CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kenali mereka - Yang berjasa, yang berwibawa dan yang berbisa

  [Copy link]
 Author| Post time 9-12-2018 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts

Lee Lam Thye terima anugerah khas NIOSH

Oleh Kalbana Perimbanayagam
cnews@nstp.com.my


BANGI: Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, menerima anugerah khas sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak NIOSH, malam ini.

Ia bagi menghargai pembabitan penuh dedikasi dan sumbangan beliau kepada NIOSH dalam tempoh 25 tahun.

Anugerah berkenaan disampaikan Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran.

Selain itu, akhbar Harian Metro dan Sistem Televisyen (M) Berhad (TV3) dari Kumpulan Media Prima Berhad serta beberapa organisasi media terpilih menerima sijil penghargaan daripada NIOSH bagi menghargai peranan dan kerjasama dalam menyokong peranan dan kepentingan bidang keselamatan dan kesihatan.

Sijili penghargaan kepada wakil media disampaikan oleh Lam Thye.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Lim Eng Hock dan Pengarah Eksekutif NIOSH, Ayop Salleh.

Sementara itu, Kulasegaran dalam ucapannya, berkata NIOSH melatih lebih 120,000 peserta manakala lebih 3,500 pekerja dalam aktiviti perundingan mengenai aspek keselamatan dan kesihatan setiap tahun.

Katanya, NIOSH turut menganjurkan 500 aktiviti penyebaran maklumat berhubung budaya Pekerjaan dan Keselamatan (OSH) setiap tahun.

Sehubungan itu, NIOSH telah membantu mengurangkan kemalangan industri di negara ini.

“NIOSH perlu terus memperluas peranan dan komitmennya untuk membantu meningkatkan status keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara ini,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2018 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tan Sri ni rasanya ada kolum yang dia tulis. I rasa penah baca.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2018 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
KISAH WAKIL RAKYAT 'LEJEN' BERNAMA LEE LAM THYE@MR TYPEWRITER

September 19, 2016Written by Syahril A. Kadir


Serius aku tengok ramai wakil rakyat sekarang ini, tak kiralah parti apapun, tak boleh pakai seh, memang tak boleh pakai. Kerja diaorang kalau tak sibuk dengan 'puak-puak sendiri', depa sibuk nak bagi komen sana sini, berceramah tak habis-habis dan melalut tak tentu arah dalam media sosial.

Kalau isu nasional dan dunia punyalah jaguh, tapi dalam kawasan ADUN atau Parlimen sendiri, semua lintang-pukang. Memanjang ada kat Kuala Lumpur, balik kawasan jarang sekali, bila ditanya - meeting kat Putrajaya. Bila ditanya - meeting kat ibu pejabat. Bila ditanya - ada kat Dewan Rakyat.

Yang depa tau bila time perayaan, tak kiralah Aidilfitri ke, Deepavali ke, Gawai ke, Gong Xi Fatt Choy ke, kain sepanduk atau banner mesti pasang kat segenap penjuru dan ceruk kampung...letak gambor diaorang besar-besar pastu wish itu, wish ini. Tapi bayang depa pun tak nampak!

Sebab itu dalam bab ini, mau tak mahu, aku terpaksa angkat topi pada Tan Sri Lee Lam Thye. Tahun 70an, 80an, 90an dulu kalau orang KL tak pernah dengar nama dia maknanya 'something wrong somewhere'.

Dia jadi wakil rakyat masa umur baru 22 tahun. Dia korban masa muda dia untuk 'tanggung' 1,001 macam masalah rakyat tak kira kaum dan agama. Kita umur macam tu dok merempit lagi rasanya. Selama empat penggal jadi wakil rakyat Bukit Bintang iaitu sampai tahun 1990, dia sampai digelar Mr. Typewriter kerana siang malam usung mesin taip Olivetti Lettera 25 dan beg berisi borang.

