CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9817|Reply: 9

Peraduan Bakat Baru Komik 2004

[Copy link]
Post time 23-6-2004 02:52 PM | Show all posts |Read mode




Hadiah-hadiah:-

Kategori Melukis Komik 18 Tahun Ke Bawah
  • Juara: RM1500, Piala, Sijil, Telefon Bimbit Nokia, Pek beyond
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2004 04:58 PM | Show all posts
Syarat dan Peraturan
  • Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali para pelukis komik profesional dan juara-juara Peraduan Bakat Baru Komik Malaysia pada tahun-tahun lepas.
  • Tajuk adalah bebas. Penggunaan Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina di dalam dialog adalah dibenarkan. Kandungan lukisan atau tulisan yang mengaitkan unsur-unsur sensitif seperti pornografi/lucah, keagamaan atau politik adalah dilarang tegas.
  • Bagi Kategori A, B dan C, gunakan pen berdakwat hitam yang sesuai untuk melukis. Penggunaan teknik 'shading' tidak dibenarkan sama sekali kecuali kesan yang dilekat dengan pelekat skrin hitam putih (cut screen/transfer screen) atau secara photostat (cut & paste). Gunakan pen berdakwat hitam untuk menulis tajuk dan dialog dengan jelas dan terang di atas kertas tekap. Kepilkan setiap kertas dialog bersama setiap mukasurat lukisan anda (sila rujuk gambarajah(c)).
  • Bagi Kategori D pula, ilustrasi yang dihasilkan secara berkomputer juga diterima. Ilustrasi tersebut mesti dilukis ala manga dengan sekurang-kurangnya satu watak komik dari Gempak, Utopia, Starz atau Comic King. Watak-watak ciptaan anda atau yang sedia ada di pasaran juga boleh ditambah. Penggunaan alatan seperti 'airbrush' dibenarkan bagi mewarna secara manual (kecuali cut & paste). Ilustrasi yang dihasilkan dengan komputer, mesti diformat sebagai CMYK Colour/300 dpi dengan saiz yang tepat dan disimpan dalam bentuk TIFF atau PSD. Untuk JPEG pula, kualiti JPEG perulah berada pada kadar 6 ke atas. Simpan (burn) di dalam CD-R dan dihantar dengan cetakan berwarna bersaiz A4.
  • Lukisan dan ilustrasi anda mestilah asli.
  • Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi hanya satu penyertaan sahaja akan dipilih. Pastikan setiap penyertaan disertakan dengan borang berasingan. Fotostat borang penyertaan dibenarkan.
  • Tuliskan nama dan nombor kad pengenalan anda pada setiap mukasurat belakang lukisan. Para peserta mesti mengisi borang penyertaan dengan tepat. Lekatkan keratan borang penyertaan di belakang mukasurat pertama lukisan anda.
  • Semua penyertaan wajib diserahkan sebelum atau pada 30 September 2004. (Bukti pos atau penghantaran bukanlah bukti penerimaan). Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan hasil lukisan anda.
  • Hantarkan penyertaan anda ke:-
    PERADUAN BAKAT BARU KOMIK MALAYSIA 2004
    PO Box 7108, Sungai Besi, 57700 Kuala Lumpur.
  • Semua keputusan pihak penganjur dan panel juri adalah muktamad.
  • Para peserta yang berjaya ke pusingan akhir akan diberitahu melalui pos untuk menghadiri sesi pameran, pengadilan dan upacara penyampaian hadiah.
  • Semua penyertaan tidak akan dikembalikan. Pihak penganjur berhak menggunakan hasil karya anda bagi sebarang tujuan promosi, penerbitan dan pameran.
  • Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
Reply

Use magic Report

e-matrix This user has been deleted
Post time 25-6-2004 07:54 AM | Show all posts
...............owww...baguss
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2004 01:10 PM | Show all posts
Masih ragu2 tentang cara pemilihan pemenang Peraduan bakat baru... Nak tengok macam mane keputusan pemilihan kali nie... Adakah sijil dan pangkat menjadi ukuran... Pemenangnye betul2 bagus ke ? Bole naik lagi ke peringkat seterusnya... Kekadang setakat bakat tanpa usaha lanjutan tidak memadai bagi seorang pemenang tue...

Cadangan kepada Gempak ape kate tawarkan kontrak melukis selama 1 tahun bersame Gempak.. Ehehehe <--- Dah ade ke bende nie ?

P/S: Ape cite Adijin dengan komik Resident Evil die tue hah?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2004 06:47 PM | Show all posts
Tak gak, nak memilih pemenang tu bukan kerja senang... hanya hasil artwork yang terbaik jer yang dipilih dan seterusnya diadili dalam pusingan kedua semasa Malaysian Comics Carnival nanti. Time tu, artwork finalist akan diadili oleh beberapa kartunis profesional termasuklah brader Aie.

Pasal kontrak melukis tu memang takder ditawarkan, yang menang tu kena la cari inisiatif sendiri untuk kembangkan bakat diorang dan jadikannya kerjaya. Nak jadik kartunis kat Gempak, kena la gie ofis dier dan Apoh akan tengok contoh artwork sebelum diterima jadik kartunis kat situ. Nie pun apply gak kepada sesaper jer yang nak hantar artwork diorang untuk disiarkan kat Gempak. However, pemenang peraduan nie senang sket nak mintak jadik kartunis kat mana-mana penerbitan sebab bukti dah pernah menang peraduan melukis komik tu dah ada.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2004 09:20 PM | Show all posts
Tipuuuuuu!!! jangan masuk!!:agr::agr:...adik aku menang tempat 3 peraduan bakat baru 2003 dapat RM600.00 je....cam ne tah alih-alih last minit dia tukar jumlah hadiah plak.Dalam iklan dia kata tempat ke 3 dapat RM1,000.00.Ramai tak pueh hati time penyampaian hadiah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2004 06:48 PM | Show all posts
Ko tak cube tanye managment gempak ke kenape jadik macam tue ? rm 400 tue banyak gak tue ... Tempat ke-3 tue cite pasal mahlluk aneh attack bumi ke pasal mamat nak kasik cd kat gul tue ??
Maybe ade kesilapan teknikal kut .. usha la  
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2004 06:52 PM | Show all posts
bile nak abis pertandingan nih.maleh nak baca banyak2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2004 11:09 PM | Show all posts
Originally posted by MetalFire at 7-9-2004 06:52 PM:
bile nak abis pertandingan nih.maleh nak baca banyak2


Semua penyertaan wajib diserahkan sebelum atau pada 30 September 2004. (Bukti pos atau penghantaran bukanlah bukti penerimaan). Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan hasil lukisan anda.

Hantarkan penyertaan anda ke:-
PERADUAN BAKAT BARU KOMIK MALAYSIA 2004
PO Box 7108, Sungai Besi, 57700 Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

ilihusna This user has been deleted
Post time 29-9-2004 04:13 PM | Show all posts
Hai tumpang lalu....
Saya ni minat gak pertandingan cenggini.... tapi minat baca peraturan jer bukan minat masuk!!! Kih kih kih! Tapi takper... saya mendoakan kejayaan buat sesaper yang masuk bertanding! Sekian...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.064020 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list