CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5101|Reply: 19

Betul Ke Kahwin Muda Sampai 25 Tahun Ja? Jawapan Ustaz Ini Pasti Mengejutkan

[Copy link]
Post time 13-12-2018 11:37 AM | Show all posts |Read mode





Isu kahwin muda kembali timbul dalam kalangan anak-anak muda sekarang. Ia semakin hangat apabila ada 'ustaz' yang menasihatkan pelajar berkahwin awal kononnya untuk mendapat berkat.



Disebabkan pemahaman yang bercampur-aduk terutamanya bagi remaja yang masih keliru antara mengejar karier dan cita-cita, dua pendakwah yang sebenar memberikan penjelasan mengenai isu kahwin muda ini menggunakan platform media sosial popular, Twitter.



Ustaz Bakhtiar Fitri menjelaskannya menerusi pengalaman sendiri manakala Ustaz Ad-dien pula mengambil dari sumber hadis muktabar beberapa ulama lalu membuat kesimpulan khas.



Kredit foto: Twitter





Kredit foto: Carian Internet




Ustaz Bakhtiar menjelaskan yang dia mampu untuk kahwin awal kerana membuat beberapa kerja dan bisnes, namun dia terlebih dahulu membahagiakan ibu bapanya hinggalah usianya 27 tahun, baru lah berkahwin. Itu pun dia sudah mengumpul duit sebanyak RM30 ribu ringgit sebagai persediaan supaya tidak menyusahkan ibu bapanya.



Selain itu, setiap individu adalah berbeza, ada ibu bapa yang mengharapkan anak untuk meneruskan hidup dan ada pula golongan yang senang, tidak kisah soal anak kahwin cepat.



Kredit foto: Twitter





Menurut Ustaz Bakhtiar lagi, jika ada ibu bapa yang tidak kisah anaknya kahwin awal, tiada masalah, tetapi mesti bersedia dengan agama dan akhlak yang mulia. Selepas kahwin pula, teruskan membantu ibu dan ayah dengan ikhlas, pasti ada rezeki yang mengalir tanpa disangka-sangka.



"Cuma saya nak pesan, jangan paksa mak ayah untuk izinkan kita kahwin awal. Bagi alasan yang menakutkan mereka pula. Sedangkan kita ada pilihan untuk balas jasa mak ayah dulu. Kenapa nak susahkan lagi orang tua?"



Sementara itu, Ustaz Ad-Dien pula dalam statusnya menyatakan istilah kahwin muda menerusi pandangan orang Malaysia adalah silap. Ini kerana menurut pandangan ulama muktabar terdahulu, pelbagai definisi 'umur muda' yang dimaksudkan dan istimewanya muda itu sendiri boleh mencapai ke angka 50 tahun.

Kredit foto: Carian Internet






Kredit foto: Twitter





Menurut Ustaz Ad-Dien menerusi hadis sahih Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Nabi menganjurkan berkahwin kepada golongan Syabab (iaitu pemuda yang sudah mampu dan berkeinginan). Baca lebih lanjut di bawah.



Kredit foto: Twitter






Kredit foto: Twitter


Wah! Memang tidak disangka kan umur 40an pun masih dalam kategori muda mengikut Mazhab Maliki. Jadi bagi Ustaz Ad-dien, tidak perlu kelam kabut mengejar umur untuk berkahwin sedangkan persediaan agama ke arah itu tiada langsung.



Kredit foto: Twitter



"Kahwin bila mampu, bukan ikut trend."

Itu antara komen netizen yang turut bersetuju dengan pendapat kedua-dua ustaz ini. Jadi, jangan terlalu risau bagi mereka yang belum berkahwin, pasti ada hikmahnya kepada anda yang sudah meningkat umur tetapi masih belum berkahwin untuk berkhidmat kepada orang tua terlebih dahulu. Apa pun, kita hanya merancang dan Allah menentukan. Anda kahwin umur berapa? - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2018 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
X kisahler umur brp.. who cares.. yg penting dah mampu sedia.. gatai kahwin muda.. renyam.. x puas enjoy pastu hadap rumahtangga.. kahwin pun x selalu indah.. nasib
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu da mmpu and ada potential jodoh tgh gatal bercinta elok kawin la. Lain la xde gf bf smpi 30 40.

