JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
1311
View
21
Reply

Operasi Gubir.

[Copy link]

Author: Remyda    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-12-2018 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Remyda at 14-12-2018 07:50 AM

Operasi Gubir 2 (20 April 1976 hingga 3 Mei 1976)

Bagus sebagai informasi untuk generasi2 terkini. Kisah - kisah sejarah & perjuangan yg tidak harus dilupakan

Susulan kepada pertempuran dan serang hendap yang dilancarkan oleh pengganas komunis, Angkatan Tentera Malaysia mengambil keputusan untuk melancarkan serangbalas terhadap musuh disebuah kawasan yang disyaki kubu kuat mereka. Dianggarkan 400 anggota pengganas berkubu disitu berserta dengan 3,600 jerangkap samar yang telah dipasang sekitarnya.
Operasi dirancang berdasarkan maklumat SEP (Surrendered Enemy Personnel) yang dikenali sebagai Abdullah. Dia mengatakan yang dia telah dilatih disebuah kem di kawasan pergunungan berhanpiran sempadan Thai. Kem tersebut mampu menempatkan beberapa ratus pengganas komunis dan dilengkapi dengan generator elektrik dan juga mesin cetak. Bagaimanapun dia tidak dapat memastikan lokasi kem tersebut dengan tepat. Seorang pegawai tentera mengatakan dia pernah nampak kawasan kebun sayur seperti yang dikatakan oleh Abdullah dan mahu Abdullah mengikutnya untuk mengecam kawasan tersebut. Bagaimanapun Abdullah enggan kerana khuatir akan keselamatan dirinya. Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk melakukan tinjauan dari udara.

Formasi yang terlibat adalah seperti berikut:
1. Markas 2 Divisyen Infantri - Mej Jen Dato' Mahmood Sulaiman
2. Markas 6 Briged Infantri - Brig Jen Dato' Arul Pragasam
3. Rejimen Gerak Khas Malaysia (1 RGKM) - Lt. Kol Hasbullah Bon
4. Markas Jurutera 2 Divisyen - Lt. Kol Mei York Chee
5. No. 3 Skuadron Jurutera - Mej Akhbar Khan
6. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Kekuatan Pasukan Penggempur - X Skuadron, 1 RGKM (60 sukarela)
a. Ketua Skuadron - Kapt Sudirman Haji Ahmad
b. Ketua Terup - Lt Aziz Rashid & Lt Azizan
c. Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) - 57 orang

Kekuatan Detasmen Jurutera - Gabungan 1 & 2 Terup, 3 Skuadron Jurutera
a. Ketua - Lt. M Basri (23 Apr hingga 25 Apr 1976), diambilalih Lt. M Mior Safian
b. LLP - 18 anggota

Tugasan Utama Jurutera - membantu pasukan komando RGKM
a. membina tempat mendarat helikopter
b. membersihkan jerangkap samar

Serangan Udara
Pada 16 April 1976, jet-jet CL-41G Tebuan dari No. 6 Skuadron dan F5E Tiger II dari No. 12 Skuadron TUDM telah terlibat dalam melakukan serangan udara. Sebahagian Tebuan dilengkapi dengan mini-gun dan roket, manakala sebahagian lagi membawa bom-bom 500 lbs. Helikopter Allouette bertindak sebagai Forward Air Controller (FAC) untuk menandakan sasaran.
Serangan pertama tidak memberi banyak kesan kerana kawasan hutan tebal cukup memberi perlindungan kepada sasaran. Bagaimanapun serangan bertubi-tubi itu akhirnya berjaya membuatkan sebahagian besar pengganas komunis berundur ke sempadan Thai melalui terowong khas yang telah mereka bina. Laporan yang diterima keesokkannya menunjukkan terdapat kesan-kesan darah dikawasan sasaran.

Pendaratan Pasukan Penggempur.
Percubaan pertama gagal kerana mereka diserang terlebih dahulu oleh penganas komunis. Percubaan kali ke-2 diiringi oleh helikopter gunship Allouette. Anggota-anggota komando Gerakhas (RGK) menggunakan 3 buah helikopter Nuri untuk masuk ke kawasan sasaran. Ini adalah satu-satunya cara 'insertion' kerana kawasan sekitar telah dipasang banyak jerangkap samar.
Helikopter ke-2 mula-mula menurunkan anggota, bagaimanapun teknik rapelling tidak dapat dilakukan kerana tali tersangkut dipokok. Kaedah winching (menggunakan kabel yang dijana mesin) kemudian digunakan. Bagaimanapun, kedatangan mereka disedari oleh pasukan musuh. Pengganas komunis menembak helikopter dengan pelancar grened M79 tetapi tersasar mengenai pokok.
Pertempuran berlangsung selama kira-kira setengan jam. Kedudukan tersebut akhirnya berjaya ditawan oleh RGKM tetapi memakan korban dengan 11 anggota RGK terbunuh, manakala 22 pengganas komunis dapat dibunuh. Mereka meneruskan pembersihan jerangkap samar dikawasan laluan dan menyediakan Landing Point (LP) untuk pendaratan anggota Jurutera yang akan meneruskan kerja-kerja memusnahkan jerangkap samar serta membuat penyiasatan dan kajian lanjut keatas terowong yang ditemui.

