Seorang ibu tunggal didakwa membunuh diri dengan melompat dari tingkat
Kredit Foto : Mirror
Menurut laporan, ibu muda itu terlalu kepenatan akibat menjaga anak remajanya itu yang menghidapi penyakit Cerebral Palsy. Dia tidak mampu membeli kerusi roda, jadi dia harus sentiasa mendukung Misha ke mana saja dia pergi.
Mayat dua beranak itu ditemui berhampiran blok rumah mereka sekitar jam 10 malam.
Kredit Foto : Mirror
Seorang jiran memberitahu media tempatan, "Dia tidak mempunyai kerusi roda dan selalu mendukung Misha. Dia sentiasa memeluknya dengan tenang dan tidak pernah menjerit kepada anaknya. Malah, dia juga tidak pernah mengadu atau mengeluh."
Salah seorang saudara Oldenburg berkata, "Dia seorang ibu tunggal, saya fikir dia melakukannya kerana keletihan."
Seorang pembantu kedai wanita yang merupakan salah seorang terakhir melihat Oldenburg berkata, "Saya melihat dia membeli beberapa makanan pada hari itu, dia nampak seperti kecewa tentang sesuatu."
Menurut laporan, Elena Oldenburg tidak mempunyai teman rapat dan tinggal bersendirian dengan anaknya.
Difahamkan, pihak polis sedang menyiasat kejadian itu. - CARI
|