Ni da ada gf since umur 20 an xkn nk hold smpi 40 an baru kawin.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo dah mampu kawen jela..ni nak kawen muda n awal tp menyusahkan semua org tu yg buat org marah..trend skrg kawen muda pastu majlis nk grand mengalahkan artis pastu dok bangga kawen awal..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawen sbb gatai nak ngeseks supo natey jah.. hukaloh
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 10:54 PM | Show all posts
xsemua org ada jodoh awal ,kadang2 andartu terpaksa melupakan  bersanding di usia masih muda  kerana jodoh maish di tadika main lukis-lukis pewarna crayon heheheheh


siapa tahu kan???

ini jodoh lah bodohhhhhhh jgn fikir semua metsi terjadi seperti yg dalam buku sebab takdir Allah melepasi sempadan akal fikiran manusia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2018 11:50 AM | Show all posts
klu anak orka aku xkesah sgt dieorg nk kawin awal...mak bapak blh support...tp klu dh tau keluarga tu xbrape nk senang patutnye bahagiakn lh mak ayah dlu....dh bertahun dieorg duk tanggung kita sampai menara gading...alih2 pas kluar u berkhidmat utk org yg br kite kenal...bkn xblh nk bahagiakn pd mak ayah lps kawin tp masa tu mmg terhadlh...just my opinion lh
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 11:59 PM | Show all posts
mawar_mustika replied at 16-12-2018 03:50 AM
klu anak orka aku xkesah sgt dieorg nk kawin awal...mak bapak blh support...tp klu dh tau keluarga t ...

Laki bini kerja. Tak cukup keja hari biasa keje plak hari minggu + malam. Pastu anak bagi orang jaga. Penjaga carik kat FBtakde lesen. pasal nak murah. Nak daftar yang berdaftar takde duit. so carikk la kat fb. dapat yang dari neraka.
dia letak anak kau dalam peti ais pun ko tak tahu.

korang nak tahu tak aku mmg phobia kes budak mati dalam peti ais tu. biasanya kes mcam tu berlaku kat Mumbai atau China atau Indonesia.
tapi kali ni berlaku satu area ngan aku. ...dah tu pembunuh tu terlepas pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2018 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai kawin awal sbb nafsu je,sbb tu lps je kawin ada laa upload kt socmed segala aktiviti suwit sawit tu..dah ler kawin awal ditanggung mak bapak,soal tanggungjawab fail!

Pasangan cmni laa y duk cipta anak2 geng beskal lajak
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 09:48 AM | Show all posts
gigahertz replied at 16-12-2018 11:59 PM
Laki bini kerja. Tak cukup keja hari biasa keje plak hari minggu + malam. Pastu anak bagi orang ja ...

pembunuh tu dh lps ke? pastu bdk tu mati sia2lh xde pembelaan


Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 09:56 AM | Show all posts
nak tambah lagi....yg lagi hauk prempuan yg blajar tinggi2....mak bapak punyelh bergolok gadai mase ko blajar...alih2 pas abih blajar merenyam nk kawin awal katenye...aku xkisah sgt ko nk kawin awl ke ape tp kejelh dlu...merasalh dlu bagi mak ayah duit hasil penat lelah kita....ini tdk dh abih blajar kawin trus...dh kawin mengandung plak...lg lh malas nk keje....ptptn ko sape nk bayar...nk harapkn laki, klu yg dh stabil hidupnye blh lah tanggung ko byr hutang ko tu...tp klu br sama2 nk bina hidup hmmm...pastu lg haru perkahwinan br sethn jagung cerai...last2 sape yg ko susahkn blk...mak bapak jugak
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 10:03 AM | Show all posts
mawar_mustika replied at 17-12-2018 09:56 AM
nak tambah lagi....yg lagi hauk prempuan yg blajar tinggi2....mak bapak punyelh bergolok gadai mase  ...

