CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14601|Reply: 70

Kegigihan Omayra Sanchez [MERGED : Remyda & cahayahidupku ]

  [Copy link]
Post time 5-12-2018 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by winamp05 at 17-9-2019 01:27 PM

Kisah Omayra Sanchez - Mangsa Tragedi Yang Mengorbankan 22 Ribu Orang
Oleh Namri Sidek pada 25 May 2017


Pada tahun 13 November 1985, Gunung Berapi Nevado del Ruiz meletup mengakibatkan letusan lahar gunung berapi sebanyak 3 kali mengalir merentasi pekan Armero, Colombia.

Gunung itu kali terakhir meletus hanya secara kecil pada tahun 1845, membuatkan tidak ada sebarang amaran dapat dikeluarkan kepada penduduk sekitar kawasan Armero. Jika ada amaran pun, mesej itu sampai lambat kerana tidak ada jalinan hubungan yang wujud, kerana ketika hari kejadian bekalan elektrik telah terputus terlebih dahulu akibat hujan lebat.

Sehari sebelum berlakunya letusan besar itu, sudah terdapat tanda-tanda awal tragedi akan berlaku apabila asap hitam mula keluar dari kawasan gunung. Penduduk hanya diberitahu supaya tidak bimbang. Amaran pengkaji bumi yang sudah mengesan berlaku pergerakan sejak September tidak diendahkan oleh kerajaan Colombia. Tepat pada jam 9:09 malam, Gunung berapi Nevado del Ruiz meletus mengakibatkan kematian lebih 22 ribu penduduk di situ.

Salah seorangnya gadis kecil bernama Omayra Sanchez.

Omayra pada ketika itu berada di rumahnya bersama keluarga yang semakin dalam kebimbangan akibat batu-batu arang yang semakin kerap menimpa atap rumah mereka. Mereka dapat mendengar dari jauh bunyi lahar semakin menghampiri dan dalam sekelip mata, tiba-tiba sahaja segalanya musnah dibawa arus lahar yang panas.

Ayah dan makciknya meninggal di tempat kejadi sementara Omayra terselamat tetapi badannya tersekat di siling rumah mereka. Ibunya pula bernasib baik pada waktu itu bekerja di luar kawasan

Pasukan penyelamat mengalami kesukaran untuk masuk ke kawasan itu bagi menyelamatkan mangsa, kerana lahar itu dipenuhi lumpur yang membuatkan suasana pesrsekitaran menjadi amat susah untuk dinavigasi tanpa tersekat. Bagaimanapun, Omayra berjaya ditemui tetapi pasukan penyelamat tidak berjaya mengeluarkan dia dari celahan batu dan konkrit yang menyepit beliau.

Penyelam yang memeriksa mendapati hanya dengan memotong kaki beliau yang pada ketika itu dalam keadaan melutut, Omayra dapat dibebaskan. Tetapi dengan situasi yang kurang sesuai, besar kemungkinan Omayra akan mati jika kakinya dipotong kerana jangkitan kuman. Cubaan untuk menarik Omayra keluar juga tidak berjaya kerana setiap kali ditarik, air berlumpur akan kembali bertakung pantas yang mampu membuatkan beliau lemas.

Tidak pula dipastikan sama ada Omayra tahu atau tidak, dia sedang memijak makciknya sendiri yang tenggelam dalam lumpur di bawahnya.


Pihak perubatan mengambil keputusan, jalan terbaik adalah dengan membiarkan saja Omayra di situ serta berharap agar bantuan peralatan datang untuk menyelamatkan beliau.

Omayra pun terus hidup di dalam lumpur dengan hanya kepala dan tangannya kelihatan. Sepanjang dia masih hidup, Omayra kekal positif, menyanyi, makan serta mahu ditemubual oleh wartawan. Bagaimanapun, aAda kalanya beliau jadi takut, kemudian menangis dan meminta pertolongan Tuhan.

Sifat Omayra mula berubah pada hari ketiga sehingga mengalami halusinasi, meracau-racau hendak ke sekolah kerana mahu mengambil peperiksaan matematik.

Wajah Omayra pada ketika itu bertukar. Matanya menjadi merah, kulitnya membengkak dan tangannya bertukar keputihan.

Pada jam 10:05 pagi, selepas hampir 60 jam Omayra meneruskan hidup menunggu penyelamat datang, beliau meninggal dunia pada 16 November 1985 kerana penyakit gangrene dan hypothermia, akibat terlalu lama berada di dalam air.


