CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9681|Reply: 27

Meremang di Kellie's Castle

[Copy link]
Post time 5-12-2018 04:01 PM | Show all posts |Read mode

KISAH seram lazimnya dihubungkaitkan dengan unsur mistik, makhluk halus dan misteri.
Masyarakat pula sering dimomokkan dengan kisah seram, sekali gus menakutkan orang ramai, walhal cerita tersebut tidak semestinya lahir daripada sumber sahih dan benar.
Walaupun menyeramkan dan dikaitkan dengan mistik, tetapi kisah seram ini semakin menarik minat orang ramai untuk menerokanya dengan lebih mendalam.
Di barat, aktiviti yang dikenali sebagai paranormal ini dilakukan secara saintifik untuk membuktikan kewujudan makhluk halus atau hantu. Mereka mengesan pergerakan hantu dengan peralatan visual dan audio berteknologi.
Penulis dan jurugambar merasai sendiri pengalaman menyeramkan ketika menyertai Pelancongan Malam Paranormal - Merungkai Fakta Misteri di Istana Kellie atau Kellie's Castle di Batu Gajah, Perak.

Perasaan berdebar
Rakan media yang menyertai aktiviti ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Penulis dan jurugambar diletakkan dalam kumpulan kedua, memasuki Kellie's Castle sekitar jam 11.30 malam. Kumpulan ini ditemani dua petugas Kellie's Castle yang akan mengawasi setiap pergerakan di dalam istana lama itu.
Kami dibekalkan dengan lampu suluh. Seorang ustaz juga dipertanggungjawabkan memantau aktiviti yang berlaku di bangunan itu sekiranya ada situasi yang tidak diingini terjadi.
Perasaan berdebar-debar tidak mampu disembunyikan apabila kami menjadi kumpulan pertama di Malaysia yang diberi peluang memasuki Kellie's Castle pada waktu hampir tengah malam.
Kami diberi penerangan oleh petugas mengenai setiap ruangan yang ada dalam bangunan ini. Bersebelahan Kellie's Castle terdapat tapak rumah kayu yang menjadi kediaman awal pemiliknya, William Kellie Smith ketika dia masih bujang.

Bilik bawah tanah
Bersebelahannya pula Rumah Kuning yang menjadi kediaman Smith sekeluarga. Seterusnya kami dibawa meninjau lokasi bilik bawah tanah yang menempatkan bilik fotografi dan simpanan arak.
Suasananya memang menyeramkan, namun penulis kuatkan semangat. Kemudian kami dibawa ke aras satu yang menempatkan bilik linen iaitu tempat tukang dobi dari Madras, Mr Gopal pernah bertugas di situ dulu. Tuhan saja yang tahu perasaan ketika itu, tetapi penulis berniat di dalam hati bahawa kedatangan itu hanya untuk bekerja dan memohon tidak diganggu.
Bersebelahannya ialah bilik anak perempuan Smith, Helen. Menurut jurupandu kami, di situlah beberapa pengunjung sebelum ini pernah terdengar suara kanak-kanak perempuan sedang menangis. Meremang bulu roma apabila mendengar cerita itu.
Telinga berdengung, pipi 'ditampar' hantu
Lokasi terakhir ialah di Balkoni Serambi Berhantu apabila kedudukannya bersebelahan bilik Helen dan bilik tidur utama Smith dan isterinya, Agnes. Lokasi terbuka berhampiran pokok besar menjadikan kawasan itu berangin sekali-sekala yang boleh meremangkan bulu roma!
Daripada lapan orang, akhirnya kami dipecahkan satu kumpulan kepada dua wakil media saja bagi setiap bahagian istana ini. Penulis dan jurugambar memilih untuk ditempatkan di Balkoni Serambi Berhantu itu, manakala wakil media lain ditempatkan di lokasi yang 'berpotensi besar' bertemu dengan entiti paranormal.
Ketika itu jam menunjukkan tepat 12 tengah malam. Petugas mengarahkan penulis dan jurugambar untuk duduk di satu sudut di balkoni berkenaan. Penulis dan jurugambar diminta tidak bersembang, selain mematikan lampu suluh. Seterusnya kami diminta mengamati suasana persekitaran yang sunyi ditambah kepekatan malam. Sekiranya berlaku insiden diganggu tetamu tak diundang, petugas meminta kami menjerit sekuat hati dan mereka akan datang memberi bantuan.
Diperhati makhluk halus
Sepanjang tempoh 'bertapa' kira-kira 15 minit itu, penulis hanya membaca surah al-Fatihah berulang kali, selain berselawat. Agak menghairankan, jurugambar sering bertanya kepada penulis, adakah tempoh 15 minit itu sudah tamat atau belum. Penulis pula tidak menghiraukan pertanyaannya, sebaliknya meminta dia bertenang.
Apabila cukup masa ditetapkan, petugas membawa kami keluar dari bangunan berkenaan. Bagaimanapun, penulis dan jurugambar tiba-tiba dihampiri ustaz. Dia memicit ibu jari tangan kanan penulis sambil membaca sepotong ayat al-Quran. Lalu dia memaklumkan, ada entiti paranormal yang memerhatikan gerak-geri penulis ketika berada di balkoni berkenaan, namun ia tidak datang dekat. Berderau juga mendengar penjelasan itu, namun penulis bersyukur kerana tidak diganggu.

