CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lynn9

Kisah rumah lama

  [Copy link]
 Author| Post time 12-12-2018 04:20 PM | Show all posts
Edited by Lynn9 at 12-12-2018 04:24 PM

Ok kisah pasal ular tu dah habis…we all berdoa TAMAT disitu saje...

Ini ada lagi satu citer, Alhamdulillah setakat ni I x de lah sangat pengalaman yg mistik2 ni and memang x nak tempuh pun.  Dah lah I ni boleh tahan penakut.  Tgk citer Women in Black sampai nak pi solat dalam bilik pun takut hahaha..

Story ni pun I x tau nak categorykan camne, nak kata saka pun x berani..so camni,

A bit of intro:
Rumah pusaka arwah tok wan (atok lelaki belah my dad) ni mulanya rumah papan dua tingkat.  My mom bersalinkan I and bawak I balik umah ni cos’ my dad kena posting ke Sabah.  Sebab I masih kecik so my  mom x ikut terpaksalah duduk umah ni dgn adik beradik and ipar duai.  Masa ni arwah tok (atok perempuan) we all dah meninggal and arwah tok wan masa tu dah kawin lain.
  
Adik beradik my dad ni ada 12 orang yang hidup dari 3 orang mak yg berbeza.  Arwah tok wan ni kawin 3 kali.  So dengan first wife ada anak sorang, lelaki and dengan arwah tok I ada 10 yang hidup 3 perempuan 7 lelaki.  Dengan third wife ada sorang anak, lelaki.  So first wife ngan my tok dah meninggal cuma atok tiri I masih hidup lagi.

My mom ni adalah orang luar dari negeri ni oleh sebab my mom ni bukan orang dari negeri yg sama so biras perempuan cam x brp baiklah.  Tapi yg sorang biras tu buat hal sendiri. So my mom ni x kisah pandai2 lah bawak diri dgn anak kecik dah husband plak dok jauh.  Adik beradik lain my dad masa tu semua lom kawin tapi dok ramai2 kt rumah pusaka tu lah.

Sebab my mom ni orang baru and orang “luar” dia selalu mcm kena “usik” or maybe lebih alert kot sebab yg lain2 tu dah mangli (lali).  Kalau dia duduk dkt tingkat bawah kadang2 tu dia akan dengar derap tapak kaki orang jalan kat tingkat atas walaupun mmg x de orang kat atas tu.  Mulut my mom boleh tahan cabul gak dia ada gak tanya adik2 my dad, diorang ckp biasalah.  Mmglah diorang dah biasa tapi my mom seram gila kot.

Lepas arwah tok wan meninggal, rumah pusaka tu adik arwah my dad yg no. 6 duduk jaga rumah tu dari dia bujang sampai dia dah kawin.  Yg lain semua pakat keluar masing2 dah kawin dok rumah lain and my dad kena posting ke selatan.  So my uncle ni renovate sket2 umah tu tapi bilik air kat bawah sahaja mengadap kubur lama tapi ada satu tembok tinggi pisah kawasan kubur kat belakang tu ngan bilik air.  I ingat lagi kalau kami balik kampung mesti pergi gak umah pusaka tu takut my uncle kecik hati cuma I memang suka melepak umah my aunty ni sbb dulu masa I kecik my cousin (masa tu dia dah form 5) yg dok mengasuh I.  Tapi my dad selalu pesan kena pi jgk umah pusaka.  Yg I perasan kalau masuk bilik air tu I x berani nak tengok celah2 lubang yg mengadap ke luar tembok tu sebab rasa seram semacam.  Kalau tido sana cam kdg2 rasa kena tindihlah dengar orang berdengus lah.  Tapi sebab budak2 tak ambik port la sangat.  Furthermore, we all kalau balik pun 11 tahun sekali sebab my dad dah posting ke selatan so balik once in a blue moon waktu raya.  I plak dulu mmg jenih lemah semangat and my cousins suka menyakat and I memang takut.  
Fast forward kan masa lepas beberapa tahun lamanya my uncle pun decided untuk beli tanah pusaka tu dari bahagian adik beradik yg x mau tinggal kat situ and dia dah 90% renovated umah tu jadi banglo satu tingkat.  Ibu rumah pusaka tu one of my cousins ambik pindah kan ke umah yang dia baru buat dekat tanah bahagian arwah mak dia (kakak my dad).  So rumah my cousin ni 2 tingkat and ibu rumah tu pindah ke tingkat atas.  So umah dia jarak 5 meter dari umah my uncle.  Dari tingkap bilik belakang leh nampak halaman umah tu dan ibu rumah jgk.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2018 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Best lah story tak sabar nak tunggu sambungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2018 07:05 AM | Show all posts
Tapi tiang seri umah lama tu tanam terus dalam dinding umah banglo setingkat milik my uncle ni.  Umah dia ni memanjang.  Dari gate depan ada kawasan yang boleh masuk 3-4 kereta gaklah then ada porch kereta.  Guest area/TV area kalau masuk ikut pintu depan sebelah kanan and living hall kalau masuk ikut main sliding door.  Dekat hall ada master bed room and bilik kecil untuk kegunaan arwah mother in law my uncle.  Dining hall tak berapa besar tapi ada 2 bilik untuk anak my uncle, 2 orang perempuan.  Bilik2 my cousin ni ada attached bathroom.  Ruang dapur ada 2, satu dry kitchen satu wet kitchen.  Wet kitchen tu bersebelahan dgn tembok tinggi yg masih ada memisahkan kawasan kubur lama dulu.  Tapi dah dipenuhi semak samun.  Kalau I basuh pinggan dekat dry kitchen I x berani tgk keluar tingkap sebab sinki mengadap ke tembok melepasi wet kitchen.  Rasa semacam je…

