CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Modngengade

Ini nasihat abang-abang Hijjaz

  [Copy link]
Post time 30-11-2018 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Beria-ia upload video baru nak bela diri...hujung2 tetap di kecam oleh netizen...

Nampaknya ramai warga net yang tag team dengan Fitri Haris. Statement makan diri betul UNIC ni...sampai abang Hijjaz masuk campur... Kan kena setepek.  


  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2018 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
@Modngengade tajuk tak sampailah.... Orang tak tau isu, baca tajuk terus rasa tak nak click...umum sangat tajuk benang ni....


Cer tukar tajuk tu... Ini nasihat abang2 Hijjaz. Nasihat pada siapa? Kenapa nasihat? Gitewww. Bagitau motif...

Cadangan meols saja yach...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cehhhh.. Rasaian
Hidup hijjaz.  So macho n gentleman backup hak milik lagu tu as hak hijjaz
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan bazli rempitan dgn najdi whoever you are. Acah2 gila. Dah tua pun meroyan dkt ig perli2. Kata lagu2 berdakwah tp nampak nau dengki dgn rezeki org. Xmalu betul. Bazli tu dhlah mcm dia je betul semua org salah. Tu yg ahli lain semua blah kot? Blergh
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Setelah ribuan kecaman....akhirnya.....minta maaf jua...

The power of netizen.... Power peminat Fitri Haris ni yach...


  
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok sekarang rase nak denga munif nyanyi ainul mardhiah..mesti sedap sangat
Tu la pasal dah kenapa melebih2 sangat
Ke gimik je nak bagi orang pi tengok konsert
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2018 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
X pernah minat Unic dr dulu ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
bazli tu sejenis poyo berangan bagus tengok mulut dgn gigi rahang besar dia tu je dah tau perangai sakai dia tu.. si najdi tu lagi lah obvious perangai jahanamnya padan la kena kecam.. yg paling takleh blah yg mamat tilawah rambut bendol tu rupanya sejenis lapar perhatian juga.. unic ni la artis nasyid paling sampah di malaysia sama level dgn sohai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2018 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Si munif hijaz tu muka badboy sgt..aku trbayangkan munif bkn org alim nasyeed tp badboy ala2 mmat racing ke...heheh
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
u lost my respect bro...aku harap korg unic baca satu2 kecaman netizen..jd meluat dgn perangai besar kepala sorg2 dok menyindir..eh lantak la nk nyanyi lagu sapa pun as long dpt permission hak asal satu2 karya..ingatlah rezeki itu milik Allah bukan engkau 3 worang dok membolot segala..aku terus tukar channel if nampak muka salah sorg jd pengacara..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Org acah ahlul surga pon ada masalah hati jugak
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2018 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
benda ni jd isu sbb unic nak buat konsert besar awal bln ni di ipta..tiket hrga standard konsertla..siap music live bkn minus one..lama dah diorg announce konsert ni.. tiba2 fitri pun ada showcase kat ipta yg lain,tarikh dekat2, tiket lebih murah, tp list lagu lebih kurang sama.. so unic agk kurg puas hatila..ye betul rezeki masing2..tp potong rezeki org pun x bagus jugak kan.. lgpun ape bazli ckp tu btul juge..selama ni dia pertahankan nama unic tu,dr mcm ujian n halangan(katenye la)..pertahan utk terus relevan..tiba2 ex member boleh guna nama tu gitu jer..agk x patut la kate dia.. tp ayat isman pun boleh tahan ek..klu aku jd member unic pun aku kecik ati oo..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2018 12:59 AM | Show all posts
Edited by tintalangit at 1-12-2018 01:01 AM
ziee replied at 1-12-2018 12:16 AM
benda ni jd isu sbb unic nak buat konsert besar awal bln ni di ipta..tiket hrga standard konsertla..siap music live bkn minus one..lama dah diorg announce konsert ni.. tiba2 fitri pun ada showcase kat ipta yg lain,tarikh dekat2, tiket lebih murah, tp list lagu lebih kurang sama.. so unic agk kurg puas hatila..ye betul rezeki masing2..tp potong rezeki org pun x bagus jugak kan.. lgpun ape bazli ckp tu btul juge..selama ni dia pertahankan nama unic tu,dr mcm ujian n halangan(katenye la)..pertahan utk terus relevan..tiba2 ex member boleh guna nama tu gitu jer..agk x patut la kate dia.. tp ayat isman pun boleh tahan ek..klu aku jd member unic pun aku kecik ati oo.... ...

