CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7970|Reply: 33

Pulau Esanbehanakitakojima Hilang Secara Misteri, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

[Copy link]
Post time 17-12-2018 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Awal bulan ini negara Jepun digemparkan dengan kehilangan Pulau  Esanbehanakitakojima yang terletak di hujung utara Hokkaido menyebabkan sepasukan misi pencarian telah dikerahkan, tetapi tidak membuahkan hasil.



Kredit foto: Mirror




Apakah sebenarnya yang terjadi? Bagaimana sebuah pulau yang besar boleh hilang secara misteri? Pelbagai teori konspirasi telah muncul berkaitan kehilangan ini; ramai menyatakan kehilangannya sekadar satu muslihat pihak tertentu dengan memadam pulau itu daripada imej satelit, berikutan pertelingkahan sempadan. Ada juga yang menyatakan pulau itu terhakis oleh ombak, angin dan salji.




Kredit foto: The Sun




Pulau Esanbehanakitakojima mula-mula dijumpai oleh Japan Coast Guard, pada tahun 1987 dan nota penemuan mencatitkan pulau ini hanya timbul sekitar 1.4m di atas permukaan paras laut. Penemuan pulau itu adalah satu perkara yang penting buat pihak Jepun kerana pada tahun 2014, mereka telah menggunakan hampir 158 buah pulau tidak bernama untuk menggariskan keluasan laut milik negara matahari terbit itu, susulan pertelingkahan dengan negara sempadannya.


Kredit foto: The Mirror




Jika sebenarnya pulau itu dilenyapkan, negara jiran manakah yang bertanggungjawab cuba mencuri kawasan Jepun? Sekiranya hilang secara semulajadi, apakah bencana yang telah berlaku sehingga saiz sebesar itu boleh lenyap begitu sahaja?




Kredit foto: Mirror




Bagaimanapun, satu bukti yang membingungkan pasukan misi mencari adalah sebuah mini stesen pencerap cuaca yang dipacakkan di pulau itu sebelum kehilangannya. Mustahil pulau itu berada di bawah air, kerana stesen pencerap cuaca itu masih menghantar data, kata pakar itu lagi.



Kredit foto: CNN




Mungkin pulau itu tidak hilang, tetapi satu cubaan kerajaan untuk menghilangkannya dalam imej satelit, untuk muslihat tertentu, kata seorang penganalisis. Difahamkan juga siasatan ke atas kawasan tersebut juga dijalankan. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2018 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau hilang dalam imej, macam mana kalau kita check ikut jalan laut?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
besarkecik: Kalau hilang dalam imej, macam mana kalau kita check ikut jalan laut?

kannn? Pegi la kat laut tgk sendiri ke menyelam ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigih meols eja nama pulau kemain pjg tak agak

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bole jemput bomoh malaysia utk carikn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2018 08:58 PM | Show all posts
Dulu di Sabah ada kes Pulau Batu hairan kan?

Kes macam ini juga, hilang dari map



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-12-2018 09:00 PM | Show all posts
https://www.urangsabah.com/miste ... airan-di-kudat.html

Pulau Batu hairan dikatakan terletak 65 kilometer di timur laut daerah Kudat dan mempunyai keluasan 0.77 hektar dan 3.1 meter tinggi yang ditemui oleh penduduk kampung pada 14 April 1988 dan dikatakan telah hilang pada 25 Februari 1990. Pulau ini dikatakan terapung dan mempunyai keramat dan pembawa rezeki kepada penduduk Kudat. Walaupun misteri kehilangan pulau ini sudah lama berlalu dan dilupai oleh penduduk seiring dengan lesapnya pulau ini dari bumi Kudat, masyarakat utara Sabah sebenarnya masih tertanya-tanya mengapa pulau ini tiba-tiba wujud, siapa yang mula-mula menyedari akan kewujudannya, ke mana hilangnya pulau tersebut dan apa hikmah disebalik kewujudan pulau tersebut.


Pulau Batu Hairan yang sebesar padang bola sepak itu masih lagi segar dalam ingatan penduduk Sabah, terutama yang pernah berkunjung ke pulau berkenaan untuk melihat sendiri keistimewaannya. Mengikut cerita lisan yang disampaikan oleh penduduk Pulau banggi, Pulau Batu ini ditemui oleh seorang nelayan yang telah tertidur dalam bot pada waktu malam dan sebaik sahaja tersedar, beliau menyedari bahawa botnya telah berada di sebuah pulau. Dan lebih misteri lagi ratusan ikan terdampar berhampiran botnya dan beliau bergegas pulang untuk memberitahu keadaan tersebut kepada penduduk kampung.


Untuk pengetahuan pembaca setia urangsabah.com semua, penduduk Pulau Banggi menamakan pulau tersebut sebagai ‘Pulau Batu Hairan’ kerana selama menangkap ikan di kawasan tersebut, mereka tidak pernah melihat pulau berkenaan dan keadaan pulau tersebut sama seperti yang diceritakan oleh nelayan yang menemuinya. Kewujudan pulau ini telah menjadi bualan hangat penduduk Pulau Banggi. Penduduk dari selatan Filipina terutamanya Mindanao turut berkunjung ke Pulau Batu Hairan dan mendakwa bahawa pulau tersebut hanyat dari negara mereka dan timbul di perairan Sabah.


