CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11811|Reply: 23

Kisah Belakang Tabir Penjenayah Botak Chin

  [Copy link]
Post time 3-12-2018 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Wartawan Dedah Kisah Belakang Tabir Penjenayah Botak Chin Sewaktu Di Penjara

Oleh Ida Latif   
October 27, 2015, 11:29 PM

Nota Editor: 2 catatan tentang Botak Chin (antara penjenayah yang paling diburu dan dikehendaki oleh polis Malaysia satu ketika dulu) adalah hasil perkongsian Syahril A. Kadir. Beliau pernah bekerja sebagai Senior Crime Reporter di Utusan Malaysia.


Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Ikuti perkongsian menarik beliau yang mungkin tak pernah anda ketahui sebelum ini.

botak-chin-1
Catatan 1

BOTAK CHIN MAHU KONGSI HASIL ROMPAKAN DENGAN TIMBALAN MENTERI, CABAR PENJARA GUNA WAYAR GANTUNG DIRINYA!

HARI ni aku nak berkongsi kisah penjenayah tersohor di Malaysia, Wong Swee Chin@ Botak Chin. Sebenarnya dia bukan berkepala botak, tetapi ia adalah gabungan dari tiga perkataan Hokkien iaitu Bo Tak Chin yang bererti Tiada (Bo), Kerja (Tak) Chin (China) atau China Tiada Kerja atau ‘jobless Chinese’.

Dia ni famous sebab kononnya dia macam Robin Hood moden, rompak tetapi bagi duit kat orang miskin. Tapi ramai yang tak tahu, dia buat macam tu sebab nak ‘cover line‘ je, bila bagi duit kat orang, ramai yang selalu ‘cover‘ dia dari ditangkap polis.

Botak Chin ni terkenal era 70-an sebab selalu terlibat dalam rompakan besar dan tak ragu-ragu untuk membunuh kawannya sendiri kalau mereka belot.

Zaman tu aku pun tak lahir lagi tetapi aku dapat banyak maklumat mengenai Botal Chin daripada pegawai polis yang paling dibencinya, Tuan Kulasingam dari CID.

botak-chin-5
Botak Chin pernah mengarahkan kuncu-kuncu menembak Tuan Kulasingam sehingga cedera parah. Aku pernah sehari suntuk duduk dengan Tuan Kulasingam masa dia pencen polis dulu untuk mendapatkan cerita pasal Botak Chin. Tak lama lepas tu Tuan Kulasingam meninggal dunia.

Baik, berbalik pada Botal Chin ni, masa dia kena tangkap dan dimasukkan ke Penjara Pudu dulu, dia pernah nak rancang untuk BOM penjara berkenaan.

Untuk itu sedikit demi sedikit dia sediakan bahan-bahan letupan seperti paku dan karbad, yang dibawa masuk ke penjara secara beransur-ansur oleh mereka yang melawatnya. Bahan-bahan letupan ini disimpan di dalam tandas. Bila wadar dapat tahu, dia pukul dan tikam wadar penjara tu setengah mati!

Seorang Timbalan Menteri Dalam Negeri pernah diarah berjumpa dengan Botak Chin kat Penjara Pudu untuk selesaikan masalah ‘keras kepala’ dia ni, tahu apa Botak Chin buat?

Dia boleh offer pulak Timbalan Menteri ni duit rompakan yang dia simpan janji dia dibebaskan dari penjara. Dia pulak nak ‘psiko’ Timbalan Menteri ni.

Dan bila Timbalan Menteri tadi enggan layan rancangannya itu, dia maki hamun Timbalan Menteri tu sebab kononnya melengahkan proses hukuman mati yang dikenakan ke atasnya.

“Pasal apa simpan gua, kasi makan, buang duit government. Gantung gua, bakar gua punya body dan buang semua habuk dalam parit dan longkang. Apa tunggu lagi? Takut kah?,” jerit Botak Chin pada Timbalan Menteri tu.
Bila diterangkan pada Botak Chin yang tali gantung masa tu kehabisan stok untuk menggantung lehernya, sekali lagi Timbalan Menteri itu dimarahi Botak Chin.

