CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19126|Reply: 306

[Tempatan] [EDISI KALAH] AFF Suzuki Cup : Malaysia (2) vs Vietnam (3)

  [Copy link]
Post time 11-12-2018 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 15-12-2018 10:26 PM


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2018 08:45 AM | Show all posts


Penyokong yang tidak dapat membeli tiket perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 boleh menonton secara langsung di Axiata Arena esok.



KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan menayangkan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki secara langsung di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya prihatin dengan masalah peminat bola sepak negara yang tidak dapat membeli tiket menyaksikan perlawanan akhir pertama antara Harimau Malaya menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt. ..akak memang tunggu2 thread ni.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2018 08:50 AM | Show all posts
noor2 replied at 11-12-2018 08:49 AM
Tq tt. ..akak memang tunggu2 thread ni.....

boleh mohon pacak khemah jual coconut shake sekarang ya.


Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 11-12-2018 08:50 AM
boleh mohon pacak khemah jual coconut shake sekarang ya.

Hehe. .Syd. .hang terer bab bola. ..siapa jurulatih Malaysia tu?..local ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 11-12-2018 08:45 AM
Penyokong yang tidak dapat membeli tiket perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 boleh me ...

Tengok kat stadium ke syd?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2018 08:57 AM | Show all posts
seram plk tgk rangking tapi takpela bola itu bulat...moga malaysia menang besar kat bkt jalil sebab lg nervous nak tunggu 2nd final
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 08:57 AM | Show all posts
Syd replied at 11-12-2018 08:45 AM
Penyokong yang tidak dapat membeli tiket perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 boleh me ...

jangan hujan sudah la....
kalau tak jenuhhhh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2018 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 09:16 AM | Show all posts
seterer mane pun syed tu pasal bola.die xkan secekap bookmaker la . kau buat la segala statistik ke ape ke.
tapi bola semua ditentukan berdasarkan odd dgn handicap ..

berdasarkan odd bookmaker sekarang .. public banyak bet dekat malaysia.boleh jadi vietnam menang ataupun draw.

itu odd prematch..odd live lain pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 09:16 AM | Show all posts
Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kali ini lawan vietnam mesti man to man marking bila vietnam dapat bola. Kalau tidak ...parah. macam di hanoi bulan lepas
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 09:20 AM | Show all posts
kalau malaysia dapat kekalkan cara mainan lawan Thailand hari tu.....mesti bungkus vietnam malam ini....paling sikit 4-0
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 09:22 AM | Show all posts
Siapa ada baca wassap edelnotelo poyo ngadu ke boss dia pasal kena jumpa PM?


Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 09:30 AM | Show all posts

Mesti banyak possession, banyak menyerang macam aritu. Kalau tidak....naءas
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Panduan menonton di stadium - untuk rakyat negara bertamadun bernama Malaysia
Israr Khalid, Astro Awani |  Published Disember 11, 2018 07:03 MYT
Ribuan para penyokong Pasukan Malaysia hadir di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 9 Disember lalu untuk membeli tiket menjelang Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2018. --fotoBERNAMA
Ribuan para penyokong Pasukan Malaysia hadir di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 9 Disember lalu untuk membeli tiket menjelang Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2018. --fotoBERNAMA

HATI anak Malaysia mana yang tak suka, Harimau Malaya selangkah lagi hendak capai piala.

Maka berbondong-bondonglah rakyat dari setiap pelusuk negara yang hatinya membara di belakang skuad bola sepak kebangsaan bertungkus lumus untuk mendapatkan tiket masuk menonton aksi final bertemu Vietnam di arena gah Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sehingga tegang urat dibuatnya, ribuan yang bergolok gadai dari percubaan membeli secara atas talian hingga ke bermalam di hadapan kaunter jualan tiket di stadium berakhir dengan kegagalan. Habis tenaga, habis masa, cuma sia-sia. Sekelip mata sahaja, kesemua 80,000 tiket habis terjual.

Kepada anda yang tergolong dalam kelompok malang itu, jangan bersedih. Menonton di rumah pun seronok juga, boleh baring atau makan dengan selesa sambil menonton bersama seisi keluarga. Tapi sejujurnya memang tak sama menonton di stadium.

Kalau rajin, datanglah ke Axiata Arena. Hanya bersebelahan venue perlawanan, stadium tertutup ini dibuka untuk tayangan langsung namun terhad untuk 15,000 tempat duduk sahaja. Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia. Secara percuma, anda masih dapat bersama dan merasai gegak gempita di stadium sebelah.