Dalam proses pengeledahan dan pembersihan 3 anggota cedera RGK telah tercedera terkena jerangkap samar, mereka ialah:
1. Sjn Ahmad Jantan - cedera parah dikaki
2. Truper Yaacob Hassan - cedera parah dikaki
3. Truper Hussin Mahbeb - cedera parah ditangan
Pembersihan Dalam Terowong
Pembersihan didalam terowong diteruskan pada 25 April 1976. Laluan dalam terowong yang telah dibersihkan dari jerangkap samar akan diletupkan. Tugas ini dilaksanakan oleh Terup 1 dan Terup 2 dari 3 Skuadron Jurutera. Ketika didalam terowong, team yang diketuai oleh Lt Meor telah berada jauh dihadapan. Lt. M Basri dengan ditemani L/Kpl Abdullah pula menuruni 31 anak tangga didalam terowong tersebut. Mereka menggunakan lampu suluh kerana suasana didalam terowong itu agak gelap. Ketika itu Lt M Basri terlihat satu guni beras yang diletakkan disebelah kiri laluan dan mengesyaki terdapat jerangkap samar disitu. Beliau mengarahkan anggota-anggota lain mengikuti rapat disebelah kanan.
Sebaik saja Lt. Muda Basri melangkah kakinya ke kanan, tiba-tiba berlaku satu letupan kuat. Dia rebah dan senjata yang dibawanya terpelanting. Dia telah mengalami kecederaan dipunggung. Ketika itu juga L/Kpl Abdullah menjerit memberitahu bahawa dia tercedera didada. Sememangnya jerangkap samar itu dipasang pada ketinggian yang menjadikan jantung sebagai sasaran. Beliau diusung naik keluar dari terowong dalam keadaan parah dan setibanya di permukaan, beliau menghembuskan nafas terakhir.

Tragedi Nuri Ditembak Jatuh - 26 April 1976

Sebuah helikopter Nuri yang membawa bekalan peluru, bahan letupan (untuk memusnahkan terowong) dan juga 11 penumpang serta krew telah ditembak jatuh oleh pengganas komunis. Berikut adalah senarai mangsa yang terkorban didalam tragedi itu:
Lt (U) Chung Ming Teck PTU, No. 10 Skuadron, Kapten pesawat
Lt (U) Wan Munsiff bin Wan Salim KPK, No. 10 Skuadron, Co-pilot
Sjn Leong Yee Heng PTU, No. 10 Skuadron, AQM
Kapt (U) Choo Yeok Boo PGB, No. 7 Skuadron (Kapten)
Kapt (U) Mustapha Kamal bin Mohamad Shafie KPK, No. 7 Skuadron (Co-pilot)
Mej Haris bin Rejab, MMLO Haadyai
Kapt Sulaiman bin Abdullah, 6 Briged Infantri
Lt Ibrahim bin Zakaria, Batalion ke-3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)
Sjn Kamis bin Dolmat, Batalion ke-3 RAMD
L/Kpl Kamarulzaman bin Zakaria, X Skuadron Rejimen Gerakhas (RGK)
L/Kpl Suandi bin Saim, X Skuadron RGK

Pada 27 April 1976, elemen Jurutera dan sebahagian anggota komando dikeluarkan dari kubu pengganas tersebut setelah berjaya memusnahkan terowong dan bunker. Mereka bergerak menuju ke "extraction point". Helikopter melakukan bebrapa penerbangan ulang-alik sehinggalah ia disedari oleh sepasukan pengganas komunis. Penerbangan terpaksa dihentikan, baki 18 anggota komando RGK terpaksa ditinggalkan dan mereka diarah melakukan RV (rendezvous) disatu kawasan berhampiran LP (landing point) dimana sepasukan komando akan menanti ketibaan mereka untuk dibawa keluar.