Timbalan Menteri itu memberitahunya, tali gantung (ketika itu) terpaksa ditempah di England dan ia mesti disalut dengan baldu bagi mengurangkan kesakitan yang ditanggung pesalah.

Ternyata penerangan itu membuatkan Botak Chin lagi panas hati. Botak Chin terus tanya;

“Mana lu tahu sakit kah tak sakit kah? Yang sudah mati kena gantung ada cakap sama lu?’
Untuk itu Botak Chin mencadangkan WAYAR untuk menggantung dirinya sebagai langkah alternatif. Ganas tak?

Tapi yelah, ganas macam manapun Botak Chin tak dapat lari daripada takdir. Akhirnya pada 11 Jun 1981, pada usia 28 tahun, Botak Chin menemui ajalnya setelah digantung sampai mati di Penjara Pudu.

Berakhirlah riwayat salah seorang penjenayah paling kejam dan licik di Malaysia.

NOTA:  Timbalan Menteri yang saya maksudkan ialah bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid. Sanusi pernah menulis pengalamannya dengan Botak Chin itu dalam blog peribadinya.

botak-chin-4
Catatan 2

DR. MAHADEVAN: BOTAK CHIN BERDIRI TEGAK TANPA DISURUH SETIAP KALI LAGU NEGARAKU BERKUMANDANG!

Kelmarin aku ada menulis mengenai penjenayah terkenal, Wong Swee Chin@ Botak Chin, seorang lelaki yang cukup terkenal dengan kegiatan jenayahnya sekitar tahun 70-an hingga digeruni oleh masyarakat dan menjadi orang yang paling diburu PDRM ketika itu.

Tapi tak ramai tahu yang ada seorang lelaki yang telah diberi tanggungjawab untuk ‘menganalisa’ penjenayah paling berbahaya ini ketika suspek berjaya diberkas pihak polis dalam satu operasi khas. Orangnya tidak lagi dan tidak bukan, Pengarah Hospital Bahagia Tanjung Rambutan (ketika itu), Tan Sri Dr. Mahadevan.

Dr. Mahadevan adalah satu nama besar dalam bidang psikatri di negara kita. Malah untuk pengetahuan korang, beliaulah yang memberi nama Hospital Bahagia kepada pusat perubatan mental tertua di negara kita itu.

Berbalik pada kisah Botak Chin, antara cabaran awal Dr. Mahadevan adalah memastikan keselamatan petugas perubatan hospital itu. Ini kerana Botak Chin mempunyai ramai pengikut yang setia dan sanggup berbuat apa saja bagi memastikan penjenayah tersebut dapat lari sama ada dari penjara ataupun hospital.

Untuk itu, Dr. Mahadevan telah melantik tiga pegawai paling dipercayainya untuk bersedia berhadapan dgn sebarang kemungkinan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini selama Botak Chin dirawat di hospital tersebut.

Bagi memantau tingkah laku Botak Chin dalam wad mental itu, Dr. Mahadevan telah memasang kamera tertutup di wad berkenaan. Tindakan ini langsung tidak disedari oleh Botak Chin.

Selama pemerhatiannya menerusi sebuah monitor khas yang disambung wayarnya dengan kamera tersebut, beliau mendapati Botak Chin seorang yang cukup disiplin, jauh dari tanggapan orang sebelum ini. Menurut Dr. Mahadevan, setiap pagi lelaki itu akan membuat latihan senaman tai chi di biliknya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2018 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde sambungan ke tt..best artikel ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Best..sambung lagi la tt..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 12:27 AM | Show all posts
kalau masa tu ada polis evo tentu botak chin takut kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 09:51 AM | Show all posts
sambungan plsssss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2018 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Posting ini bukanlah bertujuan untuk mengagungkan penjenayah kejam yang bernama Botak Chin, tetapi hanya sekadar sebagai iktibar dan pedoman pada generasi kini yang mungkin tidak tahu tentang kisah siri jenayah yang dilakukannya. Mungkin juga ada yang masih belum dilahirkan lagi...