Dari Kawasan wet kitchen sebelah kanan tu memang leh nampak rumah my cousin so ibu rumah yg diberi nafas baru tu pun tersergam megah.  Pun begitu, we all tak berani nak tenung lama2 ke rumah tu.  My cousin tinggal di negeri lain, dia buat rumah tu untuk balik duduk bila dah pencen nanti.  Perabut lengkap and semua bilik termasuk ruang dapur lengkap dengan TV.  So kalau we all singgah rumah dia nak balik ke kampung dia selalu pelawa suruh we all tinggal situ tak yah tido umah orang lain or sewa hotel.  Tapi…memang we all ucap terima kasih je sebab tak berani heheheh.  Almaklumlah rumah tu bukan ada orang duduk, diorang balik sekali sekala je..

Tapi bukan pasal rumah dia yg I nak story…

Ok if I’m not mistaken raya tahun 2011 or 2012 we all balik kampung petang raya, so selalunya we all akan tido umah my uncle sebab senang nak bersihkan kubur arwah my dad sebab rumah dia yg paling dekat walaupun jarak kubur tu dalam 1.5km.  So my uncle akan susun and tentukan bilik mana kitorang akan tido, I anak beranak tido bilik mana, my sister anak beranak tido bilik mana.  My mom and my brother (masa tu dia lom kawin lagi) tido mana.  Tiang seri tu ada di antara dinding bilik tengah and master bedroom.  So I mesti dapat bilik tu memandangkan my sister ada anak kecik.  Dia akan dapat bilik yg dekat dengan dapur (area dining juga).   My mom akan diberi bilik dkt living area (bilik arwah mother in law my uncle tu) tapi as usual my mom yg penakut memilih untuk tido dgn I dalam bilik.  My brother akan tido dkt area living hall (depan TV).

So petang raya tu my brother in law tertido lepas asar sebab penat balik bersihkan kawasan kubur.  Tiba2 dia rasa macam orang langar kaki katil and mulut dia termencarut “harey” something like that.  Lepas tu mmg dia x leh nak tido sebab katil macam kena gegar.  Dia tak story kat we all cuma mentioned kat my sister.  Anak2 dia ada jgk menangis buat perangai tak nak tido dalam bilik. But I think sebab esok nak raya and badan pun letih we all tertidur and x de apa2 yg pelik pun jadi.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2018 07:06 AM | Show all posts
juliesha replied at 12-12-2018 10:29 PM
Best lah story tak sabar nak tunggu sambungan

tq sudi baca...dah sambung dah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 09:38 AM | Show all posts
wah....ada cite baru...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2018 10:03 AM | Show all posts
Siang tu after solat raya we all gi beraya rumah relatives yg lain and cuma balik untuk tido je.  Petang tu I ada selisih faham sket ngan my brother so kecik hati sampai nangis2 la and my mom marah my brother so I mmg x bercakap ngan my brother.  Biasalah gurau kasar…I ni plak sensitive hehehe. So I memang tekad x nak ckp ngan dia walaupun dia cuba nak sembang2 cam biasa…sorry talk to my hand.

