CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4612|Reply: 6

[DRAMA MELAYU] DIAN [Glamadrama ntv7: Elizad Sharifuddin, Qi Razali, Fazlina Ahmad Daud, Erra F

  [Copy link]
Post time 3-12-2018 11:36 PM | Show all posts |Read mode
Dian
slot Glamadrama
setiap Isnin-Jumaat, 8:30 malam
saluran ntv7




Drama bersiri bertajuk 'Dian' sedang disiarkan menerusi slot Glamadrama di ntv7. Menampilkan lakonan Elizad Sharifuddin, Qi Razali, Erra Fazira, Yasmin Hani, Mimi Lana, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi. Diarahkan oleh Kyoll Hamzah. Tayangan bermula 28 November, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 8:30 malam di ntv7.

JUDUL : DIAN
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 28 November 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 8:30 malam
SIARAN TV : Glamadrama ntv7
PENULIS SKRIP : Mufid Suhaimi & NextScene Team
PENGARAH : Kyoll Hamzah xx Azma Aizal Yussof
TERBITAN : A-10 Alliance Sdn Bhd
PELAKON : Elizad Sharifuddin, Qi Razali, Fazlina Ahmad Daud, Adrea Abdullah, Iman Corinne Adrienne, Yasmin Hani, Erra Fazira, Mimi Lana, Aleeza Kasim, Izzy Reef, Tony Eusoff, Asyiqin Zaed, Adam Yusuf, Bella dowanna, Putri Qaseh, Abil, Jasper Supaya, Natasha Hana

WATAK PELAKON
Elizad Sharifuddin sebagai Dian
Qi Razali sebagai Hisham
Fazlina Ahmad Daud sebagai Yon Aishah
Erra Fazira sebagai Eva Raisya
Mimi Lana sebagai Syafiqa
Izzy Reef sebagai Aiman
Yasmin Hani sebagai Nisa
Tony Eusoff sebagai Faris
Adrea Abdullah sebagai Kak long Intan
Iman Corinne Adrienne sebagai Tini

SINOPSIS DIAN
Dian seorang wanita yang hanya berpegang kepada prinsip hidupnya terkilan dengan ibunya yang tidak memberi restu atas pilihan hatinya. Dan disebabkan itulah dia terpaksa mengharungi pelbagai pancaroba dan halangan dalam kehidupannya.

Dian telah memilih Hisham sebagai pasangan hidupnya walaupun ditentang oleh ibunya Yon Aishah. Sebenarnya, ibu Dian mempunyai perancangan untuk mengahwinkan anak perempuannya itu dengan Faris yang merupakan seorang doktor berjaya. Tapi apakan daya, Dian keras kepala dan tetap ingin berkahwin dengan Hisham.

Selapas mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya itu, Dian dan Hisham telah dikurniakan dengan dua orang anak iaitu Fiqa dan Aiman. Dian tidak sangka bahawa hisham ialah seorang kaki judi dan suka membazir masa dan wang di kelab-kelab judi setiap malam. Ketagihan berjudi Hisham semakin menjadi-jadi sehingga Dian terpaksa memilih cara alternatif untuk memberi wang kepada suaminya itu.

Suatu hari, Hisham bertengkar besar dengan Dian setelah Dian sudah tidak dapat bertahan dengan perangai buruk suaminya itu. Dalam pergelutan, Hisham tertikam dan Dian pula dipenjarakan selama 10 tahun atas cubaan untuk membunuh serta mencederakan suaminya sendiri.

Ketika Dian meringkuk dalam penjara, Hisham telah mengambil kesempatan untuk berkahwin dengan Nisa. Nisa terpaksa menjadi ibu kepada Fiqa dan Aiman walaupun dia sebenarnya benci mereka berdua. Tabiat buruk Hisham yang obses dengan judi itu masih belum dapat dibuang, dan masih kerap membuang masa di kelab judi.

Siapa sangka walaupun sudah berbini dua, Hisham berkahwin pula dengan Eva Raisya. Malangnya Eva tidak tahu bahawa Hisham hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaannya. Masa berlalu dengan pantas sekali. Pejam celik, sudah 10 tahun Dian dipenjarakan. Selepas dibebaskan, Dian mempunyai misi untuk mencari kedua-dua anaknya semula. Hisham yang gila talak pula ingin memenangi hati Dian kembali setelah mengetahui bahawa Dian kini sudah bebas.

Banyak kejadian yang berlaku apabila Dian cuba menjejaki anaknya. Adakah Dian akan bertemu semula degnan Fiqa dan Aiman? Inginkah Dia untuk pulang semula ke pangkuan Hisham?


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2018 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala..xde org tgk ke cite ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 14-12-2018 09:26 PM
Ala..xde org tgk ke cite ni..

Layan jugak cerita ni
Tapi tak berkenan rambut si dian tu
Yg si qi pulak tak habis2 dengan perempuan & berjudi
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
faiz-za replied at 20-12-2018 09:36 AM
Layan jugak cerita ni
Tapi tak berkenan rambut si dian tu
Yg si qi pulak tak habis2 dengan perem ...

Mekap dian pun hauk sgt..sampai kelabu obvious sgt muka putih dr leher..
Combine dgn rambut palsu tu buat muka jd cam bapok dah
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 20-12-2018 11:01 AM
Mekap dian pun hauk sgt..sampai kelabu obvious sgt muka putih dr leher..
Combine dgn rambut palsu ...

Muka aleeza pun dah lain, dah nampaklah berumur
Cerita ni lain sikit, lebih kepada cerita keluarga
Rasanya anak laki dia yang tertikam bapak dia kan
Tapi dian yang mengaku salah
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 09:32 AM | Show all posts
cerita yang lain dari lain. sangat berpuas hati dengan  drama ni dari episode 1 hingga akhir. watak erra mmg best. i pulak naik takut dengan erra. terlalu control anak-anak dia sampai ubah nama . nasib baik bapak nya tu cerdik bawak budak2 untuk jumpa mak kandung depa , kalau lah erra balik rumah masa budak2 nak keluar rumah , alamatnya mmg tak jumpa lah .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2019 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
habis da ek citer ni
pastu slot drama ni xde da kan sbb bila aku tgk tv7 skarg ni kul 8.30 mlm cj wow shop je..
baik la tayang drama lama2 tu balik...drama  bersiri tv3circa 2006-2010 byk best2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.076218 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list