Nama Botak Chin pernah menimbulkan rasa risau dikalangan rakyat Malaysia disekitar 1970an. Sehingga kini masyarakat tidak boleh melupakannya, bukan disebabkan kebaikannya tetapi ia lebih kepada jenayah yang dilakukannya ketika itu. Antara jenayah yang dilakukan adalah menculik, merompak, peras ugut dan membunuh.

Wong Swee Chin atau lebih terkenal sebagai ‘Botak Chin’ lahir 1951 di Kuala Lumpur, adalah seorang penjenayah terkenal di Malaysia. Asalnya gelaran ‘Botak Chin’ itu diberikan oleh kumpulan Geng 360 yang rata-ratanya berusia bawah 20an. Gelaran itu membawa maksud di dalam bahasa Hokkien: ‘BO’ bererti ‘TIADA’, dan ‘TAK’ bererti ‘KERJA’. Bermaksud ‘TIADA KERJA’. Manakala ‘CHIN’ itu adalah namanya sendiri. Apabila digabungkan gelaran itu menjadi ‘BOTAK CHIN’.


Kehidupan Awal

Botak Chin dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mempunyai 10 beradik di Kuala Lumpur pada tahun 1951. Bapanya ialah pesara jabatan kereta api yang menghantarnya ke sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Sentul Pasar dan kemudian ke sebuah sekolah Inggeris.

Hasrat orang tuanya untuk melihat anaknya berjaya tidak kesampaian kerana Botak Chin tidak berminat lagi untuk belajar. Dia berhenti sekolah pada usia 15 tahun dan bekerja sebagai pembantu di pasar borong Jalan Tun Ismail selama setahun. Bermula dari sinilah, Botak Chin terpengaruh dengan kegiatan jenayah dan menyertai kongsi gelap Geng 360 yang menguasai kawasan itu.

Selepas ibunya meninggal dunia, dia lebih suka tinggal di rumah kawan-kawannya dan terbabit dalam jenayah kecil-kecilan seperti mencuri. Kagum dengan kehebatan rakannya sebagai gangster, dia berpakat bersama tiga rakannya (dua daripada mereka memiliki pistol) melakukan rompakan pertamanya pada 19 April 1969.


‘Robin Hood’ Malaysia

Ada yang mengelarkannya sebagai ‘Robin Hood’, kerana beliau sering mengagihkan wang hasil rompakannya kepada orang ramai. Hampir 30 siri rompakan bernilai ratusan ribu ringgit dilakukan bersama kumpulannya.

Menurut khabarnya, dihari perayaan Deepavali, Botak Chin pernah memberikan wang kepada beberapa orang India untuk memeriahkan lagi perayaan mereka. Begitu juga apabila tibanya sambutan Tahun Baru Cina, Botak Chin akan mengetuk rumah-rumah disekitar Sentul dan memberikan mereka wang untuk buat perbelanjan. Malah apabila tibanya musim baru sekolah akan dibuka semula, beliau juga tidak lokek untuk menghulurkan bantuan wang untuk persediaan persekolahan buat kanak-kanak, kerana kehidupan masyarakat disitu bukanlah golongan orang yang senang.

Kediaman Botak Chin tidak terhad, menurut beberapa kenalan yang mengenalinya, beliau pernah menyewa sebuah bilik di sekitar Chow Kit, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.  Tetapi hanya menggunakan beberapa kali sahaja dan jarang dilihat. Apabila beliau sesekali pulang ke biliknya itu, beliau mengajak beberapa jirannya disitu untuk menjamu selera di Restoran KFC yang masih baru lagi diperkenalkan di Malaysia.

