CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8627|Reply: 38

kalau nampak makhluk, jangan pandai2 baca ayat kursi

  [Copy link]
Post time 5-12-2018 08:34 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Membaca ayat Kursi mempunyai banyak kelebihan, termasuklah menjauhkan seseorang daripada terkena gangguan syaitan dan jin.
Sering kita dengar seseorang itu akan membaca ayat Kursi apabila ternampak atau diganggu oleh makhluk halus.
Namun, lain pula ceritanya dengan 'teori' dan pendapat yang dikongsi seorang pengamal perubatan Islam, Muhamad Firdaus Tokimin, 32.
Sebuah video yang dimuat naik oleh pengasas Pusat Rawatan Islam Nur Rahman itu tular di Facebook sejak ia dimuat naik pada Jumaat lalu.
Setakat ini, video tersebut sudah ditonton lebih 636,000 kali dan mendapat 11,467 perkongsian di Facebook.
Muhamad Firdaus yang mempunyai pengalaman selama tujuh tahun dalam bidang rawatan Islam menasihatkan orang ramai supaya tidak membaca sebarang ayat, khususnya ayat Kursi jika mereka hanya ternampak makhluk itu kerana dikhuatiri gangguan yang lebih buruk akan berlaku, seterusnya memudaratkan diri.

"Kalau benda itu (makhluk halus) hantaran orang (sihir) bermakna dia ada tugasan.
"Kita baca ayat Kursi sebab kita takut, kalau dia panas, dia akan tuju (mendekati) kita... kita akan jatuh sakit.
"Kan dah banyak kali berlaku dalam masyarakat kita, balik rumah je, dia jatuh sakit," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.
Sebaiknya bapa kepada dua cahaya mata itu menyarankan mereka yang berdepan dengan gangguan ketika memandu misalnya, supaya meneruskan perjalanan ke kawasan selamat dan berhenti menunaikan solat sebelum membaca ayat Kursi.
Tambah Muhamad Firdaus, dalam situasi tersebut, ayat Kursi tidak dibaca ketika makhluk itu dilihat berada di tepi jalan, namun sekiranya pemandu atau penumpangnya diserang, barulah ayat tersebut boleh dibaca untuk melindungi diri.
"Jangan pandai-pandai (baca) sebab ia akan menyebabkan makhluk itu panas, dia ibarat diganggu dan akan menyerang balik.
"Kalau dia tu jin sihir yang dihantar untuk menyerang orang lain, kebetulan anda lalu, kalau dia bawa santau, anda yang terkena santau.

Menurut Muhamad Firdaus, video penstriman langsung berkenaan dimuat naik bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk memahami kaedah mengawal keadaan apabila berdepan situasi seperti itu.
Ketika video tersebut dirakamkan, Muhamad Firdaus berhenti sebentar di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah semasa dalam perjalanan untuk ke majlis pertunangan adiknya di Maran, Pahang.
Katanya, dia dan beberapa rakannya berpengalaman melihat penampakan jin yang menyerupai pontianak di lebuh raya bertentangan dengan R&R tersebut pada hujung tahun lalu.
"Jin tu tak kacau kami pun, kami ternampak 'dia' di situ ketika singgah makan pada pukul 2 pagi.
"Mungkin secara kebetulan masa penampakan tu keluar, dilihat oleh kami.
"Ada kiraan tempoh tertentu yang manusia boleh nampak makhluk halus ni," dakwanya.
Menurut Muhamad Firdaus, video penstriman langsung berkenaan dimuat naik bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk memahami kaedah mengawal keadaan apabila berdepan situasi seperti itu.
Ketika video tersebut dirakamkan, Muhamad Firdaus berhenti sebentar di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah semasa dalam perjalanan untuk ke majlis pertunangan adiknya di Maran, Pahang.
Katanya, dia dan beberapa rakannya berpengalaman melihat penampakan jin yang menyerupai pontianak di lebuh raya bertentangan dengan R&R tersebut pada hujung tahun lalu.
"Jin tu tak kacau kami pun, kami ternampak 'dia' di situ ketika singgah makan pada pukul 2 pagi.
"Mungkin secara kebetulan masa penampakan tu keluar, dilihat oleh kami.
"Ada kiraan tempoh tertentu yang manusia boleh nampak makhluk halus ni," dakwanya.

Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/v ... l4raceh3wOyeJzfj.99


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2018 08:35 AM | Show all posts
kalo dah ada mtk tolong merged kan ye
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 08:45 AM | Show all posts
erkk....ada pendapat lain?
cemana laaa kita rakyat marhaen ni nak bezakan
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 09:08 AM | Show all posts
oooo selama ni kita berpegang pd perkara yg salah
patutlah kne histerika berulang kali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2018 09:12 AM | Show all posts
saya kerja shif. 3-11, 7-3, 11-7. dari tempat keja nak balik rumah akan melalui ladang sawit. dalam kereta memang ada surah yasin dan cd al-quran. tp suami pesan jgn bukak dalam keta. lg2 masa lalui kawasan hutan. masa tu x tanya byk. iye kan je. rupanya inilah sebabnya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 09:13 AM | Show all posts
Aku ada tgk video tu lama dah bulan lepas rasanya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2018 09:28 AM | Show all posts
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 10:04 AM | Show all posts
ermm... kenyataan dia ni macam suruh kita takut untuk baca ayat suci dan takut kat makhluk halus tu pulak.. yakin la pada Allah, dgn membaca ayat2 suci untuk Allah lindungi kita.. bukan bergantung pada ayat suci tu.. dan kita adalah makhluk Allah yg lebih hebat dan mulia dari jin2 ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2018 10:17 AM | Show all posts
ucap salam pada nabi Sulaiman AS
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2018 10:19 AM | Show all posts
taji2906 replied at 5-12-2018 10:04 AM
ermm... kenyataan dia ni macam suruh kita takut untuk baca ayat suci dan takut kat makhluk halus tu  ...

bg saya maksudnya kalo nak mintak perlindungan, sebaik-baiknya sebelum memulakan perjalanan atau berhenti di kawasan sesuai dahulu. bukan takut dengan ayat tu atau x yakin. sbb disekeliling kita byk makhluk y kita x nmpk. byk y aggresif. ada y x kacau pon tp bila baca di kawasan dia, dia akan panas. maka dia akan anggap itu adalah ancaman.
mcm y saya amalkan, kalo takut ketika lalui sesuatu kawasan, sy doa direct mintak ALLAH jauhkan sy dr syaitan dan sekutunya. lepas berenti tempat sesuai barulah baca ape2 ayat al-quran utk pendinding diri

Wallahu A'lam Bishawab
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 10:37 AM | Show all posts
laa ye kee..dah terbiasa kalau was2 takut baca ayatul kursi. dalam sehari tu mesti baca  x kiara banyak kali gak terbaca..sebabb dah otomatiss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2018 10:57 AM | Show all posts
VirginLady replied at 5-12-2018 10:37 AM
laa ye kee..dah terbiasa kalau was2 takut baca ayatul kursi. dalam sehari tu mesti baca  x kiara ban ...

kan. sy pon mcm tu.
tp kan tu sbbnya kita disarankan baca sebelum keluar rumah. utk perlindungan sepanjang perjalanan
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 11:23 AM | Show all posts
aku pernah solat baca ayat qursi (dgn niat nk revenge/benci kat encik jin..aku tak pandai apa2 dan aku bukan perawat)...

tetiba rasa macam kena cekik nga tali tangsi atau benang kat leher (secara tepat bahagian halkum)..kejadian tu berlaku 1-2 second je..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 11:44 AM | Show all posts
'dorang' pun makhluk Allah jgk.. dah betul la tu perawat tu bgtau..pernah ada someone bagitau benda yg sama..lagi satu klu driving malam jgn kuatkan time azan tengah on air..bukak slow je..
mungkin sbb ni jugalah kot..nti ada yg 'sakit hati' mengikut balik ke mcm tula..atau pun ganggu kita..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 01:17 PM | Show all posts
seeloknya jadikan amalan harian, bukan baca time nampak hantu jek
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 01:38 PM | Show all posts
palmolive replied at 5-12-2018 01:17 PM
seeloknya jadikan amalan harian, bukan baca time nampak hantu jek

betul..tp tula,,kadang2 terlupa..time lupa tu la baru nak baca balik bila dah teringat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2018 04:16 PM | Show all posts
ladyone replied at 5-12-2018 01:38 PM
betul..tp tula,,kadang2 terlupa..time lupa tu la baru nak baca balik bila dah teringat..

bila jadi amalan harian insyaAllah leh protect diri si pengamal..cuma jgn buat maksiat..makan diri nanti
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
taji2906 replied at 5-12-2018 10:04 AM
ermm... kenyataan dia ni macam suruh kita takut untuk baca ayat suci dan takut kat makhluk halus tu  ...

Hebat bila berisi...bukan hebat bila kosong.. ibarat kau tangan kosong tapi pergi cari pasal dengan orang yang ada senjata...kalau kosong baik diam2 saja sebab keyakinan semata mata tidak akan membantu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 01:25 PM | Show all posts
palmolive replied at 5-12-2018 04:16 PM
bila jadi amalan harian insyaAllah leh protect diri si pengamal..cuma jgn buat maksiat..makan diri ...

cuma jgn jadikan ayat tu lg tinggi dari kekuasaan allah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 03:04 PM | Show all posts
ladyone replied at 6-12-2018 01:25 PM
cuma jgn jadikan ayat tu lg tinggi dari kekuasaan allah..

kalo paham agama tak jadi camtu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 1.257191 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list