CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1823|Reply: 8

Rasulullah saw last words ...

[Copy link]
Post time 11-12-2018 02:57 PM | Show all posts |Read mode
IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-311: UCAPAN TERAKHIR NABI SAW
ButiranDimuatnaik oleh Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub Diterbitkan: 07 Disember 2018
pautan asal:http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/2842-irsyad-al-hadith-siri-ke-311-ucapan-terakhir-nabi-saw

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2018 02:57 PM | Show all posts

Soalan: Apakah ucapan terakhir Nabi SAW sebelum Baginda SAW wafat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2018 02:58 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 11-12-2018 03:05 PM

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Sebelum kami menjawab pertanyaan di atas, suka bagi kami untuk mendatangkan kisah detik terakhir Rasulullah SAW sebelum Baginda SAW bertemu Penciptanya berdasarkan kepada karangan Syeikh Safiy al-Rahman al-Mubarakfuri yang terkenal al-Rahiq al-Makhtum:

“Setelah waktu Dhuha semakin meninggi, Nabi SAW memanggil Fatimah lalu membisikkan sesuatu kepadanya, lantas Fatimah pun menangis. Kemudian baginda memanggilnya sekali lagi lalu membisikkan sesuatu sehingga Fatimah tertawa. Aisyah R.anha bertanya tentang hal itu, lalu Fatimah menjawab: “Rasulullah SAW membisikkan kepadaku bahawa Baginda SAW akan wafat dengan sakit yang sedang dihadapinya, lantas aku menangis. Kemudian Baginda SAW membisikkan kepadaku bahawa aku adalah ahli keluarganya yang pertama akan menyusul selepas daripada Baginda SAW.” Nabi SAW juga turut menghiburkan Fatimah bahawa dia adalah ketua atau penghulu wanita sekalian alam. Tatkala Fatimah melihat penderitaan hebat yang ditanggung oleh Rasulullah SAW, lalu dia berkata: “Alangkah deritanya ayahanda.” Lalu Rasullah SAW berkata kepadanya: “Selepas hari ini tidak ada lagi penderitaan ke atas ayahandamu.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2018 02:59 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 11-12-2018 03:05 PM

Setelah itu, Baginda SAW memanggil Hasan dan Husain lalu berpesan kepada mereka dengan kebaikan. Kemudian, Baginda SAW memanggil para isterinya lalu memberi nasihat dan peringatan kepada mereka. Sakit Baginda SAW bertambah kuat akibat daripada kesan racun daging kambing yang dikunyahnya di Khaibar sehingga Baginda SAW bersabda: “Wahai Aisyah, aku masih lagi terasa bias makanan yang aku makan di Khaibar, maka sekarang tibalah masanya aku merasai bagaikan hendak terputus urat leherku disebabkan oleh racun ini.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2018 02:59 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 11-12-2018 03:06 PM

Tibalah saat terakhir kehidupan Rasulullah SAW dengan Aisyah menyandarkan Baginda SAW ke ribaannya. Dalam hal ini, Aisyah berkata: “Antara nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepadaku ialah Rasulullah SAW wafat di dalam rumahku semasa giliranku dan dirangkulanku antara leher dan dadaku. Dan Allah SWT telah mengumpulkan air liurku dan air liur Baginda SAW ketika kewafatan Baginda SAW.” Abdulrahman bin Abu Bakar pun masuk dengan ditangannya kayu sugi dan ketika aku sedang meriba Rasulullah SAW.