Dalam kereta dia macam-macam borang ada...borang minta bantuan, borang minta permit teksi, borang minta lesen DBKL etc.

Siapa yang nak kena halau DBKL sebab tak dapat bayar sewa rumah, siapa yang kena saman dengan penguatkuasa, siapa nak minta bantuan kebajikan, tukar sekolah, nak masuk universiti, nak rayu biasiswa semua datang jumpa dia dan dia akan taip segala rayuan MASA ITU JUGA!

Mana ada rumah terbakar, mana ada longkang tersumbat, mana ada banjir kilat, mana ada sampah yang tak diangkat - di situ Lam Thye akan berdiri dan tak akan berganjak selagi masalah tak selesai.

Lam Thye tak masuk universiti, takde ijazah berjela-jela, tapi kesungguhan dia menjadi wakil rakyat TAK SIAPA BOLEH lawan sampai sekarang! Walaupun dia dulu wakil rakyat DAP, dia tak sibuk dok hentam orang sana sini, hina mayat orang yang dah meninggal, melalak terpekik terlolong kat Dataran Merdeka sebagainya. Ini kerana baginya sebagai wakil rakyat, MASALAH KEBAJIKAN DAN KESUSAHAN RAKYAT di kawasannnya yang perlu beliau tangani terlebih dahulu dan menjadi keutamaan berbanding isu-isu lain.

Sekarang ni mesin typewriter Lam Thye telah diambil untuk dijadikan pameran oleh kerajaan sebagai mengenang kesungguhannya membela nasib rakyat sewaktu menjadi wakil rakyat.

Ini baru lejen, ini baru champion...bukan baru sehari jadi wakil rakyat dah sibuk nak pi tempah sut Salvatore Ferragamo for God sake!
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 06:19 PM | Show all posts
thanks syd tag i taksempat baca lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 12:39 AM | Show all posts
Syd replied at 7-12-2018 07:23 PM
baru buat sampai sini;

@reeny

terima kasih syd

eh ade ye kes mcm ni?
sensational nye
dah la tu, adakah yg tarik balik statement dia tu actually berkata benar pada pertama kalinya?
tetapi dia mati awal in jail, so persoalan itu tak akan terjawab.
tetapi jika yg dituduh itu masih hidup, kita tunggulah. guilt ni gnawing.

ie, rasa bersalah tetap memakan seseorang dari dalam
bila seseornag itu sudah dihujung hidupnya, dan dia tahu dia sudah hendak mati (on death bed), maka jika dia ada buat apa2 pengakuan, ianya diterima sebagai evidence atas dasar that ''a dying man has no compelling reason to lie anymore''
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 03:58 PM | Show all posts
Syd replied at 7-12-2018 08:23 PM
baru buat sampai sini;

@reeny

tengah menghayati..
terbaik la @syd


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-12-2018 06:16 PM | Show all posts
EKSKLUSIF: Kisah luar biasa Posmen yang memukau PM, rakyat Malaysia

By Syahril A. Kadir -  22 November 2018 8501 0






Bekas Posmen, Norlisman Abu menunjukkan gambar kejadian kemalangan ketika temubual khas di Kampung Sungai Baru, Cheras, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 21 NOVEMBER 2018
KUALA LUMPUR – Nor Lisman Abu adalah ketua kampung Sungai Raya, Batu 9 Cheras dekat sini. Secara zahirnya tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai anak jati Selangor yang berusia lebih daripada separuh abad ini.

Namun tak ramai yang tahu, kira-kira 36 tahun lalu, beliau pernah mencatatkan sejarah tersendiri sewaktu bertugas sebagai posmen, karier di mana tempat beliau mencari rezeki selama berpuluh tahun lamanya.

Segalanya bermula pada tarikh 10 Ogos 1982.

Pada jam lebih kurang pukul 10 pagi, beliau telah menghidupkan enjin motorsikal Yamaha milik majikannya untuk menghantar surat termasuk surat berdaftar di sekitar Bukit Damansara.

