CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cloud99

PENGALAMAN KENA KACAU HANTU HOTEL

  [Copy link]
Post time 15-12-2018 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Cloud99 replied at 10-12-2018 03:22 PM
Condo kat kuah tue mg dah famous citernye tue..tgk rupa luar pun dah rasa lain mcm jer...mg privat ...

Tu la, kena make sure hotel tu ada orang. Kalau bilik cantik pemandangan lawa aman damai pun tapi the whole block tu seketul sorang tak guna juga memang tak tenteram la nak tido pun haha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2018 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Cloud99 replied at 14-12-2018 11:03 PM
So far selamat lg..nasib baik

Kongsi cerita lagi tt
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Parking sini. Nnti boleh bca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2018 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 15-12-2018 11:48 AM
Kongsi cerita lagi tt

Nt free bru bt essay lg yer..now tenet slow sungguh + nk ngadap hp utk bt essay pun cm burung patuk padi jer..hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 03:15 PM | Show all posts
234126 replied at 15-12-2018 07:02 AM
Saya takda kena kacau tapi rasa semacam tu ada.haha. And anak2 buah pun takda merengek menangis  ...

hahaha..patutnya dia lah yg rasa x aman sbb dah kluar duit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 05:54 PM | Show all posts
234126 replied at 14-12-2018 03:12 PM
Semangat lemah dia kata. Badan sejuk muka pucat lesu. Ada gangguan dia kata tapi nasib la takda yg ...

Tak pasti kenapa perlu ada kain kuning tue..kekadang ada tempat sajer jer guna/letak something yg boleh buat org ttarik & tfikir..mcm nak wujudkan rasa misteri tue..tp yg kat makam nie saya tak pasti sgt puncanya

Tapi yg sebenarnya makam mahsuri nie nama jer ler makan..kubur dia yg sebenarnya kat tempat lain..kalau tanya org local diaorang tau ler lokasi yg sebenarnya..saya pun dah lupa nama tempat tue ..lagi pun jarang sangat masuk makam tue sb mcm x der per sgt..boring untuk saya unless ader request nak masuk situ baru arrangekan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-12-2018 07:33 PM | Show all posts
Story 4 :

HOTEL : PENANG ( Nama hotel dirahsiakan )


Kisah ini kalau tak silap berlaku pada December 2004. Tahun tsunami yang pertama berlaku & yang paling teruk, yang mana Acheh & Thailand kena teruk. Malaysia pun kena juga & masa tue keluar berita ada perkampungan nelayan kat Penang yang kena teruk & ramai mati. Nasib kami baik sebab kejadian tersebut berlaku selepas 3-4 hari pulang dari menjelajah Penang yang mana aktitiviti kali ini juga melibatkan lawatan ke pulau-pulau kecil di Penang seperti Pulau Acheh & Pulau Jerejak menggunakan bot-bot kecil nelayan sahaja

Kali ini saya mewakili syarikat menyertai FAM Trip 4 hari 3 malam anjuran sebuah agensi kerajaan di Penang dan bukanya membawa rombongan pelancong seperti biasa. Untuk yang tidak tahu saya permudahkan pemahaman skit yer, FAM Trip nie adalah lawatanyang selalunya dikhususkan untuk travel agency / penggiat industri pelancongan yang lain.

Ikut itinerary nie setiap malam kami akan bermalam di hotel yang berlainan. Seakan-akan hotel inspection juga tapi kali nie jadual padat dengan aktiviti jadi saya tak sempat nak pergi check/ inspect hotel sangat sb terlalu letih, awal pagi keluar nanti lewat malam baru masuk bilik semula, orang lain tak tahu ler samada pergi inspec bilik hotel or tak. Fam trip kali ini juga  peserta kebanyakkanya terdiri daripada owner2 travel agency @ geng-geng top management tapi ada juga ler yang hantar wakil dan kesemuanya terdiri daripada travel agency side semenanjung & juga sabah sarawak. Awal pagi breakfast then check-out & sambung terus aktiviti melawat tempat-tempat pelancongan xpecially tempat yg boleh dikategorikan sebagai produk pelancongan yang baru

