View: 2246|Reply: 9
|
ALLAH BERSEMBAHYANG KEPADA MUHAMMAD?...gosh
[Copy link]
|
|
AL-AFKAR #30: ALLAH BERSEMBAHYANG KEPADA MUHAMMAD?
ButiranDimuatnaik oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad Diterbitkan: 09 Disember 2018
pautan asal:
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 11-12-2018 04:17 PM
Soalan:
Adakah dakwaan bahawa Allah prays to Muhammad itu benar?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 11-12-2018 04:18 PM
Jawapan:
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Perkataan Allah prays to Muhammad atau Allah bersembahyang kepada Muhammad (sebagaimana yang dimaksudkan) merupakan isu biasa yang dilontarkan oleh mereka yang ingin mengelirukan umat Islam berhubung kemurnian akidah Islam. Mereka akan membawakan beberapa ayat al-Qur’an antaranya:
أُولَـٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ
Maksudnya: Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.”
(Surah al-Baqarah: 157)
هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلَائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۚ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا
Maksudnya: “Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat).”
(Surah al-Ahzab: 43)
إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
(Surah al-Ahzab: 56) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 11-12-2018 04:19 PM
Mereka memahami kalimah yang dibold ini dengan maksud sembahyang. Maksudnya, Allah SWT bersembahyang kepada Rasulullah SAW. Oleh itu, siapakah Tuhan yang sebenar kerana Allah juga bersembahyang kepada Muhammad? Adakah ini tepat? Kami berpandangan, dakwaan sedemikian adalah akibat kejahilan dalam memahami Bahasa Arab dengan baik.
Definisi Solat (الصلاة)
Kami akan menghuraikan definisi (الصلاة) dari sudut bahasa (literal) dan istilah (technical). Perkataan “solat ” adalah diambil dari bahasa Arab. Ia adalah kata nama terbitan (masdar) dari kata kerja (fi’l) ; solla (صلّى), yusolli (يصلّي), solatan (صلاة) yang memberi maksud doa, istighfar, keampunan, kasih sayang, Islam dan agama. (Lihat al-Mu’jam al-Arabi al-Asasi, 1/746)
Menurut al-Raghib al-Isfahani, solat (الصلاة) dari sudut bahasa dapat didefinisikan sebagai doa, memohon keberkatan dan kepujian. (Lihat al-Mufradat fi Gharib al-Qur’an, m. 490-491)
Imam al-Nawawi menyatakan asal bagi perkataan (الصلاة) dari sudut bahasa adalah doa. Inilah pandangan jumhur ulama’ dalam kalangan ahli bahasa dan selainnya. Al-Zajjaj menyatakan asalnya adalah bermaksud tetap dan konsisten. Al-Azhari dan selainnya berkata: “Solat daripada Allah adalah kasih sayang, daripada malaikat adalah memohon keampunan dan daripada manusia adalah kerendahan hati dan doa.” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 1/118)
Perkataan solat sebenarnya telah digunakan sebelum kedatangan Islam lagi. Orang-orang Arab sebelum Islam telah menggunakan istilah solat yang bermaksud doa dan istighfar. Ia juga merupakan kata terbitan daripada perkataan (صلة) iaitu hubungan kerana solat menghubungkan manusia dengan Tuhannya dan mendekatkannya dengan rahmat Tuhannya. (Lihat Ruh al-Solah fi al-Islam, m. 23).
Kesemua perbahasan di atas, boleh didapati dengan rangkuman yang menyeluruh dalam Lisan al-A’rab (14/464-467) meliputi dalil-dalil al-Qur’an, hadith, begitu juga sya’ir-sya’ir Arab yang membuktikan (الصلاة) bukan hanya bermaksud sembahyang.
Oleh itu, dapat kami simpulkan bahawa perkataan (صلّى) dari sudut bahasa, boleh membawa pelbagai makna seperti doa, istighfar, keampunan, kasih sayang, dan lain-lain yang berkaitan, bergantung kepada konteks ayat. (الصلاة) juga boleh membawa dua makna; (i) Doa dan memohon keberkatan (ii) ibadah. (Lihat al-Qamus al-Muhit, m. 1681). Jika ianya daripada Allah, ianya bermaksud penyucian, kasih sayang dan pujian. Jika ianya daripada malaikat, ianya bermaksud istighfar. Jika ianya daripada manusia, ia bermaksud doa.
