CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 619|Reply: 3

[Tempatan] Dakwaan itu tidak benar - Hishammuddin

[Copy link]
Post time 13-12-2018 11:38 AM | Show all posts |Read mode
AHLI Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan dakwaan menjadi dalang di sebalik tindakan ramai wakil rakyat dan pemimpin kanan UMNO keluar parti itu.

Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, semua dakwaan terhadapnya terutama membabitkan parti Melayu berkenaan adalah tidak benar.

“Terdapat banyak dawaan terhadap saya membabitkan UMNO sejak enam bulan lalu, dan semuanya terbukti tidak benar.

“Mengenai perkembangan terkini di Sabah, saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak terbabit dalam apa-apa cara sehingga menyebabkan mereka keluar parti,” katanya menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya, hari ini.

Sebuah portal berita, hari ini melaporkan Hishammuddin menjadi dalang yang menyebabkan beberapa wakil rakyat UMNO berpaling tadah dan keluar daripada parti itu.

Portal yang memetik sumber itu berkata, kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di akaun Twitter rasminya yang menyatakan ada ‘bangsawan’ yang mendorong kepada tindakan keluar parti, adalah merujuk kepada Hishammuddin.

Khairy sebelum itu ditanya oleh seorang pengguna Twitter mengapa beliau tidak berusaha menghalang tindakan mereka keluar parti.

“Dah cuba tapi ada ‘bangsawan’ yang mendorong kepada tindakan keluar beramai-ramai,” balas Khairy di laman sosial itu.

Selain Hishammuddin, terdapat juga dakwaan kononnya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim menjadi ejen membawa wakil rakyat parti itu melompat parti.

Razali ketika dihubungi berkata, pergolakan politik yang berlaku sepatutnya ditangani dengan mencari penyelesaian kepada kenapa ia berlaku, bukan mencari salah sesiapa.

“Masalah ini, kita patut tangani, saya tak mahu menyumbang kepada masalah yang lain,” katanya.

Ditanya dakwaan mengaitkan nama beliau yang dikatakan menjadi antara ejen yang terbabit dengan isu lompat parti yang berlaku kebelakangan ini termasuk di Sabah.

“Isu ni perlu ditangani, kenapa sibuk nak melaga-lagakan sesama sendiri. Siapa sumber tu? (dakwa jadi ejen lompat parti). Kalau ada sumber yang beritahu, tanya sumber itu sendiri,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled hanya menjawab tidak tahu mengenai perkara terbabit.

Berita berkaitan

• [UPDATE] UMNO Sabah tidak dibubar

• [UPDATE] Mahu tempoh bertenang...

• 'Ini bukan keputusan peribadi...' - Azizah

• UMNO Sabah 'berkubur'...? [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Disember 2018 @ 8:22 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2018 12:06 PM | Show all posts
yg nak lompat parti tu masuk parti atok ke?

mark muka2 yg lompat parti ni siap2...jgn bagi undi next election.

kalo ikhlas nak bela rakyat takde camni perangai...
krjn skang pon bkn bagus sgt...
byk je umno or bn boleh jadikan isu nak dpt sokongan rakyat blk..
jdk check and balance..
dah sume nak jadik penjilat krjn...sape yg nak tegur kalo ade yg tak betul?
nampak sgt nak pikir tembolok sendiri jek..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 12:10 PM | Show all posts
vaious replied at 13-12-2018 12:06 PM
yg nak lompat parti tu masuk parti atok ke?

mark muka2 yg lompat parti ni siap2...jgn bagi undi n ...



yg lompat2 parti ni, pengkhianat pengundi paling besar dalam dunia.

yang jilat pengkhianat2 ni, bahlol samdol paling bongok dalam dunia.


Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 12:15 PM | Show all posts
Seperti dijangka

segala mahacai PH terutama RBA sekarang ni
tungkus lumus cucuk jarum

all guns trained on umno

tengok sahaja game mereka

apa juga dakyah dan serangan,
Insha Allah umno tak akan sesekali lumpuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.194432 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list