1 Mei 1976

Kumpulan 18 anggota komando itu diketuai oleh Lt. M Aziz Rashid (bersara Lt. Kol). Dianggarkan terdapat seramai 60 pengganas komunis mengepung lokasi mereka. Kawasan ini ditanam dengan anak pokok getah. Pengganas komunis datang dengan menaiki lori. Lt. M Aziz memecahkan anggotanya kedalam 3 kumpulan. Mereka diingaykan tidak menembak musuh kecuali kehadiran mereka sangat jelas kerana hendak menjimatkan peluru. Anehnya, mereka tidak diserang pada malam itu. Beliau sempat menghubungi Z Skuadron dan dia dimaklumkan helikopter Nuri tidak dapat mengambil mereka kerana lokasi didapati tidak selamat. Seterusnya, beliau diarahkan untuk RV dengan sepasukan komando yang telah ditugaskan untuk menyelamatkan mereka.

2 Mei 1976

Markas Taktikal di Gubir telah menghantar 2 x helikopter Allouette (gunship) ke lokasi yang dilaporkan oleh Lt. M Aziz. Beliau telah mengarahkan Alouette tersebut menembak kekawasan tertentu yang dipercayai ada pengganas komunis. Setiap helikopter mneghamburkan 200 butir peluru meriam 20 mm HE (High Explosive). Lt. M Aziz dan anggotanya bergerak keluar tetapi tidak mengikut "track" yang sedia ada, dikhuatiri ianya telah dipasang jerangkap samar. Dalam perjalanan, mereka menemuai sebuah kem pengganas komunis yang telah ditinggalkan secara tergesa-gesa mungkin menyelamatkan diri dari serangan helikopter Allouette tadi.
Menyedari yang musuh akan terus memburu mereka, menjelang malam, Lt. M Aziz mengarahkan anggotanya membuat "rumah batu" (hammock juga digelar Jungle Hotel - Jungtel). Ini bukan kebiasaan bagi anggota komando kerana mereka biasanya tidur berhamparkan ponco diatas tanah. Rupanya ini adalah umpan untuk mengelirukan pasukan musuh. Mereka bergerak meninggalkan lokasi itu dan menuju ke kawasan tinggi untuk membuat serang hendap.Seperti malam sebelumnya, arahan jangan menembak kecuali kehadiran musuh jelas. Selain itu anggota diingatkan kemungkinan pangganas komunis akan memasang lampu suluh pada hujung kayu panjang dan menyuluh kearah atas untuk mensasarkan tembakan. Sebagaimana yang dijangkakan, memang benar musuh meghampiri kawasan khemah (Jungtel) mereka kerana kelihatan cahaya lampu suluh menghala keatas.

3 Mei 1976

Menjelang pagi mereka turun semula ke Jungtel dan mendapati banyak kesan tapak kaki disitu, dianggarkan kira-kira 40 pengganas komunis telah menggelidah kawasan itu. Mereka meneruskan perjalan ke RV dan apabila tiba dikawasan sempadan Malaysia-Thai terdapat tanda lakaran jerangkap samar yang dilekatkan pada 2-3 batang pokok. Memang pengganas komunis akan meninggalkan tanda jika sesuatu kawasan itu telah dipasang jerangkap samar supaya kawan-kawan mereka akan menghindari kawasan tersebut.
Bagi mengelak dari terkena jerangkap samar, mereka mengikat 3 beg galas (haversack) dengan tali dan melontar kearah laluan dihadapan. Kemudian tali akan ditarik perlahan-lahan, sekiranya ada jerangkap samar yang meletup, itu tidak akan memudaratkan mereka kerana mereka berada dalam jarak yang selamat. Proses ini diulang sehinggalah mereka selamat tiba di kawasan RV. Sepasukan komando RGK dari Y Skuadron yang diketuai oleh Lt. M Rajasegaran telah menanti mereka. Inilah kali pertama dalam beberapa hari mereka berpeluang bertemu makanan! Seterusnya mereka bergerak menuju ke LP dan diterbangkan oleh helikopter Nuri ke Kem Gubir. Ketika disana, Lt. M Aziz telah dimaklumkan pihak atasan telah menyediakan 18 keranda seandainya mereka tidak dapat kembali dengan selamat.

#Azman
Copy & paste
IMG_0678.JPG
IMG_0679.JPG

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-12-2018 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Gambar lain
IMG_0681.JPG

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-12-2018 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Gambar lain
IMG_0680.JPG

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-12-2018 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah yang telah di bukukan
IMG_0683.JPG
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 10:24 AM | Show all posts
skrg kawasan gubir dah cantik siap ada highway yg baik
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 04:57 PM | Show all posts
Ayah saya antara yg pernah terlibat operasi Gubir,..masa kecil2 dulu ada gak prnh dia bercerita ni..boleh cari buku ni utk dia..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice thread
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
ady200 replied at 14-12-2018 04:57 PM
Ayah saya antara yg pernah terlibat operasi Gubir,..masa kecil2 dulu ada gak prnh dia bercerita ni.. ...

