CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1636|Reply: 5

SUJUD SYUKUR DAN BOLA SEPAK

[Copy link]
Post time 11-12-2018 06:53 PM | Show all posts |Read mode
AL-KAFI #951: SUJUD SYUKUR PEMAIN BOLAButiran
Dimuatnaik oleh Luqman Tarmizi
Diterbitkan: 11 Disember 2018



pautan asal:http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2863-al-kafi-951-sujud-syukur-pemain-bola




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2018 06:54 PM | Show all posts
Soalan


Assalamualaikum SS Dato’ Seri. Saya lihat ramai pemain bola melakukan sujud syukur tatkala menjaringkan gol atau meraih kemenangan dalam perlawanan bola. Ini termasuk di dalam dan luar negara seperti Mohamad Solah, pemain Liverpool yang terkenal. Adakah sujud syukur perlu kepada wudhu’ dan bagaimana kaifiatnya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2018 06:57 PM | Show all posts
Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Syukur merupakan pengiktirafan terhadap kurniaan Tuhan dengan memujinya. Hakikatnya menzahirkan atas kesan nikmat pada lidah, hati dan anggota badan di mana lidah memuji, hati mengiktiraf dan anggota badan melakukan mengikut apa yang diredhai-Nya. (Lihat Madarij al-Salikin, 2/244)

Syukur pada istilah ialah seorang hamba menggunakan semua nikmat kurniaan Allah kepadanya untuk mentaati-Nya. (Lihat Hasyiah al-Syabramalisi, 1/22)

Sedangkan takrif sujud syukur sebagai sujud yang dilakukan oleh seseorang ketika mendapat nikmat atau tertolak bala. (Lihat Syarh al-Minhaj dan Hasyiah al-Qalyubi, 1/208)

Ulama khilaf berkenaan dengan sujud syukur:

  • Ia tidak disyariatkan. Inilah pendapat Abu Hanifah, Malik dalam satu pendapat yang masyhur dan al-Nakha’ie mengikut yang dinyatakan oleh Ibn al-Munzir.
  • Ia disyariatkan dan hukumnya sunat. Inilah pendapat Imam Syafi’e, Ahmad, Ishaq, Abu Thaur, Ibn al-Munzir, Abu Yusuf, Muhammad Ibn Habib daripada mazhab Maliki dan Ibn Qassar menisbahkan kepada Imam Malik bahkan ditashihkan oleh al-Banani.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2018 07:05 PM | Show all posts
Antara hujahnya:

  • Daripada Abi Bakrah R.A berkata:


أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَتَاهُ أَمْرٌ يَسُرُّهُ أَوْ بُشِّرَ بِهِ ، خَرَّ سَاجِدًا ، شُكْرًا لِلَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى


Maksudnya: “Bahawa sesungguhnya Nabi SAW apabila datang kepadanya sesuatu yang menggembirakan atau khabar gembira, beliau lantas sujud untuk berterima kasih kepada Allah SWT.”


Riwayat Ibn Majah (1394)



  • Dalam riwayat lain, daripada Abi Bakrah R.A juga, beliau berkata:


اَنَّ النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ اِذَا جَاءَهُ خَبَرٌ يَسُرُّهُ خَرَّ سَاجِدًا ِللهِ


Maksudnya: “Bahawa sesungguhnya apabila datang kepada Nabi SAW sesuatu yang baik yang menggembirakan, beliau langsung sujud kerana berterima kasih kepada Allah SWT.”


Sunan Abi Dawud (2774)




Berdasarkan dalam sejarah Islam, kita dapati ramai tokoh yang sujud syukur. Antaranya:

  • Saidina Abu Bakar al-Siddiq R.A sujud syukur apabila dapat membuka kota Yamamah dan mendengar perkhabaran Musailamah al-Kazzab dibunuh.
  • Saidina Ali R.A ketika mendapati terbunuhnya Za Thadiyah daripada kalangan Khawarij, telah melakukan sujud syukur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2018 07:06 PM | Show all posts
Syarat Sujud Syukur

Syarat sujud syukur menurut mazhab Syafi'i sama dengan solat dan sujud tilawah, iaitu:

  • Suci dari hadas kecil dan besar
  • Pakaian dan tempat yang dipakai sujud hendaklah suci.
  • Menutup aurat, menghadap kiblat, niat melaksanakan sujud syukur.
  • Masuknya waktu sujud iaitu segera setelah waktu terjadinya nikmat atau terhindarnya musibah.
  • Berdasarkan syarat ini, jika seseorang bukan dalam keadaan suci, dia tidak perlu sujud syukur sepertimana yang dinyatakan oleh al-Syarqawi. Walaupun begitu, di sisi sebahagian Malikiyah, adalah harus tanpa wudhu’.

Al-Khattab berkata, rahsia makna yang membawa kepada sujud syukur akan hilang jika kita ta’khirkan sujud syukur sehingga kita bersuci. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 24/248)

Hal ini sama seperti pendapat Imam Syaukani yang berkata: “Dalam Sujud Syukur tidak terdapat sebuah hadis pun yang menjelaskan bahawa untuk melakukannya disyaratkan berwuduk, suci pakaian atau tempat sujudnya.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2018 07:07 PM | Show all posts
Cara Sujud Syukur

Sujud syukur sama dengan sujud solat atau sujud tilawah dengan sedikit perbezaan. Berikut merupakan cara sujud syukur menurut mazhab Syafi'e:

  • Mengadap kiblat.
  • Niat sujud syukur (dalam hati): "Saya niat sujud syukur sunat kerana Allah" (نويت سجود الشكر سنة لله تعالى)
  • Takbir dan mengangkat kedua tangan untuk melaksanakan sujud seperti hendak takbiratul ihram.
  • Sujud tanpa mengangkat tangan ketika turun hendak sujud
  • Sujud hanya satu kali dan sunat membaca "سبحان ربي الأعلى" tiga kali dan membaca doa berikut [سَجَدَ وَجْهِي لِلَّذِي خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ ، وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ ، بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ]
  • Mengangkat kepala dari sujud dengan takbir.
  • Duduk tanpa membaca tahiyat (tasyahud) dan
  • Diakhiri dengan mengucapkan salam. (Lihat al-Majmu’ oleh Imam al-Nawawi, 4/68)
  • Sebagai peringatan, ulama’ Syafi’e dan Hanbali berpendapat, tidak harus sujud syukur ketika dalam solat kerana sebabnya luar daripada solat. Jika ia sujud syukur ketika solat, nescaya batal solatnya. Mereka berpendapat: Kecuali seseorang itu jahil atau terlupa, maka tidak batal solatnya. (Lihat al-Majmu’, 4/68; Raudhah al-Talibin, 1/325 dan Nihayah al-Muhtaj, 2/97)

Menjawab persoalan di atas, sememangnya dalam Mazhab Syafi’e, syarat dan cara sujud syukur seperti yang dinyatakan. Tetapi dalam kes yang disebut, saya melihat sebagai satu gambaran kegembiraan pemain Islam yang sedikit sebanyak boleh memberi kesan dalam bentuk dakwah untuk menzahirkan kesyukuran dan mengingatkan kepada Allah. Atas asas ini, taqlid kepada mazhab yang lain seperti mazhab Malik pada satu qaul dan juga pendapat Imam Syaukani boleh diterima pakai.

Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita berkenaan dengan agama kita untuk kita laksanakan dengan sebaiknya. Amin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.043481 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list