Menurut Nor Lisman, surat berdaftar ibarat ‘nyawa’ kerana ia cukup berharga.

Pesanan pegawainya masih terngiang-ngiang dalam kepalanya iaitu seandainya hilang surat berdaftar ini, walaupun sepucuk, mereka (posmen) terpaksa ‘menghadap’ Jalan Bandar dan Jalan Pudu.

Jalan Bandar merujuk kepada balai polis manakala Jalan Pudu merujuk kepada penjara.

Ini kerana surat berdaftar mengandungi dokumen-dokumen penting seperti surat perjanjian malah ada pengirim yang memasukkan wang tunai sekali di dalam surat berdaftar berkenaan untuk dikirim pada penerimanya.

Berbalik kepada kawasan serahannya, Nor Lisman berkata, kawasan Bukit Damansara boleh dikatakan kawasan kediaman orang-orang kenamaan, VIP dan selebriti.

” Di sini ada rumah Ketua Setiausaha Negara (KSN), ada rumah rumah Ketua Setiausaha (KSU), rumah artis termasuk rumah Allahyarham Datuk Sudirman. Saya masih ingat alamat rumah beliau dan alamat rumah Allahyarham Azean Irdawaty, saya boleh ingat sampai sekarang alamat kediaman mereka,” katanya sambil tersenyum.

Menurut Nor Lisman, pada pagi hari 10 Ogos itu, hujan turun renyai-renyai hingga membuatkan permukaan jalan agak basah

Beliau menunggang motorsikal macam biasa.

Namun apabila sampai di satu selekoh iaitu dari Jalan Raja ke Jalan Parlimen, sebuah kereta di hadapannya berhenti secara tiba-tiba walaupun lampu isyarat masih lagi berwarna hijau.

Dalam keadaan kecemasan sebegitu, katanya, beliau terpaksa menekan brek sekuat-kuat hati untuk mengelakkan kereta tersebut hingga membuatkan beliau melambung daripada merempuh kenderaan berkenaan.



Antara gambar semasa kemalangan bekas posmen, Norlisman Abu yang masih memeluk surat di Sungai Baru, Cheras, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 21 NOVEMBER 2018

Katanya, kesan daripada kemalangan tersebut, beliau cedera parah di bahagian kepala.

” Masa tu walaupun dalam keadaan berdarah, kunci motorsikal saya ambil dulu, saya buka peti di motorsikal saya dan saya selamatkan surat berdaftar itu dulu. Sebab itu ada banyak kesan darah di sampul-sampul surat.Saya teringat seorang hamba Allah, tak silap saya orang Cina, dia menghantar saya sampai ke hospital dan seterusnya ke wad kecemasan,” ujarnya.

Apabila sampai di wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), kata Nor Lisman, nak dijadikan cerita ada ramai wartawan dan jurugambar di kawasan berkenaan. Dalam benak hatinya, beliau merasakan yang kehadiran ramai petugas media di situ mungkin disebabkan mereka hendak membuat liputan seorang Sultan yang kebetulan sedang dirawat di hospital yang sama.

Tambah Nor Lisman, melihatkan keadaan dirinya yang berlumuran darah sambil memeluk berpuluh surat-surat berdaftar di atas pengusung, dirinya tiba-tiba menjadi perhatian para jurugambar di wad tersebut.

” Mereka berkerumun mengambil gambar saya, saya tanya dah kenapa ni? Bila mereka (wartawan) tanya saya pun jawab yang saya jatuh motorsikal di Jalan Parlimen tadi dan masa itulah mereka sibuk ambil gambar. Kebetulan pulak masa itu Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir baru melancarkan slogan ‘Bersih, Cekap, Amanah’.

” Keesokan harinya hampir kesemua akhbar menyiarkan kisah saya. Ia jadi berita utama. Rasa bangga ada, malu pun ada juga. Bangganya bila saya dapat mengharumkan nama jabatan perkhidmatan pos. Yang malu tu kerana muka saya di mana-mana saja ada di dalam akhbar. Saya rasa dekat dua minggu kisah tersebut dimainkan,” katanya sambil tersenyum.


