CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: melnanzz

[2019] SANGKAR [Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah]

  [Copy link]
Post time 29-8-2019 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 29-8-2019 07:46 AM
P13. Sapa dah pergi fan screening malam td. Best ke idok?

Best sgt lah bedahhhhh...i lum tgk tapi i trust kawan2 yg dah tgk ckp.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2019 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Yawn.. Jln citer tarap drama tv jer..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2019 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg mudah terhibur dgn lawak2 rancangan kt astro mungkin la ketawa x benti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2019 01:52 AM | Show all posts
Review Filem Sangkar
Hans Hanis  
Sabtu, Ogos 31, 2019  

Malaysia, Review Filem




Filem:
Sangkar

Penilaian:
6/10

Pengarah:
Khabir Bhatia

Genre:
Aksi & Keluarga

Pelakon:
Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah, Nik Adam Mika & Etc.

Tarikh Tayangan:
29 Ogos 2019

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan seorang atlet MMA iaitu Adam yang ingin menebus kesalahannya terhadap Johan yang cedera parah akibat perlawanan mereka di luar gelanggang. Adam perlu bertarung dan memenangi pertandingan MMA bagi mendapatkan habuannya untuk membantu Johan dan keluarganya. Saksikan filem aksi ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 29 Ogos 2019 untuk mengetahui keseluruhan kisahnya.

Ulasan:

Alhamdulillah pihak Rollo De Pelicula mendapat jemputan daripada pihak Infinitus Gold Sdn Bhd untuk menghadiri Mega Fans Screening untuk filem Sangkar yang berlangsung di MMcineplexes, eCurve Mutiara Damansara pada 28 Ogos 2019 yang lepas. Dicanang-canang sebagai sebuah filem aksi sukan seni bela diri (MMA) pertama Malaysia maka sememangnya kami tidak sabar untuk melihat pelbagai aksi MMA yang melibatkan pertarungan antara Adam dan Johan yang dapat dilihat pada trailer filem ini sendiri. Namun, sangkaan kami sedikit meleset kerana filem ini sebenarnya lebih bertemakan kepada kekeluargaan serta agama.



Filem Sangkar merupakan sebuah filem yang sebenarnya sangat padat dengan elemen emosi yang menjadikan jalan ceritanya kelihatan berat. Namun, kebijakan pihak produksi menjadikan filem ini kelihatan ringan untuk diterima dan dihadam oleh penonton apabila pihak mereka memanfaatkan sepenuhnya elemen-elemen 'bromance' di antara watak Adam dan Johan untuk memastikan filem ini mempunyai unsur humor yang menarik, menjadi dan diingati oleh para penonton yang menonton filem Sangkar ini. Keserasian antara dua pelakon iaitu Remy Ishak dan Zul Ariffin dilihat menjadi. Kehebatan kedua-dua pelakon ini di dalam bermain ekspresi wajah serta kekuatan dialog masing-masing yang kelihatan spontan dan hidup juga banyak membantu untuk memastikan adegan-adegan yang melibatkan mereka akan terpahat di memori penonton. Kami sendiri sehingga kini tidak dapat melupakan beberapa momen menarik serta melucukan seperti adegan di dalam tandas yang melibatkan watak Adam dan Johan yang betul-betul menggamatkan suasana panggung dengan gelak tawa penonton.



Kami tidak nafikan mesej-mesej berkaitan dengan kekeluargaan serta keagamaan yang melatari plot cerita filem Sangkar ini merupakan satu percubaan yang baik di dalam menerapkan nilai-nilai positif ini di dalam jiwa penonton. Elemen ini diperkuatkan lagi dengan permainan emosi yang bijak diberikan dengan sepenuh jiwa oleh para pelakon utamanya. Namun, seperti ada satu kehilangan serta kejanggalan yang ketara apabila melihat gabungan antara elemen keluarga serta agama ini kelihatan sangat canggung dengan babak-babak aksi yang turut memenuhi keperluan jalan cerita. Melihatkan kepada filem ini yang sebenarnya menampilkan drama sebagai genre selain aksi, ia mengingatkan kami kepada kejayaan Kabir Bhatia pada filem atau dramanya sebelum ini dimana hal ini sememangnya merupakan kekuatan dan makanan buat Kabir. Hal ini dilihat berjaya memberi impak buat kami yang menonton filem ini. Namun, apabila menonton elemen aksinya pula membuatkan kami merasakan ia seolah-olah bukannya jiwa sebenar Kabir. Elemen aksi di dalam filem ini sangat banyak tetapi sebahagian darinya seolah-olah tidak punya jiwa. Bukannya kami menyatakan bahawa elemen aksi di dalam filem ini tidak bagus tetapi ianya juga semestinya bukan cemerlang. Kami setuju jika Kabir sentiasa istiqamah di dalam menghasilkan filem yang mempunyai elemen drama yang sarat dengan mesej kekeluargaan dan keagamaan kerana ianya dilihat sangat menjadi dan memberi kesan kepada kami. Tetapi, kami juga merasakan pengarah filem ini harus bertaubat daripada menghasilkan filem aksi yang keras atau 'hard core' seperti ini kerana pada kami filem aksi sememangnya bukan forte yang terbaik buat dirinya. Memang sebelum ini beliau pernah berjaya dengan filem aksi yang ringan seperti Setem dan Dollah Supestar tetapi sengatnya seperti sudah hilang dan Sangkar yang menjual MMA ini tampak terlalu berat untuk direalisasikan oleh beliau. Namun, jika Kabir masih ingin menyahut cabaran mengarahkan lagi filem aksi sebegini, kami harapkan Kabir mampu memberi kejutan buat kami nanti.