Memandangkan terlalu banyak tempat yang kami pergi jadi saya tak berapa nak ingat ler tempat mana yang kami pergi utk setiap hari tue ikut urutan yang betul-betul yer..antara yang termasuk dalam itinerary time tue adalah  Tropical Spice Garden ( masa tue baru buka so kira new product juga ler ), Taman Rama-Rama, Pulau Acheh ( ni kena naik bot dari kg. nelayan kalau nak ke sini ), Bukit Bendera, Pulau Jerejak Resort ( masa tue baru buka so mg  new product),  War Museum ( masa tue pun baru buka so mg  new product..mg tahu angker tempat nie & semua xcited nak buat mcm mystery/ghost package giteww ), local product, Pesta Penang dan lain-lain tempat ( x brapa nak ingat )

Malam pertama kami stay kat Paradise Sandy Beach Resort ( nie nama pada masa itu sebelum ditukar ke nama baru sekarang nie ) area Tanjung Bungah.  Sebelum nie saya tak pernah stay hotel nie, tapi banyak bagi customer stay hotel sebelah dia . Hotel sebelah tu pun sekarang nie guna nama baru sebab tukar management kalau tak silap & nama asalnya Crown...aper ntah now jadi F.... Hotel. Crown ni dulu memang kategori angker sebab abang bos sendiri ader citer dia kena tarik kaki & selimut then bunyi mcm rantai besi diheret kat lantai & memcm lagi sebab dia mg suka stay hotel nie walaupun asyik kena kaco tapi sebab dia spesis berani dia tak kisah. Dia kata hantu dia tak takut tapi kalau orang spesis jahat hulur  pisau ker pistol ker ceroboh masuk bilik baru dia takut ( bos2 memang gini kot level takutnya ) . Stay hotel nie memang ok, tak der gangguan wpun 3am baru boleh nak terlena. Tengok partner sebelah dari negeri lain dah siap lena dari 10pm lebih ..

Next day kami check-out after breakfast & mulakan aktiviti tour sesungguh hati sampai malam check-in pula kat Cititel Penang. Semua ok tapi leceh sebab lif guna system card ( zaman tue kira baru lagi system nie )

3rd day city tour kalau tak silap melibatkan tempat angker iaitu War Museum. War mesum masa nie baru nak open untuk public so kami semua diinvite terlebih dahulu untuk menjelajah & dengar citer sedetailsnya dari owner war museum ni sendiri then baru ler dapat  develop new package yang dapat promote tempat ni. Memang owner war museum nie citer details mana tempat/kawasan yang orang kena bunuh zaman jepun tue, mana tempat yang selalu nampak penampakan & time dia & so on ler.

Masa dia bawa kami masuk terowong sempit tue dia ada gtau akan jumpa 1 bilik & bilik tue slalu ada gangguan mcm suka tunjuk diri ler walaupun time siang..dah berdiri kat situ baru dia gtau..huhuhuh..tak der saper berani nak lari @ patah balik ler sebab nanti sesorang lagi takut kan. Then panjat tangga besi naik atas..bila keluar dari situ ada kawasan penjara yang dinding berlubang kesan tembakan, situ pun dia gtau selalu ada penampakan. Tapi kat situ semua saya tak rasa / nampak per2 . Then owner tue bawa pergi ke kawasan lain, satu kawasan tue adalah macam office / bilik sulit / bilik khas per ntah nama spesisifiknya utk  Jeneral Yamashita,  bilik ni bila masuk memang tak der sebarang frekuensi utk telekomunikasi sebab memang dah dibina gitu untuk elakan musuh detect aktiviti dorang. Dalam bilik tue owner tue letak patung gambar Yamashita sebab katanya sebelum tue dia tak letak & staff dia asyik kena kaco ngan antu-antu jepun jer. So fikir punya fikir last dia letak patung gambar Jeneral Yamashita so pas tue x der gangguan sangat sb dia buat andaian antu-antu jepun tue tak akan brani kaco bila Jeneral dorang terpacak depan pintu masuk tue..mcm lawak tp tue ler yg dia citer kat kami

