|
[Dunia]
Umat Islam Uighur di tahan di kem tahanan rahsia & Masjid - masjid di Xinjia
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 13-12-2018 07:12 PM
Ok lah tu apa boleh buat, ada mecca arab Saudi dan ada Mecca Mainland China. |
|
|
|
|
|
|
|
chicozinn replied at 14-12-2018 10:51 AM
akak sokong je la berdasarkan kemanusiaan..masalahnya China ni da xberperikemanusiaan sebab mengam ...
Betul cakap kau dekkkk.... |
|
|
|
|
|
|
|
RE: Tambahnya, satu laporan disiarkan oleh Wisconsin Muslim Journal menda
Edited by zjen at 14-12-2018 11:11 AM
naper info ni dari Amerika ? Wisconsin negeri dlm Amerika .... dah jelas PAS selama ni amik upah Amerika aka Yahudi
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zjen at 14-12-2018 11:29 AM
bebaru ni Amerika meroyan pasal PRC dah cipta 5G .... so kang gila ajak 'sekutu Amerika' guna apa jua cara utk sound kat PRC, termasuk Kanada, Japenis, Australia ... dan PAS
tapi byk lagi negara memihak PRC, termasuk ... Perancis dan byk negara Arab dah setuju masuk 5G ciptaan PRC
so uols bangsa PAS meroyan alone la yer, bebai ... iols juga memihak 5G ciptaan PRC ketentuan Allah
ingat, org Uighur mazhab x sama dgn PAS, depa masih mengamalkan budaya minum arak, PAS ikut jelah Uighur minum arak kalu ada teloq |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-12-2018 12:19 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Demi berdagang dengan China, negara Islam abai nasib Uighur
Mohd Azmi Abdul Hamid
(Dikemaskini )
A A
Majlis Perundingan Pertubuhan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) membantah sekeras-kerasnya penindasan yang sedang berlaku ke atas etnik Uighur Muslim dan umat Islam di China oleh kerajaan negara itu.
Isu yang sudah lama berlaku sejak wilayah Xinjiang diambil alih Republik Rakyat China pada 13 Oktober 1949 sehingga hari ini tidak diberi perhatian oleh dunia. Malah sikap kebanyakan negara Islam nampak seperti telah meletak ke tepi nasib etnik Uighur hanya kerana mahu meneruskan hubungan perdagangan dengan China.
Keadaan etnik Uighur di Xinjiang menjadi sasaran kerajaan China yang bersikap keras atas alasan mereka dituduh terlibat dengan gerakan pemisah.
Sejak tahun lalu. kerajaan China bukan saja telah meningkatkan penindasan ke atas etnik Uighur malah juga terhadap orang Islam. Malah kerajaan negara itu menganggap Islam sebagai penyakit mental. Kini kalangan Uighur yang berada dalam kem tahanan - atau lebih tepat penjara - dilaporkan sudah mencecah sejuta orang. Kerajaan kononnya mendakwa mereka ditempatkan dikem latihan, padahal ia adalah penjara.
Berita penindasan sekarang terutama ke atas etnik Uighur khasnya dan rakyat Muslim China sangat menyedihkan. Berikut adalah beberapa dakwaan penindasan yang dialami mereka;
Wanita Muslim dipaksa membuka hijab.
Pakaian jubah mereka yang menutup sampai ke kaki, digunting sehingga ke atas lutut.
Pemuda berumur kurang daripada 18 tahun tidak dibenar masuk ke masjid.
Mereka yang kerap ke masjid ditahan kerana dianggap fanatik agama.
Petugas kerajaan beragama Islam dilarang berpuasa.
Anak-anak Muslim tidak dibenar mendapat pendidikan agama sama ada dalam negara mahupun di luar negara.
Semua komunikasi dipantau termasuk emel dan telefon bimbit.
Mereka yang menunaikan haji ditahan atau disoal selepas pulang.
Orang Islam dari China dipantau di luar negara, termasuk pemantauan ke atas akaun bank dan segala komunikasi.
Pasport mereka yang keluar dari China disemak dengan ketat dan siasatan dilakukan untuk memastikan mereka tidak mempunyai apa-apa kegiatan berkaitan dengan Islam.
Penangkapan dan penyeksaan yang sangat zalim dilakukan ke atas penganut Islam terutama etnik Uighur dengan tidak mempedulikan hak asasi manusia atau undang-undang antarabangsa.
Kes pelajar dari China yang beragama Islam datang untuk belajar di Malaysia juga tidak terlepas daripada pemantauan dan amaran kerajaan China.
Kini sedikit demi sedikit maklumat daripada mangsa penindasan ini mula ditularkan di seluruh dunia melalui media sosial walaupun kerajaan China dengan mudah menafikannya.
Kerajaan China tidak boleh menafikan pencabulan hak asasi manusia yang semakin terdedah. Walaupun negara itu sangat agresif menjalinkan hubungan perdagangan antarabangsa, namun penindasan yang dilakukan ke atas rakyat beragama tidak boleh diselindung lagi dan dunia Islam tidak boleh mendiamkan diri. Kepentingan keselamatan dan kebajikan serta hak kaum Muslimin khususnya dan juga penganut agama lain di negara tersebut mesti dijamin.
