CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1971|Reply: 0

Travel halal New Zealand

[Copy link]
Post time 6-12-2018 04:30 PM | Show all posts |Read mode
        MENJELAJAH ke destinasi luar negara terutama dalam iklim yang sejuk pastinya perut sang pengembara akan berkeroncong.
        Bagi mereka yang travel mengikuti pakej full board tentunya soal makanan halal tidak menjadi satu kerisauan kerana lokasi sudah tersedia.
        Sebaliknya, buat pelancong yang datang sendiri tanpa pakej atau lebih dikenali sebagai ‘backpacker’ perlu membeli bahan mentah di pasar raya untuk dimasak sendiri.
        Apatah lagi terbang ke negara yang terdapat sedikit sahaja restoran ataupun kedai yang menyediakan makanan halal.
        Bahan mentah halal
        Berpeluang mengikuti Sham Discover Travel & Tour Sdn Bhd pada pertengahan Oktober lalu, penulis dapat melihat bagaimana beliau berusaha pergi mencari bahan mentah di pasar raya.
        Pengembaraan selama 10 hari 9 malam itu bermula dari selatan sehingga ke utara New Zealand.
        “Di New Zealand terdapat beberapa kedai makanan halal antaranya kebab dan pita-pita, bahkan ada juga pasar raya yang sepenuhnya menjual barangan kering dan mentah yang halal.
        “Terdapat juga di bandar besar seperti di pasar raya Auckland, Wellington dan lain-lain tetapi mahal,” ujar Sham.
        Menurut Sham Simon, 30, pada hari pertama beliau akan pergi ke pasar raya dan membeli barangan mentah dalam kuantiti yang cukup untuk dijadikan bekalan sepanjang trip.
        “Lazimnya sebelum memulakan trip pada keesokan harinya, hari pertama tu saya terlebih dahulu akan membeli bahan masakan siap-siap.
        “Antara jenama bahan mentah seperti daging ataupun ayam yang selalu saya beli seperti Tegel, Turk, Weird Beard, dan Best Bird serta Lingham.
        “Sementelah itu, saya tambah menu berlainan pula, contohnya seafood, ikan salmon dari kolam ternakan supaya menu makanan berlainan.
        “Dalam pada itu, sayur-sayur boleh buat sup. Tambahan, rempah-ratus untuk perasa tambahan yang telah siap dibeli dari Malaysia,” jelasnya lagi.
        Berkongsi cerita mengenai cabaran pula, bagi negara yang tidak meletakkan tanda halal ia akan digantikan dengan kod halal.
        “Usah bimbang dan panik sebab kesemua negara mempunyai kod halal dan untuk mendapatkan rujukan boleh layari laman sesawang halal Jakim mengikut negara yang dilawati dan screen shot siap-siap," katanya.
        Menurut Sham Simon, cabaran yang dia hadapi adalah penyediaan stok dalam kuantiti yang banyak untuk tempoh 12 hari.
        “Bahan mentah perlu dijaga dengan baik untuk menjaga kesegarannya. Kena letak di dalam polistren box dan bila sampai motel (hotel) perlu terus simpan di dalam peti ais," katanya sambil memberitahu kedai di sini tutup awal sekitar jam 6 atau 7 petang.
        Di New Zealand antara tempat-tempat menarik untuk dikunjungi ialah Auckland, Glowworm Cave, Skyline Rotarua,Huka Falls Taupo, Lake Taupo, Redwoods Treewalk Rotarua, Hobbiton Set Movie, Huntly, Dunedine, Mirrow Lake, Milford Sounds, Kawarau Bridge Bungy dan banyak lagi.
       


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.159881 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list