CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2620|Reply: 8

Selamatkan Nyawa! Jom Derma Darah Jika Lepas Semua Syarat Asas Ini

[Copy link]
Post time 10-12-2018 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Anda pernah menderma darah? Jika pernah, bagus! Anda telah menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan. Bagi anda yang belum pernah menderma darah, tahukah anda satu beg penuh berisi darah mampu menyelamatkan tiga nyawa.




Foto: Babap.net




Tapi sebelum anda nak menderma darah, anda perlu semak syarat-syarat asas sebagai seorang penderma darah. Di bawah ini, kami kongsikan syarat-syarat tersebut untuk anda rujuk.



Syarat Asas Penderma Darah


1. Sihat tubuh badan.
2. Berusia antara 17-70 tahun untuk yang pernah menderma. (Umur 17 tahun perlu dapatkan kebenaran penjaga).
3. Berumur 17-60 tahun untuk pertama kali menderma. (Umur 60 tahun perlu kemukakan laporan kesihatan).
4. Berat badan melepasi 45 kilogram (kg) ke atas.
5. Tidur minimum 5 jam.
6. Tiada masalah kesihatan.
7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.
8. Pendermaan terakhir tiga bulan lepas.
9. Bagi penderma wanita yang tidak mengandung, tidak datang haid dan tidak menyusukan anak.
10. Menetap di Malaysia sekurang-kurangnya satu tahun (bagi bukan warganegara).
11. Tidak mengamalkan gaya hidup berisiko tinggi (pengambilan dadah, bertukar-tukar pasangan dan perhubungan sejenis).




Foto: Giphy



12. Membawa dokumen pengenalan diri (kad pengenalan atau pasport).




Foto: Mediaoq.com




Selain menyelamatkan nyawa orang lain dengan menderma darah, anda secara tidak langsung turut menyelamatkan nyawa anda sendiri.




Ini tujuh sebab utama untuk anda menderma darah.


1. Pemeriksaan secara percuma.
2. Mengurangkan risiko kanser.
3. Program menguruskan berat badan.
4. Menambah sel darah.
5. Penginapan percuma di wad hospital kelas 1.
6. Vaksinasi Hepatitis B percuma.
7. Mengurangkan risiko sakit jantung.


Anda yang berminat dan mahu menderma darah boleh dapatkan info dan maklumat berkaitan menerusi Pusat Darah Negara di talian 03-26132657/2658 atau emailkan sebarang pertanyaan di email pro_pdn@moh.gov.my. Anda juga boleh mencari di Facebook ataupun instagram Pusat Darah Negara untuk maklumat lanjut. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2018 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Derma darah boleh kurangkan berat badan ke uols. Meh amik darah i dlm 20 liter hehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 01:40 PM | Show all posts
tidak dibenarkan menderma darah
jika ambil antibiotik seminggu dua
sebelum menderma..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 02:57 PM | Show all posts
Ramai je yang teringin nak menderma darah tapi jadi tertangguh sebab takut jarum
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dapat free vax hep b?
cam mana nak tebus tu?
(macam cabutan bertuah plk nak tebus )
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 11:32 AM | Show all posts
i kdg2 xlepas nak derma darah sb HB rendah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2018 02:50 PM | Show all posts
ada satu syarat yg tak dinyatakan di atas - blood pressure antara 120 hingga 150 (bacaan atas). iols pegi ari tu x lepas psl blood pressure tak smpi 120
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe: dapat free vax hep b?cam mana nak tebus tu?(macam cabutan bertuah plk nak tebus )



Bukan ke masa kecik kita semua dah diwajibkan vax hep b ni ??? Kompius lak iols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2018 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 11-12-2018 06:12 PM
Bukan ke masa kecik kita semua dah diwajibkan vax hep b ni ??? Kompius lak iols

Betul, tp yg lahir tahun 89 ke atas. Kalau yg above 30 yo tu kena ambik vaccination.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.340034 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list