Dari bilik jeneral kami bergerak ke kawasan mcm berek gitu, saya masa tue jalan agak depan juga & owner tue mcm ke belakang skit, tapi bila nak melangkah masuk jer kawasan tue hidung saya terus bau mcm benda busuk sangat ..bau busuk tue mg  x mcm  bau busuk yang pernah hidung sya bau. Rasa mcm tetiba tak sedap hati, so saya berhenti sebelum langkah masuk ke bilik tue, saya berdiri dulu then g belakang. Orang lain masuk g tengok jer, dalam tue mcm ada 3-4 kubur , mcm kubur islam ada, kristian ada n ntah jenis agama per lagi. Kira bilik tue mcm bsimen so mcm tanah/pasir tue dorang letak atas simen mcm shape kubur ler & hujung mcm kepala letak ler mcm palang salib & so on. Saya kat belakang tue saja g bbisik kat owner tue, nie busuk mcm bau mayat ker? dia tgelak sebab dia belum citer lagi pasal bilik tue & orang lain mcm blur2 g jer dekat2 tengok kawasan tue. Then baru dia xplain masa awal dorang nak clear kawasan tue, memang dorang jumpa beberapa rangka mayat ler ( rangka lama ) kat dalam tue, so dorang pun tak tahu tue rangka orang agama per sb kawasan tue ada mcm kaw berek utk melayu, gurkha, jepun then ada lagi yang kena seksa tue ntah memcm bangsa. Sebab dah tak tahu rangka tue bangsa & agama per so owner nie just mcm timbus dengan tanah/pasir atas lantai simen tue then letak ler simbol mcm salib then mcm kubur islam n agama lain..mcm simbolik gitu ler.. masalahnya hidung orang lain tak berbau tapi hidung saya terlebih detect sangat..baru masuk kawasan tue jer dah berbau kuat..memang sampai last saya tak masuk dalam tue..tengok dari jauh jer

Habis tour kat war museum, lunch semua then dekat lewat petang juga baru check-in hotel. Hari ke 3 nie kami check-in kat Hotel 1... dekat Georgetown( nama asal masa tue now dah tukar nama lain tapi tahun pembinaan tue masih digunakan sebagai sebahagian nama hotel ). Hotel ni design kolonial sebab dulu bangunan nie merupakan salah satu pejabat tentera / orang british. Hotel nie dalam 2 lapis/level jer & guna tangga. Memang cantik sb nampak klasik tapi sebab dibina tahun 26 kira memasing boleh ler fikir sendiri kan, agak2 ader tak 'benda' tue. Lepas maghrib kami semua kena pergi Pesta Penang sebab ader booth kami kat sana..So berkampung ler kat pesta tue dekat 12am. Dalam 12am baru bertolak balik ke hotel.

Saya nie pula memang habit, kalau dari luar masuk hotel mesti mandi dulu sebelum tido tak kira ler pukul brapa pun. Siap iron baju utk last day esok, mandi semua then naik katil nak tido. Punya ler susah nak lena sampai dekat 3am juga ler rasanya. Then tido tue pun mcm tak cukup nyenyak, mcm antara sedar tak sedar jer. Mimpi pula hantu ( memang nyampah betul ). Dalam mimpi tue saya pergi ke bilik air then basuh muka gosok gigi then ngadap cermin. Bila tengok cermin nampak mata & anak mata jadi hitam semua n makin membesar ( sebijik pula mcm citer hantu omputih ). Bila mata habis  hitam keseluruhan tue then terus nampak hantu-hantu yg mcm dok tunggu nak ganggu sya dalam bilik air tue. Jenuh menjerit & lari keluar dari bilik  untuk selamatkan diri. Hantu2 tue pula kejar sesungguh hati. Kira penat sungguh ler. Tak tahu ler mimpi gitu sebab per sb kejadian dalam mimpi tue mg lokasi dalam bilik & hotel tue. Samada dari war museum tue ada nak menggangu ker ntah ler.

