CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2452|Reply: 2

Belanja lebih RM400 juta, konsert khas Beyonce 'hidangan' utama majlis kahwin an

[Copy link]
Post time 12-12-2018 12:37 PM | Show all posts |Read mode
Mengenai majlis perkahwinan Isha Ambani, anak kepada lelaki paling kaya di India.
Dianggap sebagai gadis paling bertuah di dunia, majlis pra-perkahwinan Isha turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti antarabangsa termasuklah Beyonce.

Isteri kepada penyanyi rap, Jay-Z itu bukan sahaja hadir sebagai tetamu malah dia dibayar untuk membuat konsert khas sempena majlis pra-perkahwinan pasangan Isha dan Annand Piramal.
Menurut sumber, Beyonce menyanyikan beberapa rangkaian lagu popularnya seperti Crazy In Love dan Naughty Girl sambil memakai persalinan tradisi india yang direka oleh Abu Jani dan Sandeep Khosla.



Selain Beyonce, majlis itu turut dihadiri pasangan penganti baharu Nick Jonas dan Priyanka Chopra serta Deepika Padukone dan Ranveer Singh.
Tetamu majlis itu dikatakan diterbangkan khas dengan jet peribadi sebelum dibawa ke malis dengan menaiki kenderaan mewah.
Menurut laporan Bloomberg, majlis yang berlangsung selama seminggu itu dianggarkan bernilai AS$100 juta (RM418 juta).
Kehadiran ramai selebriti serta kemewahan majlis tersebut menarik perhatian ramai menjelang majlis perkahwinan sebenar Isha dan Annand pada minggu ini.
Malah, perkahwinan itu juga bakal menyatukan dua keluarga paling berpengaruh di negara India.
Bapa Isha, Mukesh Ambani merupakan individu ke-19 paling kaya di dunia, lapor Forbes.
Dalam pada itu, majlis berkenaan turut dihadiri pemain kriket legenda, Sachin Tendulkar, Ketua Pegawai Eksekutif 21st Century Fox, James Murdoch, Hillary Clinton dan ramai lagi. - SCMP.com.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2018 03:29 PM | Show all posts
Bg golongan kaya, 400 juta ibarat 400 ringgit jah. Kahwin mahal2 grand2 pastikan jodoh kekal hingga ke akhir hayat. Baru berbaloi gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 12:06 PM | Show all posts
Untunglah....xpyh nk kena beli tiket p nk tgk konsert Beyonce...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.139637 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list