CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1912|Reply: 0

Taman tema keju

[Copy link]
Post time 11-12-2018 09:42 AM | Show all posts |Read mode
This is lioke


SEBUAH taman tema di Korea Selatan mungkin syurga kepada peminat keju kerana menawarkan pelbagai permainan dan hiasan bertemakan bahan itu, malah pengunjung juga boleh menyertai kelas membuat makanan istimewa berkenaan.
Dengan keluasan hampir 13 hektar, Taman Tema Keju Imsil menawarkan permainan dan pengalaman luar biasa kepada peminat keju.
Taman Tema Keju Imsil terletak di luar Seoul dan hanya dua jam perjalanan menaiki kereta dari bandar raya itu.
Walaupun tiada permainan roller-coaster, taman tema itu mempunyai tarikan tersendiri seperti trek pejalan kaki, permainan bertemakan keju, kelas membuat keju dan bangunan yang direka berbentuk makanan berkenaan.
Taman itu juga menawarkan peluang kepada pengunjung untuk merasai pelbagai jenis keju buatan penduduk di Korea Selatan.


TIGA pekerja menunjukkan keju tempatan yang dihasilkan di taman tema berkenaan



Sekiranya itu tidak cukup lagi, pengunjung boleh membeli keju yang dijual di kedai di dalam taman tema berkenaan.
Taman tema yang dibuka sejak 2004 itu sebenarnya terletak di wilayah Jeolla Utara.
Rantau itu dianggap sebagai antara pengeluar keju terbaik Korea Selatan.
Selain dapat merasai keenakan keju, pengunjung juga boleh belajar sejarah rantau berkenaan dan budaya pembuatan keju menerusi pameran menarik yang terdapat di taman itu.


Trek pejalan kaki tidak kurang hebatnya. Sepanjang laluan itu pengunjung boleh bergambar dengan pelbagai hiasan berbentuk keju dan watak animasi popular yang lain.
Sebuah taman permainan juga bertemakan keju sudah pasti menjadi tumpuan kanak-kanak untuk bermain malah mereka juga boleh membelai haiwan yang dibiar bebas seperti kambing dan lembu.
Susu kambing dan lembu adalah ramuan utama dalam proses menghasilkan keju di Korea Selatan.


KEBANYAKAN bangunan di taman tema ini direka berbentuk keju

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.055357 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list