CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1216|Reply: 0

Quo Vadis ISTAC, Latin a bit are we today ....hmm..

[Copy link]
Post time 12-12-2018 06:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 12-12-2018 07:38 AM

SEJARAH JATUH BANGUN ISTAC 28 TAHUN (1987-2015)
https://www.facebook.com/khalif.muammar
1. International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) ditubuhkan berdasarkan gagasan agung Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam usaha untuk membangunkan institusi pendidikan tinggi Islam berdasarkan kepada falsafah pendidikan Islam yang asli dan telah dibentangkan dalam Persidangan Pendidikan Islam yang pertama di Makkah anjuran OIC pada tahun 1977.
Gagasan ini menggariskan solusi kepada kemunduran umat Islam dan jalan terbaik bagi kebangkitan semula peradaban Islam.
2. ISTAC adalah sumbangan besar seorang pemikir Islam ulung kontemporari bukan sahaja kepada umat Islam di Malaysia tetapi juga kepada dunia Islam pada umumnya yang turut merasakan manfaat yang besar daripada buah fikiran beliau.


3. Sejak ia ditubuhkan pada tahun 1987, ISTAC telah mencipta nama besar dalam arena pendidikan Islam dan disegani bukan sahaja oleh dunia Islam bahkan oleh sarjana-sarjana Barat sebagai satu-satunya institusi yang berhasil menciptakan iklim intelektual yang dinamik dan mapan di dunia Islam.


4. Kehancuran ISTAC bermula apabila Tan Sri Prof. diberhentikan daripada ISTAC pada tahun 2002 di atas dakwaan-dakwaan yang tidak berasas. Penyingkiran beliau dianggap tidak akan memberi apa-apa kesan kepada ISTAC walhal pemecatan beliau bermakna hilangnya tradisi dan kekuatan yang menjadi pemicu kepada kegemilangan ISTAC.

5. Kehancuran ISTAC memberi imej yang buruk kepada negara yang umumnya dilihat mendaulatkan Islam dan memperkasakan institusi-institusi Islam di negara ini. Pemerintah dianggap tidak peduli dengan nasib institusi pendidikan yang cemerlang dan telah menjadi kebanggaan Malaysia di peringkat dunia.

6. Pada zaman kegemilangannya ISTAC telah menjadi pusat rujukan peringkat dunia dan pusat kajian peradaban Islam. Ramai ilmuwan dan sarjana serta pelajar yang datang dari serata pelosok dunia untuk menimba ilmu daripada seorang ahli falsafah dan pemikir ulung masa kini bagi menangani masalah umat Islam di negara masing-masing.

7. ISTAC tidak pernah mendatangkan kerugian kepada negara. Pelaburan bagi membangun kampus ISTAC yang megah dan perpustakaan yang unik dan amat berharga ternyata tidak sia-sia kerana keuntungan yang begitu besar dijana bukan hanya dari segi material tetapi lebih penting lagi yang bersifat maknawi.

Antara pulangan maknawi tersebut adalah,

8. ISTAC telah menjadi tumpuan pelajar-pelajar cemerlang dari dalam dan luar negara dalam bidang pemikiran dan tamadun Islam sehingga dapat melahirkan para sarjana dan pemikir yang mampu menghadapi dan menjawab cabaran pemikiran semasa seperti liberalisme, sekularisme, pasca modernisme dan lain-lain. Mereka kini merupakan singa-singa yang memimpin masyarakat Islam di negara masing-masing.

9. Menerbitkan banyak buku-buku yang menjadi rujukan dalam pemikiran Islam dan pendidikan Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Buku-buku Tan Sri Prof. Al-Attas khususnya telah dirujuk dan diwacanakan oleh sarjana-sarjana antarabangsa terkenal seperti Sh. Hamza Yusuf, Dr. Umar Faruq Abdullah, dan lain-lain, juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Turki, Farsi, Indonesia, Rusia, China, Bosnia, dll.

10. ISTAC telah menjadi tumpuan masyarakat Islam di Malaysia mahupun antarabangsa, ramai yang datang dari luar negara semata-mata ingin menziarahi ISTAC dan merasakan suasana yang unik.

Mereka membayangkan ISTAC adalah Andalusia bagi Asia Tenggara. Umumnya mereka sedih atas apa yang berlaku ke atas ISTAC dan bagaimana ia gagal diperjuangkan oleh masyarakat Islam di negara ini.

• Usaha untuk menghidupkan kembali ISTAC tidak akan berhasil tanpa adab dan kejujuran. Amanah ini perlu dipikul oleh individu-individu yang memahami falsafah ISTAC serta tradisi ilmu yang ditanamkan oleh pengasasnya.


*Tulisan ini dibuat pada tahun 2016 setelah mendapat berita tentang penghapusan nama ISTAC pada tahun 2015, dan dikemaskini dengan sedikit perubahan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.058154 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list