CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cari-Azza

Tuah Siti Nurhaliza - Anugerah Artis Paling Tinggi Stream Di Spotify Kalahkan BB

  [Copy link]
Post time 8-12-2018 01:43 PM | Show all posts


layanan untk artis sendu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2018 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
wizardLy_boy replied at 8-12-2018 01:39 PM
ramai yang nak beliau sendu ....tapi x sendu2
dari 10 yahun lepas .....dah mcm ni.....


Harap sgt tokti masuk gv. I percaya sheols boleh menyahut cabaran apa jua jenis lagu dan lagu sesiapa pun. Haha

Cuma i takut retis lain takmo masuk kalau ct ada sebab boleh agak pemenangnya haha

#Kasibakohaters
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 02:36 PM | Show all posts
Lembaran 2019 Siti Nurhaliza
IZWAN MOHD. ISA
[size=0.9]06 Disember 2018 3:00 AM



Bermula dengan kelahiran puteri sulung, Siti Aafiyah yang menjengah dunia pada 19 Mac lalu, perjalanan hidup dan karier Siti terus diserikan dengan pelbagai episod manis.


Antaranya adalah kejayaan single terbaharu, Anta Permana yang kembali meletakkan nama beliau ke puncak carta stesen radio tempatan.
Lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong tersebut bukan sahaja kedengaran unik berbanding dendangan terdahulu Siti, malah ia turut diterima baik dalam kalangan khalayak.
Di samping itu, Siti terus mengungguli majlis anugerah apabila beliau memenangi kategori Kolaborasi Terbaik bersama Judika untuk lagu Kisah Ku Inginkan menerusi Anugerah Planet Muzik 2018 baru-baru ini.
Kukuh menggenggam ‘cop mohor’ penyanyi nombor satu negara, Siti yang ditemui pada majlis pelancaran Simplysiti Di Hati di ibu kota baru-baru ini membentangkan perancangan akhir tahunnya berserta pelan yang telah dibincangkan bersama pihak pengurusan karier nyanyiannya untuk tahun hadapan.
Menurut Siti, bagi membuka tirai 2019, sebuah siri konsert berskala mega bakal diadakan. Sedang dalam proses persiapan, Siti bagaimanapun enggan mengulas lanjut memandangkan sebuah pengumuman rasmi bakal menyusul dalam masa terdekat.
Konsert
“Kami merancang untuk mengadakan konsert di tiga buah negara, iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.
“Cuma, buat masa ini, saya tidak boleh memberitahu lebih lanjut mengenai konsert berkenaan. Bimbang jika ada sebarang pertukaran.
“Jadi, untuk maklumat selanjutnya, kami akan umumkan dalam sebuah sidang akhbar khas yang dijadualkan berlangsung pada 17 Disember nanti,” katanya.
Kali terakhir muncul dengan konsert berskala besar menerusi Konsert Siti Nurhaliza & Friends, Siti sebenarnya cukup teruja untuk kembali menghiburkan peminat.
Justeru, beliau telah memulakan latihan, khususnya bagi mempertingkatkan kualiti vokal dan kecergasan fizikal.
“Betul kata orang, selepas melahirkan zuriat, keupayaan vokal menjadi sedikit terhad.
“Namun, saya tidak melihat ia sebagai satu halangan. Saya akan cuba mempersiapkan diri sebaik mungkin sebelum menjelang konsert agar persembahan di tiga buah negara kelak berjalan lancar,” kata Siti yang turut merancang untuk menerbitkan single baharu sempena konsert berkenaan.
Beralih topik mengenai single Anta Permana, Siti begitu terharu apabila lagu berkenaan diterima dengan baik, terutama dalam kalangan pendengar muda.
“Saya dapati, Anta Permana memberi kepuasan kepada pendengar yang sukakan lagu berentak pop dan dalam masa sama menggemari irama tradisional.
“Untuk single berikutnya, saya akan cuba sebaik mungkin untuk memberi kelainan kepada peminat,” katanya.
AJL
Melihat impak luar biasa yang diraih Anta Permana, peminat Siti dilihat mahu menyaksikan lagu tersebut bergema di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).
Namun, agak mustahil untuk melihat perkara tersebut berlaku memandangkan Siti telah lama mengundurkan diri daripada pentas pertandingan berprestij tersebut.
Diajukan persoalan yang sama, Siti menjelaskan, perkara tersebut pernah diajukan kepada Hael dan mereka juga telah mengadakan perbincangan.
“Buat masa ini, kami belum mencapai kata putus. Tetapi, saya sentiasa memberikan sokongan terhadapAJL.
“Jika sekali pun lagu Anta Permana dicalonkan dan lolos ke pentas akhir, biarlah penyanyi lain yang menyanyikannya,” ujar Siti sambil tersenyum.
Ditanya mengenai penggantinya jika lagu berkenaan benar-benar layak ke AJL, ini respons Siti:
“Sebenarnya, ramai penyanyi layak untuk menyanyikan Anta Permana. Lihat sahaja cabaran Anta Permana yang dianjurkan menerusi akaun Instagram saya. Ramai penyanyi yang menunjukkan bakat masing-masing.
“Cuma, jika diberi pilihan, saya suka dengan cara nyanyian Ernie Zakri,” luahnya.
“Saya tidak kisah jika komposer lagu Anta Permana mahu mempertandingkan lagu tersebut di pentas AJL. Cuma, bukan saya yang akan menyanyikannya.
Dana
Ditanya mengenai penganjuran kempen SimplySiti Di Hati yang telah dimulakan sejak tahun 2011, Siti menjelaskan, ia merupakan sebuah kempen tanggungjawab sosial yang perlu diteruskan dalam usaha menyumbang kepada masyarakat.
Berkolaborasi dengan Institut Jantung Negara (IJN), kempen tersebut membantu kanak-kanak penghidap penyakit jantung yang kurang berkemampuan untuk menjalani pembedahan dan menerima rawatan.
“Menerusi kempen kali ini, kami cuba mengumpul dana bagi diberikan kepada pesakit yang terpilih mendapatkan rawatan.
“Dana yang telah dikumpul akan dimasukkan ke dalam tabung Yayasan IJN dan seterusnya digunakan untuk merawat pesakit,” katanya.
Menurut Siti, dana akan dikumpulkan bermula bulan ini menerusi penjualan produk SimplySiti dan sebanyak RM5 bagi setiap pembelian melebihi RM100 akan dimasukkan ke dalam tabung tersebut.
“Tahun ini, kami telah memilih tiga pesakit iaitu Lam Zhe Yi, 10 bulan, Muhammad Firas Adib Mohamad Zaki, 4, dan Mahaani Thayalan, 7. Kos rawatan yang diperlukan untuk ketiga-tiga kanak-kanak itu adalah sekitar RM105,000.
“Justeru, saya sangat berharap agar pengguna SimplySiti dapat bersama-sama berganding bahu dengan saya untuk membantu mereka yang memerlukan.
“Sebagai seorang ibu, saya gembira untuk membantu kanak-kanak ini. Apatah lagi, anak adalah generasi masa depan yang bukan sahaja dapat membantu keluarga tetapi juga agama, bangsa dan negara,” tutup Siti.
Tahun 2018 bakal melabuhkan tirai. Namun, bagi Datuk Seri Siti Nurhaliza, beliau telah mula merangka perancangan untuk kariernya pada tahun depan.



Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 02:39 PM | Show all posts
Tak sabar tunggu press conference tentang konsert pada 17 Dec nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 02:52 PM | Show all posts
wajib pergi,,,,,tggu
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
wizardLy_boy replied at 8-12-2018 02:52 PM
wajib pergi,,,,,tggu


Artis sendu nk buat konsert katanya... bintang plg popular manpu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2018 03:54 PM | Show all posts
wah tok tie nak buat konsert 3 negara..wah tak sabar
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah ct, sebaris bts kt malaysia

daebak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2018 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
xberapa kena kot kat telinga iolss lagu baru ct. lagi suka lagu2 lama dia. last beli album dia yg best sket prasasti seni
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 11:36 AM | Show all posts
Alhamdulillah sampai 7 million views


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 02:32 PM | Show all posts
hmmmm kekadang iols musykil kenapa takde retis bbnu nak buat konsert dkt stadium?
balik2 showcase jah...
iols assume kalau bukan konsert solo pun if ismail izzani, haqiem rusly and aiman tino bersatu buat konsert berskala besar dekat stadium mesti penuh punya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ttbe layan balik lagu Kau Kekasihku.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 07:01 PM | Show all posts
net_level replied at 9-12-2018 02:32 PM
hmmmm kekadang iols musykil kenapa takde retis bbnu nak buat konsert dkt stadium?
balik2 showcase j ...

BBNU ni konsert free dorg g la kot...byr pikir 2x
Kewangan lom kukuh....nk byr PTPTN lg....haha....skng kn da wajib
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Body_language replied at 8-12-2018 12:17 PM
Kalau ikut lagu, she not even in top10. Tp sbb back catalog dia byk n senang diaccess, maka cumulati ...

Hai Tok Pit Junior

Sjak azalinya statement chuols sentiasa merendahkan tok ti dan melabel tok ti sebagai nasib je dapat yg terbaik sbb A, sbb B, sbb C....lepas tu statement ala2 x lama lagi tok ti jatuh la tu.

Mybe chuols banyak dosa kot, sbb iols perati kata2 chuols sjak zaman arwah tok pit bernyawa smpai ke heshe dah ditalkinkan, tak jadi kenyataan pon.

Apa kata terima je rezki manusia lain secara berlapang dada. Tak yah dengki2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
kak sepitsiput arwah? sedihnya. masuk dalam ke uols? akak zaman takde nick dulu suka baca artikel beliau.

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Nenasketum replied at 6-12-2018 07:45 AM
Iolls pun, kita dua jer kot? Hehehe

Sama takleh dgr..
Skala nguapan 10.
Lagu dah ala2 hajat aku dgr...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2018 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
CT akan wat konsert di RAH London April 2019.
Karatz semua jgn lupa beli tix n rombongan che kiah ke London yach?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 07:14 AM | Show all posts
danieladam replied at 9-12-2018 07:41 PM
Hai Tok Pit Junior

Sjak azalinya statement chuols sentiasa merendahkan tok ti dan me ...

Setuju......sel otak terputus.....


Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
just_fighter replied at 8-12-2018 02:36 PM
Lembaran 2019 Siti Nurhaliza
IZWAN MOHD. ISA
06 Disember 2018 3:00 AM

Adakah i sorang rasa lps beranak vokal tokti lebih mantap dari sebelum ni? Takdelah sama mcm zaman2 mendonia anak dara dulu. Tapi lps beranak ni vokal dia kembali merduuuu sgt. Especially anta permana versi gegar fm tu. Terbuai buai dibuatnya
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 11:04 AM | Show all posts
siti ni bila nak ada pengganti? bkn tak suka siti. tapi nak tengok pengganti dia aje lebih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.247864 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list