Setelah dilaporkan hilang selama dua hari kerana terlepas dari rumah, kucing baka Savannah milik usahawan Datuk Aliff Syukri yang dinamakan Dodi akhirnya dijumpai.
Kredit foto: mStar
Menurut Instagram beliau, kucing itu yang dikatakan bernilai RM50K dijumpai oleh orang awam di tepi jalan bersebelahan hutan di mana ianya mula-mula dilihat terlepas. Pihak Jabatan Bomba Daerah Petaling Jaya kemudiannya dihubungi untuk membantu menangkapnya dibantu oleh kakitangan beliau sendiri. Dalam video yang dimuatnaik oleh beliau, Dodi kelihatan tidak bermaya dipercayai tidak makan selama dua hari kerana sudah biasa makan makanan tersedia seperti daging dan ayam yang dipotong.
Kredit foto: Instagram
Kehilangan Dodi yang sudah dipelihara keluarganya selama 4 tahun itu mula-mula dilaporkan oleh Datuk Aliff dua hari lepas. Kucing baka Savannah adalah kacukan antara kucing domestik biasa dan kucing liar yang berasal dari benua Afrika. Untuk memeliharanya, seseorang perlu memohon permit dari Jabatan Perhindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
Menurut pihak berkenaan, sebarang pengendalian kucing kacukan seperti ini perlu kemahiran oleh itu pihak Bomba atau Perhilitan perlu dihubungi jika terjumpa sebarang kucing Savannah berkeliaran kerana penjagaan dan pengendaliannya perlukan kemahiran.
Ini bukanlah kali pertama kucing milik Datuk Aliff menjadi berita. Sebelumnya, kucing itu menjadi kontroversi apabila pihak berkuasa menyerbu rumah beliau berikutan terdapat aduan awam melaporkan kemungkinan berlaku penderaan haiwan. Dodi ketika itu dikurung di dalam tandas. Berikutan serbuan itu, ‘kediaman’ kucing itu kemudian dinaiktaraf ke premis baru di kediamannya di Kota Damansara.
Harap Datuk Aliff Syukri mengambil iktibar bahawa habitat binatang liar adalah di hutan dan bukannya di rumah. - CARI
|