Then alarm hp bbunyi dalam 4.30am tapi sebab takut tgu 5am baru turun katil. Saya memang bangun awal sebab nak mandi & bsiap dulu ( ni kes lambat bersiap ). Masa masuk bilik air tue, saya pun berdiri kat sink untuk gosok gigi & basuh muka. Abis tue angkat muka tgk cermin then perasan mata saya time tue mg sya nampak jadi membesar & menghitam sebijik mcm dalam mimpi tue. Terkejut giler, pastu terus basuh muka , tak tengok cermin. Keluar bilik air dulu. Kat luar bilik air tonyoh-tonyoh mata, tengok mcm pesal ler mata hitam ni mcm makin membesar, takut giler jadi sebijik mcm dlm mimpi tue. Sampai partner bangun tanya naper tak mandi lagi ker. Saya sengih jer ..then jawab jap terlupa ambik barang. Bila tengok partner dah bangun duduk atas katil baru saya berani g mandi. Tue pun mandi cepat-cepat tak tengok cermin per dah. Habis bersiap semua kami check-out. Sementara tunggu orang lain berkumpul kat lobby sambil berbual ngan orang lain. Dorang citer biasa ler, bangunan lama, sebelum jadi hotel pun bangunan ni pernah jd bangunan tinggal sebelum direnovate per kan..so ader ler tue gangguan2nya...tapi bila difikirkan balik rsnya gangguan nie level biasa jer tak der ler menakutkan mcm hotel-hotel lain yang saya kena selepas tue. May be sebab kesan g war museum tue sama pengaruhi minda. Nasib baik ler dari war museum tue masuk bilik jap jer then kena g jaga booth kat pesta penang, so x der tfikir yang tk elok sangat sb busy ngan kejer. Kalau dari war museum terus masuk tido,huhuhuhu memang boleh kot tlebih gangguanya ..sekian ler citer yang tak brapa nak takut & menarik sangat untuk kali nie

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cloud99 replied at 19-12-2018 07:33 PM
Story 4 :

HOTEL : PENANG ( Nama hotel dirahsiakan )

Kalau terus tengok cermin, agak2 tt terus kena rasuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2018 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 19-12-2018 08:21 PM
Kalau terus tengok cermin, agak2 tt terus kena rasuk

Tue ler takut juga sb mcm serupa sgt dgn situation dlm mimpi tu...skrg ni kalau tgk citer antu omputih nampak yg jadi antu/kna rasuk tu mata jd hitam semua mesti tingat mimpi tu..mcm lawak pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 04:12 PM | Show all posts
Pengalaman Hakak..

Masa stay kat satu hotel kat puncak Cameron Highlands. Nama dirahsiakan tapi mesti korang dah boleh agak kan?!

Masa tu Hakak tengah iron baju..
Bilik iron memang kat hujung tepi tangga. Pergi sorang2 je.. ingatkan takde apa2. Sekali tengah iron tu tiba2 pintu kat sebelah tu terbuka dan tertutup. Hakak toleh takde sapa pun keluar or masuk. So buat tak tau je la walaupun hati dah cuak.. sambung jugak iron baju.

Tiba2 pintu tu terbuka dan tertutup semula.. memang tak tunggu la.. terus cabut! Pakai je la baju tak ber iron!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2018 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
BlueRose99 replied at 20-12-2018 04:12 PM
Pengalaman Hakak..

Masa stay kat satu hotel kat puncak Cameron Highlands. Nama dirahsiakan tapi m ...

Area mna tu sebab kt cameron memang bnyk accommodation yg ada gangguanya..dari budget hotel hingga 5* hotel ada record angkernye
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 11:40 AM | Show all posts
Kat sini!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2018 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
BlueRose99 replied at 21-12-2018 11:40 AM
Kat sini!

Hotel belakang tu yer ? ok..noted
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 11:51 AM | Show all posts
Cloud99 replied at 21-12-2018 02:46 PM
Hotel belakang tu yer ? ok..noted

Yup!
Dah ada hint dah tu kan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 03:05 PM | Show all posts

boring kat ofis ni, marilah menyumbangkan kisah buat berpeluh 1 badan hehehe...

Tahun 2013 .
Tinggal 1 bajet hotel nihh hujung jalan alor berdepan dengan royale chulan.

hotel ni, my chinese kolig yang intro, baru dan dekat dengan tempat makan dan selamat katanya

bila sampai hotel ni, kat entrance tu dah kuat bau colok, dan ada tokong kecil sebelah je.
lepas tu tak ingat either level 3,4 ada karaoke dan memang bising je manjang, siang malam asyik karoks lagu cina.