Malam tu I tido atas katil so my mom bentang tilam tido kt bawah dekat dgn pintu tapi we all bukak je pintu sebab my mom rasa lemas plak kalau katup pintu sebab bilik tu cuma ada satu tingkap sebelah katil.  Katil ni queen size and rapat ke dinding yang ada tingkap tu. Kebetulan my son x brp sihat so balik dari hospital we all terus balik umah my uncle and I bg dia ubat and terus tido.  So my daughter tido dgn my mom atas toto tu, my husband, my son and I tido atas katil.  So we all tak tutup pintu.  My sister tido bilik sebelah.  My brother mula2 tido dkt living hall lps tu pindah dkt area dining hall bertentangan dgn bilik my sister.  So my cousins dua orang tu tido dalam bilik my uncle lah sebab nak bagi bilik kat we all.

Dulu2 masa my cousin sekolah rendah (jarak umur we all jauh) bila we all datang umah dia selalu cakap dia takut (especially yang kakak tu) yg adik tu macam kuat semangat sikit.  Ada orang cakar2 atas bumbunglah tepi tingkap bilik dia lah.  Selalu nampak bayangan melintas kat dapurlah.  Tapi sebab we all balik sekali-sekala je and bukan duduk rumah tu sebab kadang2 we all tido rumah my cousin yang mengasuh I tu.  Biasalah kena jaga hati semua orang.  So pergilah lunch ke or dinner kat rumah my uncle lepas tu balik tido umah my cousin tu.  Dua beradik ni memang parents dia tak bg tgk TV, kena study so bila ada guests diorang memang suka sebab boleh tengok TV and masa tulah bila sembang2 dia akan cerita.  Tapi my uncle selalu tegur kalau dia terdengar.  “Ishh ni rumah kita hang takut apa”.  So we all memang berhati2 nak cakap benda2 camtu takut nanti dia kecik hati plak.

Cousin2 yg lain pun ada juga cakap2 tapi camtu je lah tak berani lebih2 takut nanti sampai ke telinga my uncle dia terasa hatilah pulak.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-12-2018 10:04 AM | Show all posts

tq sudi baca
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq Lynn, Kalau ko tulis citer hantu dlm BM sepenuhnya aku rasa lebih seram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2018 12:27 PM | Show all posts
WiRa_MiSTiK replied at 13-12-2018 12:07 PM
Tq Lynn, Kalau ko tulis citer hantu dlm BM sepenuhnya aku rasa lebih seram

oh..tq2 i cuba ye tulis full BM nanti..

tq sudi baca.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 12:38 PM | Show all posts
WiRa_MiSTiK replied at 13-12-2018 12:07 PM
Tq Lynn, Kalau ko tulis citer hantu dlm BM sepenuhnya aku rasa lebih seram

aahh..betul tu..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2018 03:56 PM | Show all posts
Ok sambung balik kejadian malam tu..

Kedudukan I masa tidur tu ialah mengadap ke arah pintu bilik.  Mak dengan anak perempuan I tidur atas toto betul2 sebelah pintu bilik.  Ruang tu sempit jadi cukup-cukup untuk mak dengan anak perempuan I.  Mak I memang tak nak tidur atas katil tu sebab dia takut nak tidur dekat tepi tingkap.
  
