Selepas peserta transgender Angela Ponce, 26 berjaya memenangi gelaran Miss Universe Sepanyol seterusnya bakal mewakili negara itu ke final Miss Universe tahun ini, seorang lagi peserta transgender akan mencuba nasib selepas menjadi finalis dalam Miss Universe Mongolia.
Kredit Foto: Instagram Angela Ponce
Kredit Foto: Instagram Angela Ponce
Solongo Batsukh, 25 bakal menjadi peserta transgender kedua dalam Miss Universe jika berjaya memenangi peringkat akhir pemilihan negaranya Malangnya gelaran tersebut dimenangi oleh Dolgion Delgerjav sekaligus meranapkan impian 'wanita' ini.
Kredit Foto: Facebook
Sebelum ini, Angela Ponce mencipta sejarah selepas dimahkotakan transgender pertama sebagai Miss Universe Spain menewaskan beberapa peserta pilihan ramai. Angela berkata beliau ingin menjadi jurucakap yang menyampaikan mesej keamananan, respek dan kepelbagaian kepada komuniti seluruh dunia.
Kredit Foto: Facebook
Selepas kemenangan Angela, beliau menerima beratus-ratus mesej sokongan di media sosial tetapi turut menerima kecaman termasuk daripada golongan feminist yang menyatakan pertandingan ratu cantik mengekspolitasi tubuh badan wanita. 'Kecantikan memang digunakan untuk tujuan komersial, tetapi bolah digunakan untuk menyebarkan mesej kesamarataan' kata Angela.
Kredit Foto: Facebook
Pada tahun 2012, Organisasi Miss Universe mula membenarkan penyertaan peserta transgender selepas pengharaman peserta transgender Jenna Talackova, 23, dalam Miss Universe Canada menjadi isu besar seluruh dunia. Susulan pelbagai kecaman dan ancaman undang-undang diskriminasi, Miss Universe yang ketika itu di bawah kelolaan Donald Trump terpaksa mengubah syarat peraturan 'untuk wanita asli sahaja' kepada 'untuk semua wanita' dan mula membuka penyertaan kepada golongan wanita transgender.
Kredit Foto: Carian Internet
Pertandingan akhir Miss Universe tahun ini akan diadakan pada 17 Disember 2018 di bandaraya Bangkok, Thailand dan bakal disertai oleh lebih 90 jelitawan seluruh dunia. - CARI |