active that a simple sad feeling feels like the world coming to end. BPD effect's emotion really hard that this usually effect their relationship.


You've heard OCD right? One of the most overused mental disorder. Suka susun barang dah kata OCD. Tak boleh tengok senget dah mengaku OCD. Itu namanya perfectionist. OCD ni lagi teruk tau. Sampai orang tu akan berulang ulang buat benda tu. Kalau tak buat, dia rasa stress gila


PTSD atau kita faham sebagai Trauma ini antara yang tahap kronik. Childhood abuse, traumatic event etc, biasanya penyebab PTSD. Tak ada ubat setakat ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 05:14 PM | Show all posts
Edited by meklalala at 26-11-2018 05:17 PM

It's okay to be not okay.
It's okay and it's gonna be okay.
But,It's not okay to self-diagnose.
It's not okay to see DASS as an ultimate truth.
It's not okay to delay the process of seeking help.
Realising that we have problems, is good.
Taking action to solve it, is better...#AimanPsikologis



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2018 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
meklalala replied at 26-11-2018 05:04 PM
Topik 5: Kesihatan Mental 101 - Asas Yang Anda Perlu Faham

''1 daripada 4 rakyat Malaysia akan me ...

perkongsian intelektual.

edit sikit rul.berpinar mata baca posting yang ni.

gambar bagi besar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 26-11-2018 07:23 PM
perkongsian intelektual.

edit sikit rul.berpinar mata baca posting yang ni.

Dah edit sebenarnya...kenapa nampak kecik ke? Why kat pc ni nampak besar je gambar...huwaaa..thank you nancy, akan perbaiki supaya tak berpinar baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 26-11-2018 07:23 PM
perkongsian intelektual.

edit sikit rul.berpinar mata baca posting yang ni.

Oooo tau dah..tadi kat pc okey je..bila baca kat phone dia takde perenggan..jap mek edit..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
meklalala replied at 26-11-2018 08:09 PM
Dah edit sebenarnya...kenapa nampak kecik ke? Why kat pc ni nampak besar je gambar...huwaaa..thank ...

terima kasih rul.cun dah cun, cuma takde para.alahhhh yang satu posting tu je.yang lain nice.

gambar tu buat macam syarul post cekodok tu.kan tamopak besar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 26-11-2018 08:16 PM
terima kasih rul.cun dah cun, cuma takde para.alahhhh yang satu posting tu je.yang lain nice.

g ...

Dah edit tu..cuma gambar je belum..sabaq sat ya alololo Nancy
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
meklala, awak therapist occupational or therapist for asd? klu ya meh pm i. or u psychologist? u lelaki ke pompuan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2018 08:50 AM | Show all posts
adila39 replied at 27-11-2018 01:28 AM
meklala, awak therapist occupational or therapist for asd? klu ya meh pm i. or u psychologist? u lel ...

semua bukan sis dila..sy cuma berkongsi/cp dari apa yang saya baca je..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 09:04 AM | Show all posts
tertarik dengan topic psychology and kesihatan mental
betul tu, nowadays nampak orang tu macam normal sihat saja tapi mental dia belum tentu sihat
kadang2 diri sendiri pun tak tahu ada masalah mental
umumnya orang fikir masalah mental ni hanya GILA, tak siuman, hilang ingatan
padahal banyak klasifikasi untuk masalah mental ni.
bagus share awareness macam ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2018 09:20 AM | Show all posts
fixit replied at 27-11-2018 09:04 AM
tertarik dengan topic psychology and kesihatan mental
betul tu, nowadays nampak orang tu macam norm ...

betul tu fix..kadang-kadang takut jugak dengan diri sendiri, takut tanpa sedar ada masalah kesihatan mental..

orang kita sebenarnya malu, malu nak jumpa doktor berkaitan mental ni..takut di cop sebagai gila.

banyak lagi mek nak share nanti, baca ya..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
meklalala replied at 27-11-2018 12:50 AM
semua bukan sis dila..sy cuma berkongsi/cp dari apa yang saya baca je..

ooo... baru nak invite to our training  related to what u postings tu. mekasih pm saya. great input tho
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
agreed. semua i agree. Tapi kita pun selalu lupa...minda kita and jiwa kita ni dikawal oleh kita. sebab tu up bringing kita penting. How survival kita. Thats why dlm islam pun dia suruh didik anak kita dgn suruh buat semua kerja...pikir balik betul juga...bila anak lasak akan jd kuat and x langsung survival spirit lebih dari biasa.

Tapi mcm kak dila, heheheh sy sgt lemah dlm segala hal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2018 09:36 AM | Show all posts
adila39 replied at 27-11-2018 09:29 AM
ooo... baru nak invite to our training  related to what u postings tu. mekasih pm saya. great inpu ...

no problem
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.103594 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list