Babak-babak aksinya sama ada di dalam gelanggang mahu pun diluar gelanggang memang banyak. Kami tidak nafikan tentang hal itu namun koreograf aksinya diolah yang pada kami tidak terlalu membantu memberi impak terhadap tontonan. Adegan-adegan yang melibatkan pertarungan gagal memberikan impak paling maksimum disebabkan momen-momen yang kami harapkan wujud di dalam aksi pertarungan ini tidak muncul seperti yang dijangka. Walaupun filem ini menampilkan atlet profesional MMA iaitu James 'Sledgehammer' McSweeney namun sayangkan pada kami permainan kamera serta cara suntingan untuk babak-babak pertarungan ini kelihatan 'choppy' dan terganggu dengan elemen drama serta 'bromance' antara Adam dan Johan. Pada kami, filem Sangkar agak kurang menggunakan hal-hal simbolik di dalam melambangkan perasaan atau tujuan setiap watak-wataknya yang membuatkan filem ini kelihatan terlalu lurus ke depan. Satu perkara lagi yang unik pada filem Sangkar ini ialah tentang tahap konsisten penceritaannya. Sangkar mempunyai beberapa perkara yang sangat bagus yang membuatkan kami menyukainya tetapi pada masa yang sama juga filem ini mempunyai kelemahan yang sangat ketara pada beberapa bahagian yang membuatkan kami agak kecewa. Namun, secara keseluruhannya filem Sangkar ini masih menghiburkan untuk ditonton dan sebagai sebuah filem sulung yang cuba menjadikan MMA sebagai sebahagian daripada kisah jalan ceritanya, kami berpandangan filem ini masih wajar diberi pujian atas dasar keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru dan memberikan satu pengalaman sinema yang menarik dan unik buat penonton Malaysia yang menyaksikannya di pawagam.



Jadi, selamat menonton filem Sangkar di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 29 Ogos 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2019 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
melnanzz replied at 31-8-2019 01:52 AM
Review Filem Sangkar
Hans Hanis  
Sabtu, Ogos 31, 2019  

thanks for the review. selamat duit i. baca review dgn 6 stars je diberi mmg major turn off... so tggu masuk Netflix or iflix je lah. hahah
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2019 08:59 AM | Show all posts
6 je...orait tgu masuk netflix...pastu ada mira filzah pun turn off jgk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2019 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 31-8-2019 08:33 PM
thanks for the review. selamat duit i. baca review dgn 6 stars je diberi mmg major turn off... so  ...

Iols suka citer ni..
Tak stress.. balance la.. ada lawan.. ada kemanusiaan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2019 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mira filzah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2019 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
tak hengen nak tengok sbb ada mirrrrra filzah berrraaak kerrras
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2019 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
melnanzz replied at 26-8-2019 06:06 PM
Astro Shaw belanja first 20 minutes

level2 drama tv jahhh
slot cerekarama tv3 sabtu 9.30mlm
mehhhhhh..ingatkan hebat la sgt film ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2019 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak laki I duk ajak tgok dr sbtu ke ahad ke esok ni ha. Tp hati I x tbuka plak nk tgok. Salu cter kabir bhatia I pegi. Even yg last skali yg umi nazira mati di ostrolia tu. Paknye jalil hamid.
Antara sbb x mnat nk tgok, pelakonnye jul ripin buzz lightyear dan miwa rasa..
Kalo abam wemi ok lg.
I tggu ctet abam wemi dgn kaka faz je la mgu dpn
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2019 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2019 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Zul ariffin serious best dalam filem ni tak expect plak...tapi mmg macam dia je sorang hero...remy peranan dia tak besar mana pun...cite ni mmg mengisahkan pasal zul...kisah sedih family remy tu cam tak menonjol sgt
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape yg rasa x berapa menarik filem ni n nak movie yg powerful kalah endgame baik cepat2 tgk cite The Art of Racing in the Rain sblm abis tayangan die..rugi sape x tgk
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2019 01:17 PM | Show all posts
ok lah cite ni, tak laa meleret2.. tgk masa 2nd day tayangan.
satu yg aku ske cite ni xde cintan cintun. more to brotherhood.
pape pun tahniah to khabir baktia kali ni, 1st MMA movie katanya kat msia ni, percubaan yg baik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2019 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Finally tgk Sangkar. Best dan worth every cents. Kalau nk tgk full MMA, gi tgk UFC jer. Tak meleret. 112 minit tu takde yg waste langsung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2019 02:43 PM | Show all posts
lasagna replied at 5-9-2019 01:17 PM
ok lah cite ni, tak laa meleret2.. tgk masa 2nd day tayangan.
satu yg aku ske cite ni xde cintan c ...

Dah tgk nak repeat lg. Tak puas. Brp dah kutipan. Dah seminggu kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2019 02:45 PM | Show all posts
Nana_Man replied at 6-9-2019 04:13 PM
Finally tgk Sangkar. Best dan worth every cents. Kalau nk tgk full MMA, gi tgk UFC jer. Tak meleret. ...

Yup agree ni movie bukan dokumentari
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2019 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Best


Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2019 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 7-9-2019 02:43 PM
Dah tgk nak repeat lg. Tak puas. Brp dah kutipan. Dah seminggu kan

Ari tu rm6juta...
tgk sama2 lah bedah.. pm tepi. Gi ngan rita skali..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.163174 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list