CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11506|Reply: 22

Al - Maunah : Kebenaran yang Sebenar ( The Naked Truth )

[Copy link]
Post time 12-12-2018 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode



Penulis : Zabidi Mohamed
Penerbit : Zabidi Publication
Fax : 03-7727 1796
ISBN : 983-99447-2-X
Harga : RM 19.90 (Semenanjung M'sia)


Anda ingat lagi tak cerita pasal Al-Ma'unah?
Ringkasnya pada 2 Julai 2000, Malaysia digemparkan dengan rompakan senjata milik ATM (Angkatan Tentera Malaysia) di 2 kem yang saling berdekatan oleh kumpulan yang sama pada hari yang sama. Rompakan pelbagai senjata tempur ni dibuat oleh Pertubuhan Persaudaraan
Ilmu Dalam Al-Ma'unah.

Mereka jadikan Bukit Jenalik Sauk,Perak sebagai kubu pertahanan. Semuanya berakhir 4 hari kemudian
lepas mereka semua serah diri kepada pasukan keselamatan Malaysia. Tapi rakyat Malaysia jadi amat marah bila kumpulan ni rupanya dah bunuh dengan kejam 2 anggota pasukan keselamatan yang ditawan.
Kedua-dua mangsa kebetulan bukan Islam. Mangsa pertama memula kena tembak kat kaki pastu kena tembak dari belakang dari jarak dekat. Mangsa kedua pulak kena tembak kat kepala dari jarak dekat sampai bersepai otak

Astagfirullah...


Walaupun semua dah serah diri, cerita ni tak abis macam tu je. Tak lama kemudian,timbul pulak macam-macam dakwaan dari pelbagai pihak terutamanya dari parti pembangkang yang tuduh kononnya rompakan tu
adalah sandiwara yang dirancang oleh kerajaan & UMNO untuk buruk-burukkan imej PAS
dimata dunia, kebetulan ramai ahli Al-Ma'unah
adalah ahli PAS!

Malah bila kerajaan cuba buat
lakonan semula pun ramai yang tak percaya.

Maka orang Melayu yang memang terkenal sebagai sangat emosi mula buat macam-macam teori & andaian sendiri.
Antara teori & andaian yang 'famous' adalah:-


1-Mustahil dalam masa 20 minit (seperti yang media laporkan) semua senjata berat & pelbagai jenis peluru (114 senjata, 15,200 peluru & 287 peralatan tentera) boleh dimasukkan dalam ketiga-tiga Pajero yang digunakan Al-Ma'unah dalam rompakan itu.


2-Mustahil Al-Ma'unah dapat masuk ke kem yang dikawal ketat tu dengan mudah.Ini macam menunjukkan kedatangan mereka memang dah diketahui lebih awal atau lagi tepat,macam dah ada pakatan dari orang dalam.


3-Mustahil Al-Ma'unah dapat masuk ke gudang peluru & senjata dengan mudah sebab suma senjata dalam gudang biasanya dirantai satu sama lain.Malah pintu senjata tu sendiri ada prosedur yang ketat,maksudnya pintu hanya akan dibuka pengawal kat dalam gudang kalau orang yang nak masuk tu bagi password yang betul.


4-Mustahil Al-Ma'unah yang dah bertindak sungguh professional tu boleh bersembunyi kat belakang sekolah je yang jaraknya cuma lebih kurang 80 kilameter dari Kem 304 (kem yang baru saje mereka rompak).Ini macam mereka sengaja panggil & jemput pasukan keselamatan untuk kepung & tangkap mereka. Segala-galanya macam dah diatur secara sistematik.


5- Mustahil Al-Ma'unah begitu mudah serah diri hanya lepas diperdengarkan lagu Allahyarham P.Ramlee 'Getaran Jiwa'


6- Amin,ketua Al-Ma'unah dikatakan orang upahan UMNO yang sengaja dirancang untuk buat jenayah besar agar dapat dipenjarakan di Penjara Sg.Buloh.Dalam penjara nanti,Amin akan diletakkan dalam satu sel dengan Anwar Ibrahim.Kemudian Amin akan pura-pura gila sebelum bunuh Anwar Ibrahim.


7- Dan yang paling 'famous' adalah,ahli-ahli Al-Ma'unah yang terlibat dalam rompakan tu akan dapat ganjaran duit yang lumayan.Malah mereka semua cuma akan dihukum 2-3 tahun je kemudian akan dibebaskan lebih awal setelah dapat pengampunan Yang Dipertuan Agong.