Ada sesetengah penduduk yang telah mengadakan kenduri kononya untuk menolak bala dan upacara pemujaan turut dilakukan di pulau tersebut oleh penduduk Pulau Banggi dan pulau Balambangan di Kudat dan Mindanao, Filipina. Seorang nelayan laut dalam yang berbangsa Cina dari Kudat mendakwa bahawa dirinya diburu oleh penduduk setempat setelah mengambil seketul batu dari pulau berkenaan sebagai cenderamata. Beliau mendakwa terkejut bila dikunjungi oleh oleh tiga lelaki tua yang mengaku sebagai pemilik pulau berkenaan dan meminta saya untuk memulangkan semula batu yang telah saya ambil.


Beliau mengatakan telah mengunjungi pulau itu tiga hari selepas ia ditemui dan sempat memacakkan bendera putih tertera nama `Pulau Ah Lung’ tetapi bendera itu dibuang penduduk berhampiran. Penduduk Kudat terutama Pulau Bnaggi dan Mindanao begitu taksub dengan pulau berkenaan sehingga menganggapnya sebagai pembawa rezeki dan penyelamat mereka jika berlaku sebarang bencana alam seperti ombak besar atau taufan. Seorang peniaga dari Kudat, Poong Kim Chung dikatakan antara orang terawal menjejakkan kaki ke Pulau Batu Hairan, iaitu pada 29 April 1988 dan tidak dapat melupakan saat bersejarah itu.


“Saya rasa seolah-olah mengunjungi dunia lain kerana pulau terbabit baru wujud dan ketika itu ia diiktiraf sebagai pulau terbaru wujud di dunia. Saya masih ingat batu di pulau itu bagaikan membawa rezeki dan sejuk bila disentuh, malah amat menenangkan fikiran. Ada batu besar yang mempunyai tulisan mirip Jawi diambil penduduk setempat kerana menganggap pembawa tuah. Ia terpaksa diangkat lapan orang kerana terlalu berat”. Kewujudan Pulau Batu Hairan berbeza dengan pulau lain di Sabah. Sebagai contoh, Pulau Tiga mempunyai sejarah geologi tersendiri dan timbul dari dasar laut berikutan gempa bumi di Mindanao pada 1897.


Kali terakhir letupan gunung berapi berlaku di Mindanao ialah pada 1941 dan boleh didengari bunyinya sejauh 160 kilometer, menyebabkan 30 hektar belukar di kawasan itu dipenuhi lumpur panas. Jika Pulau Batu Hairan wujud kesan letusan gunung berapi di pulau itu, sudah pasti ia terbentuk sejak 65 tahun lalu berikutan kedudukannya berhampiran Mindanao. Namun begitu, persoalan tentang kewujudan dan kehilangan Pulau Batu Bersurat masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini, sesuai dengan nama pulau tersebut ‘Pulau Hairan’

Artikel Penuh: https://www.urangsabah.com/miste ... airan-di-kudat.html
© urangsabah.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jumpa ke belum?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2018 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana la peginya ye
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 09:40 PM | Show all posts
Jho low dah abwa lari kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Masuk dlm air kot..pergi la myelam kat ctu cari
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 09:39 AM | Show all posts
dah mcm atlantis pula
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
dah masuk dalam laut kot. setakat hilang dalam imej satelit, pulau tu mesti ada kat situ lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2018 10:25 AM | Show all posts
Konspirasi kata Negara China mengubah imej satelite dengan memadam pulau tersebut supaya China dapat mengubah persempadanan dengan Jepun

Masalahnya operasi kapal tentera Jepun mengesan pulau kecil itu di tengah laut juga tidak berhasil setakat ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2018 10:27 AM | Show all posts
Juga walaupun pulau itu tidak dijumpai, stesen cuaca kecil yang dipacak di tengah-tengah pulau kecil tersebut masih memancarkan data lemah yg dapat dicerap.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Ke pulau2 ni boleh bergerak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2018 10:55 AM | Show all posts
anony-mous replied at 18-12-2018 10:52 AM
Ke pulau2 ni boleh bergerak?

Logik jugak

Sebab stesen cuaca yg pernah dipacak di pulau tu masih menghantar data

kalau dah tenggelam pasti tak adalah data kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 10:56 AM | Show all posts
Misteri tersebut perlu diselesaikan segera supaya tidak mendatangkan kecurigaan orang ramai
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 18-12-2018 10:55 AM
Logik jugak

Sebab stesen cuaca yg pernah dipacak di pulau tu masih menghantar data

Sb dah 2 kejadian serupa. Takut pulau tu yg bergerak. Maybe scientist can look into this
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 11:42 AM | Show all posts
Mungkinkah ia dah bergerak sedikir maklumlah banyak je kejadian gempa dikawasan tu sepanjang tahun ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.104373 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list