CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11573|Reply: 54

Dulu Gemuk Bagai Dipam-Pam, Rahsia Aishwarya Rai Kembali Langsing Akhirnya Terbo

[Copy link]
Post time 17-12-2018 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Tahukah anda Aishwarya Rai kini sudah berusia 45 tahun? Golongan ibu-ibu pada usia ini jika di Malaysia majoritinya sudah naik berat badan dek kerana mempunyai ramai anak.

Tetapi memandangkan dirinya adalah seorang superstar, menjadi gemuk setelah bergelar ibu bagaikan suatu 'dosa' buat bekas Miss World ini.


Dunia luar mengkritik penampilan beliau beberapa tahun lepas selepas Aishwarya membuat kemunculan semula dalam keadaan fizikal yang sudah 360 darjah berubah tidak seperti dulu!





Sumber foto: pinterest



Namun, sebenarnya dia tidak mahu tergesa-gesa menurunkan berat badan pada peringkat awal selepas bersalin kerana masih lagi sedang menikmati fasa menjadi ibu kepada anaknya, Aaradhya.


Dan kini Aishwarya benar-benar telah membuktikan kepada semua beliau mampu mengembalikan bentuk badan asal.


Aishwarya mengamalkan rutin yang cukup berdisiplin dalam memastikan berat badannya cepat turun. Dia langsung tidak mengambil junk food serta makanan bergoreng dan berlemak. Beliau lebih suka memilih sayur yang direbus, buah segar dan jus buah. Ini merupakan rahsia di sebalik kulitnya yang cantik.






Selain itu, dia tidak makan beras putih tetapi memilih beras perang kerana ia mengandungi lebih serat. Aishwarya juga makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.


Dia juga menitik beratkan amalan yang menyeluruh untuk badan, kulit dan rambutnya. Oleh itu, dia memastikan pengambilan air dalam badannya mencukupi setiap hari. Di samping 8 gelas air masak yang wajib diambilnya, Aishwarya gemar minum air suam yang dititiskan lemon dan madu yang juga bagus untuk kulit berseri.



Sumber foto: indilens.com




Salah satu rahsia terbesar Aishwarya ialah mengamalkan senaman yoga. Beliau lebih gemar melakukan yoga berbanding senaman di gimnasium. Yoga dapat membuatkan anggota badan lebih sihat dan fleksibel.


Mari kita lihat gambar terkini Aishwarya Rai bersama keluarganya.









Sumber foto: IG



Memang terbukti dia kini kembali cantik dan sihat. Harap-harap selepas ini ramai yang dapat mengikuti tips kembali langsing yang telah dikongsikan olehnya. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2018 12:09 PM | Show all posts
Tak ada jalan pintas untuk kembali cantik dan sihat
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 12:20 PM | Show all posts
anak dia dah berapa tahun?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Anaknya x mewarisi kejelitaan ibunnya..
Baka Bachan kuat sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 12:55 PM | Show all posts
anak dia muka ayah dia sgt hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
takde rahsia sangat, bende biasa sahaja, anak sorang tak mewarisi kejelitaan sheols
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2018 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian dia. Back then she's trying too hard to get to hollywood. Bila iols nampak priyanka chopra, mesti tringat aishu and her dream goal.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 01:31 PM | Show all posts
Anak muka bapak sgt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2018 03:34 PM | Show all posts
dia tak sekurus dulu mase lagu crazy kiya re dengan hrithik roshan tu... hahahaha tapi dah kurus lahhh...


Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 03:41 PM | Show all posts
Kenapa I keciwa tgk muka anak dia. Oppsss
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayangnya...kalaulah dia beranak ramai ...kot2 ada yg ikut gen dia...pasti ada sbb tu knape dia beranak sorang je.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 05:27 PM | Show all posts
RatuDunia94 replied at 17-12-2018 12:55 PM
Anaknya x mewarisi kejelitaan ibunnya..
Baka Bachan kuat sgt..

kecik lagi... tgk mata dia.. besar bulat macam mata mak dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Jeles nye tengok...berjaya slim balik.
Gemok betul dia lepas bersalin,kalau i besar gitu terus give up dah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 08:53 PM | Show all posts
dulu yg gemuk tu sbb selain dia beranak.. dia  stop tetiba yoga  routine kan?.mcm ada penah baca..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sheols kahwin orka kan.. tak kisah gemuk atau kurus. Tp bila kurus nampak muka cantik macam dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2018 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik..dh kurus nampak tua usia sebenar pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 11:45 AM | Show all posts
ok lah.. nampak kurus.. tapi tak lah sekurus mase tengah aktif belakon dulu
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 04:51 PM | Show all posts
kalau beranak lagi and dapat anak laki harap mewarisi gen aisy..lawalah dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
despite dia ni cantik jelita, tp kalo dia berlakon je kat tv mesti aku tukor cenel sbb aishu ni sejenis kayu kayan mcm neelopak gak
aktres lain mcm deepika padukone,raji mukhrejee,preity zinta tu sume elok je pandai berlako ...takde pun iols nk tuko cenel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.079321 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list