Untuk rekod, disebabkan kuat memegang amanah majikannya, Nor Lisman masih enggan menyerahkan surat-surat berdaftar itu sebaliknya menyimpannya di bawah bantal sehinggalah Ketua Inspektor Pos, T. S Maniam menemuinya di wad sehari selepas kejadian.

Atas sifat amanah dan kejujuran yang dimilikinya, Menteri yang bertanggungjawab ke atas perhidmatan pos ketika itu, Datuk Leo Moggie telah meziarahinya di hospital. Lebih menarik lagi, kisahnya sampai ke pengetahuan Dr. Mahathir ketika itu yang kemudiannya telah mengirimkan surat penghargaan, sejambak bunga dan buah-buahan kepada Nor Lisman.

Malah Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Musa Hitam juga telah melahirkan penghargaan secara peribadi beliau kepada Nor Lisman.



Antara keratan akhbar yang disiarkan mengenai kemalangan Norlisman Abu ketika temubual khas di Kampung Sungai Baru, Cheras, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 21 NOVEMBER 2018


Menurut Musa, beliau bangga dengan sikap dedikasi Nor Lisman dan mengharap kisah Nor Lisman akan menjadi contoh dan tauladan kepada kita semua selaras dengan ciri-ciri bersih, cekap dan amanah.

Nor Lisman yang menerima 14 jahitan di kepala dan melecur teruk di bahagian peha akibat ditimpa ekzos motor yang panas disebabkan kemalangan tersebut, menamatkan kariernya dengan Pos Malaysia kira-kira 10 tahun lepas dengan jawatan terakhirnya adalah pegawai latihan di syarikat berkenaan.



Bekas Posmen, Norlisman Abu menunjukkan keratan akhbar yang disiarkan mengenai kejadian kemalangan ketika temubual khas di Kampung Sungai Baru, Cheras, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 21 NOVEMBER 2018




” Sebenarnya kerja posmen ni adalah kerja yang mulia. POS …Posmen Org Suka, Posmen Orang Sayang. Saya selalu kata, sebagai posmen, mereka jangan malu. Korang ni duta kecil Pos Malaysia.

Kau bawa imej Pos Malaysia yang baik, orang akan puji tetapi kalau kita bawa imej yang buruk keluar, orang akan kutuk kita.

” Jangan malu, buatla kerja dengan ikhlas, amanah mesti ada. Kalau tak amanah, kau datang kerja balik kerja, cukup bulan dapat gaji, tak kemana pun,” pesan Nor Lisman.

Luar biasa! – MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2018 06:25 PM | Show all posts
Kementerian Pendidikan Malaysia
November 29 at 5:12 PM ·

PAK CIK NORLISMAN, POSMEN AMANAH JADI INSPIRASI YB DR. MASZLEE


Hasrat Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik untuk bertemu dengan bekas posmen, Pak Cik Norlisman Abu, yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia lebih tiga dekad yang lalu, tertunai hari ini.

YB Dr. Maszlee menerima kunjungan Pak Cik Norlisman di bangunan Parlimen tengah hari tadi.

Kisah Pak Cik Norlisman telah menjadi inspirasi kepada YB Dr. Maszlee pada ketika itu yang masih di bangku sekolah melalui paparan berita akhbar tempatan yang menceritakan tentang sikap amanah yang ditunjukkan, selain kisah yang sama sentiasa menjadi contoh dalam ucapan guru beliau semasa perhimpunan pagi ketika itu.

"Saya membesar dengan sikap nilai itu, itu yang memberi kesan kepada saya," kata YB Dr. Maszlee.

Pak Cik Norlisman mendapat perhatian apabila mengutamakan dan memegang erat surat berdaftar yang diamanahkan meskipun cedera parah akibat kemalangan jalan raya 36 tahun lalu.