Tidak cukup dengan itu diberikan lagi wang saku. Pernah juga mereka bertanya tentang pekerjaannya yang dilihat agak mewah.
Botak Chin hanya berkata “Jangan buat kerja jahat, tak baik”.
Dengan sikap baik hatinya itu, kedatangan Botak Chin sentiasa ditunggu oleh mereka yang tidak tahu bahawa sosok itu adalah seorang penjenayah kejam yang pernah terlahir di Malaysia.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-12-2018 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Botak Chin Tubuhkan Geng sendiri

Botak Chin kemudian memiliki senjata pertamanya revolver .22 lalu menubuhkan gengnya sendiri dan melakukan lapan rompakan pada September 1969. Kegiatan itu berjaya ditumpaskan. Botak Chin ditahan dan dihukum 7 tahun penjara, tetapi dibebaskan pada November 1974.

Koleksi senjata Botak Chin


Dia berusaha mencuba menjadi seperti orang lain, tetapi pendapatan sebagai penjual sayur tidak memuaskan hatinya dan tidak hidup mewah. Pada April 1975, Botak Chin kembali aktif dengan menubuhkan geng baru yang dianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin (Pangkor Chin) dan Teh Bok Lay (Seh Chai).

Sebulan kemudian, Botak Chin pergi ke Thailand dan dengan bantuan rakannya, dia membeli senjata api. Botak Chin tidak menunggu lama dan pada 2 Jun, sebuah pusat perjudian haram di Sentul dirompak dan berhasil RM5,800. Dengan duit itu, dia pergi lagi ke Thailand membeli lapan senjata api, menjadikan kesemuanya sebanyak 11 serta 100 butir peluru.

Untuk memahirkan diri dengan penguasaan pengendalian senjata api, Botak Chin ke kawasan lombong tinggal di Kepong yang menjadi medan dia berlatih menembak dengan menjadikan anjing liar sebagai antara sasaran tembakan. Botak Chin berasa cukup hebat dan secara terang-terangan mempamerkan senjata apinya di pasar Sentul. Orang yang melihat tidak berani berkata apa-apa kerana takut menjadi mangsa balas dendam.

Pada 20 Julai, sebuah bank di Jalan Imbi menjadi sasaran rompakan dan RM95,000 berjaya dilarikan. Dengan RM25,000 sebagai bahagiannya, Botak Chin membeli sebuah kereta Datsun dan melalui rakannya, dia membayar RM3,600 sebagai deposit. Tetapi tidak diketahui sama ada dia membayar ansuran bulanan selepas itu.

Tidak lama selepas itu, sebuah kuil Cina di Jalan Kolam Ayer kemudian menjadi sasaran berikutnya. Beberapa pemain mahjung dirompak RM10,000 selain barang kemas dan barang berharga lain.

Kesukaran mendapatkan senjata api baru menyebabkan Botak Chin menjadikan anggota polis sebagai sasaran. Dia merampas tiga pistol milik tiga anggota polis dan ketika merompak sebuah bar di Sentul, merampas senjata api pengawal keselamatan. Ketika merompak Kelab Kereta Api Sentul selepas itu, dia mencabar sesiapa di situ untuk beradu kehandalan menembak ala-ala koboi.

Pasukan polis terus memburunya dan pada September, polis mengesan kereta Alfa Romeo curi yang dinaiki Botak Chin dan anggotanya di Segambut Dalam. Selepas dikejar sejauh 3.2 kilometer dan dihujani tembakan polis, kereta itu berhenti dan Botak Chin segera menyelinap di kawasan setinggan di situ. Dalam keadaan kelam kabut, mereka tertinggal sepucuk .38 revolver. Botak Chin bersama anggotanya, termasuk seorang yang cedera ditembak berjaya melepaskan diri dengan merampas sebuah kereta Volvo milik seorang pegawai bank.

Pada 25 September, orang kanannya, Chau Kuan (Ah Kuan) ditembak mati di sebuah kedai runcit di Jalan Kovil Hilir, tetapi ini tidak menghalang dia terus melakukan kegiatan rompakan.

