CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18745|Reply: 157

Ini nasihat abang-abang Hijjaz

  [Copy link]
Post time 30-11-2018 02:50 PM | Show all posts |Read mode




“UNIC tak ada hak nak larang mana-mana bekas anggota kumpulan menyanyikan lagu kumpulan itu,” kata komposer Munif berhubung tindakan anggota UNIC yang didakwa melarang bekas anggota kumpulan itu Fitri Haris menyanyikan lagu mereka.

Munif yang juga komposer lagu Ainul Mardiah berkata, sesiapa sahaja boleh menyanyikan lagu kumpulan itu sama ada bekas anggota atau penyanyi lain.

Menurut Munif, tindakan UNIC adalah tidak wajar kerana hak cipta milik Hijjaz Records.

“Dari segi undang-undang, tak ada siapa yang boleh halang. Tindakan Fitri atau Hafiz menyanyikan lagu UNIC tidak salah. Lagu adalah umum dan sesiapa saja boleh menyanyikannya.

“Bagi saya, isu sebegini tak perlu timbul. Secara peribadi, saya tak ada masalah pun. Mungkin ada masalah dalaman membabitkan mereka hingga tercetusnya isu ini,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, anggota UNIC iaitu Najdi memuat naik status di Instagram yang menyindir tindakan Fitri yang masih menyanyikan lagu UNIC, semalam.

Seorang lagi anggota UNIC, Fakhrul memuat naik status sama tanpa menyebut nama penyanyi itu.

Sementara itu, Isman yang juga komposer lagu Hanya Tuhan Yang Tahu berpendapat UNIC tidak layak bertindak sedemikian.

“Apa hak mereka nak halang Fitri nyanyi lagu UNIC? Fitri pun bekas anggota kumpulan itu. Lagi pula, ketika bersama UNIC, Fitri yang lebih dapat perhatian bukan saja daripada segi personaliti tetapi juga vokal.

“Sekarang dalam UNIC anggota asal yang tinggal adalah Bazli. Jadi, kenapa dua anggota lain nak sibuk? Apa hak mereka?

“Sepatutnya, Hijjaz Records yang berhak nak halang bukan mereka. Ini kerana kebanyakan lagu UNIC adalah hasil ciptaan kami,” katanya.

Menurut Isman, UNIC sepatutnya berterima kasih kepada bekas anggota lain kerana masih sudi menyanyikan lagu kumpulan itu.

“Saya suka cara Fitri datang berjumpa dan minta izin ketika nak merakamkan semula lagu Hanya Tuhan Yang Tahu dalam versi solo. Bagi saya, ia bagus.

“Begitu juga dengan Hafiz yang mana akan minta izin setiap kali nak menyanyikan lagu ciptaan kami. Sepatutnya, UNIC kena berterima kasih dan bukannya halang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 November 2018 @ 6:49 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2018 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya kena setepek pada geng2 UNIC ni. Benci betul dengan orang yang dengki pada rezeki orang lain. Nyanyi lagu Islamik tapi hati busuk pekung.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 03:40 PM | Show all posts
busuknya perangai. rejeki masing2 la khuen. tros meols unfollow UNIC yach.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 03:42 PM | Show all posts
Iols minat kat ustaz Munif.
Lagu Hijjaz sedap sedap belaka.
Suara ustaz Munif iols suka dengar.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 03:46 PM | Show all posts
mieymiey replied at 30-11-2018 03:42 PM
Iols minat kat ustaz Munif.
Lagu Hijjaz sedap sedap belaka.
Suara ustaz Munif iols suka dengar.



kannn iols pon minat. 2 lagu Hijjaz yg iols paling minat Sumayyah & Rasulullah .

Hijjaz ni pon kumpulan nasyid yg bersih dari gossip2 liar rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hijjaz underrated kan zaman dulu? Padahal byk kaset hijjaz aku beli dulu..termasuk pelita hidup series. Hijjaz & Raihan otai yg betul2 best zmn dulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2018 03:48 PM | Show all posts
setepek kene

bagus la...... kalau nak larang...p la larang sekali bebudak sekolah yg ader je gune lagu UNIC...




Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 03:54 PM | Show all posts
wadiunong replied at 30-11-2018 03:46 PM
kannn iols pon minat. 2 lagu Hijjaz yg iols paling minat Sumayyah & Rasulullah .

Hijjaz ni  ...

Walaupun Hijjaz tak pernah menang dan asyik kalah dengan Rabbani, tapi Hijjaz menang di hati iols. Gittewwww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2018 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan abang2 senior da bersuara....rasain lor!nyanyi lagu islamik tapi dengki...busuk punya olang
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 04:05 PM | Show all posts
bila hati dh hitam,,,,,,,, errmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 04:37 PM | Show all posts
btw, suara fitri haris memang ....jeles la tu kan....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 04:42 PM | Show all posts
erm.....nape lagu ni nak oiii
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 04:47 PM | Show all posts
sokmogitu replied at 30-11-2018 03:47 PM
Hijjaz underrated kan zaman dulu? Padahal byk kaset hijjaz aku beli dulu..termasuk pelita hidup seri ...

ye betul. iols peminat Raihan & Hijjaz
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 04:51 PM | Show all posts
kelakar pulak rasa kena sound setepek dgn pemilik lagu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Berlapang dada la dengan rezeki orang lain.. Pencipta lagu pun aman2 jah. Motep chuols over nak sound2 orang?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Puas hatinya baca artikel ni. Walau aku ni bkn peminat si fitri tu tp cara bazli dgn geng unic dok sound perli mmg buat netizen jd konfius cara dakwah unic.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2018 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiols baru nk tefek/buka benang. Laju momod buka benang.

Apa2 pun amekaw Bazli kefam
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Org lama gak tenang... berlapang dada jelahh....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
meols still rase hijjaz yg patut menang ggv 1 dulu.. tp xde rezeki.. dejavu sgt ggv 1 UNIC menang.. ggv 2 EX UNIC plak yg menang
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
i team fitri haris muka helok
boleh tak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.225361 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list