CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1160|Reply: 6

Pelajar Ugut Bunuh Pensyarah Kerana Awalkan Masa Peperiksaan

[Copy link]
Post time 6-12-2018 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pelajar kolej di Florida ditangkap polis kerana mengugut untuk membunuh pensyarahnya yang menetapkan jadual peperiksaan seawal jam 7 pagi.




Kredit foto: New York Post




Rafael Decomas, 20, dari Florida Atlantic University (FAU) ditangkap selepas memuat naik ugutan di Twitter bahawa dia akan ‘membunuh profesornya’ kerana menetapkan waktu peperiksaan seawal jam 7 pagi.


Rafael Decomas didakwa atas tuduhan cuba melakukan intimidasi berupa ugutan atau mencederakan. Menurut rekod polis, seorang pengguna Twitter dengan nama Cutie Claus telah memuat naik status tersebut dan polis berjaya menjejaki identitinya dengan memadankan identiti Twitter tersebut  dengan pangkalan data pelajar FAU.




Kredit foto: WPLG




Seorang pegawai polis berjaya menghubungi Decomas dan menyakinkannya untuk menyerah diri di balai polis berdekatan.


Menurut siasatan, Decomas mengakui beliau sebenarnya tidak berniat untuk benar-benar mencederakan profesornya, sebaliknya sekadar melepaskan rasa geram.


Katanya, pensyarah subjek Struktur Data telah mengawalkan waktu peperiksaan subjek itu pada jam 7 pagi dan dia berasa sangat tertekan kerana tinggal jauh di Riviera Beach dan terpaksa bangun seawal jam 5 pagi untuk mengejar masa.



Kredit foto: Heavy.com




Memetik sumber Buzzfeed News, Decomas dibebaskan sementara atas jaminan ASD5000 (RM20,000) dan polis dikatakan masih meneruskan siasatan mereka.


Satu lagi pengajaran untuk pelajar-pelajar supaya tidak melepas geram di media sosial. Tapi memang geramlah kalau ada pensyarah jenis suka mengubah jadual sesuka hati, kan? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2018 10:49 AM | Show all posts
kesiannya dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2018 10:56 AM | Show all posts
silap langkah ni, geram sangat pun tak payah tulis di status sampai nak bunuh

Tapi sana cepat pula polis bertindak untuk kes ugut2 medsos
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 10:58 AM | Show all posts
Kalau marah pun janganlah sanpai ugut nak bunuh kan dah mendapat
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ucapan camtu mmg biasa bila geram tp bila pergi tweet tu kelihatan mencari masalah di situ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2018 11:06 AM | Show all posts
Sy pun pernah geram melampau , pensyarah kunci dewan kuliah tak bagi masuk kerana lambat 5 minit
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-12-2018 06:31 PM | Show all posts

Kesilapan sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.366004 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list