CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kenali mereka - Yang berjasa, yang berwibawa dan yang berbisa

  [Copy link]
Post time 7-12-2018 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 7-12-2018 08:30 PM
Ko mati pun tetap ratu ko pegang.

Ratu berbilang jantan.

Cerita penyangkit baju tu kalau ade. Cari2 tak jumpa melainkan testimoni dr berita dilaporkan syahril kadir aritu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2018 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dauswq at 7-12-2018 08:48 PM

Eh jap. Ingatkn thread berita jenayah dan kes2 kriminal. Sorry tuan tanah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2018 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 7-12-2018 08:44 PM
Cerita penyangkit baju tu kalau ade. Cari2 tak jumpa melainkan testimoni dr berita dilaporkan syah ...

Memang dah tanya.

Abg wartawan cakap mungkin kes tu tak kluar dalam paper.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2018 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 7-12-2018 08:10 PM
Apa yah yang sensasi? Kes pembunuhan Norjan Bahadur Khan kot.  Nanti hada masa ai share.  ...

Nyah

Hantu yang bergentanyangan tu mirip acik tu ker?

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow.. bestnya thread ni.. good job bebeh @Syd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2018 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
awex^returns replied at 7-12-2018 09:17 PM
Wow.. bestnya thread ni.. good job bebeh @Syd

Uols pun share2 kalau ada.

Uols cover bahagian Johor. Kih kih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2018 10:04 PM | Show all posts
Syd replied at 7-12-2018 07:23 PM
baru buat sampai sini;

@reeny

tq syd tag reen. hasil buahtangan syd mmg tidak menghampakan.










p/s : mod @winamp05 dan mod @ halimi78 jgn lupa tabur kacang lebih sikit kt TT


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2018 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 7-12-2018 08:25 PM
Dengan ini kakak isytihar sebagai peminat supt b amidon anan

Nak cari kes yang dorg lompat dari dahan pokok tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2018 10:41 PM | Show all posts
Syd replied at 7-12-2018 07:12 PM
Last updated on 16 Jun 2014 07:55 PM   

35-year-old unsolved murder: The killing of a beauty que ...

tak ingat langsung ada kes nie...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 7-12-2018 11:33 PM
Syd replied at 7-12-2018 09:07 PM
Nyah

Hantu yang bergentanyangan tu mirip acik tu ker?


Tak pasti la tapi yang pastinya tiap tingkat hotel pun banyak antus berkuntom. Dah renovate pon tak guna. So jangan heran if rega murah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2018 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
reeny replied at 7-12-2018 10:41 PM
tak ingat langsung ada kes nie...

Ni zaman mak mak kita
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 7-12-2018 11:31 PM
Tak pasti la tapi yang pastinya tiap tingkat hotel pun banyak antus berkuntom. Dah renovate pon  ...

Apa nama hotel tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 07:44 AM | Show all posts
Syd replied at 7-12-2018 07:23 PM
baru buat sampai sini;

@reeny
Terimakasih!!!~

macam tau tau ja FC tunggu tunggu

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Tenks chuols tag dodol. Dodol amek masa nak khatam benang panjang chuols ni. Teruskan usaha!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2018 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 8-12-2018 08:56 AM
Tenks chuols tag dodol. Dodol amek masa nak khatam benang panjang chuols ni. Teruskan usaha!

Benang i satu lagi tu dah jenjalan? Mahu 20 tahun uols baca baru abes. Kih kih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2018 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 8-12-2018 07:44 AM
Terimakasih!!!~   

macam tau tau ja FC tunggu tunggu {:1_152 ...

FC share sekali tau.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2018 09:49 AM | Show all posts
InsyaAllah ..
sambil baca baca ni makan nasik goreng

ni boleh tak?

kalo tak FC edit  dan delete yer



ARKIB : 09/03/2010
Dr. Yew - Hero Forensik PDRM

Oleh TAN MING WAI
Gambar AZLI AHAD



SAMBIL memegang vest forensik, Dr. Yew merindui saat-saat beliau turun ke lokasi jenayah.

WATAK Dr. Raymond Langston (lakonan aktor terkenal Laurence Fishburne) dalam musim ke-9 drama bersiri siasatan jenayah popular Amerika Syarikat, C.S.I, pasti tidak asing buat para peminatnya di Malaysia.

Setiap kali Dr. Raymond turun padang ke lokasi jenayah menjalankan siasatan, beliau dan anak-anak buahnya pasti akan mengutip sampel kes sebelum dibawa pulang ke makmal untuk diuji.

Sehebat-hebat mana pun Dr. Raymond dalam drama C.S.I, secara realitinya, ia sekadar satu watak fiksyen. Laurence pula, hanya merupakan seorang pelakon yang diupah untuk membawa watak itu.

Ketepikan Dr. Raymond, lupakan cerita C.S.I.

Apa kata kita mendalami pula kisah dan profil seorang pakar forensik tempatan, Dr. Yew Chong Hooi dan dia bukanlah watak fiksyen.

Dr. Yew, 54, merupakan seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Komisioner yang kini memegang jawatan Timbalan Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah D10 (Forensik).

Tidak seperti C.S.I, semua tugasan yang pernah dihadap Dr. Yew bukan rekaan semata-mata, sebaliknya ialah realiti.

Mayat, kesan darah dan senjata pembunuhan sebagai contoh, semuanya adalah asli, selepas setiap kali berlaku sesuatu kejadian jenayah.

Ketika ditemui di pejabatnya di Makmal Forensik di ibu negara minggu lalu, Dr. Yew berkata, minat mendalamnya terhadap subjek kimia sejak di bangku sekolah telah menjadikan siapa beliau hari ini.

"Sewaktu belajar, saya merupakan seorang budak yang bersikap suka ingin tahu. Dari situ, saya cuba mengembangkan minat dalam bidang sains, khususnya kimia.

Memulakan karier

"Bagaimanapun, saya tidak terus menyertai polis sebagai anggota pasukan forensik. Saya memulakan karier pada tahun 1978 sebagai pegawai Cawangan Khas, tetapi pada masa sama saya mengambil inisiatif sendiri terus menambah ilmu pengetahuan dengan membaca buku-buku bidang kimia.

"Titik permulaan saya melangkah masuk ke dunia sains forensik adalah selepas mendapat segulung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kimia dari Universiti Sains Malaysia pada usia 30," katanya memulakan perbualan.

Beliau kemudian kerap dihantar menjalani pelbagai kursus bidang sains kepolisan dan forensik di dalam dan luar negara, termasuk di Akademi Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat, menyebabkan mudah beliau diserap masuk ke dalam pasukan forensik PDRM.

Sepanjang penglibatannya dalam pasukan forensik, Dr. Yew pernah diberi tugasan secara langsung mahupun di sebalik tabir dalam kes-kes jenayah berat.

Antaranya, kes pembunuhan kejam seorang eksekutif teknologi maklumat, Canny Ong yang menggemparkan negara pada tahun 2003.

"Kejayaan mensabitkan kesalahan terhadap tertuduh dalam kes Canny Ong, membuktikan keberkesanan sains forensik dalam siasatan kes jenayah, selain dibantu kenyataan daripada saksi-saksi," jelas beliau.


Penulis agak kecewa apabila Dr. Yew yang diminta mengulas lanjut proses siasatan forensik dalam kes Canny Ong serta kes-kes menarik lain yang pernah dikendalikannya, enggan berbuat demikian.

Tetapi setelah mendengar penjelasan Dr. Yew, mungkin ada benarnya kerana ulasannya itu sama ada terlalu teknikal untuk difahami, subjudis kerana masih dibicara di mahkamah mahupun menyentuh sensitiviti ahli keluarga atau kenalan tertuduh.

Beliau juga tidak berkesempatan berkongsi pengalaman ketika bertugas sebagai di Cawangan Khas, 30 tahun lalu, kerana perlu dirahsiakan.

"Apa yang boleh saya beritahu adalah antara tugasan penting yang pernah saya terbabit ialah anasir-anasir bawah tanah komunis yang mengancam keselamatan negara pada lewat tahun 70-an dan awal 80-an.

"Kemudian apabila ditukarkan ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, saya pula terlibat dalam banyak siasatan kes jenayah komersial penting, antaranya penyelewengan koperasi yang melibatkan orang-orang kenamaan. Jadi agak sukar untuk saya huraikan butir-butirnya," ujarnya.


Menjawat jawatan sekarang, tugas Dr.Yew kini adalah lebih kepada tugas-tugas mentadbir, membuat polisi, memberi syarahan, mengajar dan penasihat kepada pasukan forensik.

Beliau juga banyak menyumbang dalam penulisan jurnal mengenai bidang siasatan jenayah menggunakan sains forensik.

Menyingkap semula sejarah penyertaan Dr. Yew dalam PDRM, beliau mengakui pada mulanya memohon masuk dengan niat sekadar ingin mencuba.

"Ketika itu, saya memohon polis kerana ingin merasai betapa 'smartnya' kerjaya beruniform. Tak sangka cuba-mencuba, semakin minat pula dan akhirnya tersangkut sudah hampir 33 tahun lamanya," ujar beliau sambil tersenyum.

Tahun 2008 pasti manis buat Dr. Yew apabila beliau menerima tiga pengiktirafan di atas jasa dan sumbangan yang dicurahkan pada tahun berkenaan.

Selain surat penghargaan daripada Ketua Polis Negara, beliau juga dianugerahkan Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP) dan Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang di-Pertuan Agong.

Dr. Yew, anak kedua daripada enam beradik keluarga Hokkien, dilahirkan di Jitra, Kedah pada 15 Februari 1956.

Beliau mengakhiri zaman bujang pada 9 Jun 1984, berkahwin dengan gadis pilihannya Thun Kooi Lan (kini berusia 53 tahun) yang merupakan seorang guru.

Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki dan dan seorang perempuan iaitu Jun Yan, 22, Wan Tian, 21, dan Jun Dee, 19.

Kepada orang-orang muda, jangan berasa hairan jika seorang pak cik beratur bersama anda menunggu giliran membeli tiket wayang. Pak cik itu mungkin Dr.Yew, kerana beliau seorang penggemar filem yang sering mengunjungi pawagam.

Selain hobi menonton wayang, beliau juga minat membaca. Buku-buku pilihannya merangkumi bidang pengurusan dan sains.

"Saya juga melanggan dan membaca tiga akhbar termasuk Utusan Malaysia serta dua lagi akhbar Inggeris dan Cina, untuk mengikuti perkembangan hal ehwal semasa.

"Membaca itu bukan sekadar hobi, tetapi juga bertujuan memantapkan diri dalam kerjaya. Ilmu pengetahuan adalah begitu luas sehingga kita tidak akan habis timba sampai bila-bila," ujarnya.

Ditanya siapakah idolanya dalam PDRM, jawab beliau;

"Big boss pertama saya ialah Tun Hanif Omar," katanya mengakhiri perbualan.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0309&sec=Polis_%26_Tentera&pg=te_01.htm

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2018 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 8-12-2018 09:49 AM
InsyaAllah ..
sambil baca baca ni makan nasik goreng


Tq FC.

Best ni.

Nanti tambah lagi ya
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mekasih tag baru nak baca harap tak tertido sbb iols baru lepas makan ubat nih.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice thread abam.hehehhe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.072676 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list