Tetap UNIC tak ada hak halang bekas ahli nyanyi lagu2 UNIC. Diorang ex UNIC kut....

Lagi Pula tu, yang mempopularkan lagu2 tu zaman kegemilangan UNIC dedulu adalah Fitri dan Hafiz Hamidun. Pencipta lagu pun rileks jer...ahli baru pula lebih2. Lagu2 baru UNIC bukannya Top pun. Diorang pun tetap nyanyi balik lagu2 UNIC yang pernah dipopularkan bersama dengan ex UNIC.

Kalau rasa betul, kenapa akhirnya minta maaf. Sebab dah kena tegur dengan Hijjaz ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2018 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
tintalangit replied at 1-12-2018 12:59 AM
Tetap UNIC tak ada hak halang bekas ahli nyanyi lagu2 UNIC. Diorang ex UNIC kut....

Lagi Pula t ...

nak kate grup ni glamer sbb hapis n fitri jer mcm x kena plak..sbb klu bazli x nyanyi lagu2 tu,x sedapla jadinye kan..lgpun suara fitri tu tgi,ssuai nyanyi tang korus..suara bazli plak rendah.. dah namanye kumpulan,bila dah bjaya mana boleh angkat sorg jer..
sbb hijjaz dah bsuara,harusla diorg minta maaf dan beralah..buat ape nak pjg2 citer..at the end of the day,bnda ni hiburan jer..but deep inside,aku paham ape yg bazli rasa..yg lg 2 tu aku no komen..peace
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2018 01:42 AM | Show all posts
Edited by tintalangit at 1-12-2018 01:44 AM
ziee replied at 1-12-2018 01:30 AM
nak kate grup ni glamer sbb hapis n fitri jer mcm x kena plak..sbb klu bazli x nyanyi lagu2 tu,x sedapla jadinye kan..lgpun suara fitri tu tgi,ssuai nyanyi tang korus..suara bazli plak rendah.. dah namanye kumpulan,bila dah bjaya mana boleh angkat sorg jer..
sbb hijjaz dah bsuara,harusla diorg minta maaf dan beralah..buat ape nak pjg2 citer..at the end of the day,bnda ni hiburan jer..but deep inside,aku paham ape yg bazli rasa..yg lg 2 tu aku no komen..peace ...

Sebab tu sepatutnya dari awal lagi jangan meroyan kat IG. Senjata makan tuan lah hujung2 netizen dan Hijjaz backup Fitri. Tak pasal2 imej tercalar. Sendiri mengundang kan....

Lepas tu pergi lagi upload posting kat bawah ni... maksudnya apa tu. Macam sesuatu jer..... memang mengundang


  

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2018 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
euwww teruknya perangai bazli n the gang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2018 01:47 AM | Show all posts
Edited by tintalangit at 1-12-2018 01:49 AM
datinamanda replied at 1-12-2018 01:42 AM
euwww teruknya perangai bazli n the gang.


Malu besar yach kena sound dengan Hijjaz...kene setepek...


Sudirman Mohd Tahir dan Najiy Jefri
am@hmetro.com.my



“UNIC tak ada hak nak larang mana-mana bekas anggota kumpulan menyanyikan lagu kumpulan itu,” kata komposer Munif berhubung tindakan anggota UNIC yang didakwa melarang bekas anggota kumpulan itu Fitri Haris menyanyikan lagu mereka.

Munif yang juga komposer lagu Ainul Mardiah berkata, sesiapa sahaja boleh menyanyikan lagu kumpulan itu sama ada bekas anggota atau penyanyi lain.

Menurut Munif, tindakan UNIC adalah tidak wajar kerana hak cipta milik Hijjaz Records.



“Dari segi undang-undang, tak ada siapa yang boleh halang. Tindakan Fitri atau Hafiz menyanyikan lagu UNIC tidak salah. Lagu adalah umum dan sesiapa saja boleh menyanyikannya.


“Bagi saya, isu sebegini tak perlu timbul. Secara peribadi, saya tak ada masalah pun. Mungkin ada masalah dalaman membabitkan mereka hingga tercetusnya isu ini,” katanya kepada Harian Metro.


Terdahulu, anggota UNIC iaitu Najdi memuat naik status di Instagram yang menyindir tindakan Fitri yang masih menyanyikan lagu UNIC, semalam.

Seorang lagi anggota UNIC, Fakhrul memuat naik status sama tanpa menyebut nama penyanyi itu.

Sementara itu, Isman yang juga komposer lagu Hanya Tuhan Yang Tahu berpendapat UNIC tidak layak bertindak sedemikian.