Saya rasa semua orang macam
boleh jawab semua soalan ni kan?
Dan jawapan yang kita boleh jangka adalah;


Ini semua konspirasi kerajaan.
Ini semua plan kerajaan
nak burukkan pembangkang.


Tapi betul ke jawapan kita tu?
Bukti apa yang kita pakai
untuk sokong hujah kita tu?
Atas dasar kita marah & bengang
kat kerajaan atau kita cuma
agak-agak je sebab dengar cakap orang?
Maka buku Al-Ma'unah:Kebenaran Yang Sebenar
(The Naked Truth) karya saudara
Zabidi Mohamed ni saya syorkan.
Beliau pernah 'meletup' dengan buku Arqam:Tersungkur Di Pintu 'Syurga'
(sila baca ulasan saya sebelum ini).
Sebagai info,
buku Al-Maunah ni pun dah 'meletup-letup'
sampai dicetak berulang kali.
Kekuatan buku ni bukan terletak pada
penggunaan nama Al-Ma'unah,
tapi terletak pada kekuatan
hasil kajian & penyelidikan
yang dibuat oleh beliau.
Hasilnya buku ini amat mengkagumkan
sebab penuh dengan fakta &
maklumat benar serta jujur penyampaiannya.


Mula-mula saya tak tau apa kaitan beliau
dengan kes Al-Ma'unah ni.
Takkanlah beliau pun antara
yang kena tangkap & dipenjarakan?
Tapi rupa-rupanya kaitan beliau
dengan kes ini lebih kuat
dari apa yang saya fikirkan
sebab beliau adalah peguam utama
kepada Zahit Muslim,
orang no.2 Al-Ma'unah!
Bahkan beliau juga jadi peguam
kepada beberapa ahli Al-Ma'unah yang lain.
Yang paling menarik ialah
Zahit Muslim tu adalah kenalan beliau
masa sama-sama dalam Arqam.
Lalu misi beliau cuma 2;
Nak membela kawannya
Nak bongkar busuknya perbuatan TAKSUB bila dah menjalari hati manusia.


Buku ini terbahagi kepada 3 bahagian.


Bahagian 1


Ia bermula dari hari pertama hati beliau terdetik nak jadi peguam kepada kenalannya, Zahit Muslim.
Juga kisah beberapa ahli keluarga anggota
Al-Ma'unah yang tak dapat upah peguam-peguam terkenal sebab mahal.Kebanyakan mereka datang dari golongan susah.
Tapi yang paling saya suka dalam bahagian ni apabila beliau mula berulang alik ke Penjara Sg.Buloh sebab:-


1)Berjaya gambarkan dengan detail.         
Dari parking kereta sampailah ke pintu besi tebal warna hijau yang ke-7 sebelum sampai ke 8 bilik kecil,kegunaan para peguam berjumpa anak guam.Beliau juga selalu jumpa Anwar Ibrahim sebab bilik berjumpa anak guam beliau sebelah menyebelah.Sel tahanan Al-Ma'unah diasingkan sebab dikategorikan sebagai 'special case' kerana status pertubuhan silat Al-Ma'unah.Manalah tau ada antara mereka yang boleh terbang melepasi dinding penjara yang 20 kaki tinggi tu.Tapi alhamdulillah takde apa yang berlaku.Rahsia macamana pihak warden penjara membuatkan semua ilmu silat & ilmu kebal jadi TAWAR hanya Allah saja yang tau.


2)Pendedahan maklumat yang mengejutkan.     Hasil maklumat dari anak-anak guamnya,
macam-macam cerita yang menggemparkan mula terdedah.Majoriti ahli Al-Ma'unah mengaku TERPEDAYA dengan Amin,guru yang selalu pakai jubah,nampak alim & zuhud malah ramai ahli
Al-Ma'unah anggap Amin macam wali.
Dalam bahagian ni,KEBUSUKAN perbuatan taksub itu akan didedahkan satu persatu oleh saudara Zabidi.Tapi kat sini anda akan nampak betapa bijaknya Amin buatkan pengikutnya TAKSUB kepadanya hasil daripada konsep
'Rahsia dalam Rahsia' yang diciptanya.
Jadi bila Amin arahkan pengikutnya yang terpilih kononnya nak jalani latihan kerohanian PERINGKAT TERTINGGI BERSAMA TENTERA,masing-masing rasa bertuah &
tak sabar nak pergi.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2018 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahagian 2


Bahagian ni pulak dibuat macam dalam drama atau filem.Yang bestnya setiap peristiwa disertakan dengan tarikh,membuktikan ini adalah maklumat yang benar & tepat bukannya teori suka-suka yang macam orang kita suka buat.Bermula dari:-


1)Amin membina imej
Amin berjaya buatkan semua orang anggap dia hebat dalam ketenteraan & keagamaan.
Pengikut dia ingat Amin bekas perisik tentera sedangkan Amin cuma bekas operator semboyan yang dibuang dari tentera sebab terlibat dengan dadah.Pengikut dia jugak anggap Amin tu wali sedangkan Amin kuat merokok &
hisap sembunyi-sembunyi depan Zahit,
takut rahsia bocor & reputasi jatuh.


