JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
522
View
6
Reply

Harimau muncul sebelum perlawanan gamatkan suasana di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil

[Copy link]

Author: auntyaya       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-12-2018 12:24 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Seorang penyokong bola sepak menampilkan kelainan dengan membuat lukisan badan umpama harimau sempena perlawanan final pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Lelaki yang ingin dikenali sebagai Jai Gen2 Kuning, 25, berkata dia melakukan lukisan badan berkenaan bagi membuktikan sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya yang menggalas cabaran negara.
Saya buat body painting ni untuk melahirkan semangat bola sepak dalam diri dan tanda setia saya sebagai anak jati Perak, terhadap Harimau Malaya.
Game malam ini pasti sengit dan saya di sini untuk memberikan sepenuh sokongan untuk pasukan negara. Saya yakin kita semua akan melihat aksi menarik pemain negara malam ini.


Saya cuma berharap pasukan negara mendapatkan jaringan dan mengelakkan gawang dibolosi pasukan lawan, katanya ketika ditemui mStar Online.




Menurut pemuda kelahiran Bagan Serai, Perak, ini bukan kali pertama dia melakukan lukisan pada badan.
Sebelum ini dia pernah menjadi seladang ketika perlawanan Perak menentang Terengganu ketika pasukan itu beraksi di pentas final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Oktober lalu.Ini bukan kali pertama saya buat body painting.
Sebelum ini saya pernah jadi seladang untuk game final Piala Malaysia Perak menentang Terengganu 2 bulan lalu.
Saya dapat nombor telefon pelukis ini daripada kawan saya di Taiping. Dia beritahu saya mereka ini pelukis mural dan boleh buat seperti yang saya nak.
Saya terus contact dan kebetulan mereka ada masa untuk lukis badan saya, jadi kami terus berjumpa di Stadium Shah Alam dan saya request mereka jadikan saya seladang.
Saya sangat berpuas hati dengan seni mereka pada malam itu dan untuk Piala AFF Suzuki kali ini, saya meminta mereka lukis Harimau Malaya pula, ujarnya.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
sedih plak tgk.. mcm rimau kurus kering dkt zoo tu sebab xcukup makan
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 01:14 PM | Show all posts
multinicky replied at 12-12-2018 12:48 PM
sedih plak tgk.. mcm rimau kurus kering dkt zoo tu sebab xcukup makan

haha kan..                                             
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 01:19 PM | Show all posts
aah..mcm rimau yg malnutrisi
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 03:01 PM | Show all posts
i ada sana malam tu... mmg nampak bro ni... semangat dia i puji la..mmg jadi tumpuan cameraman kat stadium..
tapi kering bebeno kamu yeop

ada sorang lagi pakcik pun sama kan lukis gak.. tu tua la pulak..
yg pakai pahlawan melayu pun ada... best la... meriah
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 03:16 PM | Show all posts
member iols ni. dia ni mmg jenis semangat sikit
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 03:48 PM | Show all posts
kesian rimau ni.. bagi lembu, lembu yg baham dia kalau size gini hahah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045691s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list