CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

Kegigihan Omayra Sanchez [MERGED : Remyda & cahayahidupku ]

  [Copy link]
Post time 7-12-2018 10:35 AM | Show all posts
kesiannya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2018 03:49 PM | Show all posts
Ya Allah sedihnya, knp tak timba air tu sekurang2nya Omyra tak delah terendam sejum mcm tu sampai pucat tangan dia, hanya dia tau  kesakitan mcm mana, sejuk mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nangiss
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 09:59 AM | Show all posts
kesiannya...xsanggup nk tgk video
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts

Tragedi Kematian Omayra Sanchez, Gambar Menyedihkan Yang Memenangi Anugerah Foto


Pada tahun 13 November 1985, Gunung Berapi Nevado del Ruiz meletup mengakibatkan letusan lahar gunung berapi yang mengalir merentasi pekan Armero, Colombia, yang kali terakhir meletus secara kecil-kecilan pada tahun 1845, membuatkan tidak ada sebarang amaran dapat dikeluarkan kepada penduduk sekitar kawasan Armero.

Jika ada amaran pun, mesej itu sampai lambat kerana tidak ada jalinan hubungan yang wujud, kerana ketika hari kejadian bekalan elektrik telah terputus terlebih dahulu akibat hujan lebat.

Sehari sebelum berlakunya letusan besar itu, sudah terdapat tanda-tanda awal tragedi akan berlaku apabila asap hitam mula keluar dari kawasan gunung. Penduduk hanya diberitahu supaya tidak bimbang.

Amaran pengkaji bumi yang sudah mengesan berlaku pergerakan sejak September tidak diendahkan oleh kerajaan Colombia. Tepat pada jam 9:09 malam, Gunung berapi Nevado del Ruiz meletus menyebabkan kematian lebih 22 ribu penduduk di situ.

Omayra yang pada ketika itu berada di rumahnya bersama keluarga yang semakin bimbang akibat batu-batu arang yang semakin kerap menimpa atap rumah mereka.

Mereka dapat mendengar dari jauh bunyi yang semakin menghampiri dan dalam sekelip mata, tiba-tiba sahaja segalanya musnah dibawa arus lahar yang panas.

Ayah dan makciknya meninggal di tempat kejadi sementara Omayra terselamat tetapi badannya tersekat di siling rumah mereka. Ibunya pula bernasib baik pada waktu itu bekerja di luar kawasan.

Pasukan penyelamat mengalami kesukaran untuk masuk ke kawasan itu bagi menyelamatkan mangsa, kerana lahar itu dipenuhi lumpur yang membuatkan suasana pesrsekitaran menjadi amat sukar untuk dinavigasi tanpa tersekat.

Bagaimanapun, Omayra berjaya ditemui tetapi pasukan penyelamat tidak berjaya mengeluarkan dia dari celahan batu dan konkrit yang menyepit beliau.

Penyelam yang memeriksa mendapati hanya dengan memotong kaki beliau yang pada ketika itu dalam keadaan melutut, Omayra dapat dibebaskan tetapi, dengan situasi yang kurang sesuai, besar kemungkinan Omayra akan mati jika kakinya dipotong kerana jangkitan kuman.

Cubaan untuk menarik Omayra keluar juga tidak berjaya kerana setiap kali ditarik, air berlumpur akan kembali bertakung pantas yang mampu membuatkan beliau lemas.

Tidak pula dipastikan sama ada Omayra tahu atau tidak, dia sedang memijak makciknya sendiri yang tenggelam dalam lumpur di bawahnya.

Pihak perubatan mengambil keputusan, jalan terbaik adalah dengan membiarkan saja Omayra di situ serta berharap agar bantuan peralatan datang untuk menyelamatkan beliau.

Omayra pun terus hidup di dalam lumpur dengan hanya kepala dan tangannya kelihatan. Sepanjang dia masih hidup, Omayra kekal positif, menyanyi, makan serta mahu ditemubual oleh wartawan, bagaimanapun, ada kalanya beliau jadi takut, kemudian menangis dan meminta pertolongan Tuhan.

Sifat Omayra mula berubah pada hari ketiga sehingga mengalami halusinasi, meracau-racau hendak ke sekolah kerana mahu mengambil peperiksaan matematik.

Wajah Omayra pada ketika itu bertukar. Matanya menjadi merah, kulitnya membengkak dan tangannya bertukar keputihan.

Pada jam 10:05 pagi, selepas hampir 60 jam Omayra meneruskan hidup menunggu penyelamat datang, beliau meninggal dunia pada 16 November 1985 kerana penyakit gangrene dan hypothermia, akibat terlalu lama berada di dalam air.

