CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4506|Reply: 9

5 Pembunuh Muda Paling Sadis Di Dunia

[Copy link]
Post time 1-12-2018 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Walaupun hukuman jenayah selalunya hanya dikenakan kepada golongan dewasa, ada juga berlaku beberapa kes yang melibatkan jenayah dilakukan kanak-kanak. Melihat di negara kita sendiri sudah pun berlaku banyak kes jenayah melibatkan kanak-kanak dan remaja, berikut adalah contoh beberapa kes jenayah kejam yang melibatkan kanak-kanak yang mampu melakukan sesuatu di luar jangkaan kita.

1. Eric Smith

iluminasi pembunuh kanak remaja11

Eric mengalami masalah tekanan psikologi di sekolah kerana selalu di buli akibat rupa paras beliau yang mempunyai rambut merah, memakai cermin mata dan diejek kerana memiliki saiz telinga yang besar. Ketika berumur 13 tahund dalam perjalanan ke perkhemahan, Eric terserempak dengan seorang budak bernama Derrick Robie yang berjalan kaki juga untuk ke perkhemahan.

iluminasi pembunuh kanak remaja4

Eric mengajak Derick ke hutan di sekitar itu, Eric bertindak mencekik Derick lalu menghentakkan batu ke kepala Derick sehingga mengakibatkan kematian. Kemudian, dengan menggunakan sebatang kayu, Eric meliwat Derick di punggung.

iluminasi pembunuh kanak remaja

Eric dijatuhkan hukuman penjara maksima 9 tahun untuk pesalah juvana tetapi sehingga sekarang, beliau dinafikan daripada mendapat kelayakan parol. Beliau masih di penjara ketika ini untuk menunggu perbicaraan parol pada tahun 2018.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2018 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
2. Jon Venables dan Robert Thompson

iluminasi pembunuh kanak remaja3

Jon dan Robert memang terkenal sebagai pelajar bermasalah, semenjak dari awal usia persekolahan lagi. Pada 12 Februari 1993, mereka berlegar di sebuah kompleks membeli belah lalu melihat seorang ibu bernama Denise Bulger leka membeli sehingga tertinggalkan anaknya, James Bulger yang berumur 2 tahun. Jon dan Robert memegang tangan James lalu menarik beliau keluar dari kedai, berjalan sejauh 4 km. Sepanjang perjalanan, beberapa orang saksi menegur mereka, tetapi Jon dan Robert berkata James adalah adik mereka.



iluminasi pembunuh kanak remaja5

Mereka tiba berdekatan stesyen keretapi yang tidak lagi digunakan. Di situlah Jon dan Robert menyeksa James dengan pelbagai cara. James disepak, ditumbuk, dipijak dan disimbah dengan cat. James mati selepas besi seberat 10 kilogram dijatuhkan di atas kepalanya. Selepas itu, mayat James ditinggalkan oleh Jon dan Robert supaya digilis keretapi yang lalu. 2 hari kemudian, baharulah pihak penyiasat menjumpai badan James yang sudah terputus dua digilis keretapi yang lalu.

Jon dan Robert didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun. Mereka dibebaskan pada tahun 2001 selepas berusia 18 tahun dengan identiti baru yang dirahsiakan. Pada 2010, Jon ditangkap semula ke penjara selepas didapati bersalah memiliki pornografi kanak-kanak. Jon dibebaskan pada 3 September 2013.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2018 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
3. Lionel Tate

Pada 28 Julai 1999, Lionel Tate dan Tiffany Eunick sedang duduk di ruang tamu rumah Lionel. Ibu beliau, Kathleen Tate mengasuh Tiffany Eunick pada hari itu atas permintaan kawannya, ibu kepada Tiffany. Selepas makan malam bersama, Kathleen naik ke atas untuk berehat meninggalkan Lionel dan Tiffany berdua.

45 minit kemudian, Lionel naik ke atas memberitahu ibunya yang Tiffany tidak bernafas. Lionel menyalahkan Tiffany kerana tidak pandai meniru aksi penggusti dalam televisyen. Lionel berkata beliau dan Tiffany bermain gusti tetapi kemudiannya kepala Tiffany terhentak pada meja membuatkan Tiffany menangis.

iluminasi pembunuh kanak remaja6

Bedah siasat mendapati Tiffany mengalami 35 kecederaan di badan. Kepalanya retak, tulang dada nya patah, hatinya pecah, pendarahan dalam otak dan pelbagai lagi kecederaan lain seumpama dibaling dari tingkat 3 sesebuah bangunan. Mahkamah mendapati Lionel sebenarnya memang berniat untuk menyerang Tiffany pada malam itu, bukan sekadar bermain.