Rompakan terbesar ialah pada 26 Oktober 1975. Dia merampas RM218,000 selepas menembak pengawal keselamatan yang membawa wang di Kelab Lumba Kuda. Hasil agihan sebanyak RM40,000, Botak Chin pergi lagi ke Thailand membeli senjata api menjadikannya memiliki 19 senjata api, lima bom tangan dan kira-kira 1,000 peluru.

Bagaimanapun, kedudukan Botak Chin sebagai ketua mula terancam apabila ada yang cuba mencabarnya. Dia bertindak cepat dan beberapa hari kemudian, Tua Pui Lek (ketua geng Lima Jari Gunung) dan anggota gengnya sendiri, Ah Wong, ditemui mati ditembak di kawasan lombong tinggal di Jinjang. Seorang lagi orang kanannya, Seh Chai, pula mati membunuh diri selepas dikepung polis di Jalan Alor.

Gambar adalah koleksi senjata Botak Chin


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2018 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
‘Chemistry’ Antara S Kulasingam dan Botak Chin


S Kulasingam
Pihak polis mula giat untuk menjejakinya dengan lebih agresif, maklumat dari orang ramai juga dijadikan panduan. Ketika itu operasi lebih tertumpu disekitar Kuala Lumpur. Bekas Ketua Siasatan Jenayah KL, Mendiang S Kulasingam antara pegawai polis yang ditugaskan untuk menangkap Botak Chin ketika itu. Beliau juga seorang pegawai polis yang tidak kenal erti penat lelah dalam menyelesaikan misinya. Setiap gerakan Botak Chin diekori dengan teliti, semakin Botak Chin berani melakukan jenayahnya, semakin giat pihak polis menjejakinya, semua ini diatur oleh S Kulasingam.


Akibat tidak puas hati Botak Chin pada S Kulasingam, Botak Chin berani bertindak diluar batasan. Pada malam 22 November 1975, Botak Chin cuba membunuh S Kulasinggam. Kereta yang dinaiki S Kulasingam ditembak bertalu-talu di persimpangan lampu isyarat Jalan Davies, Pekeliling, Kuala Lumpur. Dalam keadaan cedera parah itu, bagaimanapun S Kulasingam terselamat dari maut.

Awal tahun 1976, Botak Chin mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang dilarikan kira-kira RM400,000. Pada masa sama, tujuh orangnya mati ditembak selain ada yang ditangkap. Polis juga merampas 15 senjata api, peluru dan bom. Seterusnya selepas perancangan rapi polis, akhirnya Botak Chin sendiri terjerat pada malam 16 Februari 1976

Gambar kiri S Kulasingam

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2018 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Pertempuran Botak Chin dan Polis

Ketua Polis Kuala Lumpur  membentuk satu pasukan khas seramai 12 orang untuk menghentikan kegiatan penjenayah muda ini. Antara yang terlibat adalah Gilbert Ang dan Kenny Woodworth, mereka ini diantara pegawai polis yang terbaik di waktu itu.

Setelah 14 hari, akhirnya Botak Chin dikesan berada di sebuah kilang papan di Jalan Ipoh, pasukan khas bersedia untuk melakukan serbuan. Pada jam 8.00 malam mereka mengesan Botak Chin berada di dalam pejabat kilang papan itu. Kira-kira jam 10.00 malam kilang papan diserbu. Pasukan Gilbert menyerbu ke pejabat bahagian hadapan, manakala pasukan Kenny di bahagian belakang.

Pangkor Chin dan Yew Fook Hin telah ditembak mati manakala Chan Sai Mook @ Sakai didapati cedera parah akibat terkena tembakan. Setelah 2 jam adengan tembak menembak ini menemui noktah. Namun kelibat Botak Chin tidak kelihatan. Pihak polis menggunakan gas pemedih mata, setelah reda, pihak polis menyerbu ke dalam pejabat itu dan menemui Botak Chin cedera parah akibat terkena tembakan di kedua-dua tangan dan kakinya, tetapi masih lagi hidup. Dalam keadaan parah itu, Botak Chin sempat lagi memberi amaran "Kenny, kalau tangan saya tidak jem, saya sudah tembak lu"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2018 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts

Botak Chin Dibicarakan

Tidak lama selepas kejadian itu Botak Chin dihadapkan ke Mahkamah atas tiga pertuduhan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana memiliki beberapa senjata api, peluru dan bom tangan secara haram.

