CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4207|Reply: 44

[Tempatan] Malu kerana ditampar Farid Kamil

[Copy link]
Post time 14-12-2018 08:59 AM | Show all posts |Read mode





ANGGOTA polis trafik memberitahu Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, dirinya berasa dimalukan oleh pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari yang secara tiba-tiba bertindak agresif sebelum menampar pipinya ketika dia sedang bertugas dan memakai pakaian seragam.

Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin, 24, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 1 tengah hari, 11 November lalu di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara, Petaling Jaya ketika beliau bertugas dan insiden itu dilihat oleh beberapa orang awam yang mahu membuat laporan polis.

"Selain malu kerana ditampar Farid di hadapan beberapa orang, pipi saya juga sakit dan pedih," katanya ketika sesi pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran, pada hari ketiga kes perbicaraan Farid, di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Menceritakan semula kejadian, Muhammad Nizam berkata, sebelum itu, seorang lelaki, Ashraf Ahmad, yang juga saksi pertama pendakwaan kes itu, membawa Farid ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan polis kerana kemalangan.

    ALIA: Boleh kamu ceritakan apa yang berlaku selepas itu?

    MUHAMMAD NIZAM: Saya suruh tertuduh duduk dan bertanya adakah beliau terbabit kemalangan, namun tertuduh sebaliknya menunjukkan telefon bimbit miliknya kepada saya.

    ALIA: Apakah yang tertuduh tunjuk?

    MUHAMMAD NIZAM: Tertuduh tunjuk artikel '300 artis meminjam Ah Long kerana tiada pekerjaan'. Kemudian, saya bertanya kepada tertuduh adakah dia ingin membuat laporan mengenai artikel ini.

    ALIA: Kemudian?

    MUHAMMAD NIZAM: Tertuduh menyoal saya semula adakah artikel itu betul dan saya menjawab yang saya tidak tahu... tidak pasti.

    ALIA: Seterusnya, apa yang berlaku?

    MUHAMMAD NIZAM: Saya bertanya tertuduh kembali adakah dia terbabit dalam kemalangan dan sekali lagi dia menunjukkan artikel sama.

Berikutan kejadian itu, Muhammad Nizam mencadangkan Farid untuk melaporkan kes jenayah di balai polis berhampiran yang lebih arif dan tahu tentang kes jenayah.

Namun, Muhammad Nizam berkata, Farid terus berdiri dan menjerit: 'Adakah hang tau aku sapa?', bagaimanapun sebelum dia sempat menjawab, tertuduh memberitahu sendiri: 'Aku Datuk Farid Kamil.'

    ALIA: Kemudian?

    MUHAMMAD NIZAM: Ahsraf yang membawanya telah menenangkan tertuduh supaya tidak membuat kecoh dan terjerit-jerit di balai polis.

    ALIA: Kamu ingat apa yang Ashraf cakap pada tertuduh?

    MUHAMMAD NIZAM: Tertuduh kata: 'Farid, kau tidak boleh jerit dan tinggikan suara dalam balai' dan selepas itu, tertuduh terus menampar Ashraf.

    ALIA : Kemudian?

    MUHAMMAD NIZAM: Saya bangun dari meja kaunter dan pergi kepada tertuduh dan saya telah tenangkannya dengan berkata: 'Datuk tidak boleh buat seperti ini, tidak bolah pukul orang awam'.

    ALIA: Seterusnya?

    MUHAMMAD NIZAM: Tertuduh sekali lagi bertanya saya, 'adakah hang tau aku sapa?' Saya jawab, 'ya, saya tahu Datuk Farid Kamil' dan sekali dia bertanya kepada saya soalan sama sebelum terus bertindak menampar saya menggunakan tangan kanannya.

Menurut Muhammad Nizam, berikutan keadaan Farid yang agresif ketika itu memaksanya untuk menggari tertuduh, namun fizikal Farid yang besar dan lebih tinggi darinya menyukarkan beliau untuk berbuat demikian.