Lionel dihukum penjara seumur hidup, menjadikan dia orang termuda di Amerika menerima hukuman itu. Beliau dibebaskan 3 tahun kemudiannya dengan hukuman tempoh percubaan 10 tahun dan alat pengesan dipasang dikakinya. Pada tahun 2006, Lionel kembali ke penjara kerana memiliki senjata tanpa kebenaran dan dijatuhkan penjara 30 tahun.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2018 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
4. Cindy Collier dan Shirley Wolf

iluminasi pembunuh kanak remaja8

Cindy dan Shirley memang terkenal sebagai pelajar yang suka mencari gaduh di sekolah. Mereka juga mempunyai rekod jenayah kecil. Shirley pula sejak kecil sudah mengalami deraan seksual oleh bapanya sehinggalah ayahnya dihukum atas tuduhan merogol anak sendiri.



Cindy dan Shirley, pada masa itu berumur 14 dan 14 tahun, bertemu ketika menjalani tahanan di sebuah pusat tahanan juvana bermasalah. Mereka berdua merasa diri mereka sepadan. Bermula daripada perkenalan itu mereka merancang untuk membunuh seseorang.

Pada 14 Jun 1983, mereka melarikan diri dari pusat tahanan lalu merayau di sekitar kondominium Auburn Greens, mengetuk pintu rumah penduduk dengan alasan untuk meminjam telefon. Tidak ramai yang membenarkan mereka masuk, kecuali seorang wanita tua bernama Anna Brackett, 85 tahun.

Mereka menghabiskan masa lebih sejam berbual dengan Anna sebelum sebuah panggilan telefon membuatkan Anna bangun. Shirley menggunakan pisau lalu menikam Anna berkali-kali, kemudian disusuli oleh Cindy untuk melepaskan segala kemarahan mereka. Anna Brackett meninggal dunia kerana 28 kesan tikaman.

Pada Julai 1983, mereka didapati bersalah atas tuduhan membunuh, dihukum 25 tahun penjara maksima bagi pesalah juvana. Berdasarkan rekod mahkamah, mereka langsung tidak merasa salah melakukan pembunuhan kejam itu malah mentertawakan tindakan mereka itu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2018 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
5. Jordan Brown

iluminasi pembunuh kanak remaja9

Jordan berumur 11 tahun ketika ayahnya, Christopher Brown dan tunang ayahnya Kenzie Houk, mula duduk serumah. Pada 20 Februari 2009, ketika Kenzie sedang mengandungkan anak mereka berdua, Jordan naik ke bilik Kenzie yang sedang tidur.

Dengan menggunakan senapang shotgun pemberian ayahnya, Jordan menembak Kenzie mengakibatkan kematian beliau dan anak dalam kandungannya. Christopher pada waktu itu tidak ada di rumah. Keesokan paginya, Jordan serta anak pertama Kenzie menaiki bas ke sekolah seperti biasa, anak Kenzie tidak menyedari ibu mereka sudah meninggal di dalam bilik. Seorang lagi anak Kenzie yang berumur 4 tahun menemui ibunya lalu memberitahu kejadian itu kepada sekumpulan pemotong kayu yang berada berdekatan, membolehkan laporan polis dibuat.

Laporan mahkamah mendapati motif pembunuhan adalah kerana rasa iri hati Jordan terhadap tunang ayahnya. Oleh kerana berlaku banyak masalah perbicaraan kerana umurnya yang didapati masih muda, hanya pada bulan April 2012 Jordan didapati bersalah kerana tuduhan membunuh Kenzie dan bayi dalam kandungannya. Pada tahun 2016, Jordan Brown dibebaskan daripada hukuman tahanan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 04:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Good thread tho its so disturbing
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2018 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya d bebaskn semuanya, ni konsep sedangkn nabi pon ampunkn umatnya kot..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
janganla dtg malaysia ni ..menambahkan bilangan penjenayah yang ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2018 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Eric smith ni dr kecik smpi beso muka ttp nmpak pshyco ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah tgk dlm CI ttg kes james bulger.. Very disturbing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.306873 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list