Botak Chin telah mengaku bersalah dan tidak mahu dibela oleh mana-mana peguam. Namun Mahkamah tidak membenarkan dan telah melantik Jagjit Singh menjadi peguam Botak Chin. Botak Chin akur dengan keputusan itu.

Mahkamah juga menasihatkan supaya Botak Chin menjalani rawatan pemeriksaan sakit jiwa. Hasil pemeriksaan Doktor mendapati Botak Chin dalam keadaan yang waras.

Botak Chin dibicara semula pada 1 April 1980 dan ketika inilah dia mendakwa sebagai Robin Hood moden, merompak orang kaya untuk menolong orang miskin. Ada juga yang berpendapat bahawa namanya 'Botak' Chin sebenarnya merupakan akronim untuk "Bantu Orang Tak Ada Kerja". Menurut pakar psikiatri dan bekas pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) Tan Sri Dr M. Mahadevan, Botak Chin merupakan seorang jenius sesat ("Misguided genius"). Inilah kesimpulan beliau setelah menjalankan pemeriksaan kesihatan mental untuk menentukan sama ada Botak Chin cukup waras untuk dibicara di mahkamah.

Botak Chin akhirnya didapati bersalah pada 16 Mei 1980 dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan ditolak pada 23 September. Rayuan kepada Lembaga Pengampunan juga ditolak. Ketika menunggu dihukum gantung, dua kali Botak Chin menyerang pegawai penjara.



Ketika berusia 28 tahun, riwayat Botak Chin sebagai penjenayah ganas dan kejam berakhir di tali gantung di Penjara Pudu pada 11 Jun 1981. Ironinya ialah Botak Chin akhirnya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati sebab memiliki senjata api, dan bukan atas tuduhan bunuh.




Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 11:57 AM | Show all posts
xde ke yg nk filemkan cerita botak chin ni..menarik ceritanya...teringat mase kecik2 dlu klu nk gelar budak yg xde rambut mesti panggil botak chin...igtkn tu gelaran yg mksdnye botak licin...rupanya ni kisahnye huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 12:35 PM | Show all posts
uish...aku xlahir lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Minat cerita2 camni. Ada lg tak kisah2 lain. Share la
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mawar_mustika replied at 4-12-2018 11:57 AM
xde ke yg nk filemkan cerita botak chin ni..menarik ceritanya...teringat mase kecik2 dlu klu nk gela ...

haha.sama la pulak.dulu pun  ingtkan botak cin tu dr prkataan botak licin..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 12:03 PM | Show all posts
Edited by colop at 5-12-2018 12:05 PM

ayah colop mangsa kena tembak botak chin masa dia merompak kt setapak dulu...
masa tue ayah colop jd jaga...oleh sebab kena tembak dgn botak chin dia masuk askar komando sbb katanye nk balas dendam
dulu masa rumah belom terbakar ada arwah nenek simpan keratan akbar tp skrg dh tinggal abu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 02:03 PM | Show all posts
dahsyat dia ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2018 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah ada drama bersiri kat astro pasal botak chin ni kan? Pelakon melayu tapi pandai ckp cina lupa nama mamat tu tp dia dulu ank menteri besar perlis kalau tak silap
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
mawar_mustika replied at 4-12-2018 11:57 AM
xde ke yg nk filemkan cerita botak chin ni..menarik ceritanya...teringat mase kecik2 dlu klu nk gela ...

Ada drama bersiri kat astro bbrp tahun lepas  tentang kisah dia nih.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
laaaagi! we want more!
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 11:16 AM | Show all posts
Suchi replied at 7-12-2018 12:04 AM
Ada drama bersiri kat astro bbrp tahun lepas  tentang kisah dia nih.

oo yeke...xtau plak sbb rmh sy xde astro
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.513449 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list