CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2051|Reply: 14

hmm ...this is pretty 'interesting' appealing stuffs ...endure the journey guys

[Copy link]
Post time 17-12-2018 10:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 17-12-2018 10:24 PM

I found this article and it's pretty sexy, though . Well could use the word appealing for wanting of a better term...
Assalamualaikum

Happy reading

FALSAFAH SAINS dalam ACUAN ISLAM

have a read ...

Ilmu ..itu datang daripada yg SATU ,  AL HAKIM sepatutnya biar mana luasnya capahan suluhan itu ia akan sepatutnya menumpu semula  kepada ...YANG ESA the AL HAKIM , AL KAMAL  PEMILIK  SEGALA KESEMPURNAAN...


banyak.....

sumber pautan asal:
http://www.issimalaysia.org.my/tajdid-kalam/kalam-analitik-falsafah-sains/?fbclid=IwAR2M8HDug9AdpIWe65_E2uwJq3162QcyCn-2TkEyxZLmsCMA1QUPL47oyOU


PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK DAN SINTESIS SAINS ISLAM DAN SAINS SEMASA
Dr Amran Muhammad
Islamic and Strategic Studies Institute (ISSI Malaysia)[1]
(Sebagai makalah jemputan bagi Multaqa Ilmuwan Usuluddin pada 17 Disember 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia)
Abstrak
Inisiatif Tajdid Kalam yang dimulakan pada awal abad ke 20 dikalangan para sarjana Islam dari Mesir, India dan Turki dalam mendepani cabaran ilmu-ilmu moden ketika itu gagal menarik perhatian para reformis dan modenis disebabkan Kalam merupakan sebahagian dari tradisi silam yang dianggap tidak lagi relevan bagi umat Islam. Bagaimanapun setelah lebih 100 tahun berlalu, agenda reformis dan modenis ini masih belum berupaya mengemukakan manhaj atau metodologi yang jelas bagaimana umat Islam boleh mendepani ilmu-ilmu moden. Penulisan ini bertujuan menyahut kembali seruan Tajdid Kalam tersebut dengan menyambung semula tradisi analitik dalam Islam yang dipelopori oleh para Mutakallimun sejak abad kedua Hijrah membentuk satu manhaj atau metodologi yang dikenali sebagai Tariqah al-Mutakallimin merentasi disiplin Mantiq, Kalam dan Usul-Fiqh yang stabil dan konsisten selama lebih 1000 tahun sehingga ke abad 19 Masihi yang merupakan era permulaan tradisi keilmuan Islam yang utama seperti Falsafah, Kalam, Usul-Fiqh dan Tasawwuf  mula dipinggirkan oleh pemikiran dan gerakan reformis dan modenis. Penulisan ini menampilkan Inisitif Tajdid Kalam Abad ke 21 sebagai kesinambungan tradisi penyelidikan Kalam Analitik berdasarkan Metodologi Mutakallimun (Tariqah al-Mutakallimin) sebagai pendekatan Analisis, Kritik dan Sintesis antara Sains-Sains Islam dengan Sains-Sains Semasa.
Falsafah Sains[2]


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2018 10:24 PM | Show all posts
Falsafah Sains muncul pada awal abad ke 20 sebagai satu displin ilmu falsafah khusus yang mengkaji sifat dan tabi’at ilmu pengetahuan sains moden semasa, dikembangkan mengikut pendekatan mazhab Logical Empiricism gagasan Vienna Circle yang pengaruhnya masih terus berleluasa dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan (sains-sains semasa seperti sains tabi’i, sains sosial, kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi – STI) hari ini. Para pelopor Falsafah Sains ini malah mengusulkan sebuah Manifesto Kesatuan Sains[3] yang mengemukakan sikap dan pegangan mereka mengenai definisi, penghuraian, justifikasi, pemerhatian, nilai dan tujuan ilmu pengetahuan yang bebas nilai dan anti-metafizik. Oleh kerana Falsafah Sains juga tumbuh dari bidang ilmu falsafah yang lebih luas, maka tidak dapat tidak ia juga membahaskan persoalan-persoalan asasi Falsafah seperti Logik, Epistemologi, Ontologi dan Aksiologi. Falsafah Sains juga disebut sebagai Metasains – sains aturan kedua (second order science) kerana ia menyelidiki hal-ehwal disiplin-disiplin ilmu pengetahuan semasa yang berada pada aturan pertama (first order science) seperti disiplin khusus Fizik, Biologi, Matematik, Ekonomi, Politik, Psikologi, Teknologi, Kejuruteraan, Perubatan, Seni dan seumpamanya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2018 10:25 PM | Show all posts