Suasana seram
Ketika kami dalam perjalanan kembali ke Kompleks Pelancongan Kellie's Castle, seorang rakan media memberitahu penulis, ustaz berkenaan memaklumkan mereka, seorang daripada anggota kumpulan kami ada membawa 'barang' sebagai pelindung diri ketika memasuki Kellie's Castle. Penulis membuat pengakuan, sebenarnya ada membawa surah Yasin di dalam beg galas ketika memasuki istana berkenaan.
Lain pula cerita jurugambar, rupa-rupanya dia diganggu beberapa kali apabila beliau berasakan seperti telinga berdengung seolah-olah ditampar dengan kuat di pipi. Namun, selepas ustaz membuat perkara sama ke atas dirinya, ternyata dia bebas dan tidak ada entiti paranormal yang mengikutnya pulang.

Expedia iktiraf lokasi paling seram
Idea untuk memperkenalkan Pelancongan Malam Paranormal atau Paranormal Night Tour Kellie's ini adalah susulan daripada pengalaman Pengurus Besar Istana Kellie, Zamari Muhyi yang dikatakan pernah 'berkomunikasi' dengan roh tukang dobi dari Madras, India, Mr Gopal yang pernah bekerja dengan keluarga Smith. Selain itu, Zamari juga pernah mendengar suara pelik dalam bangunan itu.
Program ini bukan bertujuan menakut-nakutkan atau memomokkan pengunjung bahawa Kellie's Castle berhantu, jauh sekali untuk memesongkan akidah. Sebaliknya, ia bagi memberi peluang kepada pengunjung satu pengalaman unik atau merasai keadaan seram dan gelap ketika berada di Kellie's Castle pada waktu malam dalam situasi selamat, selesa dan terkawal.
Sekiranya bernasib baik, pengunjung boleh terserempak dengan entiti paranormal.

Waktu larangan
Program ini juga bertujuan merungkai fakta entiti paranormal yang mungkin terdapat di dalam Kellie's Castle sehingga destinasi pelancongan di Batu Gajah ini dikategorikan antara lima lokasi paling seram di Malaysia apabila diiktiraf oleh pengkaji paranormal antarabangsa dan portal pelancongan Expedia dari Amerika Syarikat.
Bagi tujuan itu, pelancong hanya dibenarkan berada di lokasi berkenaan sehingga jam 6 petang saja. Sekitar jam 5.30 petang hingga jam 7.30 malam dan jam 2 pagi hingga jam 3 pagi adalah waktu puncak hantu Kellie's Castle keluar berpeleseran mencari mangsanya!
Ketika penulis dan jurugambar tiba di Kellie's Castle sekitar jam 6.30 petang untuk merakamkan gambar istana itu berlatar belakangkan cahaya matahari terbenam, petugas tidak membenarkan kami menghampiri pagarnya yang berkunci.
Program Pelancongan Malam Paranormal ini dilancarkan oleh Pelancongan Malaysia Perak dengan kerjasama Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.Ia dirasmikan oleh Ahli Majlis Daerah Batu Gajah, Datuk Syed Aminuddin mewakili Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah, Datuk Jamry Sury.

