Penulis ada berkunjung ke kedai menjual jubin yang terletak Glenmarie, Shah Alam tidak lama dulu.
Ia dikatakan antara kedai jubin yang popular. Rekaan yang dipamerkan menarik di dalam katalog dan laman webnya. Pembaca boleh berkunjung ke laman webnya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut iaituhttp://www.terracotta.com.my/.
Di sini penulis bukan hendak bercerita mengenai kedai jubin ini, cuma kedai jubin ini bernama Terracotta tiles. Perkataan Terracotta yang menarik perhatian penulis. Kenapa? Sebab penulis teringat tentang sejarah berkaitan tentera Terracotta.
Memetik sumber wikipedia, pada tahun 1974 ada seorang petani menemui makan Maharaja Qin. Ia merupakan tinggalan arkeologi terhebat. Maharaja Qin Shi Huang mangkat pada tahun 210 SM dan dikebumikan bersama rombongan misteri Tentera Terracotta.
Para arkeologi telah menghabiskan 40 tahun mengkaji dan akhirnya mendedahkan berkenaan patung tentera terracotta ini. Ye..patung! Bukan manusia. Malah bukan sahaja patung-patung tentera terracotta bahkan terdapat patung-patung berbentuk lain bersamanya.
Ketinggian patung-patung ini antara 183 hingga 195 cm - 6 kaki hingga 6 kaki 5 inci, mengikut peranan masing-masing. Patung yang paling tinggi merupakan para jeneral. Adalah dianggarkan semasa ini dalam tiga lubang, mengandungi 8,000 Tentera Terracotta dan patung lain seperti 130 pedati dengan 520 kuda dan 150 tentera kavalri. Bagaimanapun sebahagian lagi masih tertimbus.
Kredit foto:google
Bahan material membuat para askar Terracotta berasal di Gunung Lishan. Tentera Terracotta ini lengkap dengan kepala, tangan, kaki dan Torso dicipta secara berasingan dan kemudian diikat bersama. Lapan wajah cetakan digunakan. Kemudian tanah liat telah ditambah untuk memberikan ciri-ciri wajah individu. Ciri rumit seperti ekspresi wajah telah ditambah.
Ia adalah bukti jumlah tenaga kerja dan kemahiran yang terlibat dalam pembangunan mereka. Hal ini juga menunjukkan kekuatan yang dimiliki Maharaja Pertama. Sebenarnya Makam Shi Huang di dipercayai di bawah tanah piramid 76 meter dan hampir 350 meter persegi. Makam itu masih belum diterokai . Arkeologis khuatir jika mereka menggali kubur, mereka akan merosakkan beberapa barang berharga dan banyak lagi khazanah mereka yang masih belum diterokai.
Berbalik pada mukadimah awal, pada waktu kunjungan ke kedai jubin . Maka tertariklah hati penulis membeli jubin yang namanya Terracota, yang dikatakan tahan lasak selasak sejarah tentera terracotta dan sesuai di pasang kawasan luar rumah.
Penulis rekomen sangat beli jubin ini dan pada yang sedang mencari, jadikan ia salah satu jenis jubin dalam senarai pilihan anda ye. - CARI
Kredit foto : terracotta.com.my ( teracotta tiles)
|