CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 776|Reply: 9

[Tempatan] Tonggak Pertahanan kembali Perkuatkan Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 13-12-2018 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SEPANG: Skuad Harimau Malaya mendapat suntikan semangat menghadapi Vietnam pada aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018, setelah dua tonggak di bahagian pertahanan, kembali pulih daripada kecederaan untuk aksi berkenaan di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu ini.

Mereka ialah pertahanan tengah, Aidil Zafuan Abd Radzak dan pertahanan kiri, Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak yang tidak diturunkan pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa lepas yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri 2-2.

Pengendali skuad negara, Tan Cheng Hoe, mengakui kehadiran semula dua pemain berkenaan selain kembalinya pertahanan kanan, Muhammad Syahmi Safari daripada penggantungan satu perlawanan, nyata memberi kelegaan kepadanya untuk aksi genting di Hanoi nanti.

ADVERTISING


“Kita harap dengan kembalinya tiga pemain pertahanan ini, ia sedikit sebanyak membantu kita di barisan pertahanan, namun kita tahu serangan Vietnam agak pantas, cepat mengambil peluang dan pemain perlu fokus selain kubu negara tidak dibolosi,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum berlepas ke Hanoi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Cheng Hoe tidak menolak kemungkinan akan berlakunya perubahan formasi terutamanya di bahagian pertahanan selepas kubu skuad negara mudah dibolosi pada aksi sebelum ini, namun mengakui ia bergantung kepada keadaan pada hari perlawanan berkenaan.


SKUAD Harimau Malaya ketika ditemui sebelum berlepas ke Hanoi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
“Pemain juga sudah tahu keadaan cuaca di sana, mungkin hujan atau keadaan sejuk dan pemain kena bersedia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sana nanti,” jelas Cheng Hoe yang menjadi penolong jurulatih kepada Datuk K Rajagobal ketika Malaysia meraih kejuaraan sulung pada edisi 2010.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut serta ke Hanoi, mengakui kedua-dua pasukan masih mempunyai peluang seimbang untuk muncul juara buat kali kedua, dengan Vietnam muncul juara pada 2008, manakala Malaysia pada 2010.

“Apabila keputusan seri 2-2 pada aksi (final pertama) sebelum ini, mungkin ada penyokong yang berpendapat kita mempunyai peluang tipis (untuk muncul juara) di Hanoi, tetapi dalam bola sepak, apa pun boleh terjadi macam kita bertemu dengan Thailand (sebelum ini).

“Saya kira peluang kita untuk muncul juara dengan Vietnam adalah 50-50, maknanya kita ada peluang dan dia pun ada peluang, dan dia tertekan beraksi di laman sendiri dan saya ingat pemain kita bersedia main tanpa tekanan dan beraksi dengan baik,” tegas Hamidin.

Untuk rekod, Malaysia bangkit daripada ketinggalan sebelum mengikat Vietnam 2-2 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa lepas. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2018 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Aidil memang okay pair dengan badak. Go harimau malaya!
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 11:31 AM | Show all posts
kalau tgk perlawanan sebelum ini di final first leg dan grouping, vietnam selalu kalahkan pertahanan kanan kita dan seterusnya menghasilkan gol...mungkin back kita nak buat perangkap ofsaid tapi tak jadi sebab ada player yg leka..yg confirm, larian penyerang vietnam tak dapat ditandingi larian pertahanan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Badak mmg kental sgguh pertahanan dia..power. mohon tch x consider irfan zakaria lagi sbg sub..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Habislah vietnam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2018 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Di sini Harimau Malaya akan beraksi! Ini fakta tentang Stadium My Dinh, Hanoi
Astro Awani |  Published Disember 13, 2018 11:32 MYT
Venue ini bakal menjadi medan penentuan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2018 pada 15 Disember. - Google Maps
Venue ini bakal menjadi medan penentuan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2018 pada 15 Disember. - Google Maps

PUSINGAN kedua perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu, 15 Disember.

Setelah mengikat Vietnam dengan jaringan 2-2, Malaysia menggalas cabaran penting untuk meneruskan kecemerlangan dalam aksi timbal balik, yang bakal menentukan siapa yang bakal membawa pulang kejuaraan untuk musim ini.

Dalam pada jutaan rakyat Malaysia mengharapkan kemenangan yang kita dambakan setelah 8 tahun menanti, ribuan lagi pula sudahpun menempah penerbangan mereka ke Hanoi untuk bersama-sama meminjamkan kekuatan dan semangat kepada pasukan pimpinan Tan Cheng Hoe ini.

Walau apapun, selamat berjuang buat skuad Harimau Malaya! Kami sentiasa bersamamu!

Sementara menunggu tarikhnya, berikut adalah beberapa fakta mengenai venue perlawanan penentuan ini:

Salah satu bahagian berbumbung yang terdapat pada Stadium My Dinh.


1) Stadium My Dinh yang menjadi seni bina pusat dalam rangkaian Kompleks Sukan Nasional Vietnam merupakan stadium pelbagai fungsi dengan kapasiti penonton sejumlah 40,192, iaitu kira-kira separuh daripada kemampuan Stadium Nasional Bukit Jalil.

2) Pernah menjadi venue bagi upacara pembukaan dan penutup Sukan SEA 2003, selain menjadi lokasi untuk acara perlawanan bola sepak lelaki selain acara olahraga dan balapan.