Seluruh perkarangan Bandar Sukan Bukit Jalil menjadi satu pesta keramaian sepanjang hari sehingga waktu sepak mula pada jam 8.30 malam dengan deretan gerai jualan makanan, minuman dan cenderahati serta jersi, pelbagai aktiviti dan bermacam lagi. Bagaimanapun, kemuncak pengalamannya sudah semesti menonton di dalam stadium.

Stadium Nasional Bukit Jalil yang gah menjadi rumah Harimau Malaya (walaupun kadang-kadang aksi antarabangsa dilangsungkan di Stadium Shah Alam) mempunyai lebih 87,000 tempat duduk dan ada masa mampu memuatkan sehingga 100,000 penonton. Adrenalin yang sememangnya memuncak untuk berada dalam kalangan ribuan penonton yang berkobar-kobar.

Kepada anda yang tergolong dalam kelompok bertuah yang berjaya mendapatkan tiket (walau dengan cara apa sekalipun), berikut adalah beberapa panduan menonton di stadium sebagai peringatan bahawa kita bangsa bertamadun:

1. Jangan bertolak-tolak. Kawasan stadium yang bertingkat-tingkat adalah berisiko tinggi untuk berlakunya kejadian yang tidak diingini sekiranya kita cuai, lebih-lebih lagi ketika manusia sedang bersesak.

2. Duduk ikut di tempat yang ditetapkan pada tiket anda. Macam menonton di panggung wayang, kita seeloknya jangan duduk di tempat yang bukan kita punya. Kalau anda berebut tempat duduk kerana nombor tempat yang ditulis pada tiket anda itu adalah sama, mungkin salah seorang (atau lebih) daripada anda sudah ‘dikencing’ ulat tiket. Jaga-jaga.

3. Jangan merokok. Anda nyalakan rokok, bererti anda menyalakan juga api kemarahan orang keliling lebih-lebih lagi yang bukan perokok. Bertimbang rasalah, tahan seketika desakan untuk merokok itu. Sebab itu Tuhan suruh puasa, latih kawal diri bukan setakat makan minum sahaja.

4. Kawal emosi. Jangan baling objek sewenang-wenangnya. Anda boleh mencederakan orang lain, lebih buruk lagi mangsa langsung tidak tahu siapa yang mencederakannya.

5. Urus sampah anda dengan sebaiknya dan penuh bertanggungjawab. Ini kan rumah kita. Kalau boleh kita mahu 'tamatkan' profesion pengutip sampah memandangkan boleh kata semua yang membuat kerja itu adalah orang asing. Lambakan warga asing pula nanti dijadikan alasan mengapa ramai rakyat Malaysia menganggur. Takkan kutip sampah sendiri pun mahu dibayar?

6. Patuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan. Jangan bawa barang-barang seperti mercun, objek-objek berbahaya, batang kayu atau sebagainya. Kita datang nak menonton dan bersorak, bukan nak bergaduh.

Demikian enam panduan asas mudah untuk diikuti. Kalau anda dapat mematuhi kesemuanya, tahniah dan berbanggalah bahawa anda berjaya menampilkan sifat sepatutnya rakyat sebuah negara hebat yang bernama Malaysia. Teruskan amalan murni itu dan bawanya ke mana sahaja anda pergi.

Kita bersorak menyokong pasukan negara, memakai bendera di dada. Tetapi ramai yang kurang sedar, pada masa sama sebenarnya kita menggalas maruah negara bersama. Sikap dan tabiat kita adalah wajah dan rupa Malaysia.

Ini zaman #MalaysiaBaharu, Malaysia yang mahu berubah. Namun ingatlah, tidak ada apa yang akan berubah jika segalanya tidak bermula dari diri kita sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2018 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
  vs  

Assalam dan Salam Sejahtera
Berita baik buat peminat bola sepak. Perlawanan akhir pertama MALAYSIA vs VIETNAM akan disiarkan melalui skrin besar.

Tempat : Laman Kg. Melayu, Kluang
Tarikh   : 11 Disember 2018
Masa     : 8.30 Malam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2018 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemaman, Ganu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 12:46 PM | Show all posts
ehhh..tpi kalau yg kat axiata boleh masuk 15k
stadium 80k...giler weiiiiiii.....  pack sungguhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2018 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
2018 AFF Suzuki Cup | Tuesday, 11 December 2018

Final 1

MALAYSIA vs VIETNAM
National Stadium, Bukit Jalil, 8.45 pm

* Live on TV1 & Fox Sports

#FAM #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup18

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.121638 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list