Banyak pihak meletakkan beban kesalahan pada kerajaan Colombia yang gagal menyediakan fasiliti amaran dan keselamatan yang lengkap. Kemudahan asas seperti alat bantuan penyelamat juga tidak diperolehi, menyukarkan sebarang kerja menyelamat apatah lagi dalam situasi di kelilingi lumpur.

Kerajaan Colombia pula mengakui kelemahan mereka pada ketika itu diburukkan lagi ketika itu kerajaan mereka terpaksa menghadapi serangan pemberontak kerajaan, yang membuatkan wakil kerajaan terpaksa memfokuskan kepada perihal keselamatan negara.

Frank Fournier, seorang jurugambar Perancic sempat menemui Omayra sehari sebelum dia meninggal dan merakamkan detik-detik akhir Omayra Sanchez yang diterbitkan 6 bulan kemudian dalam satu siri gambar yang diberikan tajuk "The Agony of Omayra Sanchez." Gambar itu memenangi anugerah World Press Photo of The Year bagi tahun 1986.

Tragedi itu telah membunuh hampir 75% penduduk (22 ribu) daerah Armero dan penduduk pekan Armero yang masih hidup, memulakan semula kehidupan mereka ke sebuah lokasi lain di bahagian utara beberapa kilometer dari Armero yang dinamakan sebagai Armero Guayabal.

Bandar Armero ditinggalkan dengan sesetengah lokasi masih lagi diselimuti lumpur. Gunung berapi Nevado del Ruiz dikhabarkan masih aktif dan jika pemanasan global terus berlaku, dianggarkan tragedi serupa mampu berulang sekali lagi.


Omayra Sanchez kini menjadi simbol masyarakat Colombia, sebagai peringatan kepada kecuaian kerajaan Colombia dalam menangani krisis yang sebenarnya mampu dielakkan.



Begitulah kisah tragedi kematian manusia terbesar melibatkan insiden lahar gunung berapi yang berlaku satu masa dulu pada tahun 1985.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2018 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo baru aku pasan dah penah ada orang tepek kisah ini



Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan....wlaupun dlm keadaan kesakitan tetap positif....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya
Bila memikirkan ramai yg rela menjalani kehidupan yg sia2.
X sanggup saya jd org yg berdepan dgn detik2 terakhir begini
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg omg omg.
X sggp i tengok gambar.
May Allah bless u anakku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2018 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
U deserve some credit la for all  ur interesting thread
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Rupa2nya ni kisah di sebalik gambar budak yg bermata hitam RIP omyra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2018 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar sheol yang menang award ni la yang akak nampak di internet dan seram+sedih terbayang2 hingga sekarang walau dah lebih 3 tahun kot akak nampak gambar tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 5-12-2018 08:54 PM
Omg omg omg.
X sggp i tengok gambar.
May Allah bless u anakku

Gamba yang anak matanya dah hitam tu, dia dah meninggal. Gamba ni la yang haunting namampus ai nampak beberapa tahun lepas di internet dan sampai sekarang takleh lupa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 5-12-2018 11:05 PM
Gamba yang anak matanya dah hitam tu, dia dah meninggal. Gamba ni la yang haunting namampus ai nam ...

Akk scroll laju2 chaze. X sanggup
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya tengok gambar ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts

Tak mampu nak tengok video tu.. sedehnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2018 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 5-12-2018 09:06 PM
U deserve some credit la for all  ur interesting thread

Aku minat kisah kisah ngeri tragis macam ni
Kisah kisah macam ni lah kadang kadang boleh buat kita muhasabah diri. Kalau aku di tempat dia pun belum tentu mampu setabah dia. Dah ditakdirkan ajal menjemput di saat itu. Pemergian yg sangat meruntun jiwa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 09:24 AM | Show all posts
Kesiannya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnye.. Xberjaya d selamatkn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2018 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
disaat bebudak umur belasan bunuh diri sebab putus cint, huhu.. semalam 2 kes, 1 mati, satu xmati
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 11:48 AM | Show all posts
Ooo kesahnya sedih pulak pengakhirannya
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 01:13 PM | Show all posts
kesiannye.. bergenang air mata bace..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 01:38 PM | Show all posts
sedih baca pengakhiran hidop,,mata tu menceritakan segalanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.159869 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list