CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4291|Reply: 57

[Politik] CEO Tabung Haji: Kami akan atasi isu pengeluaran panik oleh pendeposit, dicetus

[Copy link]
Post time 12-12-2018 08:25 PM | Show all posts |Read mode
haaa tepuk !!   tau pun gelabah bila ramai buat pengeluaran panik.  Nak main api sangat kan...  kan tertembak kaki sendiri.

Siapa yg salah lapor? Siapa yg main propaganda?  Siapa yg kata skandal besar TH tu?  Padahal xdak sapa2 merompak duit TH spt yg diuar-uarkan.

“Bagaimanapun, beliau menegaskan cadangan itu tidak akan dilaksanakan sekarang kerana lembaga sedang mengendalikan beberapa isu berkaitan pengeluaran panik oleh pendeposit, dicetuskan oleh beberapa “salah lapor” berhubung dana TH baru-baru ini.”

"Kami akan atasi isu pengeluaran panik.."  Datuk Seri Zukri Samat



Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) sedang mengkaji untuk meletakkan had bagi dana setiap pendeposit pada masa depan sebagai satu daripada langkah untuk mengurangkan liabiliti kerajaan dan pendedahan kepada pendeposit.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Zukri Samat, berkata langkah itu untuk mengehadkan deposit individu pada kadar sesuai sebagai sebahagian pelan penstrukturan semula perniagaan TH yang sedang menunggu kelulusan lembaga.

“Dana pendeposit adalah dijamin oleh kerajaan iaitu kerajaan perlu membayar penuh sekiranya apa-apa berlaku terhadap dana itu, tidak seperti institusi perbankan lain yang hanya perlu membayar maksimum RM250,000 melalui Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) kepada pendeposit tanpa mengira berapa banyak wang yang mereka depositkan,” katanya kepada BERNAMA hari ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan cadangan itu tidak akan dilaksanakan sekarang kerana lembaga sedang mengendalikan beberapa isu berkaitan pengeluaran panik oleh pendepsoit, dicetuskan oleh beberapa “salah lapor” berhubung dana TH baru-baru ini.

“Kami tidak akan laksanakannya sekarang kerana ia akan memburukkan lagi masalah yang dihadapi kami ketika ini (pengeluaran panik). Kami mahu membiarkan keadaan yang dihadapi sekarang reda dan selesai dahulu sebelum kami melaksanakan cadangan ini,” katanya.

Beliau berkata pengeluaran oleh pendeposit di tahap lebih tinggi daripada biasa pada Selasa, didorong oleh laporan berita.

Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Semula TH diumumkan di Parlimen baru-baru ini mendedahkan jumlah deposit amat tinggi dalam kalangan segmen kecil pendeposit, iaitu 1.3 peratus atau 117,000 pendeposit menyumbang kepada 50 peratus deposit, termasuk seorang pendeposit yang mempunyai lebih RM190 juta dana.

Zukri berharap penstrukturan semula perniagaan akan mengembalikan semula TH kepada objektif asal penubuhannya iaitu untuk membantu umat Islam menunaikan haji.

“Kami mahu kembali kepada mandat asal kami. Kami sedang menyemak model perniagaan kami, termasuk pelaburan sedia ada dalam beberapa sektor yang tidak memberikan pulangan positif.

“Kami telah memulakan proses semakan tetapi kami sebenarnya masih belum pergi ke lembaga untuk pengesahan. Kami tahu sektor apa yang kami mahu keluar daripadanya, yang tidak menjana wang untuk kami seperti teknologi maklumat dan perladangan,” jelasnya.

Berhubung dakwaan dana itu akan dikawal oleh DAP berikutan pengumuman TH akan diletakkan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) mulai tahun depan, Zukri berkata, itu adalah tidak betul sama sekali.

“Dalam kes ini, BNM hanya mengawal selia aktiviti pengambilan deposit manakala aktiviti lain TH kekal di bawah bidang kuasa kementerian sedia ada (Jabatan Perdana Menteri).

Zukri memuji langkah meletakkan TH di bawah kawal selia bank pusat kerana BNM mempunyai pengurusan risiko dan kerangka mudah tunai yang kukuh yang perlu dipatuhi oleh TH, serta membuat keputusan berhubung pelantikan anggota lembaga yang lebih telus dan ketat.