YB Dr. Maszlee menambah, nilai-nilai murni seperti amanah yang ditunjukkan oleh
Pak Cik Norlisman perlu dikongsikan kepada rakyat dan anak-anak muda agar ia menjadi amalan kepada semua.

Menceritakan kembali kejadian tersebut, Pak Cik Norlisman berkata, beliau pada ketika itu hanya memikirkan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh pegawai beliau agar sentiasa menjaga keselamatan barang yang dihantar oleh pelanggan.

Pak Cik Norlisman yang kini berusia 65 tahun, menjadi Ketua Kampung Sungai Raya, Batu 9 Cheras sentiasa menasihatkan kepada lima orang anak dan 14 cucunya agar menjadikan amanah sebagai nilai yang perlu sentiasa ada dalam kehidupan harian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2018 06:25 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2018 06:39 PM | Show all posts
Kongsi status Asiah.

Pernah belajar ngan pakar forensik tu.




Asiah Abd Jalil

December 8 at 2:18 AM ·

Sepanjang satu semester jadi anak murid Tuan Amidon Anan, saya boleh ingat hampir semua kes siasatan forensik yang beliau ajar dan share dengan kami.

Setiap kali kelas, akan ada tayangan video dan gambar post mortem sebenar. Kalau jiwa tak kuat, habis aje kelas boleh jadi kemurungan dan tak lalu makan beberapa hari.

Satu kelas menangis berjemaah lepas tengok gambar post mortem, itu adalah perkara biasa yang selalu berlaku dalam kelas Pak Mid.

1) kes penderaan seksual dan bunuh Nurin Jazlin
2) kes rogol, bunuh dan bakar Canny Ong
3) kes liwat Anwar Ibrahim
4) kes rogol dan bunuh Noor Suzaily Mukhtar
5) kes bunuh surirumah di sebuah rumah flat di Klang
6) kes bunuh diri satu keluarga di Cheras dengan cara minum racun
7) kes bunuh diri satu keluarga dengan cara gantung diri
8 ) pembunuhan satu keluarga termasuk dua kanak-kanak oleh pesakit mental
9) kes rogol dan bunuh pembantu rumah oleh pekerja penghantar gas
10) kes bunuh buruh binaan akibat cemburu
11) kes kanak-kanak dua tahun ditemui mati lemas disyaki dibuang ke sungai selepas dirogol



cc @ipes2
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 8-12-2018 09:09 AM
Benang i satu lagi tu dah jenjalan? Mahu 20 tahun uols baca baru abes. Kih kih

Benang yang mnne tu..?
Tnye je.. Jgn mara bang syd. Selalu jgkk baca regards yg crime ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 8-12-2018 09:09 AM
Benang i satu lagi tu dah jenjalan? Mahu 20 tahun uols baca baru abes. Kih kih

Benang yang mnne tu..?
Tnye je.. Jgn mara bang syd. Selalu jgkk baca regards yg crime ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 8-12-2018 09:09 AM
Benang i satu lagi tu dah jenjalan? Mahu 20 tahun uols baca baru abes. Kih kih

Benang yang mnne tu..?
Tnye je.. Jgn mara bang syd. Selalu jgkk baca regards yg crime ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2018 06:43 PM | Show all posts
itachiuchiha replied at 12-12-2018 06:41 PM
Benang yang mnne tu..?
Tnye je.. Jgn mara bang syd. Selalu jgkk baca regards yg crime ni.

yang nih

https://mforum.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 12-12-2018 06:43 PM
yang nih

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=262913&extra=page%3D1

Terima kasih abg syd.
Favourite.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 09:00 PM | Show all posts
pasal amidon anan tu, sampai sekarang x bole nak imejin,mcm mana penyangkut baju bole jadi bentuk Y? ada sesapa bole lukis or explain?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Amar singh amik undang2 syariah kat UIA lagi ye
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2018 05:06 PM | Show all posts
Tun Dr. Ismail
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 06:32 PM | Show all posts
Perginya Sariah Ali, Wanita Pertama Sertai PDRM

Nama Sariah Ali pernah menjadi sebutan sebelum ini oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana beliau merupakan wanita terawal yang menyertai pasukan berkuasa tersebut pada tahun 1982.