Baginda SAW memandang ke arah Abdulrahman dan aku menyedari bahawa Baginda SAW ingin kayu sugi tersebut. Aku pun bertanya kepada Baginda SAW: “Mahukah aku ambilkan kayu sugi untukmu?.” Baginda SAW mengisyaratkan dengan kepalanya tanda setuju. Lalu aku hulurkankayu sugi tersebut tetapi ia kelihatan keras. Aku pun berkata: “Mahukah aku lembutkannya untukmu?.” Baginda SAW mengisyaratkan dengan kepalanya tanda setuju, lalu aku melembutkannya dan Baginda memerintahkan untuk disugi. Di dalam satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Baginda SAW bersugi dengan cara yang lebih baik berbanding sebelum daripada ini. Ketika itu, dihadapan Baginda SAW ada sebekas kecil berisi air. Baginda SAW mencelupkan tangannya di dalam bekas air tersebut, lalu menyapunya di muka sambil berkata: “Tidak ada Tuhan selain daripada Allah, sesungguhnya bagi kematian itu kesakitan-kesakitan.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2018 02:59 PM | Show all posts
Sebaik sahaja selesai bersugi Baginda SAW mengangkat tangannya atau jarinya serta mendongak ke bumbung sambil bibirnya bergerak. Aisyah R.anha merapatkan telinganya kerana ingin mendengar apa yang diucapkan oleh Baginda SAW:



مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي، وَأَلْحِقْنِي بِالرَّفِيقِ الأَعْلَى اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى

Maksudnya: “Bersama orang-orang yang Engkau beri nikmat kepada mereka daripada kalangan para nabi, orang-orang benar (orang yang beriman), orang-orang syahid dan orang-orang soleh. Ya Allah, ampunilah aku dan rahmatilah aku serta pertemukan aku dengan Teman Yang Tertinggi, Ya Allah, Kekasih Yang Tertinggi.”



Baginda SAW mengulangi kalimah akhir tersebut sebanyak tiga kali, kemudian tangan Baginda SAW terkulai layu dan Baginda SAW pun pergi mengadap Kekasih Yang Tertinggi.”

[Lihat: al-Rahiq al-Makhtum, 430-432]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-12-2018 03:00 PM | Show all posts
Berdasarkan soalan di atas, di sini kami datangkan beberapa teks atau matan hadith yang menceritakan ucapan Nabi SAW sebelum Baginda SAW pergi buat selamanya. Antaranya:

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2018 03:01 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 11-12-2018 03:04 PM

  • Daripada Aisyah dan Abdullah bin Abbas R.anhuma berkata:


لَمَّا نَزَلَ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، طَفِقَ يَطْرَحُ خَمِيصَةً لَهُ عَلَى وَجْهِهِ، فَإِذَا اغْتَمَّ كَشَفَهَا عَنْ وَجْهِهِ، وَهُوَ كَذَلِكَ يَقُولُ: لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى اليَهُودِ، وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ
Maksudnya: “Apabila turun wahyu kepada Rasulullah SAW, Baginda SAW memegang bajunya sambil menutup secarik kain ke wajahnya dan saat beliau beliau mula merasa sesak, kami pun membukanya. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Laknat Allah ke atas orang Yahudi dan al-Nasrani yang mana mereka menjadikan kubur para nabi mereka sebagai masjid.” [Riwayat al-Bukhari (4443)]



Hadith ini diletakkan oleh Imam al-Bukhari di dalam bab sakit dan kewafatan Nabi SAW.
  • Daripada Aisyah R.anha berkata:

فَكَانَتْ آخِرَ كَلِمَةٍ تَكَلَّمَ بِهَا: اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى
Maksudnya: “Adapun ucapan terakhir yang diucapkan oleh Baginda SAW: اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Ya Allah, Kekasih Yang Tertinggi).” [Riwayat al-Bukhari (4463)(6348)(6509) dan Muslim (2444)]



Tambahan pula, di antara wasiat Nabi SAW sebelum Baginda SAW wafat adalah berkaitan solat sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab-kitab sirah iaitu:
وَأَوْصَىْ النَّاسَ، فَقَالَ: الصَّلَاةُ الصَّلَاة ُوَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانَكُمْ
Maksudnya: “Peliharalah solat, peliharalah solat dan hamba-hamba yang kamu miliki.”