3) Stadium ini menjadi ‘rumah’ bagi pasukan bola sepak Vietnam, Naga Emas, yang menyambut kunjungan pelbagao pasukan antarabangsa termasuk perlawanan persahabatan. Ia juga pernah menjadi tempat untuk pasukan kelab berpangkalan di Hanoi The Cong, dan kemudiannya Viettel FC.

4) Terletak kira-kira 10km ke barat laut dari pusat bandar raya Hanoi, stadium kedua terbesar di Vietnam itu memiliki seni bina bumbung berkeluk yang menaungi ruang grandstand di sebelah timur dan barat stadium. Sementara itu, tempat duduk di bahagian lain adalah terbuka.

Selain acara sukan, Stadium My Dinh juga menjadi venue untuk penganjuran acara hiburan seperti konsert.- Wikipedia


5) Pada Julai 2000, Perdana Menteri Vietnam Phan Van Khai, meluluskan projek stadium ini selepas empat syarikat membida projek itu -  Hanoi International Group (HISG - China), Philipp Holzmann (Jerman), Bouygues (Perancis) and Lemna-Keystone (Amerika Syarikat).

6) Proses pemilihan tender itu terpalit kes kontroversi kerana melibatkan isu teknikal dan ketelusan penilaian. Namun akhirnya, HISG memenangi kontrak tersebut dan menandatangani komitmen pada 14 Ogos, 2001.

7) Ketika pembinaan bermula pada tahun 2002, ia dinamakan Sn vn ng Trung tm (bermaksud ‘stadium pusat’). Apabila siap, ia secara rasmi dinamakan Stadium Nasional My Dinh dalam upacara perasmian apda 2 September 2003 sempena Hari Kebangsaan negara itu.

8) Stadium ini juga menjadi venue untuk acara hiburan berskala besar khususnya konsert bertaraf antarabangsa. Antara yang pernah membuat persembahan di sini ialah artis K-Pop seperti kumpulan Super Junior, banda pop punk Kanada, Simple Plan, dan kumpulan Westlife, selain ramai artis ternama Vietnam.

TRIVIA:

Nama: Stadium My Dinh
Lokasi: Nam Tu Liem
Pemilik: Kerajaan Vietnam
Pengendali: Kompleks Sukan Nasional Vietnam
Kapasiti: 40,192
Mula dibina: 2002
Mula beroperasi: 2 September 2003
Kerja baik pulih: 7 September 2016
Kos pembinaan: AS$53 juta
Arkitek: Hanoi International Group, HISG
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-12-2018 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Jualan tiket final kedua Piala AFF Suzuki ditutup
Bernama |  Published Disember 13, 2018 10:40 MYT
Persekutuan Bola Sepak Vietnam sebelum ini memperuntukkan 3,000 keping tiket kepada penyokong Malaysia untuk aksi kedua Piala AFF di Hanoi.
Persekutuan Bola Sepak Vietnam sebelum ini memperuntukkan 3,000 keping tiket kepada penyokong Malaysia untuk aksi kedua Piala AFF di Hanoi.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menutup permohonan pembelian tiket final kedua Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia dan Hanoi pada tengah malam tadi.

FAM dalam satu kenyataan ringkas menerusi laman Facebooknya hari ini memaklumkan, sebarang pembelian yang dibuat selepas tempoh berkenaan tidak akan diproses dan disahkan.

Badan induk turut berterima kasih kepada penyokong skuad Harimau Malaya yang sudah membeli tiket menerusi mereka untuk menyaksikan perlawanan berkenaan yang akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu ini.

"Sokongan anda sangat dinanti-nantikan bagi menyemarakkan lagi semangat para pemain Harimau Malaya dalam memburu kemenangan di Hanoi untuk menjulang trofi kejuaraan itu," jelas FAM.

Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) sebelum ini memperuntukkan sebanyak 3,000 keping tiket kepada penyokong Malaysia untuk aksi kedua Piala AFF di Hanoi.

Untuk rekod, Malaysia bangkit daripada ketinggalan sebelum mencatat keputusan seri 2-2 dengan Vietnam pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa lepas. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 12:19 PM | Show all posts
Dua orang tu memang harapan bahagian pertahanan kita

aidil zafuan terutamanya, ada leadership character

all the best Harimau Malaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2018 01:02 PM | Show all posts

Aii nak ucap terimakasih lah pada Ultras HM. terbaikkkk bak hang!! Tanpa ultras tak berseri langsung ler bola sepak kita. Btw -- kalau boleh buat lah bendera gambar pemain lain tak kan arwah Moktar Dahari jer. Letak ler Santok Sing (spelling) Abdah Alif, khalid ali, spiderman Aramugam etc etc. Kenang jasa dia orang lah kan.

Patut budak jambang boleh sedekah sejuta dua kpd kumpulan ini baru rock!! ni takat gaduh dgn Atok apa barang beb!


Nota kaki: aii nak cari dua tiga jersi Rimau Malaysia nak bagi anak pakai. Kelassss!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 01:04 PM | Show all posts
DARSITA replied at 13-12-2018 01:02 PM
Aii nak ucap terimakasih lah pada Ultras HM. terbaikkkk bak hang!! Tanpa ultras tak berseri langsu ...

memang semua orang baik, cuma pemberi rasuah cam kau je tak baik.
mati masuk neraka.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.345491 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list