Sejarah Kellie's Castle
Kellie's Castle atau Istana Kellie juga dikenali sebagai Rumah Kellas (Kellas House) dibina pada 1910 oleh peladang getah British, William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat ini dibina mengikut reka bentuk istana Moghul di Agra, India. Buruh binaan Kellie's Castle dibawa khas dari Madras, India.
Ketika di Tanah Melayu, Smith bersama pemilik hartanah, Alma Baker, memenangi konsesi untuk meneroka 360 hektar hutan di Batu Gajah, Perak. Menerusi keuntungan besar yang dibuat daripada perniagaan bersama antara Baker dan Smith, dia membuka ladang getah dan lombong bijih timah dikenali Syarikat Perlombongan Timah Kinta (Kinta Kellas Tin Dredging Company). Smith kembali ke England untuk berkahwin dengan gadis Scotland, Agnes. Dia membawa isterinya kembali ke Tanah Melayu pada 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini dikurniakan anak perempuan iaitu Helen.
Agnes melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony pada 1915. Kelahiran Anthony membawa keuntungan berlipat ganda dalam empayar perniagaan bapanya. Bagi meraikan kelahiran Anthony, Smith memutuskan untuk meluaskan lagi rumah yang didudukinya dikenali sebagai Rumah Kuning yang dibina ketika mula berhijrah ke Tanah Melayu pada 1890. Bersebelahan Rumah Kuning itu ada sebuah rumah kayu atau rumah asal Smith ketika bujang, namun kini hanya tinggal tapak saja selepas dibom tentera Jepun.
Smith memulakan perancangan membina istana besar dinamakan Kellas House sempena nama rumahnya di Scotland, namun lebih dikenali sebagai Kellie's Castle. Bangunan ini mempunyai 14 bilik termasuk bilik linen, bacaan, fotografi, simpanan arak dan bilik bawah tanah yang dilengkapi terowong rahsia berserta kemudahan lif yang pertama dibina seumpamanya di Tanah Melayu, selain terowong udara. Di aras dua bangunan itu pula dibina padang tenis berlantaikan simen.
Kellie's Castle tidak sempat disiapkan apabila Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 kerana dijangkiti radang paru-paru. Perniagaan Smith merosot apabila 70 pekerjanya dari India mati dijangkiti selesema Spanish. Agnes pulang ke England apabila Anthony terkorban dalam pertempuran ketika Perang Dunia Pertama, manakala Helen pula tiba-tiba menghilangkan diri.
Istana Kellie sempat disiapkan kira-kira 70 peratus saja. Apa yang pasti, semua anggota keluarga Smith tidak mati di dalam bangunan itu. Mereka hanya sempat mendiami Rumah Kuning saja (bersebelahan Kellie's Castle).
Struktur bangunan Kellie's Castle yang kekal hingga kini dalam keadaan separuh siap atau masih dalam pembinaan menjadi tarikan pengunjung tempatan atau pelancong luar negara ke Batu Gajah, Perak kerana keunikannya, selain rumah agam itu yang dikatakan berhantu.
Sehingga hari ini, banyak fakta misteri mengenai Kellie's Castle masih belum terungkai. Difahamkan, keadaan di persekitaran dan di dalam Kellie's Castle itu 'keras' dan menyeramkan kerana faktor penjajahan Jepun di Tanah Melayu suatu ketika dulu apabila menjadikan bangunan separuh siap itu sebagai tempat menyeksa dan membunuh penduduk kampung. Konon ceritanya, ramai yang terkorban di situ, justeru lokasi berkenaan dikatakan berhantu, namun keadaan itu dikaitkan dengan kematian keluarga Smith, tetapi fakta ini tidak benar.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2018 04:10 PM | Show all posts
selalu lalu lalang sajer x singgah pon...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 04:13 PM | Show all posts
wow.. menarik pengalaman yg dikongsikan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 04:30 PM | Show all posts
p batu gajah  lalu pun x da rasa nk singggah, tp mmg cantik klau buat outdoor kt situ
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yang saya sempat snap masa berkunjung ke Kellies Castle dulu. Serambi di tingkat atas.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni serambi tingkat bawah. Serambi ni dikatakan muncul kelibat Tuan Smith di sepanjang koridor