Sebelum tidur tu I ada baca 3 Qul dan ayat Kursi semua macam biasalah lagi2 anak lelaki I tak sihat dan dia ni jenis lemah semangat sikit.  I memang kalau boleh tak nak apa2 ganguan masa dia tidur.  Jadi dia tidur tengah2 dan husband I di tepi tingkap.  Masa tidur tu, tiba-tiba terasa macam ada orang tenung I. Mula-mula tu I macam teragak2 jugak nak buka mata sebab takut nampak benda2 yang tak sepatutnya.  Makin lama perasaan tu makin kuat.  Jadi I beranikan diri jugak untuk buka mata mungkin sebab ada cahaya dari arah dapur dan lampu dari laman rumah jadi keadaan dalam bilik tak berapa gelap.  
Bila buka mata I nampak adik lelaki I ni berdiri depan pintu bilik dia senyum macam menyeringai dekat I.  Dia pakai singlet warna hitam.  Kedua belah tangan dia angkat pegang pintu bilik jadi dia berdiri betul-betul sebelah tiang seri tu.  Susuk tubuh dia nampak lebih gagah dan lebih tinggi dari biasa.  Dia senyum bila mata I bertemu dengan mata dia.  Tapi memandangkan I kan tengah gaduh dengan dia siang tadi jadi I cuma tengok muka dia tapi tak tegur.  Dalam hati I cakap, tak kuasa nak senyum sebab kan tak kawan lagi. Jadi I pun kalih punggung membelakangkan pintu bilik.  Lepas tu I dengar suara mak.

“Kau tak tidur lagi ke bang?”

Tapi I tak dengar pun suara adik I jawab apa-apa.  Tapi I tak fikir apa2 terus sambung tidur cam biasa mungkin sebab I tak kawan dia jadi I malas nak cakap apa2.  Kalau tak mesti I dah tegur dia apahal dia berdiri situ malam-malam buta ni.  Jadi untuk I malam pun berlalu macam tu saja.  
Pagi tu kami dah nak bertolak balik ke KL.  Lepas sarapan kami pun bertolak balik.  Masa dalam kereta tu adik perempuan I tiba-tiba tanya.

“Kau tidur mana semalam bang akak tak nampak pun kau”

“Eh, tido depan bilik akak la…akak yang tak tegur”

Sudah…

Secara automatiknya kepala I teringat yang semalam dia berdiri depan pintu bilik.  Adik I yang perempuan tu pun sambung lagi.

“Eh kau ni akak keluar buat susu anak akak tak nampak pun sape2 tidur depan bilik akak, akak tak  nampak pun kau”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2018 04:05 PM | Show all posts

ok i cuba ye...tp ni bkn citer hantu pun..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Lynn9 replied at 12-12-2018 04:20 PM
Ok kisah pasal ular tu dah habis…we all berdoa TAMAT disitu saje...

Ini ada lagi satu citer, Alh ...

rumah lama ai pun dekat dengan kubur jugak. kalau ada yang nak menziarah kwsn kubur tu msti parking dalam halaman rumah. kadang2 tu main badminton malam2 kat halaman tiba2 bau wangi. tapi sebab membesar kt rumah tu rasa macam dah lali. skrg dah pindah dah.

sorry tt mencelah..mohon smbg cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Saspen nye.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 11:05 PM | Show all posts
You are great story teller la Lynn 9.
Bolih buat buku......macam Tamar Jalis - Siri Becakap Dengan Jin.
Tahniah. Luv to read
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2018 09:42 AM | Show all posts
cloud_jade replied at 13-12-2018 04:12 PM
rumah lama ai pun dekat dengan kubur jugak. kalau ada yang nak menziarah kwsn kubur tu msti parkin ...

it's ok...tu lah kan org yg dah biasa dia cam lali.  giler apa kalau x mesti takut..hehehe

tq sudi baca nanti leh u story psl u punya experience lak k
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2018 09:50 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2018 09:52 AM | Show all posts
batu kikir replied at 13-12-2018 11:05 PM
You are great story teller la Lynn 9.
Bolih buat buku......macam Tamar Jalis - Siri Becakap Dengan  ...

alamak u bahasa i tunggang langgang...x layak jd penulis..
but if that's a compliment...i take it...tq

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2018 10:09 AM | Show all posts
Masa ni I masih diam dan dengar je perbualan adik-adik I ni, malas nak cakap apa-apa lagi sebab kan tak geng lagi dengan adik lelaki I hehehe.  Mak I pulak mencelah.
  
“Semalam tu kau tidur pukul berapa bang? Mak tgk kau dok berdiri depan pintu bilik”

Adik lelaki I jawab yang dia tak berdiri pun depan pintu bilik tu.  Dia cuma datang sekali je kejut mak I untuk teman dia gi bilik air kat belakang tu.  Mulalah mak I panasaran.

“habis tu kalau bukan kau siapa? Mak tanya kau tak jawab kau asyik sengih je, kau dah kenapa?”

