Post time 12-12-2018 07:45 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Vietnam kecewa Harimau Malaya ikat kedudukan
Oleh Aziman Rosdi danZulfaizan Mansor dan Syafiq Aznan
sukanteam@nstp.com.my
Share
Tweet
Share
KUALA LUMPUR: Meskipun memiliki kelebihan bagi aksi final kedua Piala AFF 2018, namun Vietnam jelas kecewa selepas membenarkan Malaysia mengikat kedudukan 2-2 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Bagaimanapun, jurulatih skuad Naga Emas itu, Park Hang Seo mengakui berpuas hati dengan keputusan 2-2 yang dilakar anak buahnya sebagai bekalan untuk aksi kedua di Hanoi, Sabtu ini.
ADVERTISING
PEMAIN Vietnam meraikan gol kedua jaringan Pham Duc Huy (dua dari kanan) ketika menentang Malyasia di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. - Foto AFP
“Pemain beraksi dengan baik dan menunjukkan semangat juang tinggi apabila dapat menjaringkan dua gol pada aksi malam ini.
“Memang saya kecewa dengan dua gol yang dibolosi namun secara keseluruhannya, kami tidak tewas pada perlawanan di tempat lawan.
“Kini saya perlu mempersiapkan pasukan bagi aksi kedua di tempat sendiri,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan, sebentar tadi.
Pada aksi terbabit, Vietnam memperoleh dua gol pantas dalam tempoh tiga minit menerusi Nguyen Huy Hung pada minit ke-22 dan Pham Duc Huy pada minit ke-25.
Namun, anak buah Tan Cheng Hoe bangkit mengikat kedudukan menerusi tandukan Shahrul Saad (m-36) dan sepakan percuma Safawi Rasid (m-60) sekali gus memberikan peluang kepada Malaysia bagi aksi kedua, Sabtu ini.
Kalau Malaysia menang 10-0 sekali pun tetap kena lawan lagi sekali di Hanoi Sis. Nanti tgk agreged siapa akan menang. Skg ni kedudukan 2-2, Malaysia kena menang sekurang2nya 1-0 atau seri 3-3 sebab pengiraan skg kalau seri dia akan kira gol di tempat lawan. Kalau kedudukan seri 2-2 di Hanoi, akan diadakan masa tambahan dan jika kedudukan masih berkekalan sepakan penalti sebagai penentuan siapa yang menang. Sekian terimakasih, kalau ada silap tolong betulkan...............
KUALA LUMPUR: Pemburuan kejuaraan kedua Piala AFF tampak sukar buat skuad Harimau Malaya selepas hanya seri 2-2 dengan Vietnam pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Meskipun tanpa bekalan selesa sebelum bertandang ke Hanoi bagi aksi kedua Sabtu ini, kebangkitan skuad kendalian Tan Cheng Hoe untuk mengikat skuad juara 2008 itu selepas ketinggalan dua gol harus dipuji.
PEMAIN tengah Malaysia, Mohamadou Sumareh (dua dari kanan) mengasak pemain Vietnam, Tran Dinh Trong. - Foto AFP
Malaysia kini memerlukan keajaiban di Hanoi seperti yang dilakukan ketika menang 4-2 pada separuh akhir 2014 untuk mara ke final menerusi agregat 5-4.
Kecederaan dialami Aidil Zafuan Abd Radzak dan penggantungan Syahmi Safari menyebabkan Cheng Hoe merombak bahagian pertahanan dengan menurunkan Irfan Zakaria dan Amirul Azhan Aznan buat kali pertama dalam kesebelasan utama.
Sorakan lebih 80,000 penyokong tuan rumah jelas tidak menggentarkan Vietnam yang tenang menyerap asakan skuad negara.
Skuad Naga Emas yang menduduki ranking ke-100 dunia itu menyentap semangat Harimau Malaya dengan menghasilkan dua gol dalam tempoh tiga minit.
Bermula dengan serangan pantas pada minit ke-22, bola hantaran lintang Phan Van Duc gagal dikeluarkan pertahanan negara untuk Nguyen Huy Hung menjaringkan gol pertama.
PENYERANG kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha (kiri) diasak pemain Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. - Foto BERNAMA
Belum sempat anak buah Cheng Hoe menyusun langkah, mereka dikejutkan dengan jaringan Pham Duc Huy menerusi rembatan dari luar kotak penalti menewaskan Farizal Marlias di gawang.
Malaysia, juara 2010 yang tewas kepada Vietnam 0-2 di Hanoi dalam aksi peringkat kumpulan bangkit merapatkan kedudukan menerusi tandukan pertahanan tengah Shahrul Saad yang menyambar bola sepakan percuma Syamer Kutty Abba pada minit ke-36.
Semangat anak buah Cheng Hoe kembali membara apabila berjaya mengikat kedudukan pada minit-60 selepas pemain Pemain Paling Bernilai Kebangsaan, Safawi Rasid menghasilkan gol pertama peribadinya dalam kempen AFF menerusi sepakan percuma melencong menerjah jaring.
Malaysia hampir memperoleh gol kemenangan pada minit akhir permainan namun sepakan percuma Syafiq Ahmad diselamatkan penjaga gol Dang Van Lam.
REAKSI Safawi Rashid selepas meledak gol penyamaan menerusi sepakan percuma ketika menentang Vietnam pada saingan final pertama Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. - Foto MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
AFF Suzuki Championship ni, since 2010 untuk semi & final, kena main 2 kali (2 Leg/match)...di tempat sendiri (home) & di tempat lawan (away).
pemenang akan dikira berdasarkan aggregat (jumlah jaringan gol kedua2 match)
kalau seri, jumlah gol tempat lawan akan diambilkira
kalau masih seri, akan main dgn masa tambahan utk match ke-2 tu
kalau dalam masa tambahan tak dapat gol, barulah dikira melalui sepakan penalti 5x
betulkana aku jugak, kalau salah info
gigih aku baca format AFF ni
sebab tu lah indon2 ni asek tanya 'kapan away' kat ultras malaya
sebab ultras kita memang tak penah away kt indon atas faktor2 keselamatan, tak pasal2 naik barracuda pulak nanti