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2018 10:44 AM | Show all posts
iols blm sempat ke sana. penah lalu je. nt nak pegi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 11:04 AM | Show all posts
iols baru pegi bulan 9 lepas.. tp tak sempat masuk sbb dah nak pukul 6pm.. 10 min i bergambar kat bawah, then siren bunyi. next time boleh pegi balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2018 01:27 PM | Show all posts
tak sempat pergi masa bujang..dah ada anak nih mmg x la jawabnya,.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 04:33 PM | Show all posts
hurm, mek pnh g kelly castle ni.. tp alhamdulillah mek x kne pape
mek pun x nak jmpe sbb mek is penakuit...

tp mek ade opismet tempat koje lama, g sna, dpt satu gmbo bdk kecik pakai gaun tidur am cite omputih...

mek tgk, tp blurr jelah gmbo nya..
tp xsurelah tu kesilapan kemre or mmg ade betui, sbb lpas tgk tu..
mek pk lah jgk.. cam tertanya2, pastu mek x smpat dah nk pk sbb bos lama mek g hnto file bertimbun...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 04:57 PM | Show all posts
pernah pergi sekali je..3  tahun lepas kalau tak silap..singgah selepas bawa ungku ismail aziz event kat ipoh..masa tu dah petang, kitaorng naik sampai bumbung..tak rasa apa pun
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah masuk & naik gak dgn anak2 2-3 tahun lepas masa anak sulung sekolah kat mrsm parit. Alhamdulillah takde apa
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 10:27 AM | Show all posts
dah pegi sana banyak kali sb masa belajar dekat uitm sri iskandar je. boring2 g sana amik gambar. pastu masa bujang pegi sana sekali lg dgn tunang. tu last g time 2015. suka pegi tmpt2 menarik mcm tu. mg x pernah bosan walaupun pegi banyak kali. cantik amik gmbar. tp setiap kali pegi mg x berani turun bawah tanah tu. sb gelap sgt. haha. tgk je org lain berani turun. encik tunang konon2 berani turun sekejap. ceh. sy x berani la.

penah bawak family jugak g sana. depa seronok sb banyak tmpt leh explore dalam tu. sayang je rumah tu x sempat siap.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pnah pergi sekali.. mmg cntik klu berfoto.. plg suka kt atas bumbung... mmg besar btul n ada blik bawah utk smpn linen n arak kut mmg gelap sgt x brani nk masuk... so far g siang mmg xde apa la yg blaku
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 12:28 PM | Show all posts

Dah beberapa kali singgah Kelllie's Castle ni on the way balik kampung. So far takde apa2. Alhamdulillah..



Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 12:37 PM | Show all posts
ni dekat kampung iols tapi belum pernah pergi lagi sebab takut haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2018 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
budakserkam replied at 13-12-2018 12:37 PM
ni dekat kampung iols tapi belum pernah pergi lagi sebab takut haha

Pegi je , skrg cantik gila, bersih, well paved , mmg touristy sgt tempatnya , i dulu2 zaman sekolah rendah start tahun 1991 zaman castle tu buruk gilerrr lalu mmg takut, nak ke pasar batu gajah dr gopeng tiap2 hjg minggu, siang2 buta pun takut, sampai termimpi2, lps dh mula reno lawa2 mmg xrs apo sbb dah biasa tgk ms mcm rumah hantu dlu2 lol
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 03:54 PM | Show all posts
budakserkam replied at 13-12-2018 12:37 PM
ni dekat kampung iols tapi belum pernah pergi lagi sebab takut haha

InshaAllah.. takde apa2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangga dia curam sangat sampai i seram nak turun. Tapi x serik jugak naik turun hahaa. Tapi x perasan plak ada bilik bawah tanah.

And, kawan i yang boleh nampak ada nampak dia dok berdiri kat tepi almari kat ruang tamu yang berpagar tu. Badan normal, muka je tak de.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 10:24 AM | Show all posts
Ni masa ke Kellies Castle kali ke berapa ntah!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.349503 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list