2)Kumpul ahli dari seluruh negara.         
Sebelum Julai 2000,Al Ma'unah dahpun
dianggotai hampir 1700 orang ahli
termasuk dari Brunei!
Kebanyakannya masuk Al-Ma'unah sebab
nak belajar ilmu kerohanian.
Jadi Amin selalu hantar pengikutnya
ke kursus kerohanian kat beberapa tempat
dlm Malaysia untuk kukuhkan ilmu kerohanian.
Mereka selalu disuruh taat kepada konsep
'Rahsia Dalam Rahsia' yang bermaksud
hanya guru je yang tau tujuan setiap
tindakan yang mereka kena buat walaupun kena suruh angkat batang kelapa yang berat
sambil jalan atas pasir yang panas
masa tengah terik matahari.
Jadi bila Amin arahkan khalifah-khalifahnya kat seluruh negara untuk kumpulkan 28 orang terpilih dari setiap negeri,takde sapa
berani lawan sebab lawan guru maknanya
tak dapat berkat

3)Persiapan 'kursus bersama tentera'.   
Bermula Mei 2000,Amin mula 'bergerak'.
Diorang mula beli uniform tentera,
ajar pengikutnya guna walkie-talkie
& bahasa semboyan tentera,buat tinjauan kawasan,sewa rumah untuk tempat susun strategi & beli 3 Pajero sebelum dicat
jadi macam Pajero tentera.


4)Ambik senjata yang dah di'pack'.
Itu adalah arahan Amin kepada pengikutnya.
Mereka semua makin percaya bila tengok
betapa mudahnya mereka dapat masuk ke
dalam kem tentera bahkan tentera sendiri
yang tolong angkat masuk semua senjata & peluru kedalam Pajero.
Mereka tak sedar yang mereka sebenarnya sedang merompak 2 kem tentera!
Arahan berzikir setiap masa buatkan
mereka tak berpeluang berborak sesama
sendiri untuk kenal satu sama lain.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2018 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
5) Berkubu di Bukit Jenalik.               
Lepas masing-masing dapat senjata,
mula-mula diorang percaya
'latihan bersama tentera' dah mula.
Tapi Amin tiba-tiba tukar watak &
jadi seorang yang bengis & kasar
serta isytihar "Jihad pada jalan Allah
dah bermula.Siapa yang lari dari jihad,
halal darahnya untuk dibunuh"
Mereka semua mula kebingungan & ketakutan.
Sudahnya mereka semua terperangkap
tapi tak berani nak lari sebab
masing-masing tak kenal sesama sendiri,
takut mungkin ada diantara mereka
yang jadi tali barut Amin.

6)Serah diri                           
Melalui pembesar suara,Ketua Polis Negara masa tu Tan Sri Norian Mai gunakan
strategi psy-war macam pasang lagu-lagu lembut & sedih serta guna isteri &
anak-anak ahli Al-Ma'unah pujuk suami-suami mereka agar serah diri.Ini buatkan ramai
ahli Al-Ma'unah termenung & menangis fikirkan isteri & anak-anak serta kampung halaman.
Bagaimana kesudahannya?
Apakah nasib semua anggota Al-Maunah itu selepas menyerah diri?





-

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2018 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2018 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2018 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar lain

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-12-2018 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar lain

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2018 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar lain

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2018 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar Lain