Banyak pihak meletakkan beban kesalahan pada kerajaan Colombia yang gagal menyediakan fasiliti amaran dan keselamatan yang lengkap. Kemudahan asas seperti alat bantuan penyelamat juga tidak diperolehi, menyukarkan sebarang kerja menyelamat apatah lagi dalam situasi di kelilingi lumpur.

Kerajaan Colombia pula mengakui kelemahan mereka pada ketika itu diburukkan lagi ketika itu kerajaan mereka terpaksa menghadapi serangan pemberontak kerajaan, yang membuatkan wakil kerajaan terpaksa memfokuskan kepada perihal keselamatan negara.

Frank Fournier, seorang jurugambar Perancic sempat menemui Omayra sehari sebelum dia meninggal dan merakamkan detik-detik akhir Omayra Sanchez yang diterbitkan 6 bulan kemudian dalam satu siri gambar yang diberikan tajuk "The Agony of Omayra Sanchez." Gambar itu memenangi anugerah World Press Photo of The Year bagi tahun 1986.

Tragedi-omayra-sanchez-yang-menyedihkan

Tragedi itu telah membunuh hampir 75% penduduk (22 ribu) daerah Armero dan penduduk pekan Armero yang masih hidup, memulakan semula kehidupan mereka ke sebuah lokasi lain di bahagian utara beberapa kilometer dari Armero yang dinamakan sebagai Armero Guayabal.

Bandar Armero ditinggalkan dengan sesetengah lokasi masih lagi diselimuti lumpur. Gunung berapi Nevado del Ruiz dikhabarkan masih aktif dan jika pemanasan global terus berlaku, dianggarkan tragedi serupa mampu berulang sekali lagi.

Omayra Sanchez kini menjadi simbol masyarakat Colombia, sebagai peringatan kepada kecuaian kerajaan Colombia dalam menangani krisis yang sebenarnya mampu dielakkan.

Begitulah kisah tragedi kematian manusia terbesar melibatkan insiden lahar gunung berapi yang berlaku satu masa dulu pada tahun 1985.

Semoga memberi manfaat.

Credit: SentiasaPanas

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 07:03 PM | Show all posts
sedihnyaaa...gambar last tu...nk tlg x blh x cukup peralatan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2019 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ive read this before and it broke my heart.. memang menunggu ajal je mcm ni..xleh imagine jugak those yg stay with her at that time, sbb knowing the fact theres nothing u can do except to accompany her through death
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 08:20 PM | Show all posts
thanks for sharing, tt..
very heartbreaking..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2019 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar dia tu memang menunjukkan betapa terseksa nya dia. Yang hitam putih tu okay lagi tapi yang berwarna tu... Sangat memilukan. Rest in peace Omayra
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
seksanya mati perlahan2 cmtu... smpi 3 hari
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu...berapa umur Omarya pada 1985...nmpk mcm not even 12yrs...so kami mungkin sebaya

May you rest in peace darling
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya tengok wajah dan mata dia yang berharap sangat dia dapat diselamatkan. Entah apa la yg dia rasa sepanjang dia berkeadaan macam tu. Kita sehari pun rasa macam dah tak sanggup nak hidup, dia terpaksa tanggung azab selama 3 hari.

Pada penyelamat yg cuba selamatkan dia mesti menjadi mimpi ngeri dan rasa tak berguna sebab gagal nak selamatkan dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 10:50 PM | Show all posts
Sedih baca
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenolen replied at 27-8-2019 10:30 PM
Allahu...berapa umur Omarya pada 1985...nmpk mcm not even 12yrs...so kami mungkin sebaya

May  ...

X psti brpa umur dia mse tu..sedih kan..org skeliling pun xleh nk tlong cmne dh.facilities sgt limited..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana la perasaan penyelamat masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah baca this before..sgt heartbreaking..boleh kemurungan ok tgk pic tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2019 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 27-8-2019 08:20 PM
thanks for sharing, tt..
very heartbreaking..

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Thread serupe dh ade. Tp tetap meruntun hati. N x sggp nk ulang baca
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 28-8-2019 12:29 AM
Thread serupe dh ade. Tp tetap meruntun hati. N x sggp nk ulang baca

Oh yeke kaka Mod. Maaf byk2. Xprasan. Kalu dh ade, bolela katup thread saye ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
cahayahidupku replied at 28-8-2019 12:37 AM
Oh yeke kaka Mod. Maaf byk2. Xprasan. Kalu dh ade, bolela katup thread saye ni..

Eh x pe. Bod ni jarang ade new thread. Sbg bekas mod sini, sy sgt hargai thread awak. To Sy x blh bg credit kt sini. N previous thread x specific to this boy pun.

Thanks darling
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.155215 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list