Sebilik berdua dengan kawan. tapi masa tu lahh kawan ni kena serang migrain. so keje dia asyikla tidoo dari petang  sampailah ke malam.

siang tu ada juga round sekeliling, ingat2 lupa macam ada pokok besar bawah tu ada tokong india pula + ada gerai anney. hmmm masa tu dah rasa  jantung macam tak selesa hahahha . satu hal saya takut dengan dua kaum tu, (pengalaman kereta sewa kena pecah area jalan alor sbb dua geng ni gaduh) satu lagii rasa meremang... rupa anney tu pun saya tengok dah macam jin mata merah huhuhu...

so malam tu lepas balik dari makan bersiap2 nak tido,  lepak2 sambil tengok TV baru prasan bilik tu panas dan rasa ada orang perati watch TV dengan volume TV timbul tenggelam (siang tu TV & Aircond semua ok je)

so i decided kejutkan my friend, minta she tengok2 kan remote sesambil suruh she on kan lampu dekat toilet hahahha.. (takut punya pasal). Lepas semua ok, i tertidur, dan2 pula boleh terbangun dalam pukul 1pagi. time tu lah juga TV tengah tayang cerita hantu.

I pura2 buat bising bangunkan my kawan dan offkan tv, cuba untuk tidur balikk. tuppp tupp masa ini laahh dorang berpesta dalam bilik mandi tu... mula2 bunyi air, lepas tu main flush2, bunyi tapak kaki, bunyi beg kena seret semua adaaaa... so malam tu memang tidur bermandikan peluh sejuk laa ai hahaha... tak berani datang dekat dengan toilet tu dan tak berani nak turun katil chck remote aircond . takut benda tu munculkan diri .. setakat tu jaklahh seramnye hehhehe

kalau ikutkan paling seram masa kat hotel lama dekat chiang mai.. tu nanti i karang dulu k hehehe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2018 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
BlueRose99 replied at 26-12-2018 11:51 AM
Yup!
Dah ada hint dah tu kan..

Yer...hihihihi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2018 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
suesz replied at 27-12-2018 03:05 PM
boring kat ofis ni, marilah menyumbangkan kisah buat berpeluh 1 badan hehehe...

Tahun 2013 .

Memang masa nk tido tu x offkan tv ker ?

Kawan dgr tak bunyi dr toilet tu ?

Mg kalau hotel chinese ni kat certain area dorang samada nk msuk kaw office/certain level dorang letak tokong dorang yg besar2, kadang tu siap umah tokong lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 01:40 PM | Show all posts
Cloud99 replied at 7-12-2018 03:56 PM
Saya tido tak brani on tv sb ada kes..'dia'main on of tv..tu lg sakit jiwa..so terus x buka bila n ...

kita lak suka buka tv sampai ke pagi. Pernah sekali hotel dekat johor. Buka tv dah tu tersedar jam 2.30 pagi. Tertengok tv. Aduh cerita niang rapik pulak...sudah...lastnya berselubung sorang dalam selimut.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya lak kalo duduk hotel mesti bukak lampu bilik air & lampu lorong menuju ke bilik air...bukak tv channel kartoon ataupun HBO tk pernah bukak cite2 melayu dr msk hotel sampai ke bsk pagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Cloud99 replied at 27-12-2018 11:39 PM
Memang masa nk tido tu x offkan tv ker ?

Kawan dgr tak bunyi dr toilet tu ?

Dulu if tido hotel memang tv tu beron sampai pagi hahaaa..  
Tapi lepas peristiwa seram masa travel solo dah tak berani dahh.

Esok pagi tanya kawan, dia boleh tak ingat apa2 kes malam Tu. O yaa, sheols noticed peha ke kaki lebam-lebam. Maybe pasal sheols period kot time tu.
Malam ke dua kat satu hotel lain (hotel ni pun macam anker jua, dengar2 cerita) sheols pula yg x boleh tido.  I nyenyak tido hingga ke pagi  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.076938 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list