CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ketypurry

Kenapa susah sangat nak kurus??

  [Copy link]
Post time 10-9-2020 09:49 AM | Show all posts
Edited by brego at 10-9-2020 09:55 AM

siapa yang dah buat diet macam2 jenis tapi tak mau kurus gak,
aku cadangkan, beli smartwatch,
dan start move around, target 5km sehari,
paling afdol dapat 10,000 steps.
jalan jauh sket, parking jauh, naik tangga dan lain2.

punca susah nak kurus even buat diet ialah,
gaya hidup tidak aktif @ sedentary.

ramai keje 8 jam duduk dalam opis siap aircond,
nak kurus ape nyer.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2021 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Start hari ni i start if. Nanti i update penurunan kalau ada..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 04:15 AM | Show all posts
I know all the stuffs but satu je..mindset tak kuat utk resist the temptation of food esp sweet things
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
I je. Control makan. Jgn kurus sgt, jgn besar sgt. Sedang2 pun dah cantik. Mkn jgn ikut nafsu. Makan setakat hilang rasa lapar tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Good things take time dik. Sabar teruskan berdiet pasti ada hasilnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 05:06 PM | Show all posts
tom2 replied at 31-1-2021 09:44 PM
Start hari ni i start if. Nanti i update penurunan kalau ada..

Tak update pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2021 12:34 AM | Show all posts
Try change your lifestyle sis, & yg paling important change your eat habits.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 12:57 PM | Show all posts
Gaya hidup sedentri memang salah satu penyebab utama. Tiap-tiap hari duduk pejabat 8 jam, metabolisma badan akan jadi kurang, kadar pembakaran kalori badan akan jadi perlahan ( tak macam masa remaja ), maka lebih banyak tenaga disimpan secara lemak di dalam badan.

Nak kurus, kena disiplin dan perlu ada pemantauan secara teratur. 1st, dapatkan penimbang berat badan. Timbang berat badan setiap hari. Sudah ada data, baru boleh kawal. Tak ada data, nak kawal pun susah. Kalau mampu, dapatkan penimbang yang boleh ukur jisim otot, jisim lemak visceral, jisim tulang, etc. Kalau tak mampu, beli saja yang biasa.

Kalau ikutkan hubungan matematik biasa , perubahan berat badan (dM) = intake kalori ( dI) - output kalori ( dO - senaman , fungsi badan ).

dM jadi positif jika kita makan lebih daripada apa yang kita perlu.
dM jadi neutral jika kita makan secukup untuk kekalkan berat badan
dM jadi negative jika kita makan kurang daripada yang kita perlukan - ini yang kita target jika nak turun berat badan.

Daripada hubugan diatas, kita boleh kurangkan dI ataupun tambahankan dO. Kalau boleh disiplin buat ini, dalam masa seminggu pun boleh dapat keputusan yang memuaskan.

Ini tips trainer peribadi saya. Nak bakar lemak, buat kardio ( jogging, berjalan, lompat tali) tapi masa untuk aktiviti ini perlu sekurang-kurangnya > 60 minit satu sesi. Ada sebab kenapa perlu 60min. Dibawah 60 min, badan kita hanya menbakar gula yang sedia ada di dalam badan kita, lemak terkumpul belum dibakar. Bila buat kardio > 60min, badan kita akan mengalami defisit gula sedia ada dan ada proses penukaran lemak kepada gula berlaku di dalam badan kita. Masa inilah lemak badan akan dikurangkan. 1 minggu , 5 hari bersenam, 2 hari rehat di antara. Kalau nak toning badan, kena buat senaman angkat berat untuk membina otot.

Lepas bersenam, jaga makan. Jangan bersenam tapi kuat makan balik pun tak guna. Makan benda yang lebih fiber untuk tahan lama ( tak senang lapar) - contoh jambu batu. Minimum manis dan jus buah-buahan boleh hentikan. Jus buah-buahan adalah satu dalang yang paling jahat. Makan buah dengan fiber jangan minum jus buah.

Cuba seimbangkan antara pemakanan dengan senaman. Kalau tiap-tiap hari itu tak boleh makan, ini tak boleh makan, hidup tak ada makna. Kalau sudah makan sajian kalori tinggi, tingkatkan la usaha senaman.

Secara kesimpulan, kita kena ubah amalan hidup yang sedia ada kalau nak turun berat badan. Kalau tak ubah memang tak akan dapat keputusan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2022 10:31 AM | Show all posts
Moh le semua kita fokus kurus untuk kesihatan. Nak masuk 2023 ni, boleh set azam baru... haha
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 02:38 PM | Show all posts
i ada pcos,sakit lutut,slip disc, so berat mmg susah nak turun even ko try la diet apa sekalipun, nak running xleh nak weight lifting xleh sbb slip disc...turun la 1-2kg astu time period naik balik berat tu.

last choice i buat bariatic. buat bulan 8 aritu dari 124kg, now dah 90kg. 5taun kawen xpernah lekat...skang alhamdulillah dah 11mggu. slip disc and sakit lutut ilang. dah leh solat normal. badan pun dah makin curvy and of coz husband makin happy
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 02:45 PM | Show all posts
You tau ke punca utama berat badan bertambah di sebabkan stress. Bila kita dalam keadaan stress, satu hormon akan di rembeskan yang dinamakan "stress hormone" iaitu cortisol. Biasanya pengeluaran hormon kortisol yang tinggi, adalah bagus, sebab hormon kortisol ni akan membantu hati utnuk menukarkan lemak kepada tenaga.

Tapi jika jika hormon kortisol ni sentiasa pada paras yang tinggi, kemungkinan 'sindrom crushing' akan berlaku berupa penambahan berat badan, tekanan darah tinggi, kadar gula darah meningkat, badan menjadi semakin lemah dan sistem imun badan akan semakin rendah.

Apa2 pun kalau nak kurus, kena jaga tahap emosi kita...dan kontrol tahap kortisol dalam badan.



Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 11:42 AM | Show all posts
mari i bg tips dan cara diet yg paling senang n u tak perlu berlapar, but cara diet i nie amik masa around 5 to 4 bulan utk turun 15-20kg depends pada badan uolls, i dulu berat 77kg i diet 4 bulan now dah 60 kg, it takes me 17 kg nak turun dlm masa 4 bulan tanpa skip nasi, okey first sekali
1. Amalakn makan suku suku separuh, maksud die, you boleh makan apa sahaja jenis lauk, tapi nasi 1 senduk, protein mcm ayam, daging, seafood apa2la ambik suku/separuh pun boleh, then sayur2 banyak/separuh, sayur kalu u tak makan sayur pun takpe, tp sayur tu buat u kenyang lebih.
2. jaga intake kalori u, u nak makan apa saja pun boleh tp asalkan kalori utk sehari only 1200 kalori sahaja.
3. buat intermiting fasting/puasa sunat at least 2 kali seminggu, lebih pun takpe.
4. cheat day kena ada seminggu sekali or 2 kali seminggu, untuk kita turun kan berat kite, sbb ada diet bile u diet2 je tp u timbang stuck or tak turun, that means u kena buat reverse diet, so dgn kata lain cheat day.
5. kalu nak faster weight loss exercise la sikit, i buat brisk walk je, 30 minit, kdg2 seminggu pun tak exercise depands atas mood i.
6. bila u dah dpt bdn ideal yg u nak, u just maintain je diet2 tu or u tambah la sikit portion makan u mayble sehari 1300 kalori ke, tgk atas bdn u, kalu rase mcm tak naik2 walaupun u naikan kalori intake just go on je dgn tu, boleh makan byk, hehehehhe.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.071751 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list