Khabib Nurmagomedov ialah nama baru yang mula menjadi buah mulut di kalangan peminat sukan mixed-martial art (MMA), sebuah sukan gabungan pertarungan, seni mempertahankan diri dan juga pertunjukan dan sinonim dengan penganjuran Ultimate Fighting Championship (UFC). Selepas kemenangannya menentang Conor McGregor disusuli dengan beberapa kontroversi, ramai peminat mula tertanya-tanya latar belakang kehidupan beliau.
Kredit Foto: Carian Google
Jum kita berkenalan dengan juara UFC beragama islam yang pertama ini.
Kelahiran
Kredit Foto: ok.ru
Khabib Nurmagomedov dilahirkan pada 20 September 1988 di sebuah kampung bernama Sildi, di Daerah Tsumadinsky, Rusia. Beliau adalah anak kedua daripada tiga beradik dan datang daripada keluarga yang menganut agama Islam.
Kredit Foto: Bloody Elbow
Beliau mempunyai seorang abang bernama Magomed dan adik perempuan bernama Amina. Keluarganya kemudian berpindah ke Daerah Korovaul kerana ayahnya Abdulmanap Nurmagomedov, mahu berjinak-jinak dalam bidang kejurulatihan sukan beladiri. Ayahnya telah membuka sebuah gimnasium untuk melatih atlit yang berpotensi.
Kredit Foto: MMA Core
Permulaan Minat Dalam Seni Bela Diri
Kredit Foto: Twitter
Melihat kejayaan ramai atlit di bawah pengurusan ayahnya telah memupuk minat Khabib terhadap sukan bela diri. Ayahnya sendiri adalah seorang bekas tentera dan ahli sukan termasuk gusti, judo dan sambo. Melihat minat Khabib, ayahnya telah mereka teknik latihan khas untuknya, termasuk bergusti dengan beruang!
Kredit Foto: Youtube
Permulaan Kerjaya MMA
Kredit Foto: Carian Google
Khabib memulakan kerjaya professional dalam mixed-martial art (MMA) pada September 2008 dan mengejutkan ramai penganalisis sukan itu apabila memenangi 4 perlawanan awalnya dengan mudah. Pada 11 Oktober tahun yang sama, Khabib dinobatkan sebagai Juara Piala Atrium mengalahkan beberapa ahli MMA yang jauh lebih senior. Sehingga tahun 2011, beliau memenangi semua kejohanannya tanpa kalah. Beliau kemudiannya menyertai siri ProFC dan menang dalam kesemua 7 perlawanan. Kerana rekod cemerlangnya di dalam beberapa siri pertandingan di Rusia dan Ukraine, Khabib telah dijemput untuk menyertai liga pertandingan MMA bertaraf paling tinggi di dunia iaitu Ultimate Fighting Championship (UFC) pada penghujung tahun 2011.
Kredit Foto: cuteurl.com
Prestasi di UFC
Sejak 2011, Khabib telah menguasai arena mixed martial art dengan mengalahkan kesemua pesaingnya. Daripada 26 pertarungan besar, beliau menang dengan kiraan 26-0 termasuk 8 kemenangan secara knock-out dan 8 lagi kemenangan secara submission.
Kontroversi Pertarungan Dengan Conor McGregor
Pada 3 Ogos 2018, telah diumumkan pertembungan di antara Khabib dengan Conor McGregor untuk mempertahankan kejuaraan UFCnya. Perlawanan itu yang digelar UFC 229 dan telah berlangsung pada 6 Oktober 2018 di Los Angeles di mana Khabib telah menewaskan Conor pada pusingan keempat melalui kiraan submission. Dominasi Khabib dalam perlawanan itu telah menjadi buah mulut ramai.
Kredit Foto: Carian Google
Selepas diumumkan memenangi pertarungan dengan Conor, Khabib telah melompat keluar daripada gelanggang dan menyerang Dillon Danis, orang kanan Conor kerana menghina agama dan asal-usulnya. Sewaktu Khabib dan sepupunya Abubakar Nurmagomedov cuba keluar daripada dewan pertarungan, satu pergaduhan sengit telah berlaku apabila Conor campur tangan dan menumbuk Abubakar pula. Susulan itu, keadaan menjadi semakin kecoh apabila beberapa penyokong kedua belah pihak mula masuk campur.
Kredit Foto; Total Pro Sports
Berikutan kejadian itu, pihak penganjur pertarungan iaitu NSAC telah menahan wang hadiah kemenangan Khabib sehingga siasatan selesai. Khabib muncul dalam media untuk meminta maaf dan mengatakan dia sekadar mempertahankan dirinya apabila agama dan negaranya dihina oleh penyokong Conor.
Kehidupan Peribadi
Kredit Foto: Sherdog Forum
Khabib sudah berkahwin pada Jun 2013 dan mempunyai seorang anak perempuan dan lelaki. Beliau sering menyatakan rasa bangganya sebagai orang Degastni Avar dengan memakai topi tradisi dipanggil papakha. Di media sosialnya, bintang MMA yang meminati pemain bola Christiano Ronaldo ini juga gemar berkongsi rutin hariannya termasuk aktiviti keagamaan.
Kredit Foto: Instagram
Nampaknya bintang Khabib akan terus menyinar dan diharapkan beliau dapat menjaga panas barannya supaya tidak mempengaruhi prestasinya di masa hadapan.- CARI |