“Apa hak mereka nak halang Fitri nyanyi lagu UNIC? Fitri pun bekas anggota kumpulan itu. Lagi pula, ketika bersama UNIC, Fitri yang lebih dapat perhatian bukan saja daripada segi personaliti tetapi juga vokal.

“Sekarang dalam UNIC anggota asal yang tinggal adalah Bazli. Jadi, kenapa dua anggota lain nak sibuk? Apa hak mereka?



“Sepatutnya, Hijjaz Records yang berhak nak halang bukan mereka. Ini kerana kebanyakan lagu UNIC adalah hasil ciptaan kami,” katanya.

Menurut Isman, UNIC sepatutnya berterima kasih kepada bekas anggota lain kerana masih sudi menyanyikan lagu kumpulan itu.



Saya suka cara Fitri datang berjumpa dan minta izin ketika nak merakamkan semula lagu Hanya Tuhan Yang Tahu dalam versi solo. Bagi saya, ia bagus.



“Begitu juga dengan Hafiz yang mana akan minta izin setiap kali nak menyanyikan lagu ciptaan kami. Sepatutnya, UNIC kena berterima kasih dan bukannya halang,” katanya.





Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 November 2018 @ 6:49 PM


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2018 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
tintalangit replied at 1-12-2018 01:42 AM
Sebab tu sepatutnya dari awal lagi jangan meroyan kat IG. Senjata makan tuan lah hujung2 netizen d ...

hehehe.marah sungguh ek ni?xpelah..bnda pun dah setel masing2 dah mntak maaf..mohle kite tido..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2018 01:57 AM | Show all posts
Edited by tintalangit at 1-12-2018 02:08 AM

Dulu2 pun ada isu juga kan....









'Saya tarik diri sebab Bazli'
Amirul Haswendy Ashari.
haswendy@hmetro.com.my



ANGGOTA Unic, Wan Najdi Wan Mohd Noh, 26, akui ada masalah dengan Bazli Hazwan Che Osman hingga membuat keputusan menarik diri dari kumpulan yang turut dianggotai Fakhrul Radhi Khamarudin.

Waktu sama, Najdi tidak akan bersama Bazli dan Fakhrul di pentas akhir Anugerah Nasyid 2017 (AN2017) yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Kata Nadji, kesabarannya sudah mencapai had dan berharap keputusan itu memberi keselesaan kepada perjalanan kerjaya Unic selepas ini.



“Saya mahu tarik diri sebab ada isu. Sebenarnya saya bergaduh dengan Bazli. Tak tahu nak cakap macam mana.

“Isu ini sudah lama dan saya rasa bekerja dengan Bazli sangat sukar sebab dia seorang yang suka cakap lepas. Bagaimanapun, saya tiada masalah dengan Fakhrul,” katanya kepada Harian Metro.


Nadji yang juga bekas peserta Imam Muda musim kedua akui sudah lama tidak bercakap dengan Bazli.

Katanya, mereka yang berada dalam situasinya boleh faham kenapa dia terpaksa mengambil keputusan itu.

Perkara ini mula diketahui peminat selepas Najdi memuat naik perbualan mengenai keputusan tarik diri daripada menyertai AN2017 di laman sosial Instagram miliknya, semalam.



Bagaimanapun, Najdi tidak memberi jawapan atas keputusan dibuat sehinggalah dihubungi sebentar tadi dan mengakui ada masalah dengan Bazli.

Najdi menyertai Unic dua tahun lalu menggantikan Mohamad Fitri Haris, Wan Sharifuddin dan Mohd Afendi Jahri yang menjadi anggota Unic sejak ditubuhkan pada 2002.

Gandingan Najdi, Bazli dan Fakhrul membawa kejayaan kepada Unic untuk menjuarai program Gema Gegar Vaganza (GGV) tahun lalu.





Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 January 2018 @ 4:21 PM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2018 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by edoraixora at 1-12-2018 02:21 AM

Hijjaz bagi komen, macam tak ngam jer dgn ahli unic sekarang...

Lagu unic yg paling kuminati 'erti syukur', masa ada hafiz ngan fitri...boleh menangis dengar masa down.
Ada 1 masa tu, aku down giler, tgh drive lagu ni keluar kt radio, teresak2 menangis sambil drive.

Lagu hijjaz pulak, album 'jalan bahagia'...semua lagu best2, paling suka 'dia kekasih Allah'.

Lagu nasyid cintan cintun, aku x berapa gemar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.430906 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list