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2018 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Terus terang saya cakap,
buku ni betul-betul hebat.
Semua perasaan macam sedih,suka,marah, geram,bengang,kesian,simpati
dll diadun penuh sempurna
dan bagi kepuasan yang teramat sangat
kepada saya.
Jalan cerita & cara penyampaian
buat saya rasa tak sabar-sabar
nak tahu kisah seterusnya.
Baca buku ni juga benar-benar
menambah pengetahuan saya tentang
hal-hal perundangan antaranya:-
Baru saya tau apa itu Sec.121 Penal Code.
Apa bezanya hukuman penjara seumur hidup dengan penjara sepanjang hayat.
Kenapa tahanan kat Penjara Sg.Buloh tak dipanggil banduan macam kat Penjara Kajang.
Apa itu Engaged & Assigned Lawyer.
dan macam-macam lagi...
Bak kata saudara Zabidi Mohamed,
"Buku yang saya tulis ni
bukan nak bagi jawapan
samada peristiwa Sauk tu
sandiwara atau tak.
Adalah kerja sia-sia &
tak bermanfaat menjawabnya.
Sebab apa yang lagi penting
kat sini adalah ambil
iktibar dan pengajaran daripadanya.
Buku ni jugak bukan nak ajak
pembaca terima bulat-bulat
kesimpulan yang saya buat.
Cuma saya ajak sesiapa yang ada
teori & andaian sendiri
pasal isu Al-Ma'unah ni
agar turut tulis buku
dengan fakta yang jelas,
teratur kemudian dibentangkan
secara forensik agar ia boleh dipertanggungjawabkan dunia akhirat
serta boleh dinilai & dicabar oleh
orang lain dengan penuh tanggungjawab.
Maka saya ingatkan pembaca
agar bacanya dengan minda yang terbuka
dengan niat
cari 'kebenaran'
bukannya cari 'kemenangan'.
Moga-moga dengan niat itu
Allah membantu pencarian kita.
Amin."

p/s:Sebagai nota tambahan yang takde dalam buku ni,Mohamed Amin Mohamed Razali,
Ketua Pertubuhan Persaudaraan
Ilmu Dalam Al-Ma'unah (Al-Ma'unah)
telah jalani hukuman gantung sampai mati
pada Jumaat,04 Ogos 2006 seminggu selepas Zahit Muslim,Jamaluddin Darus dan
Jemari Jusoh jalani hukuman gantung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2018 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar lain

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 03:24 PM | Show all posts
sambung lagi please
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 03:26 PM | Show all posts
tak boleh hadam kisah al maunah ni dulu sbb kecik lg. kesian jgk dorg ni. blh jd jgk konspirasi puak2 terdahulu. wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
mana nk beli buku ni? kt MPH ada tak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
buku ni xde jual kt mph
kna kontek zabidi mohamed kt fb. jual online
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah makcik aku kt jenalik..dekat dgn tempat kejadian..masa dorg pasang lagu p.ramlee tu pon makcik aku leh dgr...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2018 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung la lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Peristiwa ni jd time aku kt uni n praktikal or lepas skit dr praktikal. Sbb member aku citer salah sorang tu satu opis time praktikal ngan dia. Bri tu jenis senyap, tertib,tak ambil hal org lain.
Ini la org kata nak belajar bior guru yg betul. Ni betul cayer kt tok guru yg terpeleot.ada jgk bro area umah aku penah ngaji bab kerohanian ni.. Laki aku kata walaupun penampilan mcm pak hj tp tak pi solat jumaat n jemaah kalo dia kt umah. Mmg jenis ni ada tahap dia mungkin tak solat oun selg dia rs diri dia tak sempurna...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 09:20 AM | Show all posts
masa kejadian aku kat skolah asrama kat gerik, skolah aku atas bukit. patut weekend tu boleh balik kampung...tp tetiba x boleh. kena stay je kat asrama sbb masa2 awal2 kejadian tu xtau lg sape punya keje. byk gosip liar..kata org luar la...thailand la...mcm nak perang. kang kalo keluar takut kena culik..mcm2 la.

pagi2 time PJ atau petang time riadah bleh nampak la kete kebal kete2 askar lalu kat jalan utama. seram je time tu sbb teringat family kat kampung tp xleh balik. huuuuuuuuuuu.

pastu ada gak la gosip2 kata sebenarnye dorang aim nak buat kubu kat skolah aku sbb lokasi elok atas bukit. tp x jd sebab masa dorang lalu tu black out gelap abis 1 kawasan so terlepas lokasi. tp gosip je la....
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
zawara replied at 12-12-2018 09:44 PM
Rumah makcik aku kt jenalik..dekat dgn tempat kejadian..masa dorg pasang lagu p.ramlee tu pon makcik ...

Hye! Arwah nenek i pun duduk sini. I pun ingat2 lupa. Yang ingat time tu ktorang nak balik kampung. Tapi sampai kat mana ntah ada road block, tak boleh masuk sebab dah kena perintah berkurung. So ktorang patah balik Taiping (stay kat Taiping time ni).

Based on orang kampung punya cerita, pembesar suara tu dengar satu kampung. Orang kampung yg dengar rayuan family + lagu sedih pun menangis dengar. So for them yang duduk dalam hutan dalam keadaan sejuk, stress, kurang makan mmg down.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.166917 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list