Masa nilah I pun mencelah sebab nak pastikan apa yang mak I nampak malam tadi.

“Akak pun nampak kau berdiri tengok akak pastu sengih je”.

I tambah lagi yang dia pakai singlet warna hitam berdiri depan pintu senyum-senyum.  Dia sangkal cakap dia pakai t.shirt warna kelabu.  Masa tu memang beremang bulu roma.  Jadi adik perempuan I pun cakap betullah dia nampak sebelum masuk tidur yang adik lelaki I pakai t.shirt warna kelabu.  Kecohlah keadaan dalam kereta masa tu.  Husband I pulak bukak cerita yang dia kan tidur dekat tepi tingkap memang dengar bunyi cakaran tepi tingkap tu.  Tapi memandangkan anak l tak berapa sihat dan dia tengok I pun sedap je tidur dia buat tak tahu je.  Cuba juga pejam mata paksa tidur.  Memang mencabar tapi tak berani nak kalih tengok dekat tingkap tu.  Nasib baik bukan Mak I atau I yang tidur sebelah tingkap tu.

Jadi adik lelaki I pun cerita lah apa yang dia nampak.  Malam tu, dia rasa tak sedap hati dan tak sedap perut.  Dia ni askar dia memang berani lah setakat nak gi bilik air malam-malam memang tak de hal punya.  Tak ada nye nak suruh orang teman.  Tapi disebabkan malam tu dia nampak kelibat-kelibat yang buat lintasan dan bayangan hitam di luar tingkap.  Dia tak berani nak pergi toilet sorang-sorang.  Sebab rumah tu macam sound proof.  Orang dekat dapur tak boleh dengar suara orang dekat depan.  Jadi disebabkan dia rasa seram sejuk malam tu, dia terpaksalah merendahkan ego dan suruh mak I teman.  Mak I pun bukanlah berani sangat tapi kasih ibu sanggup juga dia setia menunggu tepi toilet tu.  Ada sofa lama antara toilet dengan bilik yang adik perempuan I tidur tu.  Jadi mak I pun duduklah atas sofa tu sambil pejam mata sebab boleh tahan mengantuklah dah sakan beraya di siang hari.
  
Selesai melepas hajat, adik I kejut mak I suruh dia masuk bilik semula.  Dia pun balik semula ke tilam dia dekat living hall tu.  Bila dia baring sambil belek2 handphone dia mula perasan ada lintasan kelibat dan juga bayangan hitam di tepi tingkap.  Mencakar2 macam nak masuk ke dalam rumah.  Dia dah mula baca segala ayat yang dia tahu sebab macam makin mengganas yang luar nak masuk ke dalam dan yang “dalam” macam kemarahan.  Dia bangun nak kejut mak I tapi tengok mak dah tidur dan memang dia tak boleh nak selit dekat tilam yang mak I dengan anak perempuan I baring tu sebab ruang tu sempit.  

Jadi dia pun ambik keputusan untuk pindahkan tilam dia ke ruang dining hall yang bertentangan dengan pintu bilik adik perempuan I.  Masih lagi mata tak boleh tidur.  Tapi kurang sikit nampak bayangan hitam sebab ruang dining tu tak ada tingkap.  Tapi masih terdengar suara orang berdengus dan kelibat lintasan dalam rumah.  Puas dia pusing kanan pusing kiri tapi tak boleh jugak tidur dia bangun duduk ambik magazine baca.  Jadi dia duduk dekat sofa memang tujuan dia nak tengok betul-betul apa benda tu sebab cuma nampak kelibat lintasan macam main-mainkan dia.  Masa tulah dia nampak adik perempuan I bukak pintu bilik keluar buat susu anak dia.  Tapi adik I tak tegur pun dia dan dia pun tak tergerak hati pun nak sapa.  

Lepas tu dia nampak adik perempuan I masuk semula dalam bilik.  Habis situ.  Tak lama lepas tu dia dengar lagi bunyi cakaran tapi kali ini datang dari arah tingkap dekat dengan sinki yang mengadap ke wet kitchen tu.  Dia cakap masa tu dia dah rasa meremang bulu roma paksa jugak mata untuk tidur.  
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 11:00 AM | Show all posts
tq tt..baca je dah terbayang.kita mmg geli tgk ular.meremang aih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.465009 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list