Wowwww. Tq to your father.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Best thread ni. Tq share. 1976 ni kakak sulong br nak lahir. Beberapa hari tk jumpa makanan tu. Pengorbanan besar anggota dn keluarga  yg terkorban

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 02:34 PM | Show all posts
munchkin replied at 15-12-2018 12:05 AM
Wowwww. Tq to your father.

Tu la dia prnh kata umurnya masih pnjg lg..antara operasi yg dia x dpt lupakan..pg belum tentu kembali 'one piece'..dia prnh gak dpt anugerah pisau komando tp x pasti masa operasi ni ke atau yg lain..dulu masa kecil prnh tgk photo2 operasi..laa ni xtau ada lg x photo2 tu..gmbr 'nuri' tu yg plg familiar..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
ady200 replied at 15-12-2018 02:34 PM
Tu la dia prnh kata umurnya masih pnjg lg..antara operasi yg dia x dpt lupakan..pg belum tentu kem ...

Wahhh. Berapa umur ayah if you dont mind? Respect badan beruniform yg telah berkhidmat pada negara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 09:29 AM | Show all posts
munchkin replied at 15-12-2018 02:44 PM
Wahhh. Berapa umur ayah if you dont mind? Respect badan beruniform yg telah berkhidmat pada negara

70 yrs dah..still sihat lg..disiplin x tinggal smpi ke hari ni..kami adik beradik jgn harap nak berambut pjg lps SPM..mmg kena sebat dgn getah paip dulu2..tp sorang pun xde yg jd army mcm dia..pelik pulak....tu la respek dgn dia hingga ke hari..punctual on time..anak2 kalau berjanji x dtg tepat pd masa mmg blh sakit..wakakaka..tp tula kot, Alhamdulillah,kami adik beradik kira berjaya dlm hidup walaupun dlm bidang civilian..maybe disiplin sbb anak askar kot..cuma kadang2 bila dgr keluhan mereka ni yg prnh berjasa sedih gak terutama ex- anggota lain2 pangkat, yg officer maybe ada segelintir kot...still ada susah selepas bersara..yg ada pencen mujur..yg blh survive dgn dunia civilian adalah juga tp rasanya beberapa kerat je..cukuplah utk mereka..ada lg masih bekerja hingga ke hari tua kalau x nak mkn apa kata mereka dgn ekonomi hari ni..ada yg xde rumah..masih menyewa..ayah saya antara org yg masih lantang bersuara dlm veteran atm..
tp tulah..harap2 gov. mendengar luahan hati mereka..sedangkan jasa mereka ,kita hari ni belum mampu buat sebegitu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ady200 replied at 16-12-2018 09:29 AM
70 yrs dah..still sihat lg..disiplin x tinggal smpi ke hari ni..kami adik beradik jgn harap nak b ...

Alhamdulillah good to hear. Semoga jasa mereka ini dibayar dengan setimpal apabila dapat pencen. Ye saya faham ada lain tugas tak seberapa tapi dibayar pencen tinggi..kesian anggota kita treated that way.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2018 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ady200 replied at 14-12-2018 04:57 PM
Ayah saya antara yg pernah terlibat operasi Gubir,..masa kecil2 dulu ada gak prnh dia bercerita ni.. ...

Ayah awak hebat...terbaikk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2018 07:44 AM | Show all posts
Pengorbanan pemburu pemburu teroris ini semua akan sentiasa dikenang untuk selama lamanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 03:15 AM From the mobile phone | Show all posts
ady200 replied at 16-12-2018 09:29 AM
70 yrs dah..still sihat lg..disiplin x tinggal smpi ke hari ni..kami adik beradik jgn harap nak b ...

Cadangan sy, boleh buat catatan / buku tentang  pengalaman dia. Boleh di ceritakan kepada generasi seterusnya. Samalah mcm sejarah keluarga. My mom byk tahu sejarah keluarga belah my late father, yg rasanya adik arwah sendiri kurg tahu. Dia ada tulis tp tk tahu dh ltk mana.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2019 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih tuan tanah bukak benang ni. Sememangnya saya suka baca kisah2 sejarah especially perjuangan ATM untuk negara kita dan membebaskan Malaysia dari komunis.. walaupun saya ni hati tisu
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 08:29 PM | Show all posts
Upppp thread best ini

gubir ni empangan kan ? banyak kominis dulu kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
puak puak kominis nihari ni jadi sepupu sepapat anak beranak dap hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 06:57 AM | Show all posts
OttoVonBismark replied at 10-2-2019 03:13 PM
puak puak kominis nihari ni jadi sepupu sepapat anak beranak dap hari ni

Biasalah. Sekor sekor loser
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni ke yang chin peng..shamsiah fakeh tu berkubu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 03:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai jugak eh nama2 askar pegawai cina, India.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.055463s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list