betul tu.
apa yg terhegeh2 sgt nak kawin.
keje le dulu, bahagiakan mak ayah
kumpul duit la nak kawin, jgn susahkan mak ayah
kenduri kawin pun pakai duit mak ayah
nak2 yg masih belajar...adoi...
dah pregnant, kena ambik study leave pulak
org dah grad, ko tak lagi...

ada jodoh, ko kawin la
jgn risau

nak membina rumahtangga ni bukan senang..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh jodoh x kesah lh umur brapa pn..tp nk kawin make sure x kena ikat perut bercatu makan pakai...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 01:35 PM | Show all posts
mawar_mustika replied at 17-12-2018 01:48 AM
pembunuh tu dh lps ke? pastu bdk tu mati sia2lh xde pembelaan

lepas dah. aku trauma wei walaupun tu bukan anak aku. dan bende tu xde kena mengena dengan aku tapi perempuan gemuk tu
dia duduk satu kawasan dengan aku. biiasa kes kes macam ni kat India. kat Indonesia kat Thailand sana. How it can happend at malaysia ?


aku tak salahkan mak bpaka budak tu aku tak salah kan si gemuk pembunuh tu aku cuma blame satu.

Kos sara Hidup Tinggi.  kos sarah hidup tinggi memaksa ibu dan bapa kerja pagi siang malam hari minggu . outsataion. OT.  anak takde orang jaga.

yang si bakal pembunuh pulak nak carik duit lebih. so best way dan jimat jaga anak orang.


BONUS : masa kejadian budak tu di simpan dalam peti ais . si pembunuh tu siap boleh offer nak jaga anak orang lain lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 01:37 PM | Show all posts
mawar_mustika replied at 17-12-2018 01:56 AM
nak tambah lagi....yg lagi hauk prempuan yg blajar tinggi2....mak bapak punyelh bergolok gadai mase  ...

Aku tambah lagi. Kena pulak laki jenis kaki perempuan. bila dah ada anak sorang. mula tak balik rumah. makan minum tinggal gitu je
bila tanya gi mana memannjang outstation . bila rahsia dah bocor malam tu jugak jatuh talak .di tinggalnya ko sorang sorang.


Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 01:39 PM | Show all posts
Sampai jodoh, kahwin lah tak kisah umur berapa pun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2018 01:41 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 17-12-2018 02:03 AM
betul tu.
apa yg terhegeh2 sgt nak kawin.
keje le dulu, bahagiakan mak ayah

kebanyakkan yang kahwin awal ni siibuk sibuk ikut orang. ada sorang kat fb aku. dia baru kahwin oct lepas. ko tau apa dia buat ?
skrg dah bulan disember kan ? dah 2 bulan  kan ? tiap tiap minggu muka dia dengan laki dia dalam wedding tu muncul kat news feed aku.

aku  bosan aku block. aku tak kisah ko nak kahwin menyelam dalam air ke apa ke TAPI jangan la setiap minggu ko post bende tu
kat media sosial.  Meluat  aku tengok.  dia tak tahu aku dah block dia.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 10:09 AM | Show all posts
gigahertz replied at 17-12-2018 01:41 PM
kebanyakkan yang kahwin awal ni siibuk sibuk ikut orang. ada sorang kat fb aku. dia baru kahwin oc ...

kalau aku pun, aku bosan.
awal2 tu posting, cukup la, kita paham
nak war2kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz replied at 21-12-2018 02:09 AM
kalau aku pun, aku bosan.
awal2 tu posting, cukup la, kita paham
nak war2kan

macam dia sorang je kahwin.erra dengan yusry pun grand jugak kahwin last last tang bercerai senyap
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz replied at 21-12-2018 02:09 AM
kalau aku pun, aku bosan.
awal2 tu posting, cukup la, kita paham
nak war2kan

Nasib tak baik dapat suami kaki pukul panas baran
taik mesin slot mati.la. dia kalah judi dia belasah menang judi pun dia belasah jugak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.064150 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list