"Beberapa kali saya mencuba untuk menggarinya namun tidak berjaya namun selepas dibantu Ashraf dan seorang lagi orang awam yang berada di dalam balai, Farid akhirnya digari dalam keadaan meniarap," katanya.

Pada 16 Januari lalu, Farid mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan, iaitu mendatangkan kecederaan kepada seorang orang awam dan anggota polis, menghalang anggota polis menjalankan tugas dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kesat di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara kira-kira jam 1.20 petang, 11 Januari lalu.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham bersambung esok.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Disember 2018 @ 6:21 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2018 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau sungguh bagai dikata...
wei farid ..hang ingat datuk hang tu boleh bawak mati ka..
hangin betoi aku ngan org berlagak mcm ni..
la ni mcm karma pulak kan..hang terus mcm xdak hala tuju..syamsul yusop tengah mendunia..
bawak2 la bertobat wei
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah hang tau aku sapa?
pala but@$@ lah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Apsal semua org mabok.....asik nak kena teka korang sape...semak nya...Ritu si yb melaka..si apek kt airport sebok nak msuk kawasan ygxbole....ni si mangkuk fk.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 08:48 PM | Show all posts
pelik kenapa tertuduh tanya polis pula
tentang artikel tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 08:53 PM | Show all posts
awaynepian replied at 14-12-2018 09:30 AM
kalau sungguh bagai dikata...
wei farid ..hang ingat datuk hang tu boleh bawak mati ka..
hangin be ...

apa kaitan farid kamil dgn syamsul yusuf?...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2018 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang aku tau rugi besor DDD pegi kawen dia.  Takat dapat title datin je..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 09:42 PM | Show all posts
anak haram parit sial ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2018 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade juga kesilapan dalam mengarang...saksi berkata..bukan tertuduh berkata yg farid xboleh menjerit dlm balai..kuang ajaq farid...
Tp skrg tgl mewah die..rumah besar giler.. renovate pon cantikk...masyukk.betol... ehem..ehem...ehem..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Jambu jugak polis yg kena tampar ni
Mana sis @Bedah.Cun
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
ehh cilakernya ko parit...merengkoklah dlm jail nanti baru ko tau lahanat
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Gambar kat atas tu polis yg kena tampar tu ke? Helok rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Leh tahan gak dik polis Nih...auwwmmmm...kak @Bedah.Cun  masuk sini
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 02:22 PM | Show all posts
Delicioussnyeerh, hoii Farid Kamil kaw hengat kawww bagus sangat nak tampo2 hadek polis tastes aii nehh?! Dah lar burghokk macam bapok Siam! Eughh!~
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi DFK xtau malu
Muka selambaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis tu tendang siket kemaluan dia bole... Cakap pertahankan diri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2018 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 14-12-2018 08:53 PM
apa kaitan farid kamil dgn syamsul yusuf?...

Sol ex bini Parit.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-12-2018 02:37 PM
Sol ex bini Parit.

Samsyul ex bf bini parit kannn...

Sian diana dpt laki tak berjenis mcm ni....diana dgn sam sol memang sesuai.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
wadiunong replied at 15-12-2018 07:35 AM
Gambar kat atas tu polis yg kena tampar tu ke? Helok rupanya

Polis skrg memang helok helok....

Dulu polis & askar ni, utk sesspa yg merajuk nk bawak diri dari kg, dorang masuk lah jd polis ke askar...tu sbb muka tak brp hensem....

Skrg yg hensem hensem yg ramai....lg satu ramai yg grad U jadi polis.....klu dulu, spm pangkat 3, tapi tinggi mcm pokok kelapa, bila hilang je....memang jd polis  atau askar lah ty...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 03:17 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 15-12-2018 03:13 PM
Polis skrg memang helok helok....

Dulu polis & askar ni, utk sesspa yg merajuk nk bawak diri da ...

fuuyoooo

kau dari dulu sampai sekarang, asik peratikan para lelaki je.

sapa la yg malang jadi laki kau tu


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.075549 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list