CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1412|Reply: 0

Makanan tinggi serat tidak semestinya kurang enak

[Copy link]
Post time 6-12-2018 04:22 PM | Show all posts |Read mode

        CAKAP sahaja tentang serat, tentu akan terbayang sayur hijau yang pahit dan tawar. Sebenarnya banyak makanan tinggi serat yang bukan sahaja sihat tetapi sedap dan enak.
        Apakah contoh makanan tinggi serat yang enak? Antaranya: capati, buah-buahan segar seperti epal, pisang, dan anggur; bubur oat; roti mil penuh; tauhu sumbat; biskut tinggi serat dan tepung mil penuh.
        Ini ialah sumber makanan yang kerap dan mudah didapati. Terlalu banyak senarai makanan yang ada jika ingin disebutkan dalam artikel ini.
        Mengapa perlu ambil serat?
        Ramai tahu serat adalah penting untuk dimasukkan ke dalam diet tetapi tidak ramai yang tahu mengapa. Mari lihat sebabnya.
        1. Membantu pergerakan najis di dalam usus
        Serat meningkatkan berat dan saiz serta membuatkan najis menjadi lembut. Saiz najis yang besar dan lembut memudahkan ia bergerak di dalam usus dan mengelakkan berlaku sembelit. Jika najis anda terlalu berair dan cair, serat membantu mengeraskannya dengan menyerap air daripada najis.
        2. Merendahkan kadar kolesterol
        Kolesterol tidak semestinya tinggi dalam kalangan orang berbadan besar sahaja. Orang kurus juga boleh mengandungi tinggi kolesterol. Kolesterol tinggi meningkatkan risiko pelbagai penyakit termasuk jantung dan strok. Kedua-duanya merupakan antara sebab utama kematian di peringkat global.
        3. Mengawal gula dalam darah
        Selepas kolesterol, serat juga memainkan peranan dalam mengawal kadar gula dalam darah. Penghidap diabetes seharusnya menjadikan serat sebagai teman rapat mereka. Namun, tak perlu tunggu sehingga menghidap diabetes untuk mula mengambil makanan tinggi serat. Diet yang mengandungi nutrien ini boleh mengurangkan risiko diabetes.
        4. Memanjangkan umur
        Pemakanan sihat, khususnya tinggi serat, terbukti boleh melanjutkan usia melalui pencegahan penyakit kronik termasuk penyakit jantung dan kanser. Tanpa mengeluarkan kos tinggi untuk membeli pelbagai jenis suplemen atau jus kesihatan, pengambilan makanan tinggi serat terbukti membantu memanjangkan jangka hayat anda.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.943632 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list