Perkembangan Falsafah Sains turut disertai dengan perkembangan disiplin kajian mengenai pelbagai aspek ilmu pengetahuan sains-sains semasa termasuklah Sejarah, Metodologi, Sosiologi, Psikologi dan Politik sains-sains tersebut. Secara umumnya Falsafah Sains menyelidik pelbagai dimensi ilmu pengetahuan saintifik dan disiplin-disiplin sains-sains semasa berdasarkan pendekatan Kritik, Analisis dan Sintesis seperti yang dahulunya pernah dilakukan oleh Aristotle dalam buku Posterior Analyticsdan para Mutakallimun juga Failasuf Muslim dalam kitab Al-Burhan (Pendalilan/Pembuktian). Dalam konteks ini perbincangan Falsafah Sains Moden memiliki beberapa persamaan yang ketara dengan kitab Al-Burhan para Mutakallimun yang juga mengambil pendekatan Kritik, Analisis dan Sintesis disamping kitab-kitab disiplin ilmu Kalam yang didahulukan dengan persoalan Logik (Mantiq), Epistemologi (Nazariyyah al-Ma’rifah), Ontologi (Mawjudat/Mumkinat) dan juga Aksiologi (Husn wa Qubh) pada bahagian akhirnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2018 10:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2018 10:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2018 10:27 PM | Show all posts

Analisis, Kritik dan Sintesis Sains

Ilmu pengetahuan dan pelbagai disiplin sains dahulu dan sekarang tercetus dan berkembang melalui aktiviti-aktiviti Analisis, Kritik dan Sintesis. Hatta dalam ilmu-ilmu Agama Islam (sains-sains Islam) yang tradisional seperti Tafsir dan Hadith, kemunculan dan kemajuan disiplin-disiplin ini bergantung kepada penyelidikan para Mufassir dan Muhaddith yang kesemuanya melalui proses Analisis, Kritik dan Sintesis. Jika bagi disiplin-disiplin ilmu yang kandungan naqliyyahnya lebih dominan pun proses Analisis, Kritik dan Sintesis tidak dapat dielakkan, inikan pula bagi disiplin-disiplin ilmu yang peranan aqliyyah/nazariyyahnya adalah lebih jelas seperti Kalam, Falsafah, Usul-Fiqh/Fiqh dan Tasawwuf. Hal ini mengisyaratkan bahawa perkembangan dan kemajuan ilmu pengetahuan Agama (sains-sains Islam) dan Bukan-Agama (sains-sains semasa) hanya boleh menjadi kelaziman dan kenyataan bagi sesebuah masyarakat dan peradaban yang menguasai dan mengamalkan ketrampilan Analisis, Kritik dan Sintesis ilmu.


