Selepas mengikat pertunangan singkat selama 4 bulan, pasangan artis terkenal Priyanka Chopra dan Nick Jonas telah rasmi menjadi suami isteri dalam satu majlis perkahwinan yang meriah Sabtu lalui.
Kredit foto: CNN
Majlis itu diadakan di India, negara kelahiran Priyanka, di sebuah istana lama dinamakan Umaid Bhawan Palace di Bodhpur Rajasthan, lapor majalah People. Pakaian pengantin perempuan dan lelaki direka oleh pereka fesyen terkenal, Ralph Lauren. Menurut sumber, Ralph Lauren juga mereka pakaian untuk pengapit-pengapit lelaki dan perempuan.
Kredit foto: Instagram
Kredit foto: Instagram
Acara sambutan perkahwinan dimulakan sejak Rabu lalu dan berlanjutan hingga hujung minggu. Pada hari Sabtu, kedua mempelai, menjalani perkahwinan mengikut agama Kristian yang dikendalikan oleh ayah Nick Jonas, lapor majalah Vogue. Manakala acara perkahwinan mengikut agama Hindu pula diadakan pada keesokan harinya. Sambutan perkahwinan beberapa hari itu sangat meriah sehinggakan Priyanka berseloroh mengatakan tetamu mungkin akan terpaksa mengambil cuti selepas perkahwinan mereka kerana kepenatan.
Kredit foto: Instagram
Menurut Priyanka Chopra, mereka mula berkenalan apabila Nick Jonas menghantar mesej kepadanya di Twitter pada tahun 2016. Walau bagaimanapun, mereka hanya berhubungan melalui mesej teks sehinggalah bersua muka pada tahun 2017 di sebuah majlis. ‘Nick Jonas berlutut serta merta mengatakan, kamulah yang aku cari-cari selama ini, ke mana kamu menyembunyikan diri?’ kata Priyanka.
Kredit foto: Instagram
Hubungan mereka menjadi rapat selepas itu dan mula muncul bersama di khayalak ramai pada bulan Mei 2018 sebelum mengumumkan pertunangan pada bulan Ogos lepas. Majlis ‘parti bujang’ Priyanka diadakan di New York Oktober lepas dan Nick Jonas telah menyambut Hari Kesyukuran dengan keluarga Priyanka Chopra di New Delhi.
Selamat pengantin baru buat Nick dan Priyanka, semoga bahagia ke anak cucu! - CARI |