Di dalam perkara ini, kami cenderung kepada hadith Aisyah R.anha iaitu ucapan Nabi SAW yang terakhir sebelum Baginda SAW wafat adalah “اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Ya Allah, Kekasih Yang Tertinggi)”.
Ini kerana, hadith atau riwayat tersebut disepakati oleh Imam al-bukhari dan Imam Muslim bahawa itu adalah ucapan Nabi SAW. Tambahan pula, ucapan tersebut diceritakan oleh Aisyah R.anha yang mana Nabi SAW wafat di rumah dan di pangkuannya.
Justeru itu, beliaulah yang lebih layak untuk menceritakan perkara seperti ini. Selain itu, dikatakan ucapan Nabi SAW yang terakhir adalah “umatku, umatku”, perkara ini adalah tidak benar sama sekali kerana kami tidak menemui sumbernya yang sahih.
Adapun ucapan Nabi SAW berkaitan laknat Allah ke atas Yahudi dan Nasrani, dan juga ucapan Nabi SAW berkaitan solat adalah diucapkan sebelum daripada Baginda SAW mengucapkan “اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Ya Allah, Kekasih Yang Tertinggi).”

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2018 03:03 PM | Show all posts
Timbul sedikit persoalan, bahawa ucapan terakhir Nabi SAW adalah tidak selari dengan sebuah hadith yang diajarkan oleh Baginda SAW kepada kita semua untuk diucapkan sebelum kita meninggalkan dunia ini, iaitu:



Daripada Mu’az bin Jabal, bahawa Nabi SAW bersabda:


مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ


Maksudnya: “Barangsiapa yang ucapan terakhirnya “لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ (Tidak ada Tuhan melainkan daripada Allah).” [Riwayat Abu Daud (3116)][sanadnya adalah hasan menurut Imam al-Nawawi]



Di dalam hadith di atas, Nabi SAW menyuruh kita agar menjadikan kalimah tauhid iaitu “لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ (Tidak ada Tuhan melainkan daripada Allah)” sebagai kalimah atau ucapan yang terakhir buat kita di dunia ini.


Ini kerana, barangsiapa yang berjaya mengucapkannya, maka baginya atau dia berhak untuk dimasukkan ke dalam syurga. Untuk menjawab percanggahan ini, maka kami ingin nukilkan pendapat daripada al-Hafiz Imam Ibn Hajar al-Asqalani yang mana beliau menukilkannya daripada al-Suhaili bahawa di antara hikmah Nabi SAW mengucapkan kalimah “ اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Ya Allah, KekasihYang Tertinggi)” sebelum Baginda SAW menghembuskan nafasnya yang terakhir adalah kerana kalimah tersebut mengandungi tauhid (iaitu mengesakan Allah) dan ia (tauhid) diucapkan di dalam hati.


Ini menunjukkan rukhsah (keringanan) kepada orang lain bahawa tidak disyaratkan untuk mengucapkannya (kalimah tauhid) dengan lisan (lidah).

Kadang-kadang, sebahagian manusia tidak mampu atau terhalang daripada mengucapnya dengan lidah dan ini sebenarnya tidaklah memudharatkannya sekira hatinya terkandung kalimah tauhid tersebut. [Lihat: Fath al-Bari, 138/8]

Justeru itu, kita memahami bahawa tidak disyaratkan untuk menyebut kalimah tauhid dengan lidah ketika seseorang itu ingin meninggal dunia, bahkan yang paling penting adalah kalimah tersebut perlulah tersemat di dalam hatinya kerana iman adalah di dalam hati. Lidah atau lisan hanya sebagai perantara untuk menterjemahkan apa yang ada di dalam hati.



Penutup

Kesimpulannya, kami tegaskan sekali lagi bahawa ucapan terakhir Nabi SAW adalah “اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Ya Allah, Kekasih Yang Tertinggi)” sebagaimana yang telah jelaskan di atas. Selain itu, tidak terdapat percanggahan sama sekali di antara ucapan Nabi SAW yang terakhir ini dengan hadith yang menuntut agar dijadikan ucapan terakhirnya “لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ (Tidak ada Tuhan melainkan daripada Allah).” Ini kerana, ucapan Nabi SAW telah mengandungi kalimah tauhid iaitu mengesakan Allah SWT. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita pengakhiran hidup yang baik serta memasukkan ke dalam syurga yang tertinggi bersama para anbiya’ dan orang-orang yang soleh. Amin.



Wallahua’lam


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.053630 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list