Malah kita mendapati pemindahan ilmu pengetahuan dan disiplin-disiplin sains dari satu peradaban ke satu peradaban lain terjadi bilamana kemahiran Analisis, Kritik dan Sintesis ilmu ini menjadi tumpuan utama peradaban tersebut. Penghasilan karya-karya ilmu dan sains Peradaban Yunani terbina dari tahun 500SM – 200SM atas keupayaan Analisis, Kritik dan Sintesis Thales, Anaximander, Pythagoras, Socrates, Aristotle, Plato, Stoics dan Euclid misalnya. Kemudiannya tradisi Analisis, Kritik dan Sintesis ini disambut pula oleh para ilmuwan Islam seperti Al-Kindi, Al-Farabi, Ibn Sina, Ibn Haytham, Al-Jazari, Al-Ghazali, Ibn Rushd, Fakharuddin Al-Razi, Al-Baydawi, Al-Taftazani, Ibn Khaldun dan ramai lagi bagi membina peradaban keilmuan Islam yang cemerlang disekitar tahun 800M – 1500M. Bermula dari gelombang penterjemahan sains dan ilmu Yunani, para ilmuwan Islam kemudiannya mengolah dan menambah sains dan ilmu Yunani menjadi sains dan ilmu milik Peradaban Islam. Kemudiannya kecekapan Analisis, Kritik dan Sintesis ini diusahakan pula oleh para sarjana Teologi Kristian seperti Albert Magnus, Roger Bacon, Thomas Aquinas, William of Ockham dan Don Scotus bagi menterjemahkan dan kemudian memindahkan pelbagai ilmu dan sains Peradaban Islam menjadi ilmu dan sains Peradaban Kristian Abad Pertengahan dari tahun 1100M-1500M. Begitulah juga yang berlaku kepada Peradaban Barat Moden bermula sekitar tahun 1600M melalui para sarjana seperti Francis Bacon, Nicholas Copernicus, Galileo Galilei, Rene Descartes dan Isaac Newton yang menguasai aktiviti-aktiviti Analisis, Kritik dan Sintesis sains dan ilmu bagi menghasilkan pelbagai disiplin sains dan ilmu pengetahuan yan kita masih warisi sehingga ke hari ini. Menarik untuk kita menyelidik mengapa sains dan ilmu dari Peradaban India dan China tidak berkembang dalam tradisi Analisis, Kritik dan Sintesis sepertimana sains dan ilmu Peradaban Yunani, Islam, Kristian Abad Pertengahan dan Eropah Barat Moden.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-12-2018 10:28 PM | Show all posts
Ilmu Kalam[4]

Ilmu Kalam memiliki tradisi dan trajektori yang panjang lagi penting dalam Peradaban Keilmuan Islam. Dalam dunia keilmuan Islam, terdapat sekurang-kurangnya empat disiplin ilmu aqliyyah/nazariyyah yang penting iaitu Kalam, Falsafah, Usul-Fiqh/Fiqh dan Tasawwuf. Manakala disiplin ilmu yang menjadi sumber rujukan utama isi-kandungan ajaran Islam iaitu Tafsir dan Hadith bolehlah dianggap lebih mendekati disiplin ilmu naqliyyah sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini. Ilmu Kalam mempunyai kedudukan yang istimewa dalam tradisi keilmuan Islam kerana ia diangap sebagai disiplin ilmu yang paling universal (kulliyyah) berbanding dengan disiplin ilmu lain yang dianggap khusus (juz’iyyah). Ilmu Kalam juga dinamakan oleh Abu Hanifa sebagai Fiqh al-Akbar (Fiqh yang Paling Besar) berbanding dengan Fiqh-Fiqh yang lain. Pelbagai penamaan juga telah diberikan kepada Ilmu Kalam seperti Usuluddin, Tawhid, Akidah dan seumpamanya yang kesemuanya merujuk kepada perananya bagi memperjelas dan menghuraikan pokok-pokok ajaran Islam yang berkaitan dengan Rukun Iman atau keimanan. Tidak menghairankan jika Ilmu Kalam diterima sebagai ilmu yang paling mulia dan tertinggi dalam klasifikasi dan hiraki keilmuan Islam.



Keistimewaan Ilmu Kalam bukan sahaja kerana ia bersifat universal (kulliyyah) membicarakan prinsip-prinsip atau aksiom-aksiom Keimanan, Ketuhanan (Ilahiyyat), Kenabian (Nubuwwat) dan Kebangkitan (Akhirat/Sam’iyyat) tetapi juga kerana Ilmu Kalam didahulukan dengan perbincangan tentang Logik (Mantiq), Epistemologi (Nazariyyah al-Ma’rifah) dan Ontologi (Mawjudat/Mumkinat) yang kesemua ini merupakan sifat dan tabi’at utama Metasains atau Falsafah Sains. Malah Ilmu Kalam turut membincangkan mengenai Aksiologi (Tahsin dan Taqbih), faham nilai yang penting dalam persoalan hubungan antara Ilmu, Nilai dan Etika. Dalam konteks inilah penulisan ini bertujuan mengemukakan betapa Ilmu Kalam sangat relevan dan berpotensi memainkan peranan sebagai Falsafah Sains kerana ciri-ciri Teoretikalnya (Nazariyyah), Universalnya (Kulliyyah) dan Fundamentalnya (Usuliyyah) pada menghuraikan sifat dan tabiat ilmu pengetahuan dan disiplin-disiplin ilmu lainnya. Justeru penulisan ini ingin mencadangkan sebagai permulaan bagaimana Ilmu Kalam dari tradisi keilmuan Islam arus perdana ini boleh dihidupkan semula dengan lebih berkesan sebagai Falsafah Sains ataupun  Metasains Islam memandangkan sehingga kini belum wujud sebarang usaha membina disiplin Falsafah Sains/Metasains yang benar-benar berakar dari tradisi keilmuan Islam dikalangan para sarjana Muslim semasa secara lebih terperinci.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2018 10:29 PM | Show all posts
Tradisi, Trajektori dan Tajdid Ilmu Kalam[5]

