CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1217|Reply: 4

Apa kata kaum Adam --> 'OTW' orang lelaki

[Copy link]
Post time 10-12-2018 11:58 AM | Show all posts |Read mode
SEDANG Miss Kitty asyik membelek-belek kuku di jari runcing yang dah lama tak dimanja-manjakan dan dibelai di salon kuku, di Subang Jaya, tiba-tiba masuk mesej dalam telefon pintar Miss Kitty "U, I dah OTW ni."

                     
Miss Kitty cuma kerling saja mesej itu. Tanpa sebarang reaksi wajah dan perasaan. Sebabnya, dah tahu dan biasa sangat dah. Lelaki kalau cakap OTW (on the way), orang perempuan janganlah cepat percaya dan kelam-kabut bersiap.


  
Ini beberapa tip Miss Kitty hendak kongsi sementara menunggu si lelaki OTW - Golek-golek dulu depan televisyen dalam satu jam, selepas itu ‘mandi bunga’ satu jam lagi, bersolek dalam 45 minit dan main-main dengan kucing dalam masa setengah jam.
Kalau dia tak sampai lagi, tak payah tunggu tip Miss Kitty seterusnya, telefon saja, tanya dia dekat mana, kalau jawab OTW lagi, beritahu saja, sila sent location, biar anda ke tempat dia pula. Apa susah sangat.
Yalah, orang perempuan apalah yang kita tahu kan? Jarak Cheras dengan Shah Alam kan, jauh tu. Kalau ikut jalan darat yang berliku-liku itu, paling cepat tiga jam boleh sampai! Jadi buat apalah mahu siap awal-awal.
Jangan cakaplah Miss Kitty ini suka propa lebih-lebih. Suka cakap ikut sedap mulut. Emosional bagai. Orang lelaki, dia punya lagak macam dalam satu hari masa dia tak sama dengan orang perempuan. Kita ini ada 24 jam dalam sehari. Orang lelaki pula macam diberi 15 jam atau kurang daripada itu dalam sehari.
Sebabnya, tanyalah orang lelaki. Kalau kita mesej dia - You busy ke? Dia akan jawab - Ya, busy sangat ni. Nanti I call balik. Tapi dia punya call balik tu, tunggu Krismas ini pun belum tentu dia telefon.
Tak cukup masa, tak ada masa dan tak sempat, ini memang biasa kita dengar daripada mulut orang lelaki. Masa yang dipersalahkan. Dia langsung tak salah apa-apa.
Bila asyik beri alasan tak ada masa, sibuk, itu yang jadi tak ada masa untuk keluarga. Tiada masa hendak jawab panggilan, jawab mesej orang tersayang, apatah lagi hendak luangkan masa bersama.
Tetapi yang Miss Kitty hairan sangat, dia boleh pula bersidai berjam-jam di kedai mamak dengan kawan-kawan. Boleh pergi main golf, boleh pergi memancing, main boling dan macam-macam aktiviti santai dengan kawan-kawan.
Kalau sembang dengan kawan-kawan tak ingat dunia, bagi nasihat ‘pung pang, pung pang’ pasal bagaimana hendak mengekalkan keharmonian keluarga dan rumah tangga, tetapi dia sendiri pelan-pelan buka pintu rumah pukul 2 pagi, baru balik.
Berbalik pasal OTW orang lelaki. Ini pun satu hal. Kalau tak keluar lagi dari pejabat atau rumah, cakap sajalah. Kenapa hendak tipu. Benda kecil pun hendak berbohong, inikan hal yang besar-besar, entah macam mana pula dia pusing-pusing.
Miss Kitty pasti, orang perempuan tak marah, kalau cakap hal sebenar. Orang perempuan akan lebih marah, kalau cakap OTW tapi tak sampai-sampai atau ambil masa terlalu lama. Itu yang keluar soalan berangin - Agak-agak, tahun depan boleh sampai tak?
Kasihanlah pada isteri, anak-anak atau kawan yang lama bersiap. Kalau rumah tiada pendingin hawa, berpeluh-peluh yang dah siap cantik bertudung. Yang sembur minyak wangi berjenama tetapi tiruan, terpaksalah sembur lagi sebab bau Amo Ferragamo atau Flora Gucci dah hilang.
Anak-anak pula, tentu hilang mood, bila sudah lama bersiap. Itu yang bila dibawa keluar, mereka mula buat perangai. Berbaring atas simen pusat beli-belah bagai.
Hormatilah masa, walaupun yang menunggu itu keluarga sendiri bukan client atau ahli perniagaan. Setiap orang mempunyai masa yang tidak sepatutnya dibazirkan dengan menunggu.
Sebab itu jugalah, Miss Kitty hendak simpan kuku panjang. Senang nanti Miss Kitty cakar lelaki yang cakap OTW, tapi lima jam buat Miss Kitty resah menunggu. Tak baik.

Miss Kitty: Jangan main-main!



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2018 12:13 PM | Show all posts
erm..kdg lepak ngn kawan laki pun same...
ckp otw..otw..
kita sorang2 dok tercongok kat kedai tu
walaupun dah lewatkan sikit let say 30 minit dari yang sepatutnya
puuuunnn same gak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 12:17 PM | Show all posts
ada ciri2 queen control
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 01:05 PM | Show all posts
selain OTW, diorang cakap 'kat traffic light..'

kat traffic light mana, wallahualam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2018 01:07 PM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 10-12-2018 05:05 AM
selain OTW, diorang cakap 'kat traffic light..'

kat traffic light mana, wallahualam..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.377193 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list