“Mereka (BNM) hanya mengawal selia aktiviti pengambilan deposit, bukan perkara lain seperti menentukan siapa yang dipilih untuk mengerjakan haji, sebagai contohnya,” katanya. – BERNAMA




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/508398/th-cadang-letak-had-kadar-dana-pendeposit?fbclid=IwAR2cDrcsdIZiIb1A6XNi59vBeBlcXuwN81anHuW_n_EiN7SLjk_PbRnGEjk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2018 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapaaaaa la insan bertuah taruk seratus semilan puloh jota dlm deposit tabung haji.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Let them learn the lesson...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
So kira ramai ke yg dh keluarkan dr tbg haji..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
satu2 jahanam
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 09:39 PM | Show all posts
beribu2 tanniya.   so ada dividen ke takde ni?   klu masih ada dividen memang mujahid kaki kencing la citernya  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2018 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bkn isu saving Tu secured ker tidak, tapi isunya ialah pengurusnya th, no longer work for the interest of the savers. Pengurusnya bertindak utk kepentingan political masters so patut pun org Islam keluarkan semua simpanan Dan ltk tmpt lain. Aku pun Rasa lagi selamat ltk Kat bank sekali pun at least dia honest working for the interest of savers.khazanah dah kena rogol, th pun dia nak rogol...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Withdraw jer, CEO working for political masters asyik nak jual asset CEO amender...withdraw jer siapa nak trust their monies dgn org tak honest cam monyet Ni jilaker
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2018 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 12-12-2018 10:12 PM
Withdraw jer, CEO working for political masters asyik nak jual asset CEO amender...withdraw jer siap ...

betul tu. withdraw je
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus..cepat sikit aku naik haji..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2018 10:42 PM | Show all posts
arnauld replied at 12-12-2018 10:12 PM
Withdraw jer, CEO working for political masters asyik nak jual asset CEO amender...withdraw jer siap ...

sokong. kita tolong tambahkn lg panik,  bior semua pakat keluarkn duit.  aku pun nak tgk TH bwh PH ni jahanam terus. dorg nak buat tabung haji mcm tabung harapan.  BN naik balik nanti baru repair balik TH.  

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kalu dah dividen mcm interest bank je baik pindahkan ke bank islam. ramai pendeposit dh tunai haji pun.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah lapor pulak..bongoknyer kerajaan sekarang ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2018 10:54 PM | Show all posts
Last last Gon Eng dapat pegang Tabung Haji. Tahniah malayu PH.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 11:04 PM | Show all posts
“Dalam kes ini, BNM hanya mengawal selia aktiviti pengambilan deposit manakala aktiviti lain TH kekal di bawah bidang kuasa kementerian sedia ada (Jabatan Perdana Menteri).

DS Zukri memuji langkah meletakkan TH di bawah kawal selia bank pusat kerana BNM mempunyai pengurusan risiko dan kerangka mudah tunai yang kukuh yang perlu dipatuhi oleh TH, serta membuat keputusan berhubung pelantikan anggota lembaga yang lebih telus dan ketat.


Lega rasa hati bila DS Zukri buat pengumuman ni. Setengah hari auntie tak sedap hati jika TH diletakkan di bwh Kementerian Kewangan.

Eloklah tu BNM mengawal selia aktiviti pengambilan/pengeluaran deposit, supaya tak sewenang2nya ahli2 politik menggunakan dana penabung sesuka hati mrk.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 11:19 PM | Show all posts
akusukaq replied at 12-12-2018 10:49 PM
kalu dah dividen mcm interest bank je baik pindahkan ke bank islam. ramai pendeposit dh tunai haji p ...

yg ni aku setuju. yg mana dah gi haji tu pakat ramai2 keluarkn letak kat bank jer. alang2 dah dividen rendah mcm bank.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2018 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Keluar je lah cacai2 semua, so boleh la acik2 tua tu naik haji cepat sikit. Kau org jugak rugi kn?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 12-12-2018 10:54 PM
Last last Gon Eng dapat pegang Tabung Haji. Tahniah malayu PH.

Bodoh lah kau sejak bila guan eng pegang tabung haji? Yg penting kau boleh fitnah kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2018 11:42 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 12-12-2018 11:33 PM
Bodoh lah kau sejak bila guan eng pegang tabung haji? Yg penting kau boleh fitnah kan?

siapa menteri kewangan?

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 12-12-2018 11:42 PM
siapa menteri kewangan?

Menteri kewangan ada kuasa atas tabung haji ke dek? Bnm tu selia jah tabung haji punya kewangan. Pentadbiran masih lgi bawah tabung haji punya pengerusi. Dah bodoh tu duduk diam sudah. Kehulu kehilir salah cina dapig lge, ujong2 keja kampeni cina, hantar anak sekolah cina, main porem cina. Kahkahkah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.077382 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list