Adapun perkataan (الصلاة) dari sudut istilah sebagaimana pandangan jumhur ulama’, ia bermaksud: Perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang bermula dengan takbir dan berakhir dengan salam berserta niat dan syarat-syarat yang tertentu. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 27/51). Inilah definisi yang difahami dalam Bahasa Arab yang merujuk kepada sembahyang. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 11-12-2018 04:27 PM
Maksud Kalimah (على)
Dalam Bahasa Arab, ‘ala dikategorikan sebagai kata sendi (harf al-jar). ‘Ala mempunyai makna yang pelbagai, antaranya adalah:
Keunggulan, ketinggian (الاستعلاء)
Ini adalah makna asal sebagaimana firman Allah SWT:
فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ
Maksudnya: “Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu)”
(Surah al-Baqarah: 253)
Mengiringi (المصاحبة)
Ia membawa maksud (مع) iaitu bersama sebagaimana firman Allah SWT:
وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ
Maksudnya: “…dan mendermanya seseorang akan hartanya sementara ia menyayanginya.”
(Surah al-Baqarah: 177)
Justifikasi (التعليل)
وَلِتُكَبِّرُوا اللَّـهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ
Maksudnya: “…dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya.”
(Surah al-Ma’idah: 185)
Tempat/keadaan (zarfiyyah/
Ia membawa maksud (في) iaitu dalam sebagaimana firman Allah SWT:
وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَىٰ مُلْكِ سُلَيْمَانَ ۖ
Maksudnya: Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman,”…”
(Surah al-Baqarah: 102)
Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili ketika menghuraikan pengunaan ‘ala dari sudut usul fiqh membawakan berapa contoh penggunaannya dalam fiqh. Antaranya contohnya perkataan (لفلان علي ألف درهم) bermaksud “si fulan berhutang denganku 1,000 dirham”. Di sini, ‘ala difahami dengan maksud isti’la’ iaitu meninggi atau berada di atas sesuatu kerana si fulan itu tertanggung di atasnya hutang sebanyak 1,000 dirham. Ia juga membawa maksud bi iaitu bersama mengiringi. Contohnya, perkataan (بعت منك هذا العبد بألف درهم) bermaksud “Aku telah memberi hamba ini daripada kamu dengan harga 1,000 dirham.” (Lihat Usul al-Fiqh al-Islami, 399-400).
Firman Allah SWT:
وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ ۗ
Maksudnya: “dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka.”
(Surah al-Taubah: 103)
Sebagai contoh, perkataan (وَصَلِّ عَلَيْهِمْ) di atas yang bermaksud “dan doakanlah untuk mereka”. Ianya bukan bermaksud “solatlah kepada mereka” kerana jika demikian, sewajarnya ia berbunyi (وَصَلِّ لهُمْ).
Selain itu, kami mengambil contoh perkataan (صلى الله عليه وسلم), yang diterjemahkan dalam The Dictionary of Modern Written Arabic oleh Hans Wehr dan semakan oleh J. Milton Cowan. Ini adalah sebuah kamus Arab-Inggeris yang terkenal, dan ditulis oleh seorang sarjana dalam bidang Bahasa Arab berbangsa Jerman. Menurut beliau, (صلى الله عليه وسلم) bermaksud, abbreviation of eulogy following the name of the of the Prophet Muhammed: (صلى الله عليه وسلم) (salla, salaam) God bless him and grant him salvation!”
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 11-12-2018 04:29 PM
Kesimpulan
Satu perkataan, boleh membawa pelbagai makna. Ini adalah ciri-ciri biasa bagi sebuah bahasa, apatah lagi Bahasa Arab yang kaya dengan kosa katanya. Ball dalam Bahasa Inggeris, boleh bermaksud bola, boleh juga bermaksud parti; bergantung kepada konteks ayat. Tambahan pula, jika kata sendinya berbeza maka sudah pasti ia membawa maksud yang berbeza.
Kami simpulkan perbahasan ini dengan memetik kenyataan daripada al-Safarini
والصلاة من الله الرحمة , ومن الملائكة الاستغفار , ومن الآدميين التضرع والدعاء بخير
Maksudnya: (الصلاة) di sisi Allah bermaksud kasih sayang, di sisi malaikat bermaksud istighfar, dan di sisi manusia bermaksud rendah hati, dan mendoakan kebaikan. (Lihat Ghiza al-Albab, 1/71)
Kami melihat bahawa ada keperluannya bagi para pendakwah terutamanya yang berhadapan dengan golongan sebegini untuk mempunyai asas Bahasa Arab yang baik. Ini bertujuan bagi menangkis salahfaham yang cuba ditimbulkan dan memudahkan penyampaian dakwah Islam kepada mereka. Wallahua’lam. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab pemahaman nahu Arab amat penting dalam mentafsir Al Quran.... |
|
|
|
|
|
|
|
akhir zaman bila xde guru adila kesesatan yg bermacam
guru itulah pembimbing
dah le xde guru, xmengaji mantik nahu sorof balughah...
mcm2 dah akhir zaman
nak harap sekadar tgk youtube jer, jadile mcm kaldai bodo sombong unlimited dak bangang nizam |
|
|
|
|
|
|
|
maknosia ni byk kategori nya
dan spesial pd jenis bodo sombong xsedar diri
ada cara ketuk ketuk ego sombong batilnya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|