Selepas kewafatan Rasulullah SAW, umat Islam mula dihadapkan dengan persoalan-persoalan yang berkait-rapat dengan keimanan, kehendak, kebebasan, ketentuan dan kepimpinan. Pengembangan pesat Islam juga menyebabkan pemikiran-pemikiran asing mula mempengaruhi dan mencabar faham-faham asas keimanan umat Islam. Justeru perdebatan tentang persoalan-persoalan ini menumbuhkan satu disiplin ilmu yang dinamakan Ilmu Kalam menjelang abad kedua Islam. Antara tokoh-tokoh awal yang membicarakan persoalan-persoalan Kalam ini termasuklah Hasan bin Muhammad bin al-Hanafiyyah (m.99/718-101/720), Umar b. Abd al-Aziz (m.99/717-101/720) dan al-Hasan al-Basri (m.110/728). Kemudiannya muncul kelompok Qadariyyah melalui Ma’bad dan Ghaylan; juga kelompok Jahmiyyah melalui Jahm bin Safwan (m.128/745-6) dan Dirar bin Amr (m.200/815); sebelum timbulnya mazhab Kalam pertama yang besar dan berpengaruh iaitu Muktazilah melalui tokoh-tokoh seperti Wasil bin Ata (m.131/748-9), Amr bin Ubayd (m.144/761), Abul-Hudayl al-Allaf (m.227/842), Abu Ali al-Jubba’i (m.303/915-16) dan Abul-Qasim al-Balkhi (m.319/931).



Sebagai reaksi balas kepada pemikiran-pemikiran Muktazilah, pemikiran tokoh-tokoh seperti Ibn Kullab (m.240/854-5), al-Muhasibi (m.243/857) dan al-Qalanisi (hidup abad ketiga/9M) menjadi rujukan awal kepada pembentukan mazhab Kalam Ashai’irah. Abu Hasan al-Ash’ari (m.324/935-6) menjadi pengasas tradisi Kalam Asha’irah yang membentuk mazhab akidah terbesar umat Islam sehingga ke hari ini bersama pengasas mazhab Kalam Maturidiyyah Abu Mansur al-Maturidi (m.333/944) yang dinamakan sebagai akidah Asha’irah-Maturidiyyah. Kalam Maturidiyyah mempunyai akar yang kuat dari pengaruh Abu Hanifa (m.150/767) melalui kitab beliau Fiqh al-Akbar. Tradisi Kalam Asha’irah-Maturidiyyah inilah yang mewakili akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai arus perdana akidah dan pemikiran Islam di seluruh dunia umat Islam hari ini. Dalam konteks ini, Kalam Asha’irah-Maturidiyyah dengan tradisi yang berakar dari awal Islam dan dengan trajektori yang panjang sepanjang sejarah peradaban umat Islam berpotensi untuk dilakukan proses tajdid/pembaharuan bagi menghasilkan sintesis baru sains-sains Islam dengan sains-sains semasa. Gambaran penuh mengenai Tradisi, Trajektori dan Tajdid Kalam boleh dilihat seperti dalam gambar rajah di bawah ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2018 10:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2018 10:32 PM | Show all posts
selamat membaca  

Islam dan sains , saya hanya mengenali nama ziaudiin sardar  ketika disebutkan nama itu dalam keluaran sulung pertama dewan kosmik circa 1992? 1993 kalau tak silap...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2018 09:55 AM | Show all posts
akan insya Allah bersambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2018 10:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2019 02:31 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2019 02:32 PM | Show all posts
Please listen to his talks
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2019 02:38 PM | Show all posts
betul ke quran mempunyai bukti bukti dalam sains?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.050751 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list