Malaysia sebagai orang tengah
Kami mengesa kerajaan Malaysia tidak mengenepikan hak dan keselamatan etnik Uighur Muslim dan kaum Muslimin China keseluruhannya hanya kerana hendak menjaga perdagangan mahupun pelaburan China di Malaysia.
Mesej yang jelas dan tegas perlu disampaikan kepada kerajaan China melalui saluran diplomatik atau saluran pertubuhan antarabangsa seperti PBB dan OIC. Malaysia perlu menjelaskan kepada kerajaan China bahawa tanggapan negatif mereka terhadap agama khususnya Islam mesti diperbetulkan jika negara itu mahu terus mengadakan hubungan dengan negara-negara Islam.
Malaysia juga perlu mempertahankan hak etnik Uighur di Malaysia sendiri dan tidak tunduk kepada tekanan China jika jelas mereka tidak melanggar undang-undang di negara ini.
Mapim mengesa agar Malaysia mengambil peranan sebagai orang tengah antara kaum Uighur khususnya dan kaum Muslimin amnya dan kerajaan China. Ini untuk mencari jalan penyelesaian yang akhirnya dapat mewujudkan suasana yang damai dan lebih kondusif demi membina semula hubungan tamadun antara Islam dan China.
Kami juga menyeru agar kerajaan Turki dilibatkan dalam proses perundingan sebagai satu usaha multilateral dalam hubungan OIC dan kerajaan China demi menjaga keamanan geopolitik yang lebih terjamin.
Rundingan ini tidak harus dilihat sebagai campur tangan dalam urusan negara China tetapi demi memelihara keamanan rantau serta membina masa depan yang lebih kondusif untuk menikmati dunia yang lebih damai dan bermanfaat untuk semua.
MOHD AZMI ABDUL HAMID adalah presiden Mapim. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
felinecat replied at 14-12-2018 09:36 AM
seriously?? betul2 berlaku ke mcmne, mcm xde liputan ape2, hak asasi ke pbb ke
Emm pbb tadak telooo.. tengok je laa kat palestin semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 14-12-2018 10:05 AM
Buat2 takajut ka semua??? Alololo
Aahhh terkojutnyaa aku
.... |
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 14-12-2018 10:09 AM
Sepet overseas lain lar dengan sepet Mainland komunis. Kat Thailand tu hampir semua PM dia Cina, ...
Sepet detected... hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 14-12-2018 10:17 AM
Akak berbelah bagi dekkk.... akak sokong tindakan china yang mengekang gejala keganasan dari akar um ...
Hahahaha.. akak pilih je laa.. lantun duit syiling jah akak oii |
|
|
|
|
|
|
|
v(T.T)v replied at 14-12-2018 10:42 AM
Msia pun tak jauh beza, malu sikit bila kutuk orang lain.
Msia bg labuh..
China bg pendek..
Hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 14-12-2018 12:43 PM
Sepet detected... hahaha
Kejap keling kejap sepet, next apa?.jawak pornorogol? Bugis mapadulung? |
|
|
|
|
|
|
|
sejak ada raja baru ni yg mesra muslim, selatan thai dah kurang pengawasan junta tak seperti dulu dibawah pemerintahan bpk dia..byk road block tanpa tentera
rata2 pompuan uighur ni lawa2, antara muslims yg dilupakan sebab, ummah meleis berkiblatkan tanah ereb
|
|
|
|
|
|
|
|
v(T.T)v replied at 14-12-2018 10:41 AM
Nak kata cilaker, puak padang pasir paling cilaker. Bila Ugyhur membunuh orang awam secara besar ...
Knp dia bunuh org awam |
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 14-12-2018 02:06 PM
Kejap keling kejap sepet, next apa?.jawak pornorogol? Bugis mapadulung?
Ko yg ngaku jawo.. aku tak ngata... hahaha.. chilla bro.. tak yah le sentap sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengoklah China layan Dalai Lama macam mana.
|
|
|
|
|
|
|
|
jawatan kuasa PEMANTAU ICERD di UN buat apeeeee? |
|
|
|
|
|
|
|
Seriously sedih tgk nasib diorg...dan dunia terus menyepi..
|
|
|
|
|
|
|
|
dia tunjuk betis kita xminta paha malah kita beri kain batik suruh dia tutup tubuh dia , kita tolong jaga maruah dia ,tutup aib dia.Kenapa ko memberontak marah pula???
|
|
|
|
|
|
|
|
OsHiN_hOnEy replied at 14-12-2018 02:21 PM
sejak ada raja baru ni yg mesra muslim, selatan thai dah kurang pengawasan junta tak seperti dulu ...
Thai ada 2 jenis Moslem, yg dari selatan dan juga Moslem Bangkok, bangsa Siam sendiri. Yg masalah di selatan tu sebab isu politik dan etnik yg berbeza ... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-12-2018 04:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|