JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
123
Return to list New
4077
View
50
Reply

Kisah Pengalaman Merawat

[Copy link]

Author: lagendahidup       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 12-2-2019 04:32 PM | Show all posts
Sambungan Sihir Pemakan Janin

Tibalah hari yang ditetapkan untuk sesi rawatan. Sebelum mula sesi rawatan macam biasa aku tanya Ju ada tak alami benda yang aneh sepanjang tempoh keguguran ni. Kata Ju memang sebelum ni banyak benda aneh yang dia alami contohnya selalu nampak bayang suami dia di rumah padahal suami dia dah p kerja dan juga selalu bermimpi benda yang pelik-pelik dan ngeri macam tu.

Ringkas cerita aku pon mulakan sesi rawatan. Mula-mula sekali dalam kaedah rawatan aku ialah kenal pasti punca gangguan. Gangguan bagi pandangan aku la dapat dibahagikan kepada 2 jenis. Pertama gangguan disebabkan dampingan yang bawahnya dapat kita klasifikasikan pada saka, jin asyik, menempel, ilmu dan sebagainya dan kedua disebabkan oleh sihir atau jin yang berniat jahat. Udoh la cita sikit-sikit lagipun fokus utama ialah kisah rawatan bukan ilmu rawatan kan.

Ok berbalik kepada cerita,  selepas dilihat punca sebenar penyakit barulah aku tahu yang masalah yang dialami Ju ialah disebabkan oleh gangguan sihir. So nak mudah cerita aku tarik makhluk yang ganggu dan letak pada badan si Ju untuk mudah kita setelkan urusan yang tertunggak cewah. Tarik ja terus jadi merasuk la si Ju ni. Selepas proses seksa-menyeksa selama sejam barulah si jin sihir ni mahu bagi kerjasama dan ceritakan apa yang dia buat pada badan Ju. Kerja utama jin sihir ni ialah memakan janin Ju yang menurut si jin ni sangatlah lazat. Patotla si Ju ni kerap sangat sakit di kawasan peranakan tapi bila bawak ke hospital x dapat kesan pulak punca penyakit, pelik bin ajaib betol.

Jadi nak ringkas cerita punya pasal, jin sihir tersebut aku hapuskan dengan izin Allah dan satu amaran keras diberi kepada si tok moh agar jangan lagi ganggu si Ju ni. Kalau tidak gue fire lu tok moh. Pantang bebenor teman dengan tok moh zalim dan ambik kesempatan ni.

Akhir cerita saya nak nasihatkan dekat semua bila kita bercakap dengan sesiapa pon kita kena hati-hati agar tak terguris hati perasaan orang lain. Kita kena ingat kalau dia x boleh serang kita dia boleh jadi akan serang orang yang terdekat dengan kita. Kadang-kadang si tukang sihir pandai jugak, dia akan serang orang yang paling kita saying sebabnya ni akan bagi kesan yang lebih mendalam pada kita berbanding serang diri kita sendiri.

Bak kata orang tua-tua kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.037628s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list