November lalu, lawatan kebajikan telah dijalankan oleh pihak PDRM dalam memastikan bekas-bekas anggota yang pernah berkhidmat dibawah organisasi itu terjaga.
KONSTABEL SARIAH ALI, WANITA TERAWAL SERTAI PDRM TERIMA LAWATAN KEBAJIKAN

Kuala Lumpur, 11 November 2018 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) dan Unit Kebajikan Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA) telah membuat lawatan kebajikan dengan mengunjungi Puan Sariah Ali, pesara polis wanita di kediaman beliau di Taman Cecily, Teluk Intan, Perak, baru-baru ini.
Lawatan yang diketuai oleh Komander Briged Utara, SAC Mohd Shahar Ibrahim bersama Pengerusi PERKEP Briged Utara, Puan Hasna Ariffin itu turut disertai oleh para pegawai kanan, anggota dan ahli-ahli PERKEP.

Menyingkap kembali sejarah beliau sebagai anggota polis, WPC 145 Konstabel Sariah Ali merupakan antara polis wanita pertama yang terpilih menyarung uniform pasukan keramat ini atas semangat yang berkobar-kobar ingin berbakti kepada negara tercinta.
Sebelum secara rasmi bergelar anggota polis, Konstabel Sariah telah menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur pada 1 Julai 1956 dan mula bertugas di Cawangan Trafik Kuala Lumsejurus menamatkan latihan.
Beliau telah bertugas di Balai Polis Teluk Anson sebelum menjalani bersara wajib pada tahun 1982 selepas 25 tahun berkhidmat di dalam pasukan.

Meskipun kini sudah mencapai usia 84 tahun, Puan Sariah masih berada dalam keadaan sihat dan bahagia bersama tujuh orang anak, 23 orang cucu dan sembilan cicit. Beliau telah kehilangan suami yang juga anggota polis, Sarjan Kamarudin Mohd Nordin dan seorang anak.
Lawatan lebih satu jam itu turut diserikan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Razif Abdul Rahim agar ia diberkati dan dirahmati olehNya.

Walau bagaimanapun, Isnin lalu mereka dikejutkan dengan kepergian wirawati ini di kediamannya di Teluk Intan Perak.

Kehilangan Sariah Ali memberi tamparan hebat pihak PDRM kerana beliau adalah antara bekas anggota yang telah banyak menabur jasa kepada pasukan sejak lebih 30 tahun lalu.

AL-FATIHAH: PERGINYA BEKAS ANGGOTA POLIS WANITA TERAWAL PDRM KE RAHMATULLAH
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga bekas anggota Polis wanita terawal PDRM, WPC 145 Konstabel Sariah Ali ke rahmatullah pada jam 2.10 petang tadi kerana sakit tua di kediamannya dekat Teluk Intan, Perak.
Pemergiannya merupakan satu kehilangan kerana beliau ibarat permata yang begitu berharga dalam PDRM.
Semoga roh Allahyarhamah WPC 145 Konstabel Sariah Ali dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan mereka yang bertaqwa.

“Sesungguhnya adalah milik Allah SWT apa yang dikhendakiNya, dan akan kembali kepadaNya apa yang Dia berikan. Segala sesuatu yang ada di sisiNya ada jangka waktu tertentu. Maka hendaklah bersabar dan mengharapkan pahala dari Allah SWT.” (Hadis Riwayat Muslim).
Al-Fatihah.

Takziah diucapkan kepada keluarganya, semoga beliau ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Selamat tinggal wanita terhebat.

Sumber: PDRM



Deng